KHUTBAH JUMAAT 13 FEBRUARI 2015 = 23 R. AKHIR 1436

KHUTBAH JUMAAT 13 FEBRUARI 2015 = 23 R. AKHIR 1436

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah mengizinkan kita berhimpun di Rumah Allah pada penghulu segala hari ini dalam kedaan aman sejahtera. Hari ini ialah 13 Februari 2015. Tarikh 13 Februari ini sebenarnya sangat bersejarah dalam tawarikh tanah air kita. 73 tahun dahulu, pada 13 Februari 1942, 42 askar Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan bin Saidi telah syahid kerana mempertahankan kedaulatan tanah air kita dari serangan tentera Jepun di Medan Perang Chandu, di Pasir Panjang, Singapura.
Mereka bergelempangan syahid dibunuh oleh tentera Jepun setelah mereka tidak mahu menyerah diri kepada tentera Jepun, dan selepas bertahan selama 48 Jam. Mereka seramai 42 orang itu dikatakan telah membunuh lebih 100 orang tentera Jepun. Tentera Jepun sangat marah kepada keberanian askar Melayu ini hingga tentera Jepun dikatakan telah menggantung mayat Leftenan Adnan dan tidak dibenarkan dikebumikan. Kemarahan tentera Jepun bagitu memunncak hingga mereka dikatakan telah pergi ke Hospital Alexandra berhampiran Pasir Panjang dan membunuh lebuh 200 pesakit dan kakitangan hospital Alexandra.
Sejarah mencatatakan dua hari selepas itu iaitu pada 15 Februari 1942, Lt. Jeneral A.E.Percival, Pemerintah tentera British yang mengetuai operasi mempertahankan Tanah Melayu terpaksa menyerah diri tanpa syarat kepada Pemerintah tentera Jepun Lt.General Yamashita. Peristiwa menandatangani perjanjian itu dibuat pada pukul 8.00 malam 15 Februari 1942.
Kita berdoa semuga para syuhada’ ini mendapat ganjaran sewajarnya dari Allah s.w.t. saperti firman Allah di dalam surah An Nisa’ ayat 74
                     •  
yang bermaksud: orang-orang yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada (kesenangan) kehidupan dunia, hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (untuk membela agama dan tanahair). Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah lalu ia mati (atau gugur syahid) atau beroleh kemenangan, maka Kami akan memberi kepadanya ganjaran pahala yang besar.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Kegagalan tentera British dan askar Melayu mempertahankan Tanah Melayu dari serangan Jepun patut menjadi renungan kepada kita semua. Sejarah mencatatkan Jepun telah menyerang dan menakluk Tanah Melayu pada tahun 1941. Jepun mendarat di Kota Baharu pada 7 Disember 1941 dan mara ke Kuantan dan ke Perak melalu Kroh hingga sampai ke Kuala Kangsar pada 23 Disember.  Sementara itu tentera Jepun masuk ke Perlis melalui Padang Besar dan mara ke Alor Setar. Kemudian mereka masuk ke Perak dan bertemu dengan pasukan dari Kota Baharu di Kuala Kangsar. Walau pun askar Australia dan India cuba bertahan di Kampar tetapi tentera Jepun terus mara hingga dapat menduduki Kuala Lumpur pada 11 Januari 1942. Pada 31 Januari tentera Jepun telah sampai ke Johor dan dapat menguasi seluruh Tanah Melayu. Akhirnya saperti yang disebutkan di atas, Jepun berjaya menaklukkan  Semananjung dan Singapura pada 15 Februari 1942.
Penjajahan Jepun ke atas tanah air kita selama 3 tahun 8 bulan, berakhir pada 2 September 1945 setelah bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. Penaklukan Jepun sepenuhnya ke atas Tanah Melayu banyak memberi pengajaran kepada penduduk Tanah Melayu, khasnya kepada orang Melayu. Jepun walau pun dengan penuh kekejaman memerintah Tanah Melayu, telah memberi banyak kesedaran kepada rakyat Tanah Melayu.
Pada masa Inggeris memerintah Tanah Melayu orang Melayu telah disogokkan dengan kepercayaan bahawa bangsa Inggeris adalah bangsa yang teragung di dunia dan mempunyai angkatan tentera darat, tentera laut dan tentera udara yang terkuat di dunia. Mereka mempunyai tentera komanwealth yang boleh digerakkan diseluruh dunia. Mereka mempunya tentera udara Australia di Butterworth dan mempunyai kapal perang Repulse dan Prince of Wales di Laut China Selatan. Mereka menyebarkan propaganda: Jepun adalah bangsa Asia yang rendah dan lemah. Tetapi kuasa Allah lebih hebat dari kuasa mereka saperti firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 54
        
Dan orang-orang itu merancangkan tipu muslihat, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang merancang (dan menggagalkan segala jenis) muslihat.
Dengan kuasa Allah dalam masa 2 bulan 8 hari, Jepun yang dikatakan lemah itu telah dapat mengalahkan angkatan tentera Inggeris yang dikatkan kuat pada masa itu dengan izin Allah.
Orang Melayu pada masa itu tidak pernah memikirkan perlunya menubuhkan pasukan tentera Melayu dengan peralatan moden untuk membuat persediaan mempertahankan negara jika sesuatu berlaku. Mungkin orang Melayu yakin kepada ilmu persilatan dan pesenjataan tradisi sahaja untuk mempertahankan maruah bangsa.
Orang Inggeris pun tidak yakin orang Melayu boleh mengikut disiplin tentera Inggeris yang ketat untuk menggunakan senjata moden dan mereka pun memang sebenarnjya tidak mahu orang Melayu menjadi kuat. Nasib baik beberapa orang Raja Melayu memikirkan perkara itu dan mendesak Inggeris menubuhkan pasukan Askar Melayu. Dengan desakan itu Inggeris telah menubuhkan pasukan Askar Melayu pertama pada 1 Mac 1933 seramai 25 orang. Pada 1 Jan. 1935 Askar Melayu ditambah menjadi 150 orang dengan penubuhan satu kompeni. Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar melayu (1 Melayu) telah ditauliahkan dengan 759 anggota.
Pada masa meletusnya Perang Dunia Kedua Askar Melayu telah mempunyai dua batalion. Batalion Kedua telah dihantar untuk menentang Jepun di Pantai Chinta Berahi pada bulan Disember 1941 dan terpaksa berundur bersama tentera Britsh ke selatan. Battalioon Pertama dan Kedua AskarvMelayu inilah yang telah bersama-sama tentera British mempertahankan Singapura hingga Inggeris menyerah diri kepada Jepun.
Mengikut rekod: askar Melayu yang terkorban dalan Perang Dunia Kedua menentang Jepun ialah seramai 152 orang, termasuklah 42 orang yang syahid bersama-sama Leftenan Adnan di Pasir Panjang, Singapura.
Mimbar ini mengenang kembali peristiwa pengorbanan askar Melayu ini untuk renungan para jemaah betapa pentingnya membuat persediaan mempertahankan negara. Cuba bayangkan jika Askar Melayu telah mempunyai persedian saperti hari ini, tentulah Jepun akan berfikir dua kali untuk menyerang negara kita.
Kita bersyukur selepas kemerdekaan, kita telah dapat memperbesarkan angkatan tentera kita. Pada masa ini, kita telah mempunyai 120,000 tentera darat, 18,000 tentera Laut dan 15,000 tentera Udara. Mereka dilengkapi dengan 60 kereta kebal, 500 kereta perisai, lebih 200 buah pesawat terbang dan 100 helikopter. Dan kita juga telah mempunyai dua buah kapal selam. Semua persediaan ini amat penting untuk mempertahankan maruah negara kita, jika kita dicabar sekali lagi – mungkin dalam perang dunia ketiga.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Dalam Islam adalah menjadi kewajipan kepada kita umat Islam berjihad mempertahankan maruah negara dengan harta dan nyawa saperti firman Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat190 dan Surah Al Anfal ayat 45:
              
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

            
Wahai orang-orang yang beriman! apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).

خطبة كدوا
•


•
•
•


Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada rakyat Tanah Melayu. Dengan kekalahan tentera British orang Melayu telah sedar bahawa kekuatan Inggeris tidaklah segagah yang di sangka dan ini telah menimbulkan kesedaran untuk orang Melayu bangkit untuk menuntut kemerdekaan.
Oleh itu apabila Inggeris kembali ke Tanah Melayu untuk memaksakan dasar Malayan Union, orang Melayu telah berani bangun menentang dasar itu hingga Inggeris terpaksa akur kepada penentangan itu dan membubarkan Malayan Union dan digantikan dengan perjanjian Persekutuan Tanah Malayu. Semangat penentangan ini akhirnya telah membuahkan hasil pada 31 Ogos 1957 kita telah mencapai kemerdekaan. Kita harus mempertahankan kemerdekaan yang telah dapat membawa kemakmuran kepada negara kita ini, bukan sahaja dengan aliran peluh tetapi juga dengan titisan darah kepahlawanan saperti Leftenan Adnan.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*