KHUTBAH JUMAAT 16 OKTOBER 2015

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Hari ini telah tiga hari kita melangkah masuk ke Tahun Hijrah 1437.  Bila melangkah ke tahun baharu bermakna umur kita telah bertambah lagi se tahun. Kita telah bertambah tua se tahun. Dengan kata lain kita sedang bergerak meninggalkan alam dunia satu tahun dan sedang mendekati alam akhirat se tahun pula.  Ramai di antara kita  yang tidak menyedari atau senghaja tidak mahu menyedari hakikat ini.

Apabila kita menyambut tahun Hijrah 1437 maka bermakna telah hampir 15 abad Baginda Nabi Muhamad s.a. w. berhijrah dari Makatul Makaramah ke Yathrib yang kemudianya dijenamakan semula sebagai Madinatul Munawarah. Kita sedia maklum bahawa tarikh  permulaan kalender Islam yang bermula daripada tahun baginda berhijrah itu bukan dipilih oleh Nabi Muhamad s.a.w.  Pada masa baginda hidup, keperluan kepada pengiraan tahun tidak menjadi satu perkara mendesak. Oleh itu tidak perlu kepada kalendar Islam.  Umat Islam pada masa itu mengira masa mengikut tarikh permulaan Nabi menerima wahyu atau mereka menggunakan tarikh masehi saperti yang digunakan oleh Bangsa Rom.

Tahun penghijrahan Baginda Nabi Muhamad s.a.w. dari Makah ke Madinah sebagai permulaan tahun Hijrah dipilih oleh Khalifah Umar ibni Al Khatab r.a.  Pada masa Saidina Umar menjadi khalifah telah timbul kecelaruan untuk menentukan tarikh sesuatu kejadian yang berlaku. Jadi keperluan kepada satu kelendar Islam telah menjadi satu keperluan.  Akhirnya setelah membincangkan dengan para sahabat basar,  Khalifah Umar Al Khatab mengambil keputusan bahawa tarikh permulaan tahun Islam hendaklah dimulakan pada tahun baginda Nabi s.a.w. berpindah  atau tahun baginda berhijrah dari Makah ke Madinah, walau pun ada sahabat  yang mencadangkan supaya awal tahun Islam dimulakan pada tahun kelahiran baginda Nabi Muhamad s.a.w.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Mengapakah Khalifah Umar Al Khatab dan para sahabat memilih tahun penghijrahan Nabi sebagai permulaan tahun Islam ?  Mengapa tidak mengikut saperti orang Nasrani yang memulakan tahun Masehi pada tarikh kelahiran Nabi Isa ? Bukankah ini lebih logik ?  Sebenarnya pemilhan Khalifah Umar Al Khatab itu amat tinggi falsafahnya.

Kalau kita melihat fakta sejarah,  Islam sebenarnya baru dapat berkembang dengan pesat dari segi perlaksanaannya hanya setelah baginda berpindah ke Madinah.  Selama 13 tahun baginda menyeru kaum Quraish untuk memeluk agama Islam hasilnya sangat mengecewakan.  Cuma beberapa ratus orang sahaja yang berjaya diIslamkan oleh baginda Nabi s.a.w. Tetapi setelah pusat kegiatan Islam berpindah ke Madinah berduyun-duyun penduduk seluruh semenanjung  Arab memeluk Islam.  Allah menggambarkan keterujaan manusia memeluk Islam selepas penghijrahan Nabi ke Medinah itu di dalam Surah al Nasr:

#sŒÎ) uä!$y_ ãóÁtR «!$# ßx÷Gxÿø9$#ur ÇÊÈ   |M÷ƒr&u‘ur }¨$¨Y9$# šcqè=ä{ô‰tƒ ’Îû Ç`ƒÏŠ «!$# %[`#uqøùr& ÇËÈ   ôxÎm7|¡sù ωôJpt¿2 y7În/u‘ çnöÏÿøótGó™$#ur 4 ¼çm¯RÎ) tb%Ÿ2 $R/#§qs?

yang bermaksud: Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa penaklukan Makah).,  dan engkau melihat manusia masuk agama Allah berbndong-bondong.  Maka ber tasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya, Sesungguhnya Dia Maha Penerima taubat.

