Khutbah Jumaat 19 Mac 2010

KHUTBAH JUMAAT 19 MAC 2010 =  03 R. AKHIR 1431

Saya berpesan kepada diri saya dan kepada tuan-yuan sakalain: marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.  Ingatlah hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang akan mendapat kemenangan di alam akhirat.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Hari ini kita telah berada di awal bulan Rabiul Akhir – 03 Rabiul Akhir.  Bagi kita di Malaysia Maulidur Rasul masih lagi disambut hingga akhir bulan Rabiul Akhir bahkan ada hingga bulan  Jamadil Akhir.  Oleh kerana kelahiran junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w. ini adalah satu peristiwa besar dalam kehidupan manusia khasnya umat Islam,  maka tidaklah salah kita meraikan peristiwa keputeraan Rasullullah ini hingga empat bulan. Dalam setiap kali sambutan Maulidur Rasul kita selalu mendengar penceramah membackan ayat 107 dari Surah Al Ambiaya’ yang berbunyi:

وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ

Yang bermaksud: Sesungguhnya tidak Kami(yakni Allah)  mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.

Mungkin sesekali timbul soalan di kepala kita:  Benarkan perutusan Nabi Muhamad s.a.w. ini menjadi rahmat kepada seluruh alam? Untuk mudah menjawab soalan ini:  Kita boleh juga bertanya : jika ditakdirkan Nabi Muhamad s.a.w.  tidak diutuskan, apa yang akan terjadi kepada alam ini atau kepada dunia ini?  Bagi menjawab soalan ini kita perlu melihat  bagaimana keadaan Dunia se masa junjungan kita dilahirkan pada tahun 571 Masehi itu.

Dalam kurun ke enam Masehi  iaitu semasa kelahiran Nabi Muhamad s.a.w.,  kerajaan Dunia yang kuat pada masa itu ialah kerajaan Rom dan Farsi. Wilayah kerajaan Rom meliputi kawasan benua Eropah, Asia Barat hingga ke Mesir dan Afrika utara.  Kerajaan Rom telah menaklukkan dan meletakkan penganut agama Yahudi dibawah kekausaannya.  Orang-orang Yahudi telah di tindas hingga Nabi-Nabi orang Yahudi iaitu Nabi Zakaria dan Nabi Yahya di bunuh kerana mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan kehendak gebenor Rom di Jurusalem. Terpengaruh dengan kebudayaan orang Rom, penganut agama Yahudi pun telah menyeleweng dari agama yang sebenar hingga mereka mengatakan uzair adalah anak Tuhan.

Pada awal kurun Masehi pertama itulah Nabi Isa dilahirkan dan diutus kepada kepada Bani Israel atau bangsa Yahudi untuk membetulkan akidah umat Yahudi yang telah terpesong. Kedatangan Nabi Isa sebenarnya ditunggu-tunggu oleh umat Yahudi kerana dalam Taurat kelahiran Nabi Isa memang telah disebut. Tetapi pendita-pendita Yahudi tidak dapat menerima Nabi Isa kerana mereka cemburu takit-takut Nabi Isa akan mengambil tempat mereka sebagai pemimpin dan mereka akan diketepikan.  Samalah saperti orang Quraish di Makah cemburukan Nabi Muhamad s.a.w.dan tidak menerima Nabi Muhamad yang yatim piatu sebagai Rasul.   Sejarah menceritakan: pendita-pendita agama Yahudi telah memfitnah Nabi Isa dengan menuduh Nabi Isa ingin menjadi Raja orang Yahudi untuk mewarisi kerajaan Nabi Daud.  Akhirnya Nabi Isa dihukum bunuh dengan salib oleh Gabenor Rome di Palestine .  Kita umat Islam tidak percaya Nabi Isa disalibkan kerana Allah memberitahu kita  dalam Surah An Nisa’ ayat 157 apa yang sebenarnya berlaku: Auzubillah….

