Khutbah Jumaat 08 Jan 2010

KHUTBAH JUMAAT 08 JAN 2010 = 22 MUHARRAM 1431
 Saya berpesan kepada diri saya dan kepada tuan-yuan sakalain: marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.  Ingatlah hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang akan mendapat kemenangan di alam akhirat.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Marilah kita bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana kita telah satu minggu berada di dalam tahun 2010.  Ini bermakna tinggal 10 tahun sahaja lagi kita akan sampai ke tahun 2020 – yang kita impikan untuk menjadi sebuah Negara Maju saperti wawasan yang di ilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahadzir Muhamad. Sebahagian daripada kita di dalam Masjid ini yang telah putih rambutnya mungkin tidak dapat menghirup udara tahun , tetapi yang yang masih muda, insyallah akan dapat merasa bagaimana Negara kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Negara maju yang  lain 10 tahun lagi.

            Saperti biasa pada awal tahun  ini di samping melihat ke hadapan  eloklah kita menoleh ke belakang melihat apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2009.  Yang telah berlaku adalah menjadi sejarah yang akan dibaca oleh anak cucu kita, saperti juga kita membaca sejarah datuk nenek kita.  Allah mengajar kita untuk belajar dari sejarah dengan menggalakkan kita melawat tempat-tempat yang bersejarah di seluruh dunia, untuk melihat kesan-kesan perbuatan manusia yang dahulu, bagi dijadikan pengajaran dan tauladan.  Misalnyanya dalam Surah Al An’am ayat 11 Allah berfirman:

قُلۡ سِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ ثُمَّ ٱنظُرُواْ ڪَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ

Yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat buruk (yang menimpa) orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul) itu.”

            Oleh itu eloklah kita cuba melihat apa yang telah berlaku dalam sejarah tahun 2009. Pertama cuba kita renungkan ujian-ujian atau bala’ Allah kepada manusia.  Pada bulan Februari kebakaran hutan yang besar berlaku di Australia yang meragut 173 nyawa dan mencederakan lebih 500 orang.  Adakah ini balasan peranan mereka menolong Amerika Syarikat di Iraq ? Allah sahaja yang tahu.  Kemudian Allah menunjukkan kuasanya dalam kehidupam manusia seharian. Dalam masa 45 hari tiga buah kapal terbang terhempas membunun 549 orang. Pada  I Jun 228 orang terbunuh apabila Pesawat Air France terhempas di Lautan Atlantik .  Pada 30 Jun 153 orang terkorban apabila Pesawat Yemeni Air menjunam di Lautan Hindi manakala  pada 15 Julai pula 168 orang terbunuh dalam Pesawat Caspian Airline yang terhempas di Janatabat.    

Allah juga menunjukkan kekuasaanya dalam mentadbir muka bumi ini mengikut kehendaknya. Pada bulan April gempa bumi berukuran 6.3 skala Richter berlaku  di Itali membunuh 300 orang dan mencederakan lebih 1,500 orang.  5 bulan kemudian – pada 29 September dua gempa bumi berukuran 8.3 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Solomon membunuh sekurang-kurangnya 189 nyawa.  Manakala besoknya pada 30 September gempa bumi yang dahshat berukuran 7.6 pada skala Ricter telah menjadikan bumi Padang di Sumatra Barat simpang perenang dan meragut lebih 1,000 nyawa dan memusnahkan beribu-ribu buah rumah. Selain daripada itu tahun 2009 juga dunia kita diancam dengan penyakit H1N1.  Syukurlah  wabak penyakit ini tidak mencabut sangat banyak nyawa saperti yang berlaku pada tahun 1914 apabila wabak se;sema mencabut nyawa  hamper 20 juta orang.  

            Mengapakah semua ini berlaku dan nampak saperti satu siri kejadian yang amat teracang ?  Bagi kita orang Islam jawapannya amat mudah.  Yang merancangnya adalah Yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui sebab musababnya. Kita cuma boleh berspekulasi sebab musababnya, kerana pengetahuan kita amat kerdil berbanding dengan Ilmu Allah. Kalau mau melihat di dalam Al Quran Allah membayangkan kejadian ini di dalam Surah Al Baqarah ayat253

‌ۗ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ مَا ٱقۡتَتَلَ ٱلَّذِينَ مِنۢ بَعۡدِهِم مِّنۢ بَعۡدِ مَا جَآءَتۡهُمُ ٱلۡبَيِّنَـٰتُ وَلَـٰكِنِ

ٱخۡتَلَفُواْ فَمِنۡہُم مَّنۡ ءَامَنَ وَمِنۡہُم مَّن كَفَرَ‌ۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ مَا ٱقۡتَتَلُواْ وَلَـٰكِنَّ ٱللَّهَ

يَفۡعَلُ مَا يُرِيدُ

Yang bermaksud:  kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.  Ertinya jika Allah menghendaki mereka tidak akan terbunuh maka mereka akan hidup tetapi Allah melakukan apa yang di kehendakinya.  Ertinya kuasa menentukan siapa yang akan mati dan siapa yang akan hidup adalah kuasa prerogative atau kuasa mutlak Allah. Tidak ada mana-mana makhluk – baik manusia jin atau malaikan – pun yang berhak mempersoalkan mengapa Allah melakukan apa yang di kehendakinya.  Di akhirat kelak barulah kita akan mengetahui rasional, kebijaksanaan dan keadilan  Allah melakukan sesuatu perkara.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Cuba pula kita lihat beberapa peristiwa yang berlaku spanjang tahun lepas di negara kita. Peristiwa sedih berlaku di negeri Perak ini apabila Jembatan Gantung di Kuala Dipang runtuh menyebabkan tiga anak kita terkorban. Sementara itu kemalangan jalan raya nampaknya tidak berkurang daripada tahun-tahun lalu walau pun berbagai-bagai operasi dijalankan oleh JPJ. Ada kalanya  ramai terkorban dalam satu kemalangan. Pada 2 Jun 10 orang terkorban dalam kemalangan tiga buah kereta. Pada 13 April 6 terbunuh dalam bas yang terbakar.  Yang terakhir pada 26 Disember, dekat tempat kita ini – 10 terkorban dalam kemalangan bas dua tingkat.  Perangkaan Negara menunjukkan setiap tahun purata kematian di jalan raya lebih 3,000 orang atau purata 10 orang sehari.Walau pun kemalangan ini telah tersurat di Luh Mahfuz tetapi faktor kecuaian dan kelalaian manusia tidak boleh di tolak bagitu sahaja.  Allah berfirman di dalam  Surah Ar Ra’di ayat 11

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا

مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ

Yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. Ini membawa makna:  jika kita tidak mahu mengubah sikap kita memandu kenderaan maka Allah tidak akan mengurangkan kadar kemalangan jalanraya ini.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Cuba pula kita lihat senario siasah di Negara kita.  Dengan tidak disangka-sangka pada 6 Februari Dato’ Seri Zambri telah di lantik menjadi Menteri Besar Perak menggantikan  Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.  Dua bulan kemudian pada 3 April  Dato’ Seri Najib Tuan Abd. Razak pula di lantilk Menjadi Pedana Menteri Malaysia menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pada 26 Oktober pula Tuanku Muhriz yang nama baginda  jarang kita dengar sebelum ini, telah ditabalkan menjadi Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Di peringkat lain kita melihat Dato’ Shahrir Abd. Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna meletakkan jawatan pada 26 Mac.

            Walau pun pada mata kasar nampak semua kejadian itu  berlaku kerana sesuatu sebab tetapi yang pastinya Allahlah yang mengatur semuanya dan sebab yang sebenarnya mengapa peralihan itu berlaku cuma Allah sahaja yang mengetahuinya saperti firmannya dalam Surah Ali Imran ayat 26:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن

تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ‌ۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُ‌ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ

شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬

Yang bermaksud: katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Jika semua umat Islam menerima ayat ini dengan sepunuhnya maka mereka tidak akan resah gelisah siap yang telah ditentukan Allah untuk memerintah.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Tahun 2009 juga telah mencatatkan kehilangan ramai tokoh-tokoh Negara yang berjasa. Dalam Bidang Politik kita kehilangan Tan Seri Muhamad Yaakub, Bekas Menteri Besar Kelantan, Datn Laila Taib, Dato’ Ismail Yaakub, Dato’ Rahim Bakar Bekas MB Pahang dan ADUN Bukit Gantang –  Roslan Shahrum.  Di kalangan pentadbir kita kehilangan Bekas Hakim Mahkamah Agung Tan Sri Mohamad Yussuf Mohamad dan Tun Hamid Omar,  Bekas ImamBesar Masjid Negara Dato’ Ahmad Shahrir Daud, Pakar Ekonomi Senator Dato’ Ismail Salleh.  Di Bidang Seni kita kehilangan Penulis Arenawati, Darmala N.S., Penyanyi Us.  Asri, Pelakun Shukri Hashim dan Pengarah filem Yasmin Hamid. Kehilangan saperti ini kita hanya boleh menerima kehendak Allah saperti firmannya dalam Surah Yunus ayat 49

قُل لَّآ أَمۡلِكُ لِنَفۡسِى ضَرًّ۬ا وَلَا نَفۡعًا إِلَّا مَا شَآءَ ٱللَّهُ‌ۗ لِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ‌ۚ إِذَا

جَآءَ أَجَلُهُمۡ فَلَا يَسۡتَـٔۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ

Yanag bermaksud: katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada ajal atau tempoh yang ditetapkan; maka apabila sampai tempohnya, maka tidak dapat mereka melambatkannya sesaat pun, dan tidak pula dapat mereka menyegerakannya sesaat pun”.

            Selain daripada kejadian yang berkaitan dengan harta benda, ekonomi dan politik, kejadian yang berkaitan dengan jenayah, akhlak dan agama juga mewarnai tahun 2009. Kisah Kahwin, cerai,  tangkap basah di kalangan artis dan pemimpin hingga ke mahkamah syaraiah hampir setiap hari dapat dibaca.  Kejadian jenayah ragut hingga membunuh nyawa, kejadian rompakan dan pencurian hingga injin kapal terbang pun dapat dicuri sudah saperti perkara biasa. Hampir setiap minggu pula kita dihidangkan dengan gambar penagih dadah dan pelcur dari Negara asing yang ditangkap dengan pakaian tiga suku bogel – apabila tempat-tempat maksiat diserbu oleh pihak berkuasa.  Senario ini menggambarkan seolah-olah kemakmuran yang kita capai ini membawa bersama-samanya kemaksiatan sebagai kesan sampingan kepada moral masyarakat.

            Tahun 2009 juga kita melihat kewibawaan umat Islam di Negara kita dicabar hingga hampir menghilangkan kesabaran kita.  Bermula dengan tindakan mencabar kedaulatan Sultan Perak oleh Karpal Singh  diikuti pula dengan suara mempertikaikan perbelanjaan enam ratus juta ringgit oleh kerajaan untuk membina masjid sedangkan sebelum ini tidak pernah dipersoalkan.  Bahkan pelepasan cukai pendapatan kepada pembayar zakat pun dipersoalkan.  Di Shah Alam isu pembinaan kuil Hindu berdekatan dengan kediaman orang Islam telah disohorkan hingga menyakitkan hari umat Islam. 

Di akhir tahun 2009 Majallah Herald, The Catholic weekly telah menggunakan perkataan “Allah” untuk terjemahan “God” dalam bahasa Inggeris.  Kemuncak dari cabaran yang sangat menyakitkan hati ialah apabila Mahkamah menghukum membatalkan tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengarahkan   Herald, The Catholic weekly supaya jangan menggunakan perkataan Allah didalam majalahnya.  Alhamdulillah semua umat Islam telah bersatu menentangnya – Cuma satu dua pihak umat Islam yang mempunyai sebab-sebab yang mereka sahaja mengatahuinya  yang tidak sekata.  Mimbar ini sangat berharap supaya semua umat Islam tanpa mengira kaum, kumpulan, anutan politik bersatu mempertahankan kesucian agama Islam yang telah termaktub dalam perlembagaan sebagai agama rasmi Negara kita yang akan menjadi Negara maju dalam tahun 2020.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*