Khutbah Jumaat 01 September 2017

KHUTBAH JUMAAT 01 SEPTEMBER 2017 = 10 ZULHIJJAH 1438

Sidang Jumat yang di Rahmati Allah sakalian,

Alhamdulillah, Hari Jumaat hari ini agak istimewa kerana kita akan mendengar khutbah dua kali. Pagi tadi kita mendengar khutbah Hari Raya dan sekarang kita akan mendengar Khutbah Jumaat.  Peristiwa saperti ini jarang-jarang berlaku. Dan lebih istimewa lagi pada tahun ini, kerana semalam kita telah menyambut hari ulang tahun kemerdekaan negara kita yang ke 60.  Bermakna kita menyambut tiga hari yang sangat besar maknanya dalam kehidupan dunia dan akhirat kita berturut-turut. Kita menyambut Hari Jumaat penghulu segala hari, menyambut hari Raya Idil Adha, hari yang dimuliakan Allah, dan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang amat bermakna kepada kita serentak dengan hari Ukuf di Arafah.

Sambutan hari kemerdekaan kita tahun ini lebih bermakna lagi, kerana pada tahun ini -tahun 2017 – negara kita telah genap 60 tahun mencapai kemerdekaan. Ini bermakna negara kita telah merdeka dari penjajahan lebih setengah abad.  Kalau manusia berumur 60 tahun, ia telah menjadi seorang tua. Tenaga telah mula lesu beransur-ansur, urat telah kendur, kulit telah berkedut, mata telah kabur, jantung telah lambat berdenyut.

Tetapi bagi sebuah negara, umur 60 tahun bukanlah terlalu tua.  Tamaddun manusia mengambil masa beratus tahun untuk dibangunkan.  Tamadun Islam yang dibangunkan oleh kerajaan Bani Umaiyah berumur berumur 90 tahun iaitu dari tahin 660 hingga 750 Masehi. Kerajaan Bani Abasiah bertahan selama 502 tahun iaitu dari tahun 750 M hingga 1258M.  Kerajaan Osmaniah di Turki bertahan selama 632   tahun iaitu dari tahun  1290 hinggq 1922.

Di negara Islam sebelah timur kita  lihat Kerajaan Melaka telah bertahan selama 100 tahun iaitu dari tahun 1409 hingga 1511.  Fakta yang baru menunjukkan kerajaan Islam telah wujud di Terengganu sejak tahun 1207. Ini menunjukkan Melaka telah berdiri menjadi sebuah tamaddun Islam di Tenggara Asia yang  unggul selama paling kurang 100 tahun. Pada masa Kerajaan Melayu Islam Melaka berada di punacak kegemilangannya, Melaka adalah sebuah pusat peniagaan yang disinggahi bukan sahaja oleh kapal dari seluruh kepulauan Melayu; termasuk Jawa Sumatra, Bugis, Berunai dan Banjarmasin, tetapi dikunjungi juga oleh kapal-kapal dari Tanah Arab, India, China, Siam dan Vietnam. Bermakna Melaka telah terkenal di seluruh dunia masa itu.

Melaka menjadi tempat pertukaran perdagangan antara Eropah dan Timur Tengah dengan India  dan Negara China.   Rempah ratus termasuk lada hitam, cengkeh dan buah pala yang dikumpulkan dari seluruh kepulauan Melayu dikumpulkan di pasaran Melaka dan kain sutra dan pinggan mangkuk dari China bersama-sama dengan minyak wangi dan ubat-ubantan dari Arab dan India diperdagangkan di pasar Melaka.  Pada masa itu barang dari China dan India dan kepulauan Melayu boleh di dapati di pasaran Eropah, Arab dan India melalui Melaka. Melaka benar-benar menjadi entrepot dan bandar metropolitan dalam kurun ke 15disamping menjadi pusat perkembangan  Islam terkemuka. Pada masa itu benua Amerika baru sahaja dihuni oleh orang Eropah kerana Columbus baru sampai ke Pulau Hidia Barat pada tahun 1492, 9 tahun sebelum Melaka jatuh ke tangan Portugis.