وَقَوۡلِهِمۡ إِنَّا قَتَلۡنَا ٱلۡمَسِيحَ عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا

صَلَبُوهُ وَلَـٰكِن شُبِّهَ لَهُمۡ‌ۚ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ لَفِى شَكٍّ۬ مِّنۡهُ‌ۚ مَا لَهُم

بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّ‌ۚ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينَۢا

Yang bermaksud:   dan  mereka mengatakan: “Sesungguhnya Kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak juga mensalibkanya tetapi (yang mereka bunuh adalah orang yang) diserupakan seperti Nabi Isa). dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi)  telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa. Sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada pengetahuan pun bagi mereka mengenai nya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.  Kepada kita umat Islam kita percaya Nabi Isa tidak dibunuh tetapi telah diangkat ke langit oleh Allah s.w.t. yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.)

Selepas ketiadaan Nabi Isa pengikut Nabi Isa daripada Bani Israel  berpecah dua.  Satu puak  masih mengikut ajaran Nabi Isa dan berpegang kepada kitab Injil yang asli. Di dalam Al Quran mereka ini termasuk kumpulan yang dinamakan hawariyuun.  Kedua ialah puak yang menentang Nabi Isa dan tidak menerima kerasulan Nabi Isa.  Puak ini berazam untuk menentang dan menyiksa  pengikut Nabi Isa.  Dari kumpulan inilah datang dua orang yang telah mengasaskan Agama Kristian hari ini.  Seorang bernama Barnabas iaitu seorang Yahudi yang berasal dari Cyprus dan menulis kitab Gopel of Barnabas.  Yang seorang lagi  ialah Saul atau Paul yang dianggap oleh penganut Kristian sebagai pewaris kepada Nabi Isa.  Paul tidak pernah berjumpa dengan Nabi Isa kerana ia rakyat seorang Yahudi rakyat Rome yang bukan berasal dari Jurusalem.  Paul mula mengajar ajarannya kira-kira 15 tahun  selepas ketiadaaan Nabi Isa.  Paul yang berasal  dari Tursus pergi ke Damshik bersama Bernabas untuk menentang pengikut setia Nabi Isa.    Kononnya dalam perjalanan ke Damsyik Paul mendengar suara Nabi Isa dari langit menyuruh ia mengajar ajaran Nabi Isa. Untuk mempertahankan doktrinnya Paul mengajarkan beberapa perkara yang menyeleweng daripada ajaran Nabi Isa dan kitab Taurat.  Antaranya ia mengatakan:

  • Jesus atau Isa telah mati disalib dan hidup semula dari kuburnya selepas tiga hari dan naik ke langit
  • Jesus  mati dengan penuh kesiksaan untuk  menanggung dosa semua manusia termasuk dosa Nabi Adam yang memakan buah larangan di syurga.
  • Jesus adalah anak tuhan dan di gelar ‘Lord’.  Tuhan terdiri dari tiga komponan iaitu : Tuhan Bapa (God the Father), Tuhan anak (God the Son) dan Ruhul Qudus (The Holy Ghost)
  • Umat Yahudi di bolehkan memakan babi walau pun telah diharamkan di dalam Taurat
  • Berkhatan tidak lagi diwajibkan saperti amalan orang Yahudi yang terdapat di dalam Taurat.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Banyak pengkaji agama Kristian membuktikan agama Kristian yang ada hari ini tidak ada kena mengena dengan Nabi Isa.  Semua doktrin termasuklah konsep triniti atau tiga tuhan di dalam satu itu adalah daripada ajaran Paul.  Paul telah dianggap oleh pengikut Yahudi dan pengikut Nabi Isa yang asal sebagai telah murtad atau syirik kerana telah mentigakan Tuhan. Orang-orang Yahudi telah berusaha untuk membunuh Paul tetapi tidak berjaya.  Di peringkat akhir, sebenarnya Barnabas sendiri yang pada mulanya menjadi sekutu Paul pun telah menentang Paul kerana Barnabas tidak menerima konsep Nabi Isa sebagai anak Tuhan.  Oleh itu kita dapati Gospel of Barnabas tidak menyebutkan Isa sebagai anak Tuhan.  Tetapi Gospel Barnabas ini telah diharamkan oleh kerajaan Rom pada tahun 325 Masehi kerana dianggap bertentangan dengan iktikad agama Kristian yang meluas.

