KHUTBAH JUMAAT 05 SEPTEMBER 2014

KHUTBAH JUMAAT 05 SEPTEMBER 2014 = 10 ZULKAEDAH 1435

 Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t.  kerana kita telah dapat menyambut ulang tahun kemerdekaan negara kita enam hari yang lepas.  Kita bersyukur kerana kita dapat menyambut kemerdekaan kita dengan penuh kemeriahan walau pun negara kita masih dalam suasana kesedihan dengan penerimaan jenazah korban trajedi MH17. 

            Dalam kemeriahan sambutan kemerdekaan ini, mari kita menyorot sejarah bangsa kita. Sebelum kedatangan Portugis ke Tanah Melayu, Kerajaan Melaka adalah sebuah empayar yang besar yang menguasai Selat Melaka dan menjadi pusat perniagaan yang sibuk di Tenggara Asia.  Kapal ahli Perniagaan dari China, India, Madagaskar, Arab datang ke Melaka menukar dagangan dari seluruh dunia di Bandar Melaka.  Empayar Melayu Melaka yang asalnya sebuah perkampungan telah berkembangan lebar hingga ke Sumatra meliputi Bentan, Haru, Inderagiri, Perlak, Palembang dan Pasai.  Juga termasuk Daerah Selatan Siam: Patani, Narathiwat dan  Songkla .  Ahli perniagaan Melayu telah belayar hingga ke India, China dan ke Afrika Selatan.

            Tetapi setelah dijajah selama hampir 5 abad orang Melayu menjadai bangsa yang jumud, miskin, hidup di perkampungan, tidak berpelajaran, hidup kais pagi makan pagi kais petang makan malam. Akhirnya dengan usaha gigih pejuang-pejuangnya Tanah Melayu telah dapat dimerdekakan pada tahun 1957.   Hari ini, setelah 57 merdeka, kita dapat menyaksikan bagaimana negara kita yang telah menjadi  mundur dan miskin dibawah penjajahan, telah bangun menjadi sebuah negara yang maju dan disegani oleh negara-negara luar. Kermerdekaan telah memberi kita kuasa untuk menentukan halatuju negara kita mengikut corak dan acuan yang kita sukai. Semasa kita dijajah selama 446 tahun kita terpaksa mengikut kehendak penjajah negara kita, iaitu Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula.

            Daripada dua kali pusingan sejarah itu kita lihat betapa pentingnya kemerdekaan kepada kita. Apabila kita dijajah kita tidak mempunyai kuasa menentukan corak negara kita.  Kita ditindas, dihina dan diperlekahkan hingga tidak boleh mengangkat kepala. Hasil negara kita diperah dibawa balik mengkayakan negara mereka.  Setelah medeka baru kita dapat membangunkan negara kita semula. Kita berbangga kerana dapat berdiri sama tinggi dengan negara yang dahulu menjajah kita. Kita saperti tidak percaya kereta proton boleh berlari di Bandar London setelah kita merdeka.   Oleh itu kita seharusnya mempertahankan kemerdekaan kita bukan sahaja dengan titk peluh tetapi dengan darah yang mengalir dijasad kita. 

 

Sudang Jumaat yang diRahmati Allah sakalain,

            Kemerdekaan bukan boleh kekal selama-lamanya.  Jika kita alpa negara kita akan dijajah semula. Penjajah boleh datang dari mana-mana saja. Bukan sahaja dari kuasa besar saperti Amerika atau Russia tetapi boleh jadi dari jiran terdekat kita. Contoh terdekat ialah peristiwa Lahad Datu baru-baru ini. Jiran kita di Selatan dan di Barat pun bukan mustahil boleh mengggugat kemerdekaan kita. Kerajaan yang kita bina dengan keringat pejuang-pejuang kemerdekaan kita akan hancur jika kita tidak berwaspada menjaganya. Sejarah mencatatkan: semua empayar yang lahir di muka bumi ini, akan berkembang pada mulanya kemudian akan menguncup dan hapus dari muka bumi ini kerana kerenah penduduknya.  Di dalam Al Quran disebutkan Kerajaan Kaum Add, Kaum Tsamud, Kaum Firaun dihapuskan kerana penduduknya derhaka kepada Allah. Dalam suraj Al Fajr Allah berfirman:

öNs9r&ts?y#ø‹x.Ÿ@yèsùy7•/u‘>Š$yèÎ/ÇÏÈ   tPu‘Î)ÏN#sŒÏŠ$yJÏèø9$#ÇÐÈ   ÓÉL©9$#öNs9÷,n=øƒä†$ygè=÷WÏB’Îûω»n=Î6ø9$#ÇÑÈ   yŠqßJrOurtûïÏ%©!$#(#qç/%y`t÷‚¢Á9$#ϊ#uqø9$$Î/ÇÒÈ   tböqtãöÏùur“όϊ$s?÷rF{$#ÇÊÉÈ   tûïÏ%©!$#(#öqtósےÎûω»n=Î6ø9$#ÇÊÊÈ   (#rãsVø.rsù$pkŽÏùyŠ$|¡xÿø9$#ÇÊËÈ   ¡=|ÁsùóOÎgøŠn=tæy7•/u‘xÞöqy™A>#x‹tãÇÊÌÈ   ¨bÎ)y7­/u‘ÏŠ$|¹öÏJø9$$Î7s9ÇÊÍÈ           

 Tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) ,  penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, yang belum pernah diciptakan sepertinya di negeri-negeri lain(pada zamannya)?  Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura), dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang kukuh?  (Mereka) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing), dan mereka melakukan banyak kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.  Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai azab.  Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas (kejahatan mereka).

Ini adalah gambaran negeri yang merdeka tetapi penduduknya melawab perintah Allah. Semua negeri-negeri itu dibinasakan Allah samada dengan taufan atau petir yang kuat.

Dalam sejarah tamaddun dunia, kita dapati Tamadun Mesopotamia, Tamadun Rom, Kerjaan Bani Umayah, Kerajaan Bani Abasiah, Kerajaan Andalusia, Kerjaan Usmaniah mengalami kemuncak kemajuan, kecemerlangan dan keagungan, tetapi  kemudian lemah dan hancur dalam masa yang ditentukan Allah.  Hampir kesemua kerajaan itu hancur kerana perebutan kuasa di kalangan pemimpin negara dan kerana rakyat yang tidak patriotok mempertahankan negara.  Pemimpin menjadai gila kuasa dan hidup dengan kemewahan dan rakyat pula tidak bersedia mempertahankan kemerdekaan negara dan tenggelam dalam kehidupan yang penuh keseronokan dan kemaksiatan.

 Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Sejarah yang berlaku kepada empayar yang telah runtuh itu, akan berulang juga kepada negara kita dan negara-negara lain.  Berapa lama kita boleh bertahan menikmati kemerdekaan ini, bergantung kepada bagaimana sikap kita mempertahankan kemerdekaan itu. Bagaimana amalan pemimpin-pemimpin dan rakyat kita.  Semakin banyak kita melakukan dosa dan kerosakan di muka bumi ini semakin cepat kerajaan kita akan runtuh.  Kerajaan Melayu Melaka boleh  bertahan selama 100 tahun.  Kerajaan Bani Umaiyah di Syria bertahan selama 89 tahun.  Kerajaan Abasiah di Baghdad bertahan selama 508 tahun.  Kerajaan Usmaniah bertahan selama 728 tahun. Berapa lamakah kerajaan kita di Malaysia akan bertahan ? Sekarang baru 57 tahun.  Adakah boleh bertahan selama 100 tahun saperti kerajaan Melaka ?  Atau 500 tahun saperti kerajaan Abasiah di Baghdad ?  Allah sahaja yang tahu. Memandang kepada keretakan dan perpecahan umat Melayu di negara ini, kita bimbang, kalau-kalau umur Kemerdekaan Malaysia ini tidak sampai sepanjang umur kerajaan Melayu Melaka. Na’uzubillah hi minzalik.

 Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Untuk bahan renungan ramalan umur kemerdekaan kita, cuba kita menganalisa falsafah kemerdekaan itu sendiri.  Kemerdekaan adalah lawan kepada perhambaan.  Yang berkuasa dipanggil tuan yang dikuasi dipanggil hamba. Sebelum abad ke 19 perhambaan manusia adalah perkara biasa. Orang-orang kaya boleh memilikki hamba seberapa ramai yang dikehendakinya. Sistem saperti ini diterima sebagai sistem hidup biasa dalam masyarakat zaman itu.  Dalam hukum Islam juga ada hukum-hukum mengenai hamba. Hak hamba tidak sama dengan hak orang yang merdeka. Hamba tidak boleh memiliki harta.  Semua pencariannya akan menjadi hak tuannya. Walau bagaimana pun  Islam menggalakkan umatnya memerdekakan hamba untuk menghapuskan perhambaan manusia yang turun temurun diamalkan. Orang yang memerdekakan hamba akan mendapat ganjaran pahala yang besar.

Dalam sistem hidup yang lama manusia boleh menjadi hamba dengan cara-cara  yang tertentu. Misalnya sesaorang boleh menjadi hamba kerana kalah dalam peperangan dan menjadi orang tawanan, atau orang yang tidak dapat membayar hutang. Hamba juga boeh dijual dan dibeli dan pembelian itu sah dalam sistem hidup pada masa itu termasuk di dalam sistem Islam.  Orang Eropah telah menangkap orang kulit hitam di Afrika dan dibawa ke Amerika untuk bekerja di ladang-ladang mereka sebagai hamba.

Apabila seseorang telah menjadi hamba anak cucunya juga menjadi hamba hinggalah ia di merdekakan.  Dalam sejarah Islam Bilal ialah seorang hamba yang telah diseksa oleh tuanya Al Mughirah dengan bagitu dahsyat hingga Saidina Abu Bakar membelinya dan di merdekakan.  Kita semua tahun Bilal akhirnya menjadi Muazin Rasullah s.a.w.

Sekarang sistem perhambaan ini telah pupus di seluruh dunia hasil perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan.  Kita lihat perjuangan Nelsoh Mandela di Afrika selatan adalah perjuangan menghapuskan dasar perhambaan atau dasar aparthed yang memberi kuasa kepada Kerajaan kulit putih menahan hak bangsa kulit hitam menikmati kemudahan yang sama dengan orang kulit puteh.

Malangnya sekarang ini perjuangan untuk menuntut kebebasan atau kemerdekaan manusia individu telah tersasar dan tersesat jauh meliwati garisannya. Manusia telah meminta kebebasan yang melampau hingga melanggar garis kemanusiaan dan fitrah alam. Ada manusia yang meminta kebebasan untuk berbogel di hadapan khalayak ramai.  Ada manusia meminta kebebasan berkahwin sesama jantina.  Ada manusia mencemohkan sistem perkahwinan dan meminta hidup serumah dan beranak tanpa kahwin. Ada manusia yang meminta supaya pelacuran menjadi perniagaan sah dan boleh membayar cukai. Ini adalah contoh tuntutan kebebsan yang tersasar jauh daripada fitrah alam.

 Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Cuba kita renungkan dengan renungan makrifat siapakah sebenarnya kita ini sebagai manusia?  Kita adalah makhluk Allah sama saperti makhluk yang lain.  Kita diciptakan oleh Allah. Oleh itu kita adalah hamba Allah. Kita bukan merdeka disisi Allah.  Di dalam Al Quran banyak tempat yang menyebutkan kita adalah “abdullah’ atau ”ibadullah’ yakni hamba Allah. Allah tidak pernah se saat pun memberi kemerdekaan kepada kita sebagai hamba Allah.  Kita dilahirkan sebagai hamba kepada Allah, hidup sebagai hamba kepada Allah, akan mati sebagai hamba kepada Allah dan akan hidup semula sebagai hamba kepada Allah. 

Allah tidak pernah memberi kita kemerdekaan daripada menjadi hamba Allah dari sejak kita dicipta hingga selama-lamanya.  Tidak kira kita sebagai rakyat biasa, sebagai Pengarah, sebagai Jeneral, sebagai Perdana Menteri, sebagai Raja atau sebagai Maharaja.  Semuanya hamba kepada Allah dan apabila mati semuanya akan bertemu semula dengan Allah sebagai Tuan yang hakiki kepada kita.   Justeru, sebagai hamba kepada Allah kita bukanlah merdeka. Kita cuma boleh merdeka daripada perhambaan sesama manusia. Bukan kepada Allah.

Oleh itu dalam menuntut kebebesan dan hak manusia, kita mesti mengaku, samada suka atau tidak, kita adalah hamba kepada Allah, walau pun kita sudah merdeka daripada penjajahan atau dimerdekakan oleh tuan yang membeli kita sebagai hamba.  Kita boleh membantah tidak mahu mengikut perintah penjajah kita, melawan perintah majikan kita, tetapi kita tidak boleh sama sekali membantah atau melawan perintah tuan kita yang hakiki iaitu Tuahan kita, Allah s.w.t.

Di sisi Allah kita tidak sampai sebesar semut pun di atas seketul batu. Jika Allah menyuruh Jibrail memeyet kita dengan jarinya kita akan terpenyet saperti kita memenyet se ekor semut. Justeru apabila tuan kita, Allah telah meletakkan garis sempadan apa yang kita boleh lakukan dan apa yang tidak  boleh kita lakukan,  maka kita tidak ada pilihan kecuali mengikut sahaja perintah tuan kita ia itu Allah s.w.t., Yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana mengatur keperluan hambanya. Untuk menjaga kesejahteraan manusia Tuan kita Allah telah menggariskan beberapa peraturan dan sempadan yang mesti di ikut.  Allah menetapkan bahawa sebahagian anggota badan mesti ditutup. Kita sebagai hamba tidak ada pilihan mesti tutup. Allah mengaturkan:  untuk membiakkan keturunan manusia mesti melalui perkahwinan.  Kita dilarang berjudi, minum arak dan makan riba. Kita disuruh bersembahyang, berpuasa berzakat dan berhaji.  Jika kita sedar kita ini hamba kepada Allah bukan makhluk yang merdeka dari kuasa Allah, sepatutnya kita akan menurut semua perintah tuan kita, Allah s.w.t. Allah telah berjanji akan menyiksa orang yang melanggar arahan Allah dan memberi ganjaran kepada orang yang menurut perintahnya.  Ingatlah Allah tidak pernah memungkiri janjinya.

 

KHUTBAH KEDUA

 Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Didalam suasana kemeriahan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 57 ini marilah kita mempertahankan kemerdekaan kita supaya dapat bertahan dalam jangka masa yang lebih lama. Tamadun akan kekal lebih lama jika pemimpin dan rakyatnya menjadi hamba Allah yang salih dan metaati segala perintah Allah sebagai Tuhan dan tuan kita yang hakiki. Sejarah menunjukkan sesuatu kerajaan atau tamadun akan runtuh apabila pemimpin dan rakyatnya meyeleweng dari arahan Allah yang disampaikan melalui Rasul-rasulnya,

            Percayalah negara kita akan teguh jika kita mengerjakan amalan yang saleh, sebaliknya negara kita akan runtuh apabila penduduk negaranya melakukan kerosakan dimuka bumi Allah ini. Penduduk yang melakukan kerosakan dan maksiat ialah apabila mereka lupa bahawa mereka adalah hamba kepada Allah. Mereka merasa mereka telah merdeka dan boleh mendapat kebebasan yang tidak terbatas.  Allah melarang dan benci kepada manusia yang melampaui batas.      

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*