Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Tuan Haji Mohamad Mokhtar Bin Saidin (Setiausaha Jawatankuasa Kariah MSYRS, Ipoh) – Gambar di atas- telah ke kembali rahmatullah pada 27 Ogos 2011 / 27 Ramadan 11432 H (Sabtu) kira- kira pukul 7.30 malam, di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dalam usia 64 tahun. Jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di MSYRS, selepas Solat Zohor pada 28 Ogos 2011 (Ahad) serta selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan MSYRS. Allahyarham telah menjadi Setiausaha MSYRS, Ipoh selama 26 tahun. Sesungguhnya Allahyarham telah melaksanakan tugas dengan penuh tabah, sabar dedikasi lagi cemerlang. Pengerusi JK Kariah MSYRS / semua AJK serta semua Jemaah MSYRS merakamkan ucapan takziah kepada balu / keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT akan menempatkan roh Allahyarham bersama dengan roh golongan orang yang beriman. Amin!… Ya Rabbal Alamin!…
Gambar-Gambar Album Dalam Kenangan: Catatan: Allahyarham telah dilahirkan pada 09 Jun 1947 dan kembali ke rahmatullah pada 27 Ogos 2011