Paul bagaimana pun  telah berjaya mempengaruhi penduduk Eropah yang berada dibawah kekausaan Rome untuk menerima ajaran sesatnya. Ajaran Paul diterima kerana Paul telah mengubah ajaran Nabi Isa untuk disesuaikan dengan kepercayaan orang  Rome dan Greek.  Paul mengatakan ia datang untuk membawa ajaran yang boleh membawa mereka ke syurga. Katanya:  Dosa mereka telah ditanggung oleh Jesus – oleh itu tidak perlu riasau  jika banyak mana dosa pun dilakukan.   Paul telah menyesauikan ajarannya dengan kepercayaan dewa-dewa orang Rome mengikut ideanya  sendiri.   Paul membenarkan berhala dibawa ke dalam gereja dan mendakwa berhala itu akan hidup selepas mereka mati. Iktikad saperti ini menjadikan ramai orang suka kepada ajaran Paul kerana sangat senang menjadi orang Kristian dan senang masuk syurga.

Salepas Paul,  agama Kristian telah berkembang berdasarkan pemikiran orang Rome dan Greek.  Ini menyebabkan berlaku perselisihan yang sangat banyak dalam akidah orang Kristian.  Kitab orang Kristian telah di tulis  beratus-ratus versi  oleh orang yang berlainan.    Memandangkan hal ini Maharaja Konstantin iaitu Maharaja Rome yang pertama menganut agama Kristian telah memanggil pendita-pendita Kristian dalam satu persidangan pada tahun 325 Masehi untuk menyatukan kitab Kristian dan 270 versi yang lain dibakar. Konstantin juga telah menetapkan bebarapa rukun yang mesti diikuti oleh semua orang Kristian.  Rukun ini di kenal sebagai “Nicene Creed”.  Konstantin juga menukar hari sembahyang   Yahudi daripada Hari Sabtu kerpada hari Ahad atau Sunday.  Ini kerana sebelum memeluk Agama Kristian Constantine memuja dewa Matahari atau “Sun”.  Konstantin juga meminda sembahyang orang Yahudi dan Nabi Isa yang asalnya ada  ruku’ dan sujud menjadi sembahyang dengan nyanyian dan muzik mengikut tradisi Rom. Ia jugalah  jugalah  yang mengisytiharkan simbol ‘Salib’  sebagai simbol orang Kristian  yang mesti di pakai dalam semua upacara agama.

Ajaran Paul dan Konstantin juga mengatakan Mary atau Maryam adalah emak Tuhan Jesus.  Allah memberitahu kita kesesatan kepercayaan ini dalam Surah Al Maidah ayat 116.

وَإِذۡ قَالَ ٱللَّهُ يَـٰعِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ ءَأَنتَ قُلۡتَ لِلنَّاسِ ٱتَّخِذُونِى وَأُمِّىَ

إِلَـٰهَيۡنِ مِن دُونِ ٱللَّهِ‌ۖ قَالَ سُبۡحَـٰنَكَ مَا يَكُونُ لِىٓ أَنۡ أَقُولَ مَا لَيۡسَ لِى

بِحَقٍّ‌ۚ إِن كُنتُ قُلۡتُهُ ۥ فَقَدۡ عَلِمۡتَهُ ۥ‌ۚ تَعۡلَمُ مَا فِى نَفۡسِى وَلَآ أَعۡلَمُ مَا فِى

نَفۡسِكَ‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ عَلَّـٰمُ ٱلۡغُيُوبِ

Yang bermaksud : Dan (Ingatlah) ketika Allah berfirman “Wahai Isa anak Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia  jadikanlah aku dan ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah ? (Isa) menjawab “Maha suci Engkau, tidak patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku.  Jika aku pernah mengatakannya tentulah Engkau telah mengethunya. Engkau mengerathui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahu apa yang ada padaMu.  Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahu segala yang ghaib.”