Sidang Jumaat yang rahmati Allah sakalian,

Mimbar ini mengkisahkan semua ini untuk menarik perhatian pada jemaah, bahawa Bangsa Melayu sebenarnya telah pernah menjadi bangsa yang besar selama 100 atau 300 tahun di muka bumi Allah ini. Ahli pelayaran Melayu telah sampai ke seluruah Asia Tenggara, China, India dan ada orang Melayu dikatakan telah mengelilingi duna bersama Magellan. Tetapi malangnya setelah gerombolan bangsa Eropah yang dimulakan oleh orang Portugis yang berjaya menjatuhkan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada tahun 1492, sampai ke tenggara Asia maka Melaka telah menjadi sasaran pertama mereka.

Kerajaan Melaka yang gagah itu telah dapat dijatuhkan oleh Portugis pada tahun 1511 dengan lenangan air mata bangsa Malayu.  Semenjak itu Melaka tidak dapat bangun lagi kerana telah dijajah oleh bangsa Eropah silih berganti. Belanda telah menggantikan Portugis walau pun dengan bantuan orang Johor pada tahun 1641.  Belanda pula menyerahkan Melaka kepada British dengan Perjanjian Indo-Duch Treaty pada tahun 1824. Tetapi akhirnya bangsa Melayu dengan susah payah dapat mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.  Pada perkiraan kasar Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun oleh lima bangsa penjajah iaitu Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.

Selama 446 tahun di bawah penjajah Bangsa Malayu menjadi bangsa yang lemah, rendah diri, jumud, miskin, buta huruf dan tidak mempunyai kepercayaan diri. sedangkan  pada masa kecemerlangan Melaka mereka digeruni oleh Siam, Acheh dan Majapahit. Mereka disegani oleh saugagar-saudagar Arab, India, Farsi dan China.  Mengapa semua ini berlaku?  Dari segi kepercayaan dan keimanan, kita wajib mengaku bahawa ini ini semua adalah ketentuan Allah.  Allah berkuasa menaikkan sesuatu kerajaan dan menjatuhkan seeuatau kerajaan dengan kehendakNya dan kekuasaaNya.  Tidak ada siapa yang boleh mempersoalkan kekausaan Allah saperti firmannya dalam surah Ali  Imaran ayat 26

È@è% ¢Oßg¯=9$# y7Î=»tB Å7ù=ßJø9$# ’ÎA÷sè? šù=ßJø9$# `tB âä!$t±n@ äí͔\s?ur šù=ßJø9$# `£JÏB âä!$t±n@ –“Ïèè?ur `tB âä!$t±n@ ‘Aɋè?ur `tB âä!$t±n@ ( x8ωuŠÎ/ çŽöy‚ø9$# ( y7¨RÎ) 4’n?tã Èe@ä. &äóÓx« ֍ƒÏ‰s% ÇËÏÈ              

yang bermaksud: katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan Yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa di atas tiap-tiap sesuatu.

Walau bagaimana pun, Allah tidak melakukukan sesuatu kejadian dengan tidak bersebab.  Semua yang dilakukan Allah mempunyai tujuan dan perancangan yang sangat rapi dengan penuh kebijaksanaan.  Apabila Allah membinasakan sesuatu kaum atau bangsa, biasanya kaum itu telah melakukan kerosakan di muka bumi. Banyak ayat-ayat di dalam Al Quranul Karim, Allah menceritakan bagaimana Allah membinasakan bangsa-bangsa yang lalu kerana mereka tidak mengikut perintah Allah. Misalnya kaum Add, Thamud, Lut dan Firaun dibinasakan oleh Allah kerana kezaliaman dan kederhakaan mereka yang melamapu di muka bumi saperti firman Allah di dalam Surah Al Fajr ayat 6 hingga 13

