Khutbah Jumaat 12 Februari 2010

KHUTBAH JUMAAT 12 FEBRUARI 2010 = 27 SAFAR 1431

 Saya berpesan kepada diri saya dan kepada tuan-yuan sakalain: marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.  Ingatlah hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang akan mendapat kemenangan di alam akhirat.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Bersyukurlah kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin Allah kita dapat berkumpul di Rumah Allah yang mulia ini pada “saiyidul ayyam’ – Penghulu segala hari untuk menunaikan tanggung jawab kita sebagiKai hamba Allah yang bertaqwa. Kita  juga besyukur kerana Allah yang menciptakan alam ini telah mengurniakan kepada kita berbagai-bagai nikmat yang tidak dapat di hitung.  Allah berfirman didalam Surah An Nahli ayat 18

وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَغَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬

Yang bermaksud: Dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), nescaya tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu.  Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Apabila membaca ayat ini kita selalu hanya memikirkan nikmat tambahan yang diberikan Allah kepada kita.  Kita memikirkan Allah memberi kita nikmat makanan untuk mengenyangkan, pakaian untuk menutup aurat, rumah untuk berteduh, perabut untuk keselesaan hidup, kenderaaan untuk bergerak, anak cucu untuk penyejuk mata dan segala benda yang dapat dilihat dengan mata kasar.  Kita juga bersyukur kerana kita dikurniakan nikmat yang lebih sadikit daripada orang lain di sekeling kita atau daripada orang dinegara lain yang lebih mundur.

Apabila Allah mengatakan :    لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ  “nescaya  kamu tidak dapat menghitung nikmat Allah”  kita saperti menganggap  Allah cuma membuat kiasan yang menunjukkan nikmat Allah itu  sangat banyak dan seolah-olah tidak terhitung oleh kita. Sebenarnya Allah tidak bermain-main dalam firmannya.  Nikmat Allah kepada kita memang terlalu  banyak dan komputer yang paling canggih pun tidak akan dapat menghitungnya.    Allah yang mempunyai Ilmu yang sangat banyak dan agung sahaja yang mengetahui berapa banyakkah nikmat yang di kurnakan kepada manusia.  Ilmu Allah sesunggunya amat  amat luas, amat dalam, dan amat sempurna.  Tidak ada manusia, jin atau malaikat pun yang mengetahui keluasan Ilmu Allah.  Allah membayangkan keluasan  IlmuNya dalam Surah Al Kahfi ayat 109:

 قُل لَّوۡ كَانَ ٱلۡبَحۡرُ مِدَادً۬ا لِّكَلِمَـٰتِ رَبِّى لَنَفِدَ ٱلۡبَحۡرُ قَبۡلَ أَن تَنفَدَ

كَلِمَـٰتُ رَبِّى وَلَوۡ جِئۡنَا بِمِثۡلِهِۦ مَدَدً۬ا

Yang bermaksud:   Katakanlah (Wahai Muhammad): “Kalaulah semua air lautan dijadikan dakwat untuk menulis ayat-ayat atau Ilmu  Tuhanku, maka akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku (ditulis) , walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya “.  Bagitu luasnya Ilmu Allah dan bagitu banyanya nikmat yang di berikan kepada manusia dan segala makhluknya yang lain. 

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian

Pada pagi Jumaat yang mulia  marilah kita cuba bertafakur merenung benarkah nikmat Allah kepada manusia itu bagitu banyak.  Bila memikirkan nikmat Allah kita selalu memikirkan nikmat kebendaan.  Kita menjurus untuk memikirkan,  manusia yang banyak mendapat nikmat di Dunia ini adalah manusia yang mempunyai paling banyak harta  atau paling banyak kuasa.  Kita selalu membayang Bill Gate pemilik syarikat Microsot – yang dianggap paling kaya didunia – yang mempunyai harta 80 billion ringgit –  sebagai manusia yang paling banyak mendapt nikmat Allah.  Kita tidak pernah sedar bahawa apa yang kita miliki di dalam tubuh kita ini berharga lebih mahal daripada harta Bill Gate.  Bayangkan jika Bill Gate telah sampai ajalnya hari ini,  ia tidak dapat menahan Malaikal Maut daripada mengambil nyawanya walau pun ia menawarkan semua hartanya untuk meraswah Malaikal Maut supaya menangguhkan pengambilan nyawanya hingga tahun hadapan, bulan hadapan, minggu hadapan bahkan hingga esok sekali pun.  Maknanya semua harta manusia ini tidak sama dengan harga satu nyawa.

