KHUTBAH JUMAAT 01 MEI 2015

KHUTBAH JUMAAT 01 MEI 2015 = 12 REJAB 1436

Saya berpesan kepada diri saya dan kepada tuan-tuan sakalain: marilah kita sama-sama bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.  Ingatlah hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang akan mendapat kemenangan di alam akhirat.

Sidang Jumat yang di Rahmati Allah sakalian,

Hari Jumaat hari ini agak istemewa kerana kita berkumpul di Masjid ini dalam keadaan cuti menyambut hari Pekerja atau dahulunya dipanggil hari Boroh.  Kerajaan Malaysia saperti juga semua kerajaan di Dunia yang lain mengisytiharkan 1 Mei sebagai hari cuti umum.

Mengapakan kerajaan seluruh dunia meraikan hari pekerja ini? Tidak siapa dapat menafikan bahawa semua manusia yang dewasa mesti bekerja. Biasanya pekerja dibahagikan kepada dua sektor iaitu sektor awam atau sektor kerajaan dan sektor swasta atau private sekator. Pekerja memainkan peranan pening dalam menentukan arah pembangunan negara.  Dalam teori ekonomi manusia dianggap sebagai faktor pengeluaran atau factor of production yang dipanggil labour atau boroh. Tanpa faktor pengeluaran sesuatu barang tidak dapat dikeluarkan  Faktor pengeluaran yang lain ialah tanah, modal dan pengusaha atau enterprenuer. Pengusaha juga manusia.  Jadi dalam ekonomi manusia mesti menjadi salah satu faktor pengeluaran samada sebagai boroh atau sebagai pengusaha.  Sebenarnya samada menjadi boroh atau pengusaha atau enterprenuer kedua-duanya mesti bekerja.  Pengusaha bekerja mengurus dan merancang perniagaan dan boroh atau pekerja melaksanakan perancangan yang dirancang oleh pengusaha.  Jika salah satunya gagal menjalankan tugasnya atau menyeleweng dari matalamat perniagaannya maka perniagaan itu akan hancur.

Dalam sektor kerajaan, pengusaha mungkin seorang Raja atau Presiden dan boroh adalah rakyat.  Dalam institusi lain saperti perniagaan dan koperat fungsi seakan-akan pengusha mungkin seorang CEO, Pengarah atau Jeneral, yang diberi tugas merancang dan mengatur sesuatu institusi.  Para pegawai dan pekerja bawahan adalah boroh yang bertugas menjalankan dasar dan perancangan yang di atur oleh Ketua Pegawai Eksekutif.  Jika salah satu tidak menjalankan tugas yang sepatutnya maka institusi itu akan runtuh. Dalan hal negara negara akan hancur musnah.  Kedua-duanya pengusaha dan boroh mesti bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk menjadikan kewujudan dan kelangsungan sesuatu institusi itu terus berjalan.

Dalam pandangan Islam semua manusia mesti bekerja tidak kiralah samada sebagai majikan atau pengusuha atau sebagai pegawai atau pekerja atau boroh. Dalam bahasa Arab bekerja di sebut ‘amala atau ‘amilun.  orang yang bekerja dipanggil “aamilun”.  Manusia disuruh membuat kerja-kerja yang baik atau menjadi pekerja yang baik untuk mendapat keridhaan Allah.  Banyak sekali ayat-ayat Al Quran yang menyebutkan bahawa untuk masuk ke syurga sesaorang mestilah beriman dan melakukan kerja-kerja yang baik.  Kerja yang baik itu diistilahkankan sebagai ‘amal yang saleh’. Misalnya dalam Surah Al Bayinah ayat 7 dan 8 Allah berfirman:ž

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمۡ خَيۡرُ ٱلۡبَرِيَّةِ (٧) جَزَآؤُهُمۡ عِندَ رَبِّہِمۡ جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡہَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيہَآ أَبَدً۬ا‌ۖ رَّضِىَ ٱللَّهُ عَنۡہُمۡ وَرَضُواْ عَنۡهُ‌ۚ ذَٲلِكَ لِمَنۡ خَشِىَ رَبَّهُ ۥ

yang bermaksud:  Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. Balasan mereka di sisi Tuhannya ialah syurga ‘Adnin  yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha akan mereka dan mereka pun redha akan nikmat pemberian Allah. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut kepada Tuhannya.

