KHUTBAH JUMAAT 25 JULAI 2014

KHUTBAH JUMAAT 25 JULAI 2014

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah asakalian,

Marilah kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana telah memanjangkan umur kita, dan telah hampir dapat menyelesaikan Puasa Ramadhan bagi tahun 1435 ini.  Jika tiada ada apa-apa perubahan insyallah kita akan berhari raya pada Hari Isnin 28 Julai 2014. Masjid kita ini insyallah akan mula bersolat Hari Raya idil Fitri pada pukul 8.30 pagi.

Puasa ini sebenarnya adalah satu program yang disusun oleh Allah s.w.t. untuk mendidik manusia menjadi makhluk yang lebih baik. Dalam kehidupan harian, apabila kita selesai atau hampir selesai menjalankan sesuatu projek atau program, kita akan membuat penilaian apakah program kita itu telah berjaya mencapai matalamatnya.  Program puasa ini adalah satu program yang sangat besar. Ia bukan di anjurkan oleh ketua jabatan atau kerajaan tetapi satu program yang diatur oleh Allah s.w.t. sendiri untuk dilaksanakan oleh semua manusia di alam ini, saperti firman Allah di dalam Surah al Baqarah ayat 183 yang ramai orang yang menghafalnya:

$yg•ƒr¯»tƒtûïÏ%©!$#(#qãZtB#uä|=ÏGä.ãNà6ø‹n=tæãP$u‹Å_Á9$#$yJx.|=ÏGä.’n?tãšúïÏ%©!$#`ÏBöNà6Î=ö7s%öNä3ª=yès9tbqà)­Gs?     

 

yang bermaksud: wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Ini bermakna puasa telah diwajibkan kepada umat-umat dahulu semenjak Adam dan Allah berkehendakkan puasa ini diteruskan pula oleh umat Muhamad s.a.w. iaitu umat yang terakhir di dunia ini.

Untuk membuat penilaian atau ukuran samada sesuatu program itu berjaya atau tidak biasanya kita akan berpandu kepada matalamat program itu. Jika matalamat program itu dapat dicapai kita boleh mengatakan program itu berjaya.  Jika sebaliknya kita akan katakan program itu gagal. Dalam program kerajaan sekarang, setiap program mempunyai  KPI atau Key Perfomance Indicator atau Penunjuk Prestasi Utama yang mesti dicapai oleh sesuatu program atau sesa orang pegawai.

Misalnya dalam program membenteras jenayah: KPI Jabatan Polis misalnya  untuk mengurangkan kes jenayah kepada 80% dalam setahun.  Jika itu dapat dicapai, program itu dikatakan berjaya dan  Ketua Polis boleh dinaikkan pangkat. Bagaimana dengan berpuasa ?  Allah menetapkan KPI atau matalamat puasa  puasa itu ialah: ‘La’al lakum tattaqun” yakni “supaya kamu bertaqwa”.  Maknanya sesudah selesai mengerjkan puasa, kita akan menjadi orang yang bertaqwa atau lebih bertaqwa.  Jika kita  masih tidak bertaqwa selepas berpuasa maknanya puasa kita gagal. Para ulama memang mengatakan darjah taqwa itu sama saperti darjah imam, memang boleh  naik turun dari sehari ke sehari.  Bagaimana untuk mengukur bahawa selepas kita berpuasa, taqwa kita sudah bertambah 5%, 10% atau 20% ?  Oleh kerana ‘taqwa’ itu sesuatu yang amat subjektif atau bersifat  maknawi, maka tidak ada alat pengukur yang boleh mengukur taqwa itu dengan objektif saperti kita mengukur suhu badan, menggunakan sukatan darjah ferenheight atau selsius.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,

Taqwa saperti juga iman cuma dapat dilihat daripada tanda-tandanya sahaja  saperti rajinnya bersolat, pakaiannya menutup aurat, makanannya halal,  akhlaknya yang mulia dan sebagainya.  Ini boleh dijadikan indikatur kepada prestasi taqwanya.  Tetapi kadang-kadang ada orang boleh memalsukan tanda-tanda atau indikatur ini dengan berpura-pura.  Sifat ini dikenal sebagai sifat munafik.  Di zaman Nabi pun ada orang munafik yang bersolat dibelakang Nabi. Tidak dapat dikenal sifat munafiknya.  Zaman sekarang pun kaum Syiah mengamalkan ‘taqiyah’ dengan berpura-pura bersolat saperti ahli sunah apbila bersama-sama dengan ahli sunah, tetapi bersolat cara lain apabila bersama mereka.  Jadinya indikator rajin bersolat, berserban besar, rajin membilang tasbih sahaja tidak dapat menjadi ukuran kepada penilaian ‘taqwa’ dan ‘iman’ yang sebenar.