Kita lihat selepas penaklukan Makah, arus perkembangan Islam sudah tidak dapat dibendung lagi. Perkembanganya mnderu saperti banjir besar ke seluruh dunia merempuh roboh  benteng kerajaan Rom dan Farsi dalam sekelip mata.  Di akhir pemerintahan Saidina Umar Al Khatab, kerajaan  Islam telah menjalar keluar dari Semenanjung Arab hingga sampai ke sempadan India di Timur menjalar ke barat hingga ke pantai Laut Mediteranian.  Fakta ini menunjukkan pemilihan Saidina Umar r.a. untuk memulakan kalendar Islam pada tahun Hijrah Nabi Muhaamd ke Madinah itu, adalah satu pilihan yang amat tepat dan bijaksana.  Dan nyata sekali  sesungguhnya hijrah mempunyai signifikan yang tinggi dalam kehidupan manusia.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Hijrah bermakna berpindah.  Berpindah bererti berubah dari satu kedudukan kepada satu kedukan yang lain.  Berhijrah, berpindah atau berubah bukan sahaja boleh berlaku  dalam bentuk fizikal saperti berpindah rumah atau berpindah kamapung halaman, tetapi berpindah atau berhijrah boleh juga berlaku dalam bentuk yang yang lebih maknawi saperti perubahan fikiran, perubahan minda, perubahan pandangan hidup atau world view.  Ia juga boleh bermakna perpidahan ekonomi saperti menukar pekerjaan atau profesyen. Bertukar dari bersawah kepada menoreh getah, bertukar dari bekerja di sektor kerajaan ke sektor swasta.  Berpidah dari sektor pertanian ke sektor perindusterian.

Dalam Al Quran banyak ayat-ayat yang menganjurkan supaya kita berpindah atau mengembara ke seluruh muka bumi untuk melihat perubahan yang berlaku kepada umat-umat dahulu saperti firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 137

ô‰s% ôMn=yz `ÏB öNä3Î=ö6s% ×ûsöߙ (#r玍šsù ’Îû ÇÚö‘F{$# (#rãÝàR$$sù y#ø‹x. tb%x. èpt6É)»tã tûüÎ/Éj‹s3ßJø9$# ÇÊÌÐÈ

yang bermaksud: Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu  peraturan-peraturan Allah Yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).

Untuk melakukan perubahan atau perpidahan atau penghijrahan ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal.  Berhijrah bukan kerja yang mudah.  Ia memerlukan kesungguhan jasmani dan rohani.  Kita lihat bagaimana susahnya peneroka felda dari Kedah, Perak, Johor untuk berhijrah le Lurah Bilut di Pahang untuk menjadi peneroka tanah pertanian meninggalkan kampung halaman dan saudara mara. Tetapi akhirnya mereka berjaya.  Bagitu juga betapa sukar peneroka Eropah yang berpindah ke Amerika untuk membuka tanah bahru dan akhirnya mereka berjaya membina negara Amerika saperti sekarang.

Bagitulah juga sukarnya Baginda Nabi Muhamad s.a.w untuk berpindah dari Makah ke Madinah.  Memanglah Allah yang mengarahkan Nabi Muhamad s.a.w. berhijrah ke Madinah.  Tatpi Allah tidak memberi jalan mudah kepada Nabi Muhamad untuk melakukan penghijrahan itu.  Bukan tidak boleh Allah menyuruh Jibrail mengangkat Nabi Muhamad dan dalam sekelip mata dihantar ke Madinah saperti memindahkan singgahsana Puteri Balkis dari Yaman ke Palestin dalam kisah Nabi Sulaiman.

Kita lihat dalam hijrah Rasullah s.a.w., Allah menjadikannya bagitu sukar, dengan tujuan  untuk memberi pengajaran kepada manusia bahawa Allah akan menguji manusia dalam kehidupannya.  Sebelum berpindah Abu Suffian, Abu Lahab dan pembesar-pembesar Quraisy telah merancang untuk membunuh Nabi Muhamad s.a.w. dengan mengupah sekumpulan besar pemuda Quraisy untuk mengepung rumah baginda Nabi.  Dalam saat yang genting itu baginda ditolong oleh Allah dengan melindungkan mata pemuda-pemuda Quraisy dan baginda dapat melepaskan diri dan melarikan diri ke gua Thur.

Apabila pemuda Quraisy menyedari baginda sudah keluar, dan menyedari tempat tidur baginda ditiduri oleh Saidina Al,i yang baru berumur belasan tahun, mereka terus mengejar mencari Nabi di seluruh kawasan keliling kota Makah.  Memang mereka nekad untuk membunuh Nabi Muhamad s.a.w. jika berjumpa.  Memang mereka dijanjikan hadiah yang lumayan oleh Abu Suffin dan Abu Lahab kepada sesiapa sahaja yang dapat membunuh Muhamad. Ahli sejarah mengatakan memang ada pemuda Quraisy yang telah sampai ke gua Thur tempat Nabi dan Saidina Abu Bakar bersembuny,i tetapi Allah metaqdirkan mereka tidak memasuki gua itu keran pintu gua diselaputi dengan sarang labah-labah dan terdapat sebuah sarang burung merpati di pintu gua.  Pada perkiraan mereka sarang labah-labah dan sarang burung tidak mungkin dibuat dalam sehari dua.  Ini semua perancangan Allah.

Allah menguji baginda s.a.w. dan Abu Bakar  r.a. terpaksa tinggal digua itu selama 3 hari hingga makanan mereka terpaksa dihantar oleh Asmah anak Saidina Abu Bakar yang sarat mengandung.  Selepas 3 hari baru baginda bertolak ke Madinah dengan jalan yang tidak dilalui oleh kafilah-kafilah biasa.  Baginda mengambil masa sepuluh hari menaiki unta untuk samap ke Yathrib atau ke Madinah.  Kalau Allah menghendaki boleh sahaja diberikan seekor kuda yang tangkas membawa Nabi ke Madinah dan boleh sampai dalam dua tiga hari. Tetapi baginda hanya dapat sampai ke Madinah pada 12 Rabiul Awal setelah bertolah dari rumah pada 29 Safar.  Perjalanan mengambil masa 12 hari.

Ibrah atau pengajaran yang boleh diraih dari peristiwa hijrah ini ialah bahawa untuk berhijrah sesaorang harus mempunyai semangat dan keazman yang tinggi, harus mempunyai perancangan yang rapi dan patut juga mempunyai teman yang setia saperti Abu Bakar Assidiq yang sanggup bersaman susah walau apa juga halangan yang dihadapi.

Bagitulah juga dalam kehidupan kita sekarang.  Kita  seharusnya berubah, berpidah dan berhijrah dari kehidupan yang buruk kepada kehidupan yang baik.  Berpidah dari alam maksiat ke alam taqwa. Berpindah dari dunia khayalan kepada dunia nyata. Berpindah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah.  Berpindah dari lalai dari mengingati Allha dan alam akhirat kepada sentiasa mengingati Allah dan alam akhirat di dalam waktu senang dan waktu susah.  Berhijrah daripada mengamalkan rasuah dan khianat kepada negara dan bangsa mengamalkan sifat amanah dan setia kepada bangsa dan negara.

Untuk berubah ini bukanlah senang.  Sama susahnya dengan kesusahan baginda ketika berpindah dari Makah ke Madinah.  Tetapi setelah melihat kejayaan dan hikmah hijrah ini kita harus berhijrah dari kehidupan yang kurang baik kepada yang lebih baik.  Dan dari yang baik kepada yang sempurna.

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Mengambil sempena sambutan tahun Hijrah 1437 ini marilah kita berazam untuk berhijrah daripada kehidupan yang kurang baik kepada yang lebih  baik.  Kita harus bermuhasabah diri kita masing-masing pada awal tahun hijrah ini adakah kita telah hidup dalam keadaan yang baik khasnya dari pandangan Allah s.w.t.  Mungkin pada pandangan manusia hidup kita telah baik dan sempurna tetapi ukuran yang tepat adalah ukuran dan nilai Allah s.w.t.

Pada ukuran manusia kita mungkin telah sempurna apabila mempunyai cukup keperluan hidup.  Kiia telah mempunyai pendapatan yang lumayan, mempunyai keluarga yang berjaya dalam lapangan ekonomi, mempunyai rumah, tanah san saham yang boleh menampung hidup kita sehingga akhir hayat.  Tetapi bagaimana dengan persediaan kita untuk mengahadapi alam akhirat yang sama sekali berlainan dengan struktut kehidupan dunia dibumi kita ini. Di alam akhirat, tidak ada telefon bimbit,  tidak ada ATM, tidak ada pasar raya, tidak ada KLIA dan MAS atau Air Asia.   Kesemua kemudahan diakhirat disediakan oleh Allah tanpa sebarang bayaran.  Banyak mana kemudahan yang boleh kita nikmati bergantung kepada banyak mana amalan soleh yang kita lakukan.  Itulah Kad ATM kita.

Oleh itu jika amalan kita tidak selari dengankeperluan dialam akhirat ayuhlah kita berhijrah mencari keperluan untuk hidup dialam yang beribu-ribu kali lebih panjang daripada kehidupan yang sangat pendek di dunia ini.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*