Bayak lagi ayat-ayat lain di dalam  Al Quran yang berbunyi dan bermaksud hampir sama saperti ayat di atas.

Maksud ayat ini amat jelas.  Untuk masuk ke syurga sesorang hanya perlu melakukan dua perkara.  Pertama mesti beriman, kedua mesti beramal dengan amalan yang soleh.  Beramal solah ertinya melakukan kerja yang baik.  Tidak kiralah kerja itu sebagai majikan atau pekerja atau boroh. Tidak kiralah  samada dalam sektor kerajaan saperti menjadi guru, kerani, polis, tentera, doktor, juru rawat, Wakil Rakyat atau Menteri.  Tidak kiralah juga samada jawatan Gred 1 , gred 52, JUSA.  Bagitu juga dalam sektor swasta dan GLC mungkin sebagai pelayan pejabat, pekerja ladang, pengurus projek, perunding syarikat, Ketua Peawai Eksekutif atau CEO, Pengarah atau Presiden syarikat. Semuanya mestilah bekerja dengan baik atau beramal soleh untuk masuk ke syurga.

Jika ia memilih sebaliknya atau beramal tholeh ertinya, ia memilh jalan ke neraka. Maknanya: yang beriman sahaja tetapi tidak beramal soleh, tidak akan masuk ke syurga.  Bagitu juga jika beramal soleh sahaja tetapi tidak beriman, tidak juga boleh masuk ke syurga.  Kita lihat ramai juga orang-orang kafir yang nampaknya beramal soleh tetapi tidak mungkin mereka akan masuk ke syurga.  Sebaliknya ramai pula orang yang beriman tetapi membuat kerja yang mungkar atau tdak solah.  Mereka ini adalah calun-calun ahli neraka.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Mungkin timbul persoalan apakah kita cuma perlu beriman dan berkerja sahaja tanpa perlu beribadah ?  Sebenarnya beribadah juga adalah satu amalan – satu kerja atau satu amalan soleh.   Apabila sesaorang yang beriman sudah tentu ia akan beribadah kerana satu daripada rukun iman ialah percaya kepada Allah dan orang yang percaya kepada Allah akan menurut semua perintah Allah.  Apabila Allah menyuruh menyembah Allah 5 kali sehari, berpuasa, berhaji dan berzakat maka ibadah-ibadah itu  sudah masuk ke dalam tafsiran beriman.  Jika itu tidak dilakukan maka bermakna ia tidak beriman kepada Allah.

Jadi komponan kedua untuk masuk ke syurga ialah membuat kerja yang baik atau amalan yang soleh. Apakah kerja yang baik atau kerja yang soleh?  Kerja baik ialah kerja yang halal dan dilakukan dengan amanah dan ikhlas. Kerja halal sahaja tetapi tidak dilakukan dengan amanah atau bahasa komersialnya tidak ada ‘intergriti’ tidak boleh dikira amalan yang soleh. Tidak kira sebesar mana kerja itu. Misalnya menjadi kerani kewangan satu kerja yang baik tetapi jika ia diselewengkan dan wang institusi itu diseludupkan ke akaun sendiri maka intitusi atau perniagaan itu boleh bengkarap.