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Bagitulah scenario dunia pada masa Nabi Muhammad diputerakan.  Dalam wilayah kerajaan Rome tersebar agama Kristian yang telah diajarkankan oleh Paul yang didakwa sebagai ajaran Nabi Isa.  Kitab Bible yang mereka gunakan telah ditulis oleh beberapa orang.   Di Bahagian pertama Bible iaitu ‘old Tastement’ mereka memasukkan kandungan kitab Taurat yang mereka namakan “Torah’ yang telah di pinda dengan teruknya. Di bahagian kedua Bible atau ‘New Tastement’ mereka memasukkan kitab atau gospel karangan Mark, Luke, John dan Paul sendiri.  Kita boleh mengatakan kebanyakan pemeluk Kristian pada masa kelahiran Nabi Muhamad s.a.w.  itu telah sesat. Di dalam Fatihah mereka ini disebut “Adhallin” (Orang yang sesat).   Orang Yahudi pula walau pun kurang sesat tetapi telah meminda Taurat kerana tidak mahu menerima kerasulan Nabi Isa dan Nabi Muhamad dan mereka memang bangsa yang degil.  Di dalam Fatihah meraka digelar “ maghdub” – orang yang dimurkai.  Umat Islam dianjurkan jangan menjadi orang “ maghdub” dan orang “Addhalliin” didalam Fatihah. Ghairil maghdub bi alaihim waladdallin.

Di sebelah Barat semenanjung Arab pula berdiri kerajaan Farsi yang sangat sesat kerana menganut ugama Majusi yang menyembah api.  Di India walau pun ada tamaddun tetapi mereka menyembah dewa-dewa saperti Orang Rome sebelum Kristian.  Di Negara China umatnya  memuja ruh dato’ nenek.

Dengan keadaan ini bermakna tidak ada lagi orang yang menyembah dan mengesakan Allah dibumi ini pada masa Junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w. di puterakan.  Oleh itu keperluan untuk Allah mengutuskan seorang rasul bagi menyelamatkan manusia diseluruh alam ini sangat mendesak selapas 600 tahun Nabi Isa di utuskan.  Kita lihat bangsa Israel diutuskan Rasul silih berganti tetapi mereka tetap degil.  Kita lihat mereka mendapat Nabi Yaakub  kemudian anaknya Nabi Yusuf, kemudian Nabi Syuib, Nabi Lut, Nabi Musa, Nabi Daud dan anaknya Nabi Sulaiman diikuti dengan Nabi Isa alaihusalatuwasalam – tetapi keadaan mereka masih degil.

Daripada fakta di atas nyata sekali kelahiran Nabi Muhamad s.a.w.  adalah menjadi Rahmat kepada seluruh alam.  Secara logiknya jika Nabi Muhamad tidak diutuskan ke dunia ini maka tidak akan ada lagi manusia yang akan mentauhidkan Allah.  Semua manusia akan menjadi orang-orang kafir atau paling baik menjadi orang musyrik yang menyengutukan Allah dengan berbagai-bagai cara.  Manusia yang mempunyai imiginasi yang berbagai  untuk mencari Tuhan telah mengkhayalkan bermacam-macam rupa zat Tuhan.  Orang Hindu menggambarkan tuhan itu  mesti mempunyai banyak tangan dan banyak kepala kerana terlalu banyak kerja yang akan diuruskan. Orang Majusi memikirkan Tuhan mestilah kuat dan yang kuat itu ialah api.  Oleh kerana ingin melihat Tuhan dengan mata kasar ramai pula manusia yang meletakkan berhala untuk mewakili Tuhan.

Kebanyakan agama yang direka oleh manusia menggunakan berhala sebagai Tuhan. Ini turut berlaku kepada orang Arab yang walau pun percaya bahawa Tuhan yang menjadikan alam ini ialah Allah tetapi mereka memuja Latta, Uzza, Manat dan yang  lain-lain. Inilah tugas penting Nabi Muhammad s.a.w. iaitu untuk membetulkan akidah manusia.  Baginda mengambil masa hampir 20 tahun baru dapat meruntuhkan 360 berhala yang ada di keliling Kaabah semasa penaklukkan Kota Makah.  Waktu baginda wafat sebenarnya tugas  membetulkan akaidah manusia belum selesai.  Tetapi tugas ini dipikul pula oleh para sahabat baginda.  Kegigihan para sahabat telah dapat menyebarkan Islam keseluruh benua Asia, Afrika dam sebahagian Eropah.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*