öNs9r& ts? y#ø‹x. Ÿ@yèsù y7•/u‘ >Š$yèÎ/ ÇÏÈ   tPu‘Î) ÏN#sŒ ϊ$yJÏèø9$# ÇÐÈ   ÓÉL©9$# öNs9 ÷,n=øƒä† $ygè=÷WÏB ’Îû ω»n=Î6ø9$# ÇÑÈ   yŠqßJrOur tûïÏ%©!$# (#qç/%y` t÷‚¢Á9$# ϊ#uqø9$$Î/ ÇÒÈ   tböqtãöÏùur “ÏŒ ϊ$s?÷rF{$# ÇÊÉÈ   tûïÏ%©!$# (#öqtósÛ ’Îû ω»n=Î6ø9$# ÇÊÊÈ   (#rãsVø.r’sù $pkŽÏù yŠ$|¡xÿø9$# ÇÊËÈ   ¡=|Ásù óOÎgøŠn=tæ y7•/u‘ xÞöqy™ A>#x‹tã ÇÊÌÈ  

yang bermaksud: tidakkah Engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah lakukan terhadap kaum Aad iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, yang belum pernah diciptakan sepertinya   di segala negeri (pada zamannya)?. Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah. Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing), lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.  Dengan yang demikian, Tuhanmu menjatuhkan ke atas mereka berbagai pukulan azab.  Sejarah mencatatkan bangsa-bangsa yang disebutkan di dalam Al Quran ini, telah dibinasakan Allah kerana mereka melakukan kerosakan dan kederhkaan kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,

Sejarah kerajaan Kerajaan  Umaiyah di Syria, Kerajaan Abasiyah di Baghdad, Kerajaan Osmaniyah di Turki, Kerajaan Andalusia di Sepanyol, Kerajaan Moghul di India, Kerajaan Melayu di Melaka semuanya berlaku selepas Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w. Jika tidak mungkin kerajaan ini juga akan di sebut di dalam Quran.  Kita lihat bangunyanya kerajaan Islam yang gagah ini ialah kerana pemimpin-peminpinya yang gigih membangunkan negara dengan keimanan dan mendapat sokongan dari pengikut-pengikutnya.  Tetapi selepas sampai ke kemuncak kejayaan, pemimpin mulai melupai nilai-nilai kemurnian keimanan dan menjadi tamak haloba.  Ini ditambah pula oleh sifat ketidakjujuran pengikut. Fenomena ini membawa kepada keruntuhan kerajaan agung ini secara total.  Banyak pula bukti yang menunjukkan kejatuhan kerajaan itu disebabkan oleh pengkhianatan dari dalam negara sendiri.

Kerajaan Abasiyah jatuh ke tangan Hulagu Khan kerana penghkhianatan menterinya dari golongan Syiah. Kerajaan Andalusia juga jatuh kerana pengkhianatan pembesar yang bersyubahat dengan King Ferdinan dari Portugal. Kerajaan Melaka tersungkur kerana pengkhianatan Kitul dan Raja Mudaliar.

Sidang Jumaat sakalian,

Negara kita juga melalui proses yang sama.  Kita telah mencapai kemerdekaan selama 60 tahun. Kerajaa Melaka berada di kemuncak kejaayaan ketika berumur di sekitar 60 hingga 80  tahun juga.  Melaka mencapai kecemerlangan pada masa pemerintahan Sultan Mansur Shah pada tahun 1459 dan digantikan oleh Sultan Aalaudin Riayat Shah yang juga sangat gigih. Apabila Sultan Mahmud mengambil alih Melaka pada tahun 1488 pergolakan dalaman mula berlaku.  Rasuah dan pengumpulan harta di kalangan pemebesar-pembesar berleluasa. Setiap saudagar mempunyai berpuluh-puluh bahara emas.  Fitnah berleluasa.  Laksamana Khoja Hasan termakan hasutan Raja Mudialiar dan Kitul memfitnah Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.  Akhirnya Bendahara dibunuh oleh Sultan Mahmud.  Trajedi ini memberi sumbangan besar kepada keruntuhan kerjaan Melaka kerana rakyat telah berpecah belah.

Cuba kita renungkan keadaan negara kita sekarang.  Bangsa kita menjadi bangsa yang papa kedana, dihina oleh segala bangsa di dunia hingga ada orang Eropah yang menyangka kita masih tinggal di atas pokok waktu baru-baru merdeka dahulu. Kenanglah ketika waktu baru merdeka pada tahun 1957: orang Melayu tinggal dirumah kayu beratap nipah. Anak Melayu cuma dapat bersekolah rendah sahaja. Tidak ada sebuah pun Sekolah Menengah. Bapa-bapa dan datuk-datuk kita cuma naik basikal Herculis.  Anak-anak membaca buku meniarap dikeliling lampu minyak tanah.  Masjid cuma diterangi lampu gaslin. Pendapatan ibu bapa empat lima  kati getah yang berharga 30 sen sekati cuma mampu membeli beras untuk makan tengahari dan malam. Nasib baik sayur dan ikan boleh dikutip keliling rumah.

Sewaktu Tengku Abdul Rahman hendak terbang ke England menuntut kemerdekaan, Allah Yarham terpaksa meminta derma dari orang ramai untuk tambang kapal terbang dan penginapan di London. Kaum wanita melondehkan barang-barang kemas untuk membiyai  penerbangan Tunku Abd. Rahaman. Ahli politik bermesyuarat agung di Kuala Lumpur dengan duitt poket sendiri.  Tetapi semangat kemerdekaan yang menyala-nyala membakar jiwa orang Melayu  yang telah dijajah sekian lama, menjadikan mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk menuntut kemerdekaan.

Setelah merdeka dan kita mendapat kuasa pemerintahan yang diberikan oleh Allah. Maka kita mula membangunkan negara, walau pun dengan keadaan yang sangat lemah.  Alhamdulillah, dengan semangat yang kental kita telah berjaya membangunkan negara kita.  Anak kita sudah dapat belajar bukan sahaja di sekolah menengah tetapi hingga ke universiti termasuk di sebenrang laut. Orang Melayu  tidak lagi tinggal di rumah kayu beratap rumbia tetapi di rumah batu, rumah banglo dan apartmen mewah. Basikal Hercils dan raleigh telah berganti kereta proton, Honda dan Mercedez.

Kereta api arang batu berganti Keretapi letrik, LRT dan MRT. Masjid yang beratap zink bertiang cengal telah menjadi banguan indah tersergam. Wanita kita yang dulu memaikai kain chit dari India telah dapat memakai baju sutra dangan kain tudung Ariani dan Nelofa. Sebelum merdeka kita, tidak nampak pemuda Melayu berniaga tetapi sekarang anak Melayu telah berniaga dari menjual nasi ayam hingga alat-alat letronik di supermarket.  Kalau dulu profesen orang Melayu hanya menanam padi dan meneroeh getah tetapi sekarangprofesonal Melayu ada di segala bidang dan sektor.  Campak sahaja 10 ketul batu, sembilan akan jatuh ke atas kepala Jurutera segala bidang, doktor semua jenis perubatan, professor dan segala pengajian, ahli koporat dalam berbagai perniagaan, ulama dalam berbagai ilmu.

Bandar kita telah berkembang pesat.  Bangunan mencakar langit tumbuh saperti cendawan. Kalau dulu Bangunan Federal Hause adalah bangunan paling besar di Kuala Lumpur sekarang telah hilang ditelan oleh Bangunan PWTC, Menara Kuala Lumpur, Bangunan Berkembar Petronas, dan KLCC.  Syarikat-syarikat Malaysia bukan sahaja dapat menjual Proton di Kota London tempat kita membeli Moris Minor, dan Norton dahulu tetapi Syarikat Petronas Malaysia telah melebar sayap ke Iran hingga ke Kanada.  Barang keluaran Malaysia bukan sahaja boleh di dapati di Kuala Lumpur tetapi juga di Mekah, Dubai bahkan telah dijual di Shanghai, Tokyo. Harrod London, Sydney dan New York.

Senario ini menggambarkan kita telah sampai ke puncak kecemerlangan setelah mencapai kemerdekaan selama 60 tahun.  Apakah umur 60 tahun kita telah sampai ke puncak maksima dan sedang menuju trend penurunan atau akan terhempas jatuh saperti jatuhnya kerajaan Abasiyah ke tangan Hulagu Khan atau jatuhnya Kerajaan Cordoba kepada penakluk Kristian.  Sama-samalah kita renungkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

   ,øPBòJ@øÎ@ú^»A òÅø¿ BòÄ@ò³òkòiòË ,òÅôÎøÀø¼ônóÀô»A òÅø¿ BòÄò¼ò¨òU ôÐøhú»A ø” ófôÀòZô»òA