Dalam Jabatan Kerajaan atau swasta semua pegawai yang bekerja adalah melakukan amalan yang soleh jika dilakukan dengan amanah. Tidak amanah dalam kerja atau amalan kakitangan kerajaan atau swasta boleh berlaku dengan menerima rasuah, menggelapkan wang dengan meyelewengkan akaun, ponteng dalam tugas, membocorkan rahsia syarikat atau Jabatan, bermuka-muka dengan ketua Jabatan, tidak mencuba mencapai matalamat Kementerian atau institusi yang diamanahkan, mensabotaj matalamat institusi dengan sebab-sebab politik dan berbagai-bagai cara penyelewengan.  Semakin besar ketidakamanahan dan peyelewengan itu berlaku, maka  akan makin cepatlah institusi itu sama ada kerajaan mau pun swasta atau perniagaan itu akan runtuh dan musnah.   Jika sesuati institussi itu runtuk bukan sahaja pemilik instistusi  yang akan menanggung akibatnya tetapi pekerja atau boroh juga sama menderita menjadi pengganngur.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Dalam sejarah Islam kita lihat pada zaman khalifah Ar Rashidin: Khlifah dan pengikut-pengikutnya adalah orang-orang yang sangat tinggi darjah keimanan dan amanahnya. Kita lihat negara Islam berkembang dengan bagitu cepat sehingga dalam masa 30 tahun Islam telah berkembang dari Tanah Arab samapai ke Farsi, Syria dan Afrika Utara.  Pentadbiran Islam yang amanah saperti yang diajarkan oleh Nabi Muhamad s.a.w.  diterima baik oleh penduduk daerah-daerah itu, yang sebelumnya diperintah oleh Kerajaa Rom dan Farsi, yang tidak amanah. Pemimpin awal kerajaan Islam menjalankan kerja atau amalan dengan penuh keimanan, amanah dan ikhlas hingga membawa kejayaan yang cemerlang kepada tamaddun Islam.

Sejarah juga menyaksikan dengan linangan air mata,  bagaimana di akhir-akhir Kerajaan Bani Umayah di Danshik, Kerajaan Abasiah di Baghdad, Kerajaan Osmaniah di Turki kerjaan-kerajaan itu telah hancur berkecai kerana dianggotai oleh khalifah, gabenur dan pagawai yang tidak amanah. Ketidakamanahan dipamirkan dalam gaya hidup yang mewah, mengabaikan tanggung jawab, amalan rasuah, penyelewengan kuasa, tikam menikam sesama sendiri, kegilaan kepada wanita cantik dan pengumpulan harta pribadi dengan cara yang tidak halal.

Institusi Perniagaan juga,  baik besar atau kecil boleh bangkut atau muflis jika pemilik dan pekerjanya tidak amanah. Jika kakitangannya mudah dirasuah, mudah tergelap mata melihat longgokan wang yang boeh diselewengkan atau mensabotaj perniagaan. Nasib perniagaan itu juga akan mengalami kehancuran saperti kerajaan Umaiyah, Abasiah an Osamaniah.

Dasar perniagaan juga masti amanah. Islam  telah menggariskan beberapa disiplin di dalam perniagaan. Peniaga mesti amanah dalam sukatan dan timbangan. Kaum Nabi Shuib  dan bebarapa Nabi yang lain dimurkai All

وَإِلَىٰ مَدۡيَنَ أَخَاهُمۡ شُعَيۡبً۬ا‌ۚ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَڪُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ ۥ‌ۖ وَلَا تَنقُصُواْ ٱلۡمِڪۡيَالَ وَٱلۡمِيزَانَ‌ۚ إِنِّىٓ أَرَٮٰڪُم بِخَيۡرٍ۬ وَإِنِّىٓ أَخَافُ عَلَيۡڪُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ۬ مُّحِيطٍ۬

ah kerana menyeleweng dalam sukatan dan timbangan. saperti yang dirakamkan di dalam Surah Hud ayat 84

yang bermaksud:  dan kepada penduduk “Madyan” Kami utuskan saudara mereka, Nabi Syuaib. Suhib berkata: “Wahai kaumku! sembahlah kamu akan Allah!.  Tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dan janganlah kamu mengurangi sukatan dan timbangan (dalam jual beli).