Jadi bagaimana mengukur adakah seseorang yang berpuasa itu telah bertambah taqwanya dengan pertolongan puasa saperti dalam ayat di atas ?  Memang sangat rumit.  Sama rumitnya untuk menilai adalah seseorang yang balik dari mengerjakan haji sanada telah mendapat Haji Mabrur atau tidak.  Sebenarnya yang boleh merasakan adakah tqwa kita telah bertambah atau tidak adalah diri kita sendiri. Bagaimana kita dapat mengesan adakah taqwa kita telah bertambah ? 

Istlah taqwa itu sendiri amat sulit difahami.  Biasanya orang menterjemahkan ‘tawqa’ sebagai mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan yang dilarang.  Ada agamawan  yang menghubungkan taqwa ini dengan ‘ takut’. Semakin takut seseorang kepada Allah semakin tinggilah taqwanya.  Ada bebarapa tempat di dalam Al Quran taqwa bermakna ‘takut’ yakni takut kepada siksaan Allah di neraka.  Misalnya dalam Surah Al Baqarah ayat 23 dan 24

bÎ)uröNçFZà2’Îû5=÷ƒu‘$£JÏiB$uZø9¨“tR4’n?tã$tRωö7tã(#qè?ùsù;ou‘qÝ¡Î/`ÏiB¾Ï&Î#÷VÏiB(#qãã÷Š$#urNä.uä!#y‰ygä©`ÏiBÈbrߊ«!$#cÎ)öNçFZä.tûüÏ%ω»|¹ÇËÌÈ   bÎ*sùöN©9(#qè=yèøÿs?`s9ur(#qè=yèøÿs?(#qà)¨?$$sùu‘$¨Z9$#ÓÉL©9$#$ydߊqè%urâ¨$¨Z9$#äou‘$yfÅsø9$#ur(ôN£‰Ïãé&tûï̍Ïÿ»s3ù=Ï9ÇËÍÈ     

 

Yang bermaksud:  Dan jika kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (yakni Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya yang boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar.  Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah pasti kamu tidak dapat membuatnya, maka takutlah kamu kepada api neraka yang bahan-bahan bakarannya adalah manusia dan batu-batu (berhala),  yang disediakan untuk orang-orang kafir.

            Dalam ayat ini “fattaqun Nar” diterjemahkan sebagai ‘takutlah’ kamu kepada api neraka. Dalam kehidupan seharian pun jika kita hendak melarang seseorang melakukan perkara yang tidak baik, kita akan mengancam seseorang supaya takat melanggar peraturan yang ditetapkan.  Apabila kerajaan hendak melarang seseorang mengedar dadah, maka kerajaan mengancam pengedar dadah dengan hukuman gantung.  Kerajaan menjangka orang akan takut mengedar dadah.  Tetapi oleh kerana mereka degil, maka ancaman itu tidak berkesan.  Mungkin kerana mereka digantung di dalam penjara dan pengedar lain tidak melihatnya.  Jika digantung di Pasar Raya mungkin lebih berkesan.

Dalan hal agama Allah juga mengancam orang yang melanggar perintahnya dengan ancama neraka. Amaran Allah bukan setakat gantung tetapi akan dibakar dengan api hingga hancur kulutnya dan ditumbuhkan kulit yang baru dan diberi minum air yang mendidih.  

Sidang Jumaat yang di kasihi Allah sakalian,

            Dalam hal iman dan taqwa lebih kurang sama.  Allah menghantar Rasul-Rasulnya dengan dua tugas iaitu memberi khabar gumbira kepada orang yang bertaqwa dan mengancam orang yang ingkar atau kafir.  Ini sangan jelas dalam banyak ayat di dalam Al Quran. Misalnya dalam Surah Yasiin ayat 11 Allah berfirman:

$yJ¯RÎ)â‘É‹Yè?Ç`tByìt7©?$#tò2Ïe%!$#zÓÅ´yzurz`»uH÷q§9$#Í=ø‹tóø9$$Î/(çn÷ŽÅe³t6sù;otÏÿøóyJÎ/9ô_r&urAOƒÍŸ2ÇÊÊÈ     

yang bermaksud: sesungguhnya kamu (yakni para Rasul) hanya memberi peringatan atau amaran kepada orang yang mau mengikut peringatan dan yang takut kepada Tuhan Yang Amat Pemurah walaun pun dia tidak melihatnya. Maka berilah khabar gumbira dan keampunan dan pahla yang mulia. 