Pernahkah kita membayangkan berapakah nilai atau harga tubuh kita yang setinggi 4 hingga 5 kaki ini ?  Dulu ada fiksyen TV membayangkan manusia yang diubahsuai berharga 6 juta US Dollar –  Six milion dollar man. Sebenarnya harga tubuh manusia ini jauh lebih tinggi daripada enam juta. Cuba kita kira secara kasar.  Mengikut kira-kira Pakar Sains Perubatan,  seluruh tubuh kita ini mengandungi kira-kira 3 ribu billion atau 3 trillion sel.  Jika Allah meletakkan harga satu sen bagi setiap satu sel maka harga setiap orang daripada kita didalam masjid ini ialah 30 billion ringgit.

                Sebagaimana yang kita semua maklum jasad kita manusia ini diciptakan Allah daripada satu sel sperma daripada bapa kita yang dicantumkan dengan satu sel telur di dalam rahim ibu kita.  Dari dua butir sel yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar  inilah di kembangkan oleh Allah s.w.t. yang maha bijaksana menjadi tiga trillion sel untuk membentuk seorang manusia yang amat sempuna sifatnya   Allah memperakukan kesempurnaan kejadian manusi ini didalam Surah  At Tin ayat 4 dan 5

لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬ (٤) ثُمَّ رَدَدۡنَـٰهُ أَسۡفَلَ سَـٰفِلِينَ

Yang bermaksud: Demi sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk Yang paling baik atau paling sempuna.  Kemudian (jika ia tidak taat) Kami kembalikan dia kepada serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.

                Cuba kita melihat bagaimana sempurnanya kejadian manusia mengikut kajian ahli Sains perubatan.   Dari mata kasar kita melihat manusia itu terdiri daripada berbagai-bagai anggota. Kita ada kepala, badan, tangan, kaki, jari, telinga, hidung, rambut dan sebagainya yang kita semua  tahu fungsi setiap sesuatu daripadanya.  Manusia sanggup menghabiskan separuh hartanya untuk membaiki jika mana-mana satu anggota badannya cacat.  Jika seseorang dilahirkan tanpa kaki bapanya sanggup menghabiskan beratus ribu ringgit jika kaki anaknya boleh diganti dengan kaki orang lain yang bukan kaki palsu. Bayangkan jika orang yang dilahirkan tanpa tangan, tanpa hidung, tanpa telinga dan lain-lain.  Tidakkah patut kita bersyukur kerana kita dilahirkan sempurna tanpa cacat cela.

                Di samping itu kita dibekalkan dengan panca indera atau deria untuk mengesan alam di sekeliling kita.   Kita diberi hidung untuk mecium bau, kita diberi telinga untuk mendengar, kita diberi mata untuk melihat, kita diberi lidah untuk merasa masam masin dan kita diberi kulit untuk merasa panas sejuk.  Bayangkan jika salah satu daripada feria kita tidak berfungsi. Katakan mata kita buta atau telinga kita pekak.  Berapa kita sanggup bayar untuk mendapatkan pengelihatan dan pendengaran semula ?  Pernahkah kita bersyukur menggunkan nikmat Allah ini ?

