Khutbah Jumaat 9 Ogos

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t., yang telah memberi kita kemenangan, untuk menjalankan puasa sebulan bulan Ramadhan.  Hari ini, hari yang kedua kita menyambut kemenangan itu, dengan merayakan Hari Raya Idil Fitri. Kemeriahan menyambut Idil Fitri di Malaysia  ini, memang nampak terpancar dari wajah yang berseri-seri, pakaian yang bermacam ragam, makanan yang beranika rasa, dan keriangan anak-anak berlari-lari dengan poket penuh duit raya.   Kita patut bersyukur dengan semua keselesaan ini, kerana bukan semua umat Islam dapat merasa nikmat saperti ini.  Umat Islam di Palestin, di Mesir, di Syria, di Miyanmar dan Selatan Thailand, mungkin sedang berhariraya dicelah dentuman meriam dan kebingitan machinegun, atau  dengan pakaian berlumuran darah. Umat Islam di Sudan, mungkin berhari raya dengan pakaian compang camping, dengan makanan sekeping roti yang dibuat dengan segenggan gandum sahaja.

Walaupun sebahgian besar umat Islam, menyambut Hari Raya dengan gelak ketawa, tetapi jangan lupa ada umat di Malaysia ini, yang yang menyambut Hari Raya dengan tangisan dan wajah yang muram durja, kerana ada anggota keluarga yang terlantar di Hospital,  kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di musim perayaan ini.  Tidak kurang pula yang tidak dapat berhari raya pada musim ini,dengan keluarga yang terdekat, kerana ahli keluarga terlibat dalam  kemalangan jalan raya yang dahsyat, hingga terpaksa diiringkan ke tanah perkuburan.

KemalanganSidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,

Jika kita meniliti rekod kemalangan jalanraya di Malaysia ini, angkanya sangat menakutkan.  Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan, kematian akibat kemalangan jalan raya dari tahun 1995 hingga 2010:  rakyat Malaysia  yang terkorban di jalanraya dalam tahun 1995 ialah 5,712.  Angka it terus meningkat saban tahun hingga tahun 2010 ialah seramai 6,872 orang. Ini bermakna purata  19 orang yang terkorban, dalam satu hari.  Angka ini menunjukkan kira-kira 90,000 orang mati di atas jalan raya dalam masa 15 tahun.  Jika jumlah yang mati ini dihantar untuk berjuang di bumi Palestine mungkin Yahudi Zionis akan kecut perut.  Malangnya mereka terkorban di atas jala raya dengan siasia.

Cuba bayangkan jika setiap yang mati itu, mempunyai 10 orang ahlