KHUTBAH JUMAAT 13 DIS. 2013

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Beryukurlah kita kehadrat Allah s.w.t. kerana kita telah sampai ke ambang akhir tahun
2013. Insyallah lagi dua minggu kita akan mula mendapat sinaran matahari tahun 2014. Biasanya di akhir tahun ini kita akan membuat penghisaban, apa yang telah kita lalui sepanjang tahun lepas dan membuat perancangan, apa yang akan kita lakukan pada tahun hadapan.
Bagi ketua-ketua Jabatan kerajaan, dan CEO instistusi swasta, inilah masa mereka menyemak semula objektif, misi dan visi jabatan dan institusi masing-masing. Yang sudah baik dan berkesan diteruskan, dan yang kurang baik dan kurang berkesan, akan dicari strategy yang baru atau mungkin akan ditukar dan dicari objektif dan matalamat yang baru.
Bagi kita individu juga, semakan dan penghisaban diri sendiri, perlu dibuat di akhir tahun ini. Mungkin kita perlu memandang semula ke belakang, untuk melihat objektif dan matalamat hidup kita. Kita mungkin melihat balik dari mana kita datang, dan ke mana kita akan pergi ? Mungkin sampai ke peringkat mengapa kita hidup di dunia ini ? Soalan cepu emasnya ialah mengapa kita diciptakan oleh Allah s.w.t. dan mengapa kita dihantar ke dunia ini ?
Sebagaimana kita maklum, Allah s.w.t. telah menciptakan berjuta-juta jenis makhluk di alam ini. Ada yang hidup bernyawa saperti manusia dan binatang dan ada yang tidak hidup dan tidak bernyawa saperti batu dan emas. Ada yang nampak dipandang saperti gunung-ganang dan binatang, ada yang tidak nampak dipandang saperti udara, gas, letrik malaikat dan jin. Semua ciptaan Allah ini ada fungsinya masing-masing. Gunung menjadi pasak kepada bumi, angin membawa hujan, tumbuh-tumbuhan menjadi makanan kepada manusia dan bintang, dan binatang pula menjadi makanan dan kenderaan kepada manusia, dan juga menjadi makanan kepada binatang yang lebih besar.
Supaya manusia sedar hal penciptaan ini, Allah merakamkan fungsi sebahagian daripada makhluk Allah ini di dalam Al Quran. Misalnya dalam Surah An Nahli ayat 5, 8 dan 10 Allah berfirman:
»è÷   öà ŠÏù ÖäôÏŠ ßìÏÿ» ÷Ï èàù ÇÎÈ
Dan binatang-binatang ternak itu, Ia menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk (saperti bulu biri-biri) dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.

Ÿø‹ƒø óÎø ŽÏø çŸ÷ŽÏ ƒÎ—  ßèøƒ†  Ÿ ß÷è ÇÑÈ
Dan (Allah menjadikan) kuda dan baghal serta kaldai untuk kamu menunggangnya, dan untuk menjadi perhiasan; dan ia menjadikan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
è ü“Ï© “ šÆÏ Ïä¡¡ ä  ä© ç÷Ï Ò© ç÷Ï ֍© ÏŠÏù šßŠÅ¡è ÇÊÉÈ
Dia lah yang menurunkan hujan dari langit; sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) dan untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak makan padanya.
Dalam ayat-ayat yang atas, Allah memperincikan tujuan penciptaan binatang ternak untuk menjadi makanan dan pakaian, penciptaan kuda, baghal dan kaldai untuk menjadi tunggangan. Bagitu juga tujuan penciptaan hujan untuk menjadi minuman dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan. Perkara ini sebenarnya sangat senang difahami, tetapi manusia lupa dan tidak pernah bersyukur. Oleh itu Allah mengingatkan kita tentang penciptaanya.
Demikianlah beribu-ribu ayat yang lain Allah menceritakan tujuan penciptaan bulan, bintang, matahari, awan, laut, sungai, ikan, lebah, burung, semut, labah-labah, kambing, lembu dan berbagai-bagai makhluk yang hidup dan yang tidak hidup. Penceritaan ini adalah untuk menjadi pengajaran kepada manusia bahawa Allah amat berkuasa menjadikan sesuatu dan tidak ada sesiapa yang boleh menyoal mengapa Allah menciptakan sesuatu. Tujuan ciptaan itu ada yang mudah difahami dan ada yang susah untuk difahami oleh akal manusia.
Ulat tidak pernah menyoal Allah mengapa ia menjadi makanan katak. Katak tidak pernah bertanya Allah mengapa ia menjadi makanan ular. Ular tidak pernah membantah mengapa ia menjadi makanan helang. Kambing dan lembu tidak pernah mendakwa manusia, apabila mereka di sembelih kerana semuanya telah ditentukan oleh Allah.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Akhirnya cuba kita tanya diri kita, mengapa kita manusia ini diciptakan oleh Allah ? Walau pun ada seorang dua manusia menjadi makanan harimau dan buaya, tetapi manusia tidak diciptakan Allah, untuk menjadi makanan hariamau dan buaya, saperti ayam diciptakan untuk menjadi makanan manusia dan musang. Jadi untuk apa manusia diciptakan ?. Akal manusia tidak boleh menjawab dengan tepat persolan ini. Ada manusia menjawab: manusia diciptakan untuk mengumpulkan harta dan kemewahan sebanyak-banyaknya. Atau manusia diciptakan untuk membanyakkan zuriatnya oleh itu ia berkahwin sebanyak-banyaknya. Atau manusia diciptakan untuk mendirikan bangunan yang tinggi menjolok langit. Atau manusia diciptakan untuk mendapat kebebasan. Oleh itu manusia bermati-matian memperjuangkan hak asasi manusia.
Allah menjawab persoalan tujuan penciptaan manusia di dalam Al Quran. Kalau unta diciptakan untuk dua tujuan iaitu untuk menjadi makanan dan kenderaan manusia, maka Allah menciptakan manusia untuk dua tujuan juga. Pertama Manusia diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi saperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 30
øŒÎ  š•‘ ÏÍ´¯»ùÏ ’ÎÎ ×Ïã ’Îû ÇÚö‘ ÿ‹Î  þä ãèø ŽÏù  ߉šøÿムŽÏù àÏÿó¡„ äÏ ßø ßÎ¡ç ωô¿ â¨Ï‰ç    þ’ÎÎ ãôã  Ÿ ß÷è ÇÌÉÈ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikan Mu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Jadi tujuan pertama penciptaan manusia ialah untuk menjadi khalifah dibumi.
Kedua manusia diciptakan untuk beribadat dan mentaati perintah Allah saperti firmannya di dalam Surau Az Zariat ayat 56:
 àø £Åø § žÎ È߉ç÷è‹Ï ÇÎÏÈ
yang bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Menyembah Allah bererti juga mentaati perintah Allah. Memang patutlah manusia mentaati perintah Allah kerana manusia diciptakan oleh Allah dan diberi serta dijaga keprluannya daripada lahir hingga ke mati . Kalau kita membela lembu dan lembu itu hendak melawan kita, tentulah kita akan sembelih sahaja lembu degil itu. Tetapi Allah tidak seburuk kita. Walau pun ada yang menderhaka kepada Allah tetapi Allah biarkan sementara untuk melihat kalau-kalau manusia itu hendak bertaubat. Sebab itu walau pun Firaun mengaku menjadi Tuhan tetapi Allah biarkan dahulu. Kemudian baru ditenggelamkan dalam Laut Merah. Bagitulah juga kepada Harun yang mengaku menjadi Tuhan Allah belum lagi hendak menyembelehnya.
Dalam ayat di atas Allah sangat tegas mengatakan, manusia cuma diberi dua tugas iaitu menadi khalifah dan beribadah atau mentaati perintah Allah. Allah tidak menyuruh manusia membuat kerja lain di dunia ini. Dua tugas ini sebenarnya sangat besar dan manusia akan menjadi sangat sibut menjalankan dua tugas ini.
Tugas menadi khalifah adalah mewakili Allah mentadbirkan muka bumi ini. Khalifah berasal daripada perkataan Arab : “khalafa, yakhlufu, khilafah” yang bererti “mengganti”. Menjadi khalifah ertinya menggantikan atau mewakili Allah mentadbir bumu ini. Allah tidak menyuruh manusia mentadbirkan langit, bulan, bintang dan angkasa. Di bumi ini, ada manusia dan binatang, ada pokok-pokok dan hutan, ada bukit dan gunung, ada sungai dan laut. Di perut bumi ada gas dan minyak, ada logam dan mineral. Ini semua diamanahkan oleh Allah kepada manusia untuk menjaganya.
Memang sukar untuk mentadbir ciptaan Allah yang amat banyak ini. Oleh itu Allah menurunkan kitab dan menghantar rasul-rasul untuk memandu manusia bagaimana mentadbir bumi ini mengikut acuan Allah bukan mengikut nafsu manusia. Allah menghendakki manusia mentadbir bumi ini dengan adil dan ihsan. Allah menundukkan binatang dan ikan kepada manusia untuk di makan. Untuk dimakan binatang mesti dibunuh. Membunuh binatang mestilah ditatbirkan dengan ihsan. Binatang mesti disembelih dengan pisau yang tajam. Makhluk perosak pun mesti dibunuh dengan ihsan dengan mengurangkan darjah kesakitannya. Memelihara binatang ternak pun mesti ditadbirkan dengan ihsan. Binatang ternak mesti diberi makan dan minum dengan sempurna. Tidak boleh dibiarkan kelaparan dan kurus kering. Mereka harus diberi kandang yang bersih dan selesa.
Tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok juga mesti ditadbir dengan baik. Manusia tidak dibenarkan menebang pokok dan hutan sewenang-wenang hingga merosakkan alam sekitar. Bukit dan gunung tidak boleh ditarah sesuka hati. Laut dan sungai tidak boleh dicemari hingga mematikan ikan-ikan dan mengotorkan airnya hingga tidak boleh diminum. Udara ciptaan Allah tidak boleh dicemari dengan asap dan gas beracun. Minyak dan logam diperut bumi juga mesti dilombong dengan berhati-hati. Semua ini tugas manusia sebagai khalifah Allah dan akan ditanya di alam mahsyar nanti. Binatang tidak akan disoal mengenai pentadbiran bumi ini kelak dan mereka tidak berdosa apa-apa walau pun membunuh rakannya dan mencuri hak manusia.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
Tugas kedua manusia ialah menyembah atau beribadah kepada Allah. Menyembah Allah bermakna juga mengikut semua arahan-arahan Allah. Arahan asas Allah kepada manusia ialah Rukun Islam yang lima. Bersyhadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan berhaji. Manusia yang ingkar mengerjakan mana-mana satu rukun ini, ia sudah dikira ingkar menyembah dan mentaati Allah. Jika Allah mahu ia boleh menghapuskan sahaja manusia yang ingkar ini dengan berbagai-bagai cara saperti tuan lembu yang akan menyembelih lembu yang tidak patuh kepada perintah tuannya.
Selain daripada manusia diperintahkan patuh kepada arahan mengerjkan rukun Islam , manusia juga dikenakan beberapa larangan yang tidak boleh dilanggar. Larangan-larangan ini biasanya bertujuan untuk keselamatan manusia dan keturunan manusia. Misalnya Allah melarang berzina yang bertujuan untuk menjaga keturunan manusia. Jika dibiarkan manusia melepaskan nafsu sexnya saperti binatang, maka keturunan manusia akan rosak dan tidak ada orang yang akan bertanggung jawab kepada anak manusia. Bagaimana menentukan bapa kepada anak, jika seorang wanita berzina dengan 10 orang lelaki dalam satu bulan ?
Bagitu juga apabila Allah melarang atau menyekat manusia daripada berjudi, minum arak, mencuri, membunuh, makan makanan yang haram, mendedahkan aurat, semuanya adalah untuk keselamatan manusia. Semua kerja-kerja ini di kategorikan sebagai kerja maksiat. Larangan Allah ini memang berlawanan dengan nafsu manusia. Nafsu manusia memang sangat suka kepada kerja-kerja maksiat ini.
Jika boleh manusia mahu membuat semua yang disukai oleh nafsu. Oleh itu manusia memperjuangkan kebebasan mutlak. Mereka menamakan ini hak asasi manusia. Mereka lupa bahawa Allah sahaja yang mempunyai hak mutlak menentukan apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh manusia, sebagai hamba yang diciptakannya. Jika manusia ingin kebebasan mutlak lebih baik manusia meminta Allah menukarkan dia menjadi binatang kerana binatang tidak ada tanggung jawab menjadi khalifah dan menyembah Allah. Mintalah kepada Allah supaya kita bertukar menjadi harimau, atau menjadi kambing, atau menjadi ikan.. Kita boleh hidup bebas membuat apa sahaja hingga kita ditangkap, ditembak, disembelih atau dipancing.
Oleh itu jika ingin menjadi manusia, kita bertanggung jawab memikul dua tugas besar ini iatu menjadi khallifah dan menyembah dan metaati Allah.

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Sebelum kita melangkah ke tahun 2014 ini marilah kita bermuhasabah diri kita. Adakah sepanjang umur yang diberi Allah kepada kita ini, kita telah menajdi menjadi hamba Allah yang sejati. Menjadi khalifah dan menyembah Allah saperti perintah Allah di dalam ayat yang dibacakan tadi. Kita jangan sekali-kali merasa kita sangat besar dan sangat mulia sebagai manusia. Kita memang boleh menjadi sangat mulia lebih mulia dariapada malaikat jika kita taat. Tetapi kita juga akan menjadi lebih hina daripada binatang jika kita menjadi manusia yang tidak mengikut perintah Allah. Saperti firman Allah dala Surah At Tin ayat 4 dan 5
ô‰ ø »¡ þ’Îû Ç¡ô ƒÈø ÇÍÈ ¢è ç»÷ŠŠ‘ Ÿÿó™ ûÎÏÿ»™ ÇÎÈ
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah.

Hidup didunia yang tidak sampai 100 tahun ini sangat pendek jika dibandingkan dengan hidup dialam akhirat yang berjuta-juta tahun lamanya. Allah membandingkan satu hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia. Ini bermaana hidup di dunia 100 tahun ini cuma 2 ½ jam sahaja dengan kiraan akhirat. Sanggupkah kita menderita didalam neraka beribu-ribu tahun kerana ingin bersukaria memuaskan nafsu selama 2 ½ jam. Fikirkanlah dan renungkalah. Jika perlu ubahlah strategi hidup kita mulai tahun hadapan untuk menghabiskan baki umur kita yang tidak seberapa ini.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*