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

                Selain daripada anggota yang dapat dilihat,  kita dilengkapkan pula dengan berbagai-bagai organ di dalam badan yang tidak dapat dilihat kecuali dengan pembedahan.  Kita mempunyai jantung  yang mengepam darah keseluruh badan tanpa henti sesaat pun, kita punya  paru-paru yang sentiasa menyedut udara untuk membekalkan oksijen keseluruh badan, kita mempunyai buah pinggang yang sentiasa membersihkan darah dari bahan-bahan toxid, kita mempunyai  kura atau peancreas  yang sentiasa mengeluarkan insulin untuk mengawal paras gula di dalam badan kita.  Kita baru sedar betapa berharganya organ0organ ini apabila kita mendapat penyakit kencing manis, mendapat penyakit jantung atau menadapat penyakit batu karang.  Kita sanggup membayar berapa saja jika ada orang yang mau menjual sebelah buah pinggangnya untuk mengelakkan daripada mengadap mesen heamodylisis seminggu tiga kali.

                Selain daripada itu kita dikurniakan Allah dengan berbagai-bagai sistem atau mekanisme yang berjalan tidak berhenti-henti.  Kita mempunyai sistem pernafasan, sistem penghazaman, sistem pengaliran dan pembersihan darah, sistem peranakan, sistem saraf dan berbagai-bagai lagi sistem yang amat sukar difahami oleh orang biasa saperti kita.  Misalnya kita dikurniakan sistem penghazaman yang amat canggih.  Kita selalu memikirkan bila kita memasukkan nasi kedalam mulut maka nasi itu mesti masuk ke perut dan besoknya kita akan mengeluarkanya sebagai bahan buangan ke dalam tandas. Kita cuma riasau jika tiga hari tidak boleh mengeluarkan bahan buangan kita.  Kita tidak pernah memikirkan bahawa sejak makanan kita masuk kemulut Allahlah yang menjalankan makanan itu hingga sampai kehujung saluran pembuangan.  Kita tidak sedar sebaik sahaja makanan itu masuk ke dalam mulut kita maka otot-otot didalam rengkong kita mula menolak makanan itu turun ke dalam perut.  Ada penyakit yang menjadikan otot-otot rengkong  itu tidak berfungsi dan makanan tidak boleh ditelan masuk ke perut. 

Setelah makanan itu masuk ke perut mencurah turun asid yang akan menghancurkan makanan itu supaya mudah dihadhamkan.  Kemudian baru makanan itu masuk ke dalam usus kecil atau small  intestien yang sepanjang 27 kaki untuk menuju ke usus besar dan akhirnya baru keluar melalui lubang yang boleh terbuka dan tertutup secara otomatik.  Sepanjang melalui usus kecil itulah zat makanan diserap olrh dinding usus masuk kedalam saluran darah dan di hantar ke seluruh 3 trillion sel dibadan kita hingga sel-sel itu boleh hidup.  Semua ini berjalan secara otomatis tanpa kita perlu menwal perjalanannya.  Bayangkan jika kita terpaksa menekan suis disetiap stesyen makanan itu sampai.  Kita tidak boleh tidur atau bekerja sepanjang hari dan malam.

Cuba kita lihat sistem pengaliran darah.   Mengikut kajian perubatan janting kita mengepam 7,500 litar  darah dalam sehari semalam.  Maknanya kira-kira 5.2 liter atau botol coca cola dalam satu minit. Kuatnya tekanan darah kita dikatakan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter. Cuba bayangkan jantung yang sebesar genggaman itu bekerja tanpa henti selama hampir 100 tahun.  Dianggarkan jantung manusia mengepam kira-kira 48 juta gelen darah sepanjang hayatnya.

Dalam sistem pernafasan pula manusia menyedut udara sebanyak 23,000 kali dalam sehari.  Setiap kali sedutan sebanyak 4 liter udara kedalam paru-parunya tetapi Cuma menggunakan 5 % sahaja daripada udara yang yang mengandungi oksijen yang menyerap masuk ke dalam saluran darah yang berselirat didalam paru-paru untuk di bawa keseluruh anggota badan. Sistem pembersihan darah di lakukan oleh buah pinggang.  Setiap hari 33 gelen darah masuk ke dalam buah pinggang dan dicuci . 95 % daripada darah yang telah bersih masuk semula ke dalam saluran darah dan 5%  daripadanya keluar sebagai air kencing .  Kita patut bersyukur kerana semua sistem ini berjalan secara otomatis tanpa perlu dihidupkan enjinnya.

