KHUTBAH JUMAAT 17 OKTOBER 2014

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Telah dua minggu kita menyambut Hari Raya Idil Adha.  Alunan  Takbir Hari Raya telah tidak bergema lagi di masjid-masjid dan surau. Jemaah Haji kita yang menunaikan Haji telah mula  kembali ke tanahair.  Padang Arafah yang sibuk dibanjiri oleh 2 juta umat Islam dengan pakaian putih telah kembali lengang. Masjid Numirah di Padang Arafah telah ditutup dan sunyi.  Tempat melontar jumrah di Mina yang riuh dengan deretan jutaan manusia telah sepi tanpa pengunjung.

Tahun hadapan dan tahun-tahun berikutnya, tempat-tempat ini akan dibanjiri oleh jutaan  manusia semula, dan akan berlaku terus pusingan itu hingga ke hari kiamat.  Setelah selesai umat Islam meninggalkan Arafah, tempat yang paling ramai menghimpunkan manusia di dunia ini, cuba kita merenung  apakah falsafah Allah s.w.t. mengumpulkan manusia bagitu ramai di sebuah padang yang kering kontang, dengan memakai kain yang amat ringkas yang tidak dijahit. Di pandang dari udara kelihatan kumpulan manusia itu saperti sekumpulan semut yang melata di atas seketul batu yang terletak halaman sebuah rumah.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Apakah sebenarnya falsafah perhimpunan agung jutaan manusia setiap tahun ini? Perhimpunan yang unik ini adalah supaya  manusia mengambil iktibar, bahawa itulah gambaran yaumil mahsyar.  Bagitulah lebih kurang manusia akan dikumpulkan di padang mahsyar kelak. Tetapi jika dibandingkan dengan perhimpunan Hari Mahsyar, perhimpunan di Padang Arfah itu sangatlah kecil, kerana perhimpunan Arafah cuma jumlahnya di sekitar 2 juta orang sahaja. Perhimpunan Padang Mahsyar kelak adalah perhimpunan beratus bilion manusia.  Semua manusia yang telah diciptakan sejak Adam hingga hari Kiamat akan dikumpulkan di mahsyar.

Agaknya berapa ramai manusia yang akan berkumpul di Padang Mahsyar kelak ? Mengikut anggaran Bangsa-Bangsa Bersatu sejak tahun 2,000 Masehi setiap tahun manusia yang mati ialah sekitar 50 juta orang. Kalau 100 tahun jumlah yang mati menjadi 5 billion.  Kalau 1000 tahun bermakna 50 billion.  Ini bermakna yang berkumpul di Padang Mahsyar kelak lebih daripada daripada 50 billion.  Oleh itu berapa luas kawasan yang diperlukan untuk mengisi katakan 50  billion manusia ?.

Luas padang Arafah adalah lebih kurang 10 kilometer persegi yang boleh menampung  2 juta umat Islam sahaja.  Jadi untuk menampung 50 billion manusia satu kawasan seluas 250 juta km persegi diperlukan. Luas semua tanah d imuka bumi ini hanya 150 juta km persegi. Luas seluruh  muka bumi termasuk lautan ialah 510 juta km persegi.  Jadi untuk menampung semua manusia yang telah dan akan mati kelak, maka seluruh muka bumi ini mesti disediakan termasuk kawasan laut.

Allah membayangkan bagaimana pada hari Kiamat kelak gunung-gunung itu akan akan dihancurkan sudah tentu dapat di ratakan saperti dalam surah Al Mursalat ayat 8 – 10

فَإِذَا النُّجُومُ طُمِسَتْ

 

(Pada hari kiamat ) Apabila bintang-bintang  hilang lenyap.  Dan apabila langit terbelah.  Dan apabila gunung-ganang hancur lebur berterbangan.

Dalam suarah An Naba’ disebutkan gunung-gunung itu boleh digerakkankan atau di ratakan:

ÏNuŽÉiß™urãA$t7Ågø:$#ôMtR%s3sù$¹/#uŽ| ÇËÉÈ

Dan dijalankan gunung-gunung dan jadilah ia saperti bayang-bayang dipadang pasir

Dalam surah Al Insyiqaq ayat  ayat 1- 3 Allah mengatakan:

#sŒÎ)âä!$uK¡¡9$#ôM¤)t±S$#ÇÊÈ   ôMtRόr&ur$pkÍh5tÏ9ôM¤)ãmurÇËÈ   #sŒÎ)urÞÚö‘F{$#ôN£‰ãBÇÌÈ   ôMs)ø9r&ur$tB$pkŽÏùôM¯=sƒrBur  

Apabila langit terbelah  serta mematuhi perintah Tuhannya, dan sudah semestinya ia patuh. Dan apabila bumi diratakan. Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,

Ayat-ayat ini seolah-olah membayangkan  pada hari kiamat kelak semua gunung-gunung akan dihancurkan dan bumi ini akan diratakan.  Maka bumi akan menjadi sebuah padang yang maha luas. Bahkan bukan mustahil juga laut-laut akan di keringkan untuk menampong manusia yang beratus  billion itu.

 

 

 Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Janganlah kita peningkan kepala memikir bagaimana dan di mana  Padang Mahsyar itu akan disiapkan  oleh Allah.  Kepada Allah itu sangatlah mudah kerana Allah telah menciptakan berbillion bintang diangkasa yang luas dengan mudahnya.  Yang patut kita fikirkan bagaimana keadaan kita pada hari Mahsyar itu dan apa yang akan kita lalui selepas mahsyar itu. 

Mahsyar adalah alam kita yang kelima.  Alam pertama ialah alam roh iaitu apabila semua roh kita diciptakan dan kita telah berjanji dengan Allah bahawa Allah adalah Tuhan kita. Alam kedua ialah alam rahim di dalam perut ibu kita selama lebih kurang  9 bulan.  Alam ketiga adalah alam kita sekarang,  lebih kurang 60 hingga 70 tahun. Alam ke 4 ialah alam  barzakh di dalam kubur.  Alam kelima ialah alam Mahsyar yang akan kita bincangkan. 

Alam Mahsyar bermula selepas sangkakala ditiup kali kedua. Tiupan kali pertama semua makhluk akan dimatikan.  Dalam surah Yasiin, Ayat 51 Allah menyebutkan:

y‡ÏÿçRur’Îû͑qÁ9$##sŒÎ*sùNèdz`ÏiBÏ^#y‰÷`F{$#4’n<Î)öNÎgÎn/u‘šcqè=Å¡YtƒÇÎÊÈ   (#qä9$s%$uZn=÷ƒuq»tƒ.`tB$uZsVyèt/`ÏB2$tRωs%ö¨B3#x‹»yd$tBy‰tãurß`»oH÷q§9$#šXy‰|¹uršcqè=y™ößJø9$#ÇÎËÈ  

Yang bermaksud: dan akan ditiupkan sangkakala (kali kedua)  maka tiba-tiba mereka bangkit keluar dari kubur masing-masing (untuk menuju) kerpada Tuhannya.  Mereka berkata: Aduh celakanya kami ! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami (yakni kubur kami). Inikah yang dijanjikan oleh Tuhan Yang Maha Pemurah dan benarlah rasul-rasulnya.  

Selepas itu barulah semua manusia dan jin di arahkan menuju ke mahsyar dengan berbagai-bagai cara. Ada yang menaiki kenderaan, ada yang berjalan kaki, ada yang merangkak dan ada yang mengelunsur tanpa kaki dan tangan dan ada pula yang buta ketika dibangkitkan.

Setelah sampai di Mahsyar barulah dilakukan upacara menyampaikan surat atau rakaman amalan manusia.  Mungkin surat  amalan itu akan berbentuk sebuah pen drive yang mengaudungi semua rakaman atau data-data apa  yang di lakukan oleh manusia yang dirakam oleh malaikat Rakid dan Atid. Manusia akan menerima sama ada dengan tangan kanan atau tangan kiri saperti ayat 7 hingga 13

$¨Brsùô`tBš†ÎAré&¼çmt7»tGÏ.¾ÏmÏYŠÏJu‹Î/ÇÐÈ   t$öq|¡sùÜ=y™$ptä†$\/$|¡Ïm#ZŽÅ¡o„ÇÑÈ   Ü=Î=s)Ztƒur#’n<Î)¾Ï&Î#÷dr&#Y‘rçŽô£tBÇÒÈ   $¨Br&urô`tBu’ÎAré&¼çmt7»tGÏ.uä!#u‘ur¾Ín̍ôgsßÇÊÉÈ   t$öq|¡sù(#qããô‰tƒ#Y‘qç6èOÇÊÊÈ   4’n?óÁtƒur#·ŽÏèy™ÇÊËÈ   ¼çm¯RÎ)tb%x.þ’Îû¾Ï&Î#÷dr&#·‘rçŽô£tBÇÊÌÈ      

yang bermaksud: kemudian sesiapa yang diberi surat amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan.  Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan gembira.  Dan sesiapa Yang diberi surat amalnya (dengan tangan kiri), atau dari sebelah belakangnya,  maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya.  Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.  Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!. 

Selepas itu barulah manusia, jin dan malaikat disusun  berbaris-baris untuk menghadapai perbicaraan yang paling agung dan hebat.

 

 Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Kehebatan suasana di Mahsyar itu terdapat dalam banyak ayat-ayat Quran dan hadis sahih.  Dalam Surah An Naba’ ayat  38 Allah berfirman:

tPöqtƒãPqà)tƒßyr”9$#èps3Í´¯»n=yJø9$#ur$yÿ|¹(žwšcqßJ¯=s3tGtƒžwÎ)ô`tBtbόr&ã&s!ß`»oH÷q§9$#tA$s%ur$\/#uq|¹ÇÌÑÈ    

Pada hari Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan). Tidak ada yang berani berkata-kata (memohon belas kasihan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta iaakan berkata berkata benar sahaja.

Bayangkan betapa hebatnya perhimpunan itu apabila beratus billion manusia, jin dan malaikat termasuk Jibrail berdiri berbaris-baris senyap sunyi  dan tunduk tidak berani berkata sepatah pun  kecuali siapa yang dibenarkan oleh Allah sahaja yang boleh bercakap.  Setiap orang akan dipanggil untuk memberi keterangan berdasarkan catatan yang dirakamkan oleh malaikat Raqid dan Atid. Tidak ada siapa pun yang boleh bercakap bohong menafikan apa yang dilakukan di atas dunia ini.  Saksi-saksi yang hebat dan mungkin disokong oleh gambar video yang dirakamkan akan dipersaksikan pada hari itu.

Allah memberi gambaran yang mudah difahami oleh orang pada zaman Nabi Muhamad s.a.w. persaksian itu dala Surah Yasin ayat 65

tPöqu‹ø9$#ÞOÏFøƒwU#’n?tãöNÎgÏdºuqøùr&!$uZßJÏk=s3è?uröNÍk‰É‰÷ƒr&߉pkôs?urNßgè=ã_ö‘r&$yJÎ/(#qçR%x.tbqç6Å¡õ3tƒÇÏÎÈ    

Pada hari  itu Kami kunci atau meteraikan mulut mereka ; dan tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.  Mungkinlah rakaman video  semua perlakuan kita akan ditayangkan.

            Perbicaraan pada hari itu adalah dimahkamah yang paling adil  kerana Hakim Besarnya ialah Allah s.w.t. sendiri. Dalam Surah Yasin Allah ayat 54 Allah menegaskan:

tPöqu‹ø9$$sùŸwãNn=ôàè?Ó§øÿtR$\«ø‹x©Ÿwuršc÷rt“øgéBžwÎ)$tBóOçFZà2tbqè=yJ÷ès?ÇÎÍÈ

Maka pada hari itu, tidak ada seorang pun yang akan dianiaya sedikit pun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan (semasa hidup kamu.)

 

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Cuba bayangkan apabila giliran kita dipanggil oleh malaikat untuk memberi keterangan dihadapan Allah dengan disaksikan oleh para mailaikat, para Nabi, ibu bapa dan kaum keluarga kita.  Apa yang kita sembunyikan daripada manusia selama hidup kita akan terbongkar semuanya satu persatu.  Apa yang berlaku under counter, dibilik-bilik hotel,  di dalam semak, dibelakang isteri dan dimana-mana sahaja akan ditayangkan videonya pada hari  itu.

            Yang paling menyeramkan dan menggerunkan ialah segala maklumat kesalahan yang kita lakukan –  besar atau kecil – kita sendiri yang akan membacanya di mahkamah itu bukan oleh Pendakwa Raya,  saperti firman Allah di dalam Surah Al Israk ayat 14

ù&tø%$#y7t6»tGÏ.4’sx.y7Å¡øÿuZÎ/tPöqu‹ø9$#y7ø‹n=tã$Y7ŠÅ¡ymÇÊÍÈ

(Lalu Kami perintahkan kepadanya): “Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)”.

Kita akan terkejut pada hari itu walau sebesar mana kesalahan atau kebaikan kita semuanya ada di dalam rakaman itu saperti yang diterangkan oleh Allah didalam surah Al Zal zilah ayat 7 dan 8

`yJsùö@yJ÷ètƒtA$s)÷WÏB>o§‘sŒ#\ø‹yz¼çnttƒÇÐÈ   `tBurö@yJ÷ètƒtA$s)÷WÏB;o§‘sŒ#vx©¼çnttƒÇÑÈ

Maka sesiapayang berbuat kebajikan walau seberat zarah pun , nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan walau seberat zarah pun, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! zarah itu ditafsirkan sebagai atom atau biji sawi.

            Cuma yang menyedapkan hati kita sadikit,  kata setengah ulama,  jika kita bertaubat amalan jahat kita itu akan di delete atau dipadamkan dari rakaman. Jika tidak semuanya akan dipersaksikan.

            Akhirnya keputsan penghakiman akan dikeluarkan oleh Allah diakhir  perbicaraan.  Cuma ada dua sahaja hukuman yang mandatori, iatu masuk syurga atau neraka. Tidak ada hukuman lain,   saperti firman Allah dalam surah Al Qariiah ayat 6-9.

$¨BrsùÆtBôMn=à)rO¼çmãZƒÎ—ºuqtBÇÏÈ   uqßgsù’Îû7pt±ŠÏã7puŠÅÊ#§‘ÇÐÈ   $¨Br&urô`tBôM¤ÿyz¼çmãZƒÎ—ºuqtBÇÑÈ   ¼çm•Bésù×ptƒÍr$ydÇÒÈ        

Dan adapun orang yang berat timbangan( kebaikannya) maka ia akan berada di dalam kehidupan yang menyeronokkan.  Dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikannya) maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiah.

            Oleh itu setiap kita yang ada di dalam masjid ini haruslah bermuhasabah diri masing-masing bagaimana kita akan menghadapi hari Kiamat kelak.

 

KHUTBAH KEDUA

 

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Setelah kita mengkaji secara ringkas bagaimana hebat, gerun, dan  dahsyatnya hari  kiamat yang kita semua akan hadapi kelak, kita tidak ada pilihan kecuali membuat persiapan untuk menghadapinya.  Ini  bukan cerita dongeng yang boleh kita perlekehkan.  Ia akan benar-benar berlaku, kerana semuanya diceritakan oleh Allah di dalam Al Quran.  Yang dipaparkan tadi cuma sebahagian kecil sahaja.  Marilah kita menyelak terjemahan Al Quran bagaimana azab yang maha hebat yang akan dihadapi oleh penghuni-penghuni neraka dan bagaimana nikmatnya ahli syurga. 

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*