Kepada umat Nabi Muhamad Allah mengingatkan sekali lagi tentang peneyelewengan timbangan dan sukatan ini dalam SurahaAl Mutaffifin ayat 1

ۥوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُطَفِّفِينَ (١) ٱلَّذِينَ إِذَا ٱكۡتَالُواْ عَلَى ٱلنَّاسِ يَسۡتَوۡفُونَ (٢) وَإِذَا كَالُوهُمۡ أَو وَّزَنُوهُمۡ يُخۡسِرُونَ (٣) أَلَا يَظُنُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَنَّہُم مَّبۡعُوثُونَ

yang bermasud: Kecelakaan besar bagi orang-orang mutaffifin iaiatu orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan atau timbangan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup, dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyedari bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)?

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Penyelewengan dan tidak ada keamanahan dalam perniagaan bukan sahaja berlaku dan sukatan dan timbangan tetapi juga dalam penipuan barang-barang.  Menjual barang tiruan, menjual barang-barang yang tidak halal dengan nama halal, iklan yang penuh pembohongan,  skim cepat kaya dan macam-macam lagi.  Dalam zaman moden ini penipuan boleh dibuat dalam talian atau internet. Ramai orang yang tertipu berpuluh-puluh ribu bahkan berjuta-juta dengan perniagaan yang tidak tentu hujung pangkalnya.  Ramai yang tertipu oleh orang-orang tidak amanah.

Di dunia ini manusia bukan sahaja tidak menjalankan kerja-kerja atau amalan yang soleh tetapi dengan senghaja melakukan kerja-kerja atau amalan yang haram.  Banayak kerja-kerja yang haram telah dianggap sebagai amalan atau profession yang diteriama oleh masyarakat moden.  Majalankan pernigaan dengan amalan riba sudah dianggap diterima oleh masyarakat antara bangsa.

Ada yang menganggap berniaga dan riba sama sahaja.  Hingga Allah menegaskan didalam Al Quran bahawa Allah menghalalkan jual beli dan menghaarmkan riba.  Menerima rasuah dianggap sebagai menerima hadiah atau saguhati.  Meminjamkan wang dengan bunga tinggi dan mengugut saperti Ah Long dianggap perkara biasa. Mencuri tutup longkang, kepala paip, metrer air, memotong dawai letrik TNB, melarikan penghadang jalan raya menjadi kerjaya penagih dadah. Yang lebih prossional lagi berkerjaya memecahkan bank, meropak kedai emas  dan pasaraya dan menjual kanak-kanak dan gadis untuk perhambaan.  Yang lebih canggih lagi menggubah wang haram dan melesapkan wang berjuta-juta ringgit melalui akaun bank pelanggan. Semua sudah dianggap sebagai profeshen zaman sains dan teknologi.

Yang lebih dahsyat lagi adalah yang diperdagangkan bukan barang dan wang sahaja.  Dalam masyarakt hidonesma –  yang ingingkan keseronokan – sekarang ini, tubuh badan juga diperdagangkan.  Memanglah dalam teori perdagangan pedapatan boleh didapati dengan menjual barang dan perkhidmatan.  Jika ada tenaga kita menjual tenaga – berkerja untuk mendapatkan wang.  Teori ini diperluaskan dengan mengatakan kecantikan badan juga boleh dijual jika ada pembeli.  Apa salahnya.  Jadi jika badan yang montok dan muka yang comel apa salah dijual dengan mempamerkan kecantikan itu saperti mempamirkan lukisan dan dapat wang.

Syarikat perniagan memerlukan tubuh yang cantik untuk melariskan barang.  Oleh itu kesempatan ini digunakan untuk menjual kecantikan yang dikiurniakan Allah untuk mendapatkan wang dan kemewahan.  Teori penawaran dan permintaan ini tidak terhenti setakat itu sahaja.  Ada permintaan tinggi untuk seks.  Oleh itu penjualan tubuh secara fizikal teleh menjadi profesyen yang sudah diterima oleh beberapa negara di dunia. Hingga ada negara yang akan mengutip cukai pendapatan dari pengaamal pelacuran secara sah. Ada yang berteori: apa salahnya mendapat bayaran dari perkhidmatan seks.  Samalah saperti perkhidmatam jururawat dan pelayan kedai.  Bila badan sudah tidak terdaya melayan, berhentilah kerja menjual tubuh.  Jika sampai ke situ  pemikiran manusia,  maka taraf manusia ini memang sudah turun lebih rendah dari binatang saperti firman Allah dalam Surah Al A”raaf ayat 179.

وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

   ,øPBòJ@øÎ@ú^»A òÅø¿ BòÄ@ò³òkòiòË ,òÅôÎøÀø¼ônóÀô»A òÅø¿ BòÄò¼ò¨òU ôÐøhú»A ø” ófôÀòZô»òA

   AõfúÀòZó¿ úÆòC ófòÈôqòCòË ,óÉò» ò¹ôÍøjòq òÜ óÊòfôYòË ó”Aø úÜøA òÉ@ñ»øAòÜ ôÆòC ófòÈôqòC

       ùfúÀòZó¿ BòÃøfø÷@Îòm Óò¼ò§ ôºøiB@òIòË ôÁø÷¼òmòË ø÷½òu úÁóÈú¼»òA .óÉò»ôÌómóiòË óÊófôJò§

    .øÅôÍø÷f»A øÂôÌòÍ Óò»øG ùÆB@ònôYøBøI ôÁóÈò¨ø@J@òM ôÅò¿òË øÉ@øJôZòuòË øÉø»òA Óò¼ò§òË

.òÆôÌó´@úNóÀô»A òkBò¯ ôfò´ò¯ .”AôÌó´@úMøA ,ø”A òeB@Jø§ BòÎ@ò¯ ,f¨@òI Bú¿òA

    òÅôÍøhú»A BòÈûÍòA òBòÍ .ÓøJúÄ»A Óò¼ò§ òÆôÌû¼òvóÍ øÉøNò¸ø×@ò¼ò¿òË ò”A úÆøG : Óò»Bò¨òMó “A ò¾Bò³

.BòÀôÎø¼ônòM AôÌóÀø÷¼òmòË øÉôÎò¼ò§ AôÌû¼òu AôÌóÄò¿ AòÕ

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Sempena meyambut hari pekerja pada hari Jumaat 1 Mei ini, marilah kita menjadi pekerja yang baik.  Marilah menjadi pekeja yang menjalankan kerja bukan sahaja untuk mencari rezeki menanggung keluarga tetapi menjadikan  kerja kita satu amalan yang soleh.  Jika betul cara perlaksanaan kerja, kita bukan sahaja akan mendapt pendapatan yang berkat dari usaha dan keringat kita, tetapi juga boleh medapat pahala dan ganjaran dari usaha kita.  Modus operandainya mudah sahaja.  Kerja yang lakukan hendaklah halal dan dilakukan dengan amanah dan ikhlas.  Lebih baik lagi setiap kali kita hendak memulakan sesuatu kerja hendaklah kita niatkan “Aku melakukan kerja ini kerana Allah untuk mendapat rezekiMu dan semuga mendapt keridhaanMu”  Insyallah semua kerja kita akan menjadi amalan yang soleh dan mendapt balasan syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai. Sebab itulah adalah ulama mengatakan orang bertaqwa itu semua kerjanya daripad celik mata hingga menutup mata akan mendapat pahala.

Yang terlanjur mengerjakan kerja-kerja dan amalan yang tidak halal dan tidak diridhai Allah, marilah kita mengambil sempena Hari Pekerja ini ini untuk kembali ke pangkal jalan kerana hidup kita di dunia ini amat pendek.  Tidak sampai 100 tahun. Sedangkan hidup yang menunggu kita di hadapan amat panjang.  Berjuta-juta tahun.  Kita akan menempuh alam barzakh bererpa ratus atau beberapa ribu tahun, menempuh alam mahsyar pula beberapa ratus ribu tahun dan akan kekal di dalam syurga dan neraka selama-lamanya.  Pendita Zaaba pernah mengungkapkan:

Halia ini tanam-tanaman

Ke barat juga akan tumbuhnya.

Dunia ini pinjam-pinjaman .

Ke kirat juga akan sungguhnya.

 

 

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*