Selain daripada sistem yang dapat dilihat dengan mengesan imagenya dikaca TV ada sistem yang tidak dapat dilihat dengan jelas dan pakar perubatan masih pening memikirkan bagaimana ia berfungsi. Misalnya sistem saraf yang menjadi saperti saluran komunikasi atau perhubungan antara seluruh anggota manusia dengan otak.  Apabila mata kita memandang sesuatu, hidung kita mencium sesuatu, lidah kita merasa sesuatu, kulit kita menyentuh sesuatu saraf kita menghantar maklumat yang dirasa ke otak.  Otak kitalah yang membuat keputusan menentukan samada sesuatu itu cantik, wangi, masin atau panas.  Jika maklumat itu tidak sampai ka otak kita tidak akan merasa apa-apa.  Sebab itu apabila sesorang diberi ubat bius doktor boleh  membelah dada dan mengeluarkan organ didalam tubuh manusia kerana sistem sarafnya telah diputuskan.

Mengikut kajian terdapat 100 billion sel saraf di dalam otak.  Berapa laju sesautu maklumat itu boleh samapa ke otak dari tempat di rasa ?  Dikatakan pengahantaran maklumat ke otak dari tempat kejadian ialah 275 kilometer sejam – selaju bullet train di Negeri Jepun.  Justru apabila kita teroijak duri kaki kita terus diangkat dengan tidak payah berfikir lagi. Ini dipanggil involuntary action.  Tetapi manusia diberi Allah mempunyai otak yang lebih baik daripada binatang.  Manusia diberi kelebihan boleh berfikir kemudian baru mengambil tindakan.   

Jika manusia sakit kerana dipukul kepalanya  ia  tidak terus membalas balik kepada orang yang memukulnya.  Ia akan berfikir mengapa orang itu memukul.  Jika yang memukul kepalanya cucunya yang berumur 3 tahun ia tidak terus menampar cucunya.  Ia akan mengatakan “Bertuah punya cucu”.  Tetapi jika yang memukul itu musuhnya ia akan mengambil tindakan mengikut perkiraan yang tertentu.  Inilah nikmat Allah yang paling besar kepada manusia – kebolehan menggunakan otak.   Kegagalan manusia mengunkan otak dan saraf otak dengan betul akan mengakibatkan manusia boleh dihumbankan Allah kedalam Neraka.  Allah tidak alan memasukkan binatang ke dalam neraka kerana otak mereka tidak disediakan untuk berfikir.  

Mimbar hari ini membincangkan semua ini untuk mengajak para Jemaah bersyukur kepada nikmat Allah yang diberikan kepada kita.  Kegagalan bersyukur kepada Allah boleh mendatangkan kemurkaan Allah.  Satu daripada sebab kemurkaan Allah kepada Bani Israel ialah tidak mahu mengenang nikmat Allah.  Dalam Al Quran apabila Allah menceritakan perangai Bani Israel Allah selalu memulakan dengan  “Wahai Bani Israil ingatlah nikmatku”  Misalnya dala Surah Al Baqarah ayat 47:

يَـٰبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتِىَ ٱلَّتِىٓ أَنۡعَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ وَأَنِّى فَضَّلۡتُكُمۡ

عَلَى ٱلۡعَـٰلَمِينَ     

Yang bermaksud: Wahai Bani Israil! Kenangkanlah nikmat-nikmatKu yang  Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).

                Kepada umat Islam Allah mengingatkan kita supaya bersyukur kepada Allah dan mengancam orang yang tidak bersyukur dengan firmannya dalam surah Ibrahim ayat ke 7

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ 

Yang bermaksud: dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*