AL-FATIHAH DAN UCAPAN TAKZIAH

AL – FATIHAH  DAN  UCAPAN  TAKZIAH:

Allahyarham Haji Mohamad Mokhtar Bin Saidin (Mantan Setiausaha JK. Kariah MSYRS, Ipoh)

Adalah  dengan ini   dimaklumkan  bahawa  Tuan  Haji  Mohamad  Mokhtar Bin Saidin (Setiausaha Jawatankuasa Kariah MSYRS, Ipoh) – Gambar di atas-  telah ke kembali  rahmatullah pada 27 Ogos 2011 / 27  Ramadan 11432 H  (Sabtu) kira- kira pukul  7.30  malam,  di Hospital  Raja  Permaisuri Bainun, Ipoh  dalam usia 64 tahun. Jenazah  Allahyarham telah disembahyangkan  di  MSYRS,  selepas  Solat Zohor pada 28 Ogos 2011 (Ahad) serta selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan MSYRS. Allahyarham  telah menjadi  Setiausaha  MSYRS,  Ipoh  selama  26  tahun. Sesungguhnya Allahyarham telah melaksanakan tugas dengan penuh tabah, sabar dedikasi  lagi cemerlang. Pengerusi JK Kariah MSYRS / semua AJK  serta  semua  Jemaah MSYRS  merakamkan ucapan takziah  kepada balu  / keluarga Allahyarham. Semoga Allah  SWT  akan menempatkan roh Allahyarham bersama dengan roh  golongan  orang  yang  beriman.   Amin!…  Ya  Rabbal  Alamin!…

Gambar-Gambar Album Dalam Kenangan: Catatan:  Allahyarham telah dilahirkan pada 09 Jun 1947 dan kembali ke rahmatullah pada 27 Ogos 2011

Allahyarham menjadi juruacara ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan MSYRS Ke-17 pada 05.05.2011 di Dewan tingkat atas MSYRS
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-17 MSYRS pada 05-05-2011
Membentangkan laporan dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-17 MSYRS pada 05.05.2011
Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-17 MSYRS, Ipoh (05.05.2011)
Sedang menyemak Buku Laporan Mesyuarat ketika menjadi juruacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-17 MSYRS pada 05.05.2011 yang dirasmikan oleh Y. Bhg. Orang Besar Jajahan Kinta
Ketika menghadiri Majlis Hari Lahir Ke-86 Almarhum Tan Sri Dato' Seri Dr. Yom Ahmad Bin Ngah Ahmad pada 13.11.2007
Semasa Pemeriksaan Kesihatan di MSYRS pada 14.04.2007
Semasa Gotong Royong Tanah Perkuburan MSYRS pada 16.04.2007
Dalam Program Pemeriksaan Kesihatan Anjuran MSYRS (2008)
Gambar ini diambil pada 20.02.2009 (Jumaat) ketika Lawatan MB Perak (Dato' Seri Dr. Zamberi Abdul Kadir) ke MSYRS
Menghadiri Majlis Tahlil di rumah Almarhum Tan Sri Dato' Seri Yom Ahmad, Jalan Dato' Damanhuri pada 16.09.2010
Bertugas semasa Majlis Kurban MSYRS, Ipoh pada 18.11.2010
Semasa Majlis Kurban MSYRS (18.11.2010)
Bertugas mengelolakan jamuan ketika Majlis Marhaban & Berzanji MSYRS, Ipoh pada 14.02.2011 sempena Maulidur Rasul 1432 H
Bersama-sama dengan Tuan Hj. Sufian Abu Hanifah ketika mengelolakan jamuan untuk Majlis Bacaan Yasin & Tahlil (Malam Jumaat) pada 31.03.2011
Tiba di lokasi ketika Gerakan Mengeluarkan Jentera Berat Dari Tanah Perkuburan MSYRS pada 23.03.2011
Semasa Gerakan Mengeluarkan Jentera Berat dari Tanah Perkuburan MSYRS pada 29.03.2011
Ketika menguruskan Majlis Berbuka Puasa Sumbangan MBI di MSYRS pada 02.08.2011 / 02 Ramadan 1432 H. Kepakaran serta kemahiran Allahyarham dalam mengelola / menguruskan semua bentuk jamuan di MSYRS ini adalah tidak boleh ditandingi. Foto ini dirakam pada pukul 6.30 petang.

a

Menghadiri Majlis Perasmian Program ABJZ (Anda Bijak Jauhi Zina) anjuran Biro Belia MSYRS pada 05.03.2011
Bergambar ramai (AJK Kariah MSYRS) sebelum Mesysuarat Agung Dwi Tahunan Ke-17 MSYRS, Ipoh pada 05.05.2011(Allahyarham duduk no: 2 dari kanan).
Ketika Mesyuarat JK Sambutan Hari Raya Aidil Fitri MSYRS 1432 H di Bilik Mesyuarat (Tingkat Atas) pada 15.07.2011
Mesyuarat JK Sambutan Hari Raya Aidil Fitri MSYRS, Ipoh pada 15.07.2011
Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*