KHUTBAH JUMAAT 19 OKTOBER 2012

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Hari ini kita telah berada di awal bulan Zulhijjah.  Minggu hadapan kita akan menyambut Hari Raya Idil Adha. Waktu kita sedang duduk di dalam masjid sekarang ini, kira-kira 3 juta umat Islam sedang berada di Makah dan dan insyaallah akan berangkat berwukuf di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah iaitu Hari Khamis hadapan.  Kita di sini disunatkan berpauasa pada hari Khamis itu. Marilah kita mengambil kesempatan berpuasa setahun sekali saperti yang disyari’atkan kepada kita.

Tiga  juta umat Islam yang berwukuf itu akan memenuhi padang Arafah yang terletak 25 kilometer dari Makatul Mukaramah.  2 juta umat Islam yang berkumpul di padang arafah itu mewakili kira-kia 0.02% atau 2/1000 sahaja daripada jumlah umat Islam di seluruh dunia. Jumlah umat Islam di seluruh dunia ialah 1.5 billion daripad jumlah penduduk dunia sebanyak 7 billion. Jika semua orang Islam diseluruh dunia yang seramai 1½  billion orang ini hendak berwukuf serentak maka padang Arafah itu terpaksa dibesarkan 500 kali ganda daripada yang ada sekarang. Jika diandaikan semua penduduk bumi yang berjumlah 7 billion ini hendak berkumpul di sebuah padang  maka padang  itu mestilah 3,000 kali ganda lebih besar darpada Padang Arafah.  Mengapakah Allah s.w.t. mensyariatkan umat Islam supaya berkumpul beramai-ramai di Padang Arafah setahun sekali dengan berpakaian yang serupa dan sangat asas saperti itu ?  Cuba kita fikir-fikirkan.  

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Jika kita menaiki helikopter, terbang di atas Padang Arafah pada hari wukuf, kita akan nampak orang-orang yang berwukuf itu saperti satu kumpulan semut yang melata di atas sebuah batu besar.  Semua semut-semut itu berwarna puteh. Di dalam kumpulan manusia saperti semut itu, ada Ketua Jabatan yang sentiasa dihormati oleh anak buah di Pejabatnya. Mungkin juga ada  Pengetua sekolah, yang sentiasa dihormati oleh guru-guru dan murid-muridnya. Mungkin ada Pengarah atau CEO syarikat,  yang arahanya tidak pernah dibantah.  Mungkin ada  Jeneral, yang sangat digeruni oleh anak buahnya.  Mungkin ada  Menteri yang perintahnya, tidak pernah dibantah oleh pegawai-pegawai di Kementeriannya.  Mungkin ada  Perdana Menteri, yang di hormati oleh semua pengundi di negaranya.  Mungkin juga ada Presiden atau  Raja, yang titahnya tidak berani dilalui oleh rakyatnya.  Pada hari itu tidak lagi dapat dikenal yang mana Pengarah yang mana budak pejabat.  Yang mana Jeneral yang mana askar.  Yang  mana raja yang mana rakyat. Semuanya memakai pakaian  yang sama, iaitu dua helai kain ihram puteh, sama saperti kain kapan apabila kita hendak masuk ke dalam kubur. 

Allah mengumpulkan seramai itu manusia di Padang Arafah, bagi menggambarkan: bagitulah cintoh kumpulan manusia pada Hari Kiamat kelak, di Padang Mahsyar.  Bayangkan semua manusia sejak Nabi Adam hingga Hari Kiamat akan dikumpulkan di Padang Mahsyar kelak.  Jumlah manusia mungkin beribu-ribu billion atau berterilion trilion ramainya. Di dalamnya ada Nabi-nabi dan rasul-rasul, ada para sahabat penolong nabi-nabi, para ulama saperti Imam Syafie. Ada juga penentang nabi-nabi saperi Firaun, Namrud, Qarun, Abu Jahal dan Abu Lahab. Ada juga paderi Yahudi dan Kristian dan Sami-sami Hindu dan Budha. Yang muatkhir ada pula  Karl Max, Darwin, George Bush,  Soros, dan Ayah Pin termasuklah semua kita yang ada di dalam masjid ini.  Mereka bukan keluar dari Makah menuju ke Arafah tetapi keluar  dari kubur masing-masing menuju ke Mahsyar. Ini diberitahu oleh Allah di dalam Surah Al Haj ayat 7

وَّاَنَّ السَّاعَةَ اٰتِيَةٌ لَّا رَيۡبَ فِيۡهَا ۙ وَاَنَّ اللّٰهَ يَـبۡعَثُ مَنۡ فِى الۡقُبُوۡرِ‏ ﴿۷﴾

Yang bermaksud:  Bahawa sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang, tidak ada sebarang keraguan padanya, dan bahawa sesungguhnya Allah akan membangkitkan (menghidupkan semula semua) orang-orang yang di dalam kubur. Banyak hadis sahih yang menerangkan apabila dibangkitkan daripada  kubur ada yang berkeadaan buta, ada yang tidak bertangan dan tidak berkali bahkan ada yang bulat saperti ulat dan bergolek-golek di atas perut menuju ke Padang Mahsyar.