            Jadi indikatur atau tanda kejayaan sesaorang itu ialah apabila ia bertambah takut kepada Allah.  Lebih takut maknanya lebih  bertaqwa kepada Allah.  Sepatutnya jika sebelum berpuasa, sesaorang itu lewat solatnya, maka selepas berpuasa bersegeralah solatnya.  Jika sebelum berpuasa tidak pernah bersolat jemaah maka akan beransur-ansur nampak bersolat jemaah di Masjid atau surau. Jika sebelum puasa menyelinap masuk ke kedai ekor maka selepas berpuasa berhentilah ia daripada kerja haram ini.

            Bagi wanita yang tidak menutup aurat atau menutup dengan tidak sempurna, selapas Ramadhan ini akan mula menutup aurat atau yang kurang sempurna menyempurnakan penutupan auratnya.  Bagitu juga bagi pegawai awam atau swasta yang telah biasa menerima wang di bawah meja, akan berhenti melakukan kerja yang di isytiharkan perang oleh Allah itu apbila selesai mengerjakan puasa.

            Kepada penjawat awam dan sawasta yang mencuri tulang dengan berlama-lamaan dikantin akan segera masuk ke pejabat apabila telah berpuasa .  Yang di dalam pejabat akan berhenti bermain game atau bergosip hal peribadi dalam waktu pejabat .  Bagitu juga yang membuat claim kepada tugas yang tidak dibuat akan berhenti melakukanya selepas berpuasa. Kepada anak muda yang suka merempit, suka berlepak di pasar raya akan berhenti atau mengurangkan aktiviti itu selepas berpuasa sebulan.

Sangat panjang senarai kerja maksiat yang masih dilakukan oleh orang yang berpuasa.  Sepatutnya setelah berpuasa betahun-tahun kita akan berubah ke arah yang lebih baik.  Jika perubahan ini berlaku walau pun sadikit bermakna kesan puasa itu tealh berlaku.  Yakni ketaqwaan kita telah bertambah dan indikatur “la’allakum tattaqun” itu telah menampakkan hasilnya.  Jika semua anggota masyarakat kita bertambah ketaqwaanya maka jenayah akan berkurang, gejala sosial akan bertambah baik, pentadbiran kerajaan akan bertambah cekap, ketirisan ekonomi akan berkurang, dan umat Islam dan kerajaan akan bertambah kuat. 

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

 

            Sempena Sambutan Hari Raya pada Hari Isnin, mimbar ini mengucapkan selamat Barhari Raya kepada semua kaum muslimin dan muslimat di dalam Kariah Masjid ini.  Marilah kita bermuhasabah dan membuat penilaian diri kita masing-masing adakah puasa kita telah dapat mencapai matalamatnya?  Adakah setelah berpuasa berpuluh-pulih tahun tahap ketaqwaan kita masih ditakuk lama juga.  Janganlah hendaknya kita termasuk di dalam hadis nabi yang mengatakan ramai orang yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja. 

 

            Sepatutnya setelah berpuasa sebulan melalui pula solat bertarawih, bertadarus, berquiamullail maka sadikit sebanyak ada perubahan yang terasa pada diri kita untuk berubah menjadi mukmin dan mukminat yang lebih bertaqwa. Sepatutnya telah ada perubahan dalam beribadah, dalam berpakaian, dalam cara bekerja, dalam pergaulan dengan manusia dikeliling kita, dan akhirnya dalam menghadapi gugaan dan cubaan Allah saperti petaka yang menimpa MH 17 dan MH370 dahulu kita akan menerimanya dengan penuh taqwa.

 

Baigitu juga taqwa kita akan tergambar dalam sikap kita melihat saudara-saudara kita yang dizalimi di Gaza, di Syria, di Myamar, di Selatan Thai dan di mana-mana tempat yang umat Islam tertindas.  Ketaqwaan kita akan mendorong kita menolong mereka yang tertindas dengan apa yang terdaya samada dengan bantuan kewangan atau dengan doa.      

 

       

 

 

 

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*