Khutbah Jumaat 30 Iktober 2009

KHUTBAH JUMAAT 30  OKTOBER 2009 = 11 ZULKAEDAH 1430

Sidang  Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Pada Hari Jumaat yang mulia ini marilah kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan bersungguh-sungguh menjalankan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita telah pun dipanjangkan umur oleh Allah hingga dapat sampai ke akhir tahun Hijrah 1430 dan akhir tahun Masehi 2009.  Di akhir tahun ini biasanya anak cucu kita akan  menghadapi peperiksaan akhir tahun.  Peperiksaan UPSR dan PMR telah pun selesai.  Yang lainnya sedang bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.  Sebagai ibubapa kita sentiasa berdoa semuga anak-anak kita akan mendapat kejayaan cemerlang dalam semua peperiksaan yang mereaka hadapi.

Peperiksaan sabenarnya cuma satu cara membuat penilaian untuk mengukur tinggi rendah ilmu atau pengetahuan sesaorang.  Yang mendapat markah atau gred yang tinggi dianggap mempunyai pengetahuan atau ilmu yang lebih tinggi daripada yang mendapat markah atau gred yang lebih rendah. Bagitu juga orang yang mempunyai kelulusan sijil, diploma dan ijazah yang lebih tinggi akan dipandang lebih pandai atau lebih bijak daripada yang mempunyai kelulusan yang lebih rendah. Oleh itu tidak hairanlah jika semua orang akan menggunakan segala kemampuan kewangan, segala usaha dan daya upaya supaya anak-anak mereka mencapai kelulusan yang paling tinggi.

Dalam Islam pun orang yang lebih tinggi ilmu pengetahuannya dipandang lebih mulia daripada orang yang rendah ilmu pengetahuannya.  Dalam Surah Az Zumar ayat ke 9 Allah menanya manusia tentang ilmu pengetahuan:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ

Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui atau berilmu dengan orang-orang yang tidak mengetahui atau tidak berilmu ?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah ulul albab yakni orang-orang yang berfikiran sempurna.

Dalam ayat ini Allah dengan tegas menyatakan bahawa orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi tidak sama dengan orang yang rendah ilmu pengetahuannya.

Dalam Surah Al Mujadalah ayat 11 Allah memberi perakuan menaikkan taraf orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dengan firmannya:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Yang bermaksud: Allah akan meninggikan taraf orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berilmu pengetahuan di antara kamu dengan beberapa darjat. Sesungguhnya  Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.  Terang sekali dalam ayat ini Allah berjanji akan menaikkan taraf orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih tinggi.

Dalam kehidupan sehari-hari pun kita dapat melihat dengan jelas janji Allah untuk menaikkan taraf orang yang berimu itu. Sekarang pun kita dapat melihat bagaimana anak petani yang miskin di kampung apabila diberi peluang untuk mendapat pelajaran tinggi telah dapat berpindah daripada kelompuk masyarakat peringkat rendah yang diwarisi daripada ibubapanya naik ke kelumpuk masyarakat pertengahan atau middle class bahkan ada yang dapat naik ke peringkat kelas atasan – menjadi jutawan. Sebaliknya ada anak orang yang dilahirkan  di dalam kelompok masyarakat yang tinggi  tetapi malas belajar dan kurang ilmu pengetahuannya telah turun ke taraf hidup yang lebih rendah bahkan ada yang menjadi penagih dadah. Jelas sekali Allah telah menaikkan taraf orang yang mempunyai ilmu pengetahuan di antara manusia.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Bila Allah menyebut Dia akan mengangkat taraf orang yang berilmu ke taraf yang lebih tinggi Allah bermasud menganngkat taraf manusia bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.    Dengan  sebab itu dalam ayat di atas  Allah  memulakan ayat itu dengan mengatakan:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ

kemudian baru

وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ

Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman kemudian baru berilmu.  Ini menunjukkan bahawa peningkatan darjat yang hakiki adalah di akhirat.  Untuk sesaorang itu tinggi tarafnya di akhirat ia mestilah seorang yang beriman.  Setelah beriman ia mestilah pula berilmu maka barulah Allah akan menaikkan tarafnya di dunia dan di akhirat.  Jika ilmunya sahaja yang tinggi tetapi tidak beriman dan bertaqwa ia mungkin boleh tinggi tarafnya di dunia tetapi akan turun tarafnya di akhirat. Ia mungkin akan tinggal di banglo mewah atau istana tersergam di dunia tetapi akan tinggal di neraka saperti seorang banduan di alam akhirat.  Ini bermakna kita seharusnya bukan sahaja mesti tinggi ilmu keduniaan tetapi juga ilmu keakhiratan dan beriman.

Dalam sejarah kebangkitan bidang ilmu pengetahuan, kita dapati ilmu pengetahuan berkembang dengan sangat pesat semasa awal kebangkitan  Islam. Dalam masa tidak sampai 400 tahun selepas kewafatan Nabi Muhamad s.a.w. pada tahun 632 Masehi  ilmu pengetahuan manusia telah berkembang bagitu pesat.  Di sekitar  tahun 1000 Masehi Universiti Islam telah tumbuh saperti cendawan di seluruh pelusuk dunia Islam.  Terdapat beratus-ratus university di Irak saprti di Baghdad, Basrah, Anbar, Musul dan lain-lain. Di Farsi terdapat universti yang ramai penuntutnya di Asfahan, Khurasan dan Tehran. Di Syria terdapat pula berpuluh-puluh unversiti di Damsyik, Tripoli dan Beirut  manakala di  Andalusia, Sepanyol saperti  di Cordoba, dan  Toledo tedapat berpuluh-puluh pula universiti.

Telah terpahat dalam sejarah yang tidak dapat dipadamkan bahawa pada masa Negara Islam telah mempunyai tradisi ilmu pengetahuan yang tinggi dalam kuruh ke 10 masihi Negara-negara  Eropah saperti Prancis, Perusia dan Scandinavia masih lagi di dalam zaman  kegelapan. Ilmu pengetahuan orang Rome tidak di warisi oleh orang-orang Eropah.  Semua ahli sejarah mengaku bahawa selepas Perang Salib yang berlaku dalam kurun ke 10 hingga kurun ke 13 Masihi barulah Eropah mula mempunyai tradisi ilmu pengetahuan.  Pahlawan perang Eropah yang kembali ke Eropah dari Perang Salib telah membawa ilmu pengetahuan dari Negara Islam dan mengembangkanya di Eropah.  Universiti Islam yang tidak kedekut ilmu pengetahuan telah menerima beribu-ribu pelajar Eropah terutama sekali di Universiti Islam di Andalusia – Sepanyol.  Mereka inilah yang balik  ke Eropah dan mendirikan university mereka sendiri hingga timbullah Universiti Oxford dan Cambridge dan university-universiti lain di Eropah.

Siapa yang boleh menafikan bahawa Sarjana-Sarjana dari university Islamlah yang telah memulakan tradisi ilmu Perubatan, Astronomi, Geografi, Fizik, Kimia dan Kejuruteraan.  Nama-nama saperti Ibnu Sina, Ibu Rusd, Al Kawarizmi, Al Farabi tidak dapat di lindungi oleh nama  Galeleo Galilie, Einstein, Darwin, Akexander Graham Bell  dan Louis Pastuer.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Semasa cendiakawan Islam menerajui bahtera ilmu pengetahuan mereka menggunakan Al Quran dan hadis sebagai pedoman atau kompas  dalam melayari lautan ilmu pengetahuan.  Mereka menggunakan akal sebagai alat untuk meneroka ilmu pengatahuan tetapi menjadikan Al Quran dan hadis sebagai kompasnya.  Mereka tidak menolak semua yang telah diterokai oleh sarjana-sarjana dari Greek, Rome, Farsi dan India. Mereka menyelidik semua ilmu pengetahuan tamadun awal itu tetapi menapisnya dengan tapisan Al Quran dan hadis  hingga akhirnya mereka telah dapat melayarkan bahtera ilmu pengetahuan menuju ke Pulau kecemerlangan dunia dan akhirat.  Tetapi apabila  sarjana Islam telah alpa dan mula meninggalkan penyelidikan ilmu pengetahuan selepas  kejatuhan kerajaan Abasiah di Baghdad dan kerajaan Umaiyah di Andalusia Sepanyol, maka teraju ilmu pengetahuan di ambil aleh  oleh orang-orang Barat Kristian dan Yahudi.

Apabila faham sekular menular di Eropah maka ahli-ahli ilmu pengetahuan Barat  telah meninggalkan agama sama sekali dalam penyelidikan mereka. Ramai di antara sarjana-sarjana mereka menjadi atheis  yang  tidak percaya kepada Tuhan – termasuklah Chrles Darwin,  Einstein dan Karl Max.  Ilmu pengetahuan mereka berdasarkan akal fikiran semata-mata.  Pada mereka apa sahaja maklumat yang tidak dapat dibuktikan secara saintifik atau secara empical bukan ilmu pengetahuan – bukan  fakta. Oleh itu mereka menolak adanya alam selepas mati kerana tidak dapat dibuktikan secara saintifik.  Bagaimana hendak membuktikan kewujudan malaikat, neraka, syurga dan hari mahsyar secara empirical atau secara saintifik ?  Akhirnya para ilmuan mereka menjadi atheis – tidak percaya kepada kewujudan Tuhan.  Oleh itu mereka membuat kesimpulan bahawa apa sahaja yang datang dari agama tidak boleh diterima sebagai fakta atau ilmu pengetahuan. Cerita dari agama dianggap sebagai metos semata-mata.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Dalam  ilmu Islam kita mengaku bahawa akal manusia tidak dapat menggarap semua fakta.  Kebolehan akal manusia amat terhad.  Fakta yang dibuat dari pemerhatian akal manusia sering berubah mengikut masa.  Pada zaman cofernicus manusia percaya kapada fakta bahawa pusat alam ini ialah bumi. Matahari dan segala bintang-bintang beredar mengalilingi bumi.  Tetapi kemudian terbukti fakta ini tidak benar dan mengubah fakta bahawa bumi yang sebenarnya mengelilingi matahari dan matahari menjadi pusat cakra suria kita. Bahkan sekarang semua orang percaya matahari pun bukat pusat alam kerana matahari pun beredar mengelilingi pusat galaksi bima sakati.  Terbukti bahawa tanggapan akal manusia tidak selalu  tepat. Ahli Sains  telah mendapai fakta mengenai alam semesta yang di paparkan oleh Allah s.w.t. di dalam Al Quran tidak pernah berubah dari dahulu hingga sekarang.  Dalam penyelidikan yang matakhir banyak fakta-fakta yang disebutkan di dalam Al Quran – yang dahulunya samar-samar – telah dapat dibuktikan tepat dan benar.

Oleh itu kita seharusnya kembali kepada Al Quran sebagai pedoman atau kompas dalam meneraoka ilmu pengetahuan. Untuk mencapai kecemerlangan dan kebahgiaan dunia dan akirat kita harus kembali kepada pertunjuk agama.  Justeru, kita tidak seharusnya bermatian-matian memberi anak kita tution untuk mencapai kecemerlanagn dalam mata pelajran keduniaan sahaja,  tetapi harus juga diberi tuition dalam mata pelajaran keakhiratan. Manusia yang cemerlang dalam ilmu duniawi tetapi ketandusan ilmu ukhrawi ibarat kapal yang belayar tanpa pedoman atau kompas.  Kemungkinan untuk terbabas dari landasan yang sebenar amat besar.  Jika kita sayangkan anak kita,  kita sepatutnya bukan sahaja memberi kapal tetapi juga mesti memberi kompas. Kompas itu ialah agama dan iman.

Terlalu banyak contoh orang Islam yang tinggi ilmu penetahuannya tetapi rendah ilmu agama dan rendah keimananya tersasar dalam matalamat hidupnya.  Dalam masyarakat kita kita melihat ada orang yang tinggi ilmu kejuruteraan menggunakan ilmunya untuk memecahkan bank, membina bangunan dan jembatan  yang boleh runtuh.  Bagaimana ada peguam yang pecah amanah menyelewengkan wang yang diamanahkan kepadanya.  Kita melihat  ada juga doktor yang  mengambil kesempatan ke atas pesakitnya – yang mengutip wang mengeluarkan MC palsu.  Bagaimana penjawat-penjawat kerajaan yang  menerima rasuah hingga projek kerajaan telah naik harga berlipan kali ganda.  Hingga ada wanita yang menganggap melacurkan diri sama saperti profession yang lain dan boleh mendapat pulangan yang lumayan sementara masih muda.  Manusia hanya takut kepada undang-undang dunia.  Jika mereka boleh mengelakkan diri dari mahkamah dunia semua kegiatan di anggap sah belaka.  Semua ini kerana manusia menggunakan akal fikiran  semata-mata sebagai ukuran nilai kebenaran.

Bahkan dalam bidang agama juga berlaku penyelewengan kerana dengan ilmu agama yang yang  tidak lengkap ada orang yang menggunakan akal fikiran semata-mata  menjadi kayu ukur.  Akhirnya mereka telah dapat di hasut oleh syaitan.  Kita melihat orang-orang saperti Ayah Pin mengaku mempunyai kerajaan langit.  Haji Kahar mengaku pula menjadi Rasul Melayu.  Haji Ashari Muhamad mengaku dapat beryakazah dengan Rasulllah. Sebelum ini pun bagitu banyak ajaran sesat yang tersebar di dalam masyrakat kita yang disebabkan oleh orang-orang yang meletakkan akal fikiran lebih tinggi daripada wahyu Allah dan Sunah Rasul.  Malangnya ramai pula orang yang terpengaruh mengikut ajaran-ajaran itu kerana tidak mempunyai pengetahuan agama dan keimana yang kukuh.

Oleh itu jika kita ingin melihat anak-anak kita terselamat dunia dan akhirat kita harus memberi ilmu penegetahuan yang lengkap bukan sahaja ilmu duniawi tetapi juga ilmu ukhrawi. Jika kita serahkan sahaja anak-anak kita membentuk akhlaknya dengan ajaran guru-guru program Ceria, Doremon, Digimon, altraman, Video Games tanpa didikan agama dan pengawasan yang sungguh-sungguh kemungkinan anak-anak kita akan menjadi penghidu gam, penagih dadah dan menjadi ahli black metal adalah sangat besar.

خطبة كدوا

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Setelah melihat dengan matahati sebahagian daripada gambaran kedahsyatan, kengerian dan kezaban penyiksaan yang disediakan oleh Allah untuk orang yang berdosa itu marilah kita bermuhasabah diri kita masing-masing.  Bolehkah setiap orang daripada kita terlepas daripada azab yang amat ngeri dan dahsyat ini ?  Jika belum kita harus mencari jalan untuk melepaskan diri daripadanya.  Bagaimanakah jalannya ?  Tidak lain melainkan dengan bertaqwa kepada Allah.  Menjalankan segala suruhan Allah dan mejauhkan segala larangannya.

Memang setiap kita berdosa.  Jika kita rasa kita berdosa kita hendaklah bertaubat kepada Allah.  Jika amalana kita ada yang baik dan ada yang buruk Allah memberi satu jalan penyelesaian saperti dalam Surah Al Qariah ayat 6 hingga 9

فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ

فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَّاضِيَةٍ

وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ

فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ

Ada pun orang yang berat timbangan amal baiknya, maka ia berada dalam kehidupan Yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya ialah neraka “Haawiyah”

Untuk kita selamat daripada neraka amalan kebaikan kita mestilah lebih banyak daripada amal kejahatan.  Kita mesti membuat kira-kira atau akaunting sendiri amalan kita dari dahulu hingga sekarang mana yang lebih banyak.  Kalau yang baiknya kurang tambahlah dengan apacara sekali pun .  Kalau kita hanya menyerah kepada takdir bayangkanlah apa yang akan terjadi kepada kita di akhirat nanti.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*