            Di Mahsyar itu tidak ada khemah saperti di Padang Arafah.  Suhu Mahsyar itu bukan 40 darjah selsius, saperti di Arafah tetapi amat panas.  Hadis sahih menggambarkan, suhunya seolah-olah matahari itu sejengkal dari kepala.  Suasana di Mahsyar itu sangat menggerunkan, saperti yang di gambarkan oleh Nabi Muhamad s.a.w. di dalam sebuah hadis sahih yang di riwayatkan oleh At Tirmizi:

,û¡ò³ AôÌóÃBò· Bò¿ BòÀô£òCòË , û¡ò³ AÌóÃBò· Bò¿ òªôÌóUòC øÒò¿BòÎø´ô»A òÂôÌòÍ BõzôÍòC ópBúÄ»A ójórôZòÍ

û¡ò³ AÌóÃBò· Bò¿ òKòvôÃòCòË ,û¡ò³ AôÌóÃBò· Bò¿ ñjôYòCòË

Manusia akan dikumpulkan pada hari Qiamat, dalam keadaan lapar, yang belum pernah mereka rasai; dalam dalam keadaan dahaga, yang belum pernah mereka rasai;  dalam keadaan telanjang, yang belum pernah mereka rasai, dan dalam keadaan sengsara, yang belum pernah mereka rasai.

Kita boleh bayangkan betapa siksanya keadaan kita ketika berhimpun di Padang Mahsyar kelak.  Mengikut hadis ini manusia tidak berpakaian seurat benang pun di Padang Mahsyar; sama saperti ketika Adam dan Hawa diturunkan ke dunia dari syurga dahulu. Bila di tanya oleh Saiditana Aishah radiayalla hu ‘anha “ Tidakah manusia itu malu pada hari itu, ya Rasulallah ? “  Nabi menjawab “ Manusia pada hari itu tidak peduli lagi ia berpakaian atau tidak kerana sangat huruhara”

 Keadaan manusia di Padang Mahsyar itu  saperi lautan biri-biri di atas padang rumput.  Semua manusia sama sahaja. Tidak perlu menyebut Encik, tuan, Professor,  Yang Berhormat, Dato’,  Tan Sri, patik, tuanku lagi.  Semuanya akan dipanggil nama sahaja.   Kita akan menyaksikan, bagaimana mulia dan hebatnya tempat Nabi Muhamad, Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman dan para Nabi alaihimussala tuwassalam,  dikurniakan Allah kepada mereka.  Kita akan melihat, bagaimana berserinya wajah para shuhada’, para sahabat,  penolong nabi-nabi, para mujahidin dan para salihin, yang berjuang mengembangkan syiar Islam sepanjang zaman. Mereka mendapat tempat di khemah-khemah istimewa, berhawa dingin dibawah naungan Arasy Allah s.w.t. Kita sangat berharap akan mendapat sedikit tempat di tepi-tepi khemah di,bawah naungan arasy, kerana Nabi s.a.w. memberi tahu dalam hadis yang sangat masyhur: ada 7 orang akan mendapat naungan arasy.  Salah satunya daripadanya ialah orang yang hatinya terikat kepada Masjid, yakni selalu berkunjung ke masjid. Mudah mudahan kita termasuk didalamnya.

Yang lain-lain: orang kafir, orang=orang munafiq, penjenayah atau kaum mujrimin, orang-orang yang fasiq atau berdosa besar termasuk, pembunuh, penzina, peminum arak, penjudi, pencuri, peragut, peraswah akan terlunta-lunta dengan penuh keazaban, di tengah padang yang sangat panas. Ada hadis yang menggambarkan peluh manusia di Mahsyar itu ada yang setakat lututnya, ada yang setakat pinggangnya, ada yang setakat lehernya.  Penyiksaan itu bukan sehari sahaja, saperti orang yang berwukuf di Padang Arafah, tetapi beribu-ribu tahun hingga proses perbicaraan selesai.