   AõfúÀòZó¿ úÆòC ófòÈôqòCòË ,óÉò» ò¹ôÍøjòq òÜ óÊòfôYòË ó”Aø úÜøA òÉ@ñ»øAòÜ ôÆòC ófòÈôqòC

       ùfúÀòZó¿ BòÃøfø÷@Îòm Óò¼ò§ ôºøiB@òIòË ôÁø÷¼òmòË ø÷½òu úÁóÈú¼»òA .óÉò»ôÌómóiòË óÊófôJò§

    .øÅôÍø÷f»A øÂôÌòÍ Óò»øG ùÆB@ònôYøBøI ôÁóÈò¨ø@J@òM ôÅò¿òË øÉ@øJôZòuòË øÉø»òA Óò¼ò§òË

.òÆôÌó´@úNóÀô»A òkBò¯ ôfò´ò¯ .”AôÌó´@úMøA ,ø”A òeB@Jø§ BòÎ@ò¯ ,f¨@òI Bú¿òA

    òÅôÍøhú»A BòÈûÍòA òBòÍ .ÓøJúÄ»A Óò¼ò§ òÆôÌû¼òvóÍ øÉøNò¸ø×@ò¼ò¿òË ò”A úÆøG : Óò»Bò¨òMó “A ò¾Bò³

.BòÀôÎø¼ônòM AôÌóÀø÷¼òmòË øÉôÎò¼ò§ AôÌû¼òu AôÌóÄò¿ AòÕ

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Sempena menyambut Aodil Adha yang penuh berkat dan menyambut ualng tahun kemerdekaan negara kita yang ke 60 ini marilah kita merenung dengan pandangan yang syahdu, menilik dengan fikiran yang mendalam tentang nikmat Allah yang kita kecapi di bumi Allah yang dipinjamkan kepada kita dalam masa yang sangat sigkat ini.

Setelah kita melalui zaman kegemilangan selama 100 tahun kemudian melalui zaman gelap selama 400 tahun kita kembali menikmati zaman kegemilangan selepas  60 tahun. Selepas 60 tahun adakah kita sudah mula menuju ke zaman kehancuran semula? Adakah tahun ke 60 ini telah menjadi puncak kegemilangan kita dan mula menuju trend menurun. Tanda-tanda fizikalnya nampak macam sudah ada.  Anak-anak muda yang bakal mewarisi kita, lebih ramai suka berseronok di pasar raya dan di tempat-tempat hiburan daripada berkunjung ke Masjid. Budaya hedonesme atau budaya berseronok sudah menular dengan pesat di kalangan anak-anak muda kita. Yang dewasa telah diresapi budaya mengumpulkan harta tanpa memikirkan nilai halal dan haram saperti budaya Hamman.

Yang lebih menakutkan pengumpulan harta sudah samapai keperingkat melalui rasauah dan salah guna kuasa.  Paparan akhbar yang menerima rasuah bukan lagi ratusan atau ribuan tetapi sehingga berjuta-juta.  Yang padai bercakap melakukan fitnah tanpa segan silu.  Maki hamun dan carut mencarut menjadi saperti tasbih lepas bersolat di media sosial.  Perkataan yang digunakan untuk mengumpat saperti tidak percaya bahawa semua yang dikatakan akan dicatat oleh malaikat dan akan ditanya di hari akhirat.

Oleh itu pada hari Idil Adha ini marilah kita duduk bertafakur, menungkat dagu bermuhasabah, memandang ke langit berfikir apakah setiap daripada kita sedang melakukan amalan yang diredai Allah atau sebaliknya.  Jika sudah terlajak  perahu masih ada dayung untuk berkayuh undur ke belakang. Jika tersalah langkah masih boleh memulakan silat baharu. Pintu taubat masih terbuka lebih-lebih dihari tasyrik ini.

Jangan biarkan nasi menjadi bubur, gulai menjadi basi,lemang menjadi hangus. Sesat dihujung jalan boleh balik ke pangkal jalan.  Jangan terus diredah jalan yang sesat kerana jalan sesat cuma boleh sampai ke neraka. Tidak  mungkin samapai ke syurga.  Pintu taubat masih terbuka lebih-lebih dihari tasyrik ini.  Allah Maha menerima taubat.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*