KHUTBAH JUMAAT MELALUI BANTUAN MULTIMEDIA

PENYAMPAIAN KHUTBAH JUMAAT MELALUI BANTUAN MULTIMEDIA


1) Latarbelakang:

Mulai awal tahun 2010 MSYRS telah berjaya memasang

skrin besar (multimedia) automatik di bahagian hadapan

Dewan Sembahyang masjid ini. Dengan pemasangan skrin

tersebut para jemaah berpeluang mengikuti tayangan

video bercorak agama (yang dipancarkan ke skrin besar

berkenaan dari LCD). Program tayangan video ini telah

dimasukkan ke dalam Jadual Pengajian Agama Selepas Solat

Maghrib setiap bulan. MSYRS bertuah kerana mempunyai

seorang ahli jemaah yang sudi berkhidmat secara sukarela

untuk melaksanakan kerja-kerja berkenaan. Jemaah yang

dimaksudkan ialah Ir. Tuan Haji Ahmad Suhaili Bin Md

Hashim yang mempunyai kepakaran dalam pengendalian

tayangan multimedia. Sejak dari waktu itu, usaha-usaha telah

dibuat oleh Pengerusi JK Kariah MSYRS (Tuan Hj. Mohamad

Alwi Bin Taib) untuk memanfaatkan sepenuhnya penggunaan

LCD dan skrin multimedia ini dalam penyampaian khutbah

Jumaat pula.

Tuan Haji Mohamad Alwi Bin Taib (Khatib bertugas pada 15.10.2010 merangkap Pengerusi JK. Kariah MSYRS, Ipoh).

Tuan Haji Abdul Latip Bin Abdullah (Muazzin / Bilal bertugas pada 15.10.2010 - Jumaat)

Tuan Haji Ir. Ahmad Suhaili Bin Md Hashim (ahli Jemaah MSYRS, Ipoh)

2) Penggunaan multimedia dalam penyampaian khutbah Jumaat:

Pada 15 Oktober 2010 (Jumaat), MSYRS berjaya mengorak

setapak lagi langkah iaitu dengan kejayaan penggunaan

peralatan canggih multimedia tersebut dalam pembacaan

Khutbah Jumaat. Khutbah tersebut disampaikan oleh khatib

bertugas, iaitu Tuan Haji Mohamad Alwi Bin Taib. Bacaan

Khutbah yang bermula pada pukul 1.15 petang itu tamat pada

pukul 1.35 petang.


3) Objektif penggunaan multimedia dalam penyampaian khutbah:

Objektif utama ialah untuk menjadikan khutbah yang disampaikan

itu lebih menarik /tidak menjemukan serta berkesan di samping

membuktikan bahawa agama Islam tidak menolak kemajuan selagi

ia tidak bercanggah dengan kehendak Islam.

Skrin besar multimedia digunakan untuk menayangkan isi/kandungan khutbah yang dibacakan oleh Imam Bertugas pada 15.10.2010 (Jumaat)

Kelihatan Bilal Bertugas (Tuan Haji Abdul Latip Bin Abdullah) sedang melaungkan azan kedua, sementara Imam Bertugas pula (Tuan Haji Mohamad Alwi) duduk di atas mimbar. Kelihatan juga skrin besar multimedia di hadapan Dewan Solat MSYRS, Ipoh.

Tuan Haji Mohamad Alwi Bin Taib sedang memulakan bacaan khutbah. Isi / kandungan khutbah tersebut dipancarkan ke skrin besar multimedia di bahagian depan Dewan Solat.

Para jemaah sedang mendengar khutbah dengan penuh khusyuk

Kanak-kanak juga turut serta mengikuti bacaan khutbah yang disampaikan (di tingkat atas MSYR, Ipoh)

Tuan Haji Mohamad Alwi Bin Taib (Imam Bertugas) memulakan solat Jumaat (15.10.2010)

Imam membaca doa setelah solat Jumaat selesai didirikan

4) Kesimpulan:

Dengan penggunaan multimedia dalam penyampaian Khutbah Jumaat

di MSYRS ini, diharapkan isi kandungan khutbah akan lebih mudah di-

garap serta difahami jemaah di samping penyampaiannya yang lebih

menarik lagi lebih berkesan.

Print Friendly, PDF & Email

One Reply to “KHUTBAH JUMAAT MELALUI BANTUAN MULTIMEDIA”

  1. Hendaknya banyak lagi Masjid kita menafaatkan sains dan teknologi dalam menyampaikan khutbah dan apa saja yang bercorak keugamaan. Sesuai dengan kemajuan masa kini. Ilmu dapat disebarkan dengan cepat meluas sebarannya serta dapat disampaikan lebih meluas isinya dibandingkan dengan cara tradisi tanpa sains teknologi (multimedia)
    Syabas kepada Pengelola dan Ahli Kariah Masjid Sultan Yusuf Rapat Setia, Ipoh – Dari Mat Hasan bin Mohd. Noor Taman Pengkalan Jaya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*