Padang Mahsyar itu sebenarnya, adalah sebuah mahkamah terbuka, yang paling besar dalam sejarah manusia. Bayangkan beribu-ribu billion manusia, malaikat dan jin berkumpul untuk menyaksikan Mahkamah keadilan Tuhan.  Semuanya akan dibicarakan satu persatu. Setiap orang akan di panggil di dipentas, yang boleh disaksikan oleh semua manusia dari Adam hingga hari qiamat. Bagaimana hebat dan agungnya mahkamah terbuka itu digambarkan oleh Allah di dalam surah An Nab’ ayat 38, 39 dan 40

يَوۡمَ يَقُوۡمُ الرُّوۡحُ وَالۡمَلٰٓٮِٕكَةُ صَفًّا   ؕۙ لَّا يَتَكَلَّمُوۡنَ اِلَّا مَنۡ اَذِنَ لَهُ الرَّحۡمٰنُ وَقَالَ صَوَابًا‌‏ ﴿۳۸﴾  ذٰلِكَ الۡيَوۡمُ الۡحَـقُّ‌ ۚ فَمَنۡ شَآءَ اتَّخَذَ اِلٰى رَبِّهٖ مَاٰبًا‏ ﴿۳۹﴾  اِنَّاۤ اَنۡذَرۡنٰـكُمۡ عَذَابًا قَرِيۡبًا ۖۚ  يَّوۡمَ يَنۡظُرُ الۡمَرۡءُ مَا قَدَّمَتۡ يَدٰهُ وَيَقُوۡلُ الۡـكٰفِرُ يٰلَيۡتَنِىۡ كُنۡتُ تُرٰبً

فَاَمَّا مَنۡ اُوۡتِىَ كِتٰبَهٗ بِيَمِيۡنِهٖۙ‏ ﴿۷﴾  فَسَوۡفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَّسِيۡرًا ۙ‏ ﴿۸﴾  وَّيَنۡقَلِبُ اِلٰٓى اَهۡلِهٖ مَسۡرُوۡرًا ؕ‏ ﴿۹﴾  وَاَمَّا مَنۡ اُوۡتِىَ كِتٰبَهٗ وَرَآءَ ظَهۡرِهٖۙ‏ ﴿۱۰﴾  فَسَوۡفَ يَدۡعُوۡا ثُبُوۡرًا ۙ‏ ﴿۱۱﴾  

 

 

Yang bermaksud: Pada hari itu Jibril dan malaikat-malaikat yang lain, berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan), melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia cuma berkata benar sahaja. Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (qiamat), yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah ia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!  Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu, mengenai azab yang dekat (masa datangnya), – Iaitu hari yang semua orang akan  melihat apa yang telah diusahakannya; dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): “Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah sahaja.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Mengapakah mahkamah keadilan Allah itu di wujudkan ?  Jawabnya ialah kerana semua mahkamah di dunia ini sejak dahulu hingga sekarang tidak dapat menghukum dengan seadil-adilnya. Mahkamah dunia tidak dapat berlaku adil, kerana tidak dapat mencari bukti-bukti yang sahih sepenuhnya. Ada kes yang digugurkan kerana pendakwa raya gagal mendapatkan bukti yang kukuh.   Kita boleh nampak dengan mata kasar bagaimana,  kerana tidak cukup saksi pembunuh terlepas dari hukuman.  Perompak tidak dapat di hukum kerana peguam dapat membuktikan dengan keterangan palsu ia tidak bersalah.  Pengkhianat negara tidak dapat di hukum, kerana di bantah oleh penyokongnya yang mendapat rasuah. Banyak kes jenayah yang tidak dapat dibawa ke mahkamah, kerana saksi takut memberi keterangan.  Bahkan banyak kes tidak dapat dihukum, kerana saksi dengan senghaja berbohong. Banyak orang yang terinaya tidak mendapat pembelaan yang sepatutnya, kerana tidak berupaya membayar kos mahkamah.  Kita dapati Mahkamah Keadilan Antara Bangsa (International Court of Justice) pun tidak dapat menghukum dengan adil, kerana yang mendakwa dan yang menghukum ada kepentingan masing-masing.

            Justru,  mestilah ada satu mahkamah yang dapat menghukum dengan seadil-adilnya semua manusia. Mahkamah itu ialah mahkamah Allah di Mahsyar.  Mahkamah itu sangat terbuka, dan seluruh umat manusia jin dan malaikat dapat menyaksikanya.  Mahkamah itu bagitu telus.  Kemungkinan besar, semua perlakuan manusia di dunia ini di rakamkan oleh malaikat dangan kamera ciptaan Allah, yang sangat canggih yang bukan sahaja merakamkan apa yang dilakukan oleh anggota lahir tetapi juga apa yang di niat di dalam hati.  Kita semua tahu sepanjang masa, kita diikuti oleh dua makaikat iaitu Rakid dan ‘Atid yang mercatat atau merakamkan semua perlakuan kita zahir dan batin.  Sebenarnya malaikat ini menjadi saksi sahaja.  Allah amat berkuasa merakamkan perlakuan kita tanpa malaikat-malaikat itu. 

Di Mahkamah di Mahsyar kelak semua rakaman itu akan diberikan semula kepada kita saperti firman Allah di Surah Al Insyiqaq ayat 7 hingga 11

فَاَمَّا مَنۡ اُوۡتِىَ كِتٰبَهٗ بِيَمِيۡنِهٖۙ‏ ﴿۷﴾  فَسَوۡفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَّسِيۡرًا ۙ‏ ﴿۸﴾  وَّيَنۡقَلِبُ اِلٰٓى اَهۡلِهٖ مَسۡرُوۡرًا ؕ‏ ﴿۹﴾  وَاَمَّا مَنۡ اُوۡتِىَ كِتٰبَهٗ وَرَآءَ ظَهۡرِهٖۙ‏ ﴿۱۰﴾  فَسَوۡفَ يَدۡعُوۡا ثُبُوۡرًا ۙ‏ ﴿۱۱﴾  

 

Yang bermaksud: Barang siapa yang diberi surat amalnya dengan tangan kanannya,  maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,  dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.  Dan barang siapa yang diberi surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya.

 Ini bermakna manusia akan berdebar-debar menanti, samada mendapat surat amalnya dengan tangan kanan atau tangan kiri atau dari belakang.  Surat amal itu mungkin berbentuk pen drive yang cuma sebenasr jari tetapi penuh dengan data-data amalanya sepanjang hayat. Di tempat lain ada ayat menyebutkan manusia membaca sendiri kitabnya.  Mungkin sahaja ia akan mencucuk pen drivenya  di mana-mana soket di Mahsyar itu, dan semua vidoe perlakuannya akan keluar tertayang di skrin agung yang boleh disaksikan oleh semua manusia dan jin di padang mahsyar itu.  

Cuba bayangkan bagaimana malu dan menggeletarnya dan mungkin air kencingnya mencurah keluar, apabila video orang yang menerima rasuah ditayangkan dengan muka dan tangan yang sedang menerima dan memberi rasuah.  Bagai mana orang yang berbohong di mahkamah dunia tidak berzina, sedangkan vidoe menunjukkan ia sedang bercengkeama  dengan pasangannya.  Bagaimana videp orang yang mengumpat di belakang saudaranya ditayangkan balik dihadapan sudaranya yang diumpat itu. Di Mahsyar kelak semua rahsia yang terpendam yang menjadi rahsia akan terbongkar semuanya.  Kita akan mengetahui bagaimana Allah mengangkat Nabi Isa ke langit.  Kita akan tahu dimana Nabi Adam dan Hawa turun ke dunia.  Kita akan melihat bagaimana Nabi Ibrahim dibakar oleh Namrod. Bagaimana rupa Firaun waktu mengaku menjadi tuhan. Bagaimana ruapa Mat Indera waktu menyerang Bukit Kepung.

 Tetapi yang lebih  penting ialah, bagaimana video kita sendiri apabila di tayangkan dengan disaksikan oleh ibu bapa, anak cucu dan Nabi Muhamad s.a.w. sendiri.  Kita akan menyaksikan video solat kita.  Sungguh-sungguhkah kita bersolat atau sambil lewa dan janji siap sahaja.  Kita akan saksikan video bagaimana kita mendapat rezeki ?.  Halalkah rezeki kita?   Bagaimana kita membelanjakan rezeki kita ?   Bagaimana kita melayan anak isteri ? dan macam-macam bagaimana lagi.  Sudahkah kita bersedia untuk menyaksikan video kita ?  Ada ulamak mengatakan video ini mungkin boleh dipadam atau di deleat jika kita bertaubat nasuha.  Oleh itu selagi ada hayat kita yang pendek ini, cepat-cepatlah kita bertaubat sebelum terlambat.

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Apabila kita menyambut Hari Raya Idil Adha, dan menyaksikan tayangan rakaman suasana umat Islam di Padang Arafah marilah kita bayangkan seolah-olah kita ada bersama-sama mereka.  Yang lebih penting bayangkan keadaan kita di Padang Mahsyar kelak.  Dimanakah kita dalam lautan manusia di Mahsyar kelak?  Adakah dibawah lindungan Arasy Allah, atau ditengah panas yang membakar ?  Sebenarnya apa yang berlaku di Mahsyar itu maka itu jugalah kehidupan kita selepas Mahsyar.  Jika kita menerima rakaman amalan kita dengan tangan kanan maka berbahagialah kita.  Jika  menerima dengan tangan kiri atau dari belakang, maka celakalah hidup kita.  Mimbar ini berharap setiap orang daripada kita mencermin diri masing-masing, dan membuat hisaban sendiri, sebelum kita dihisabkan di Mahsyar kelak.  Jika selepas kita menghisab amalan kita, terdapat apa-apa  ada kekurangan, kita masih ada masa untuk bertaubat. Ingatlah di Mahsyar kelak tidak ada lagi jalan untuk berbohong dan tidak ada Karpal Singh yang boleh menjadi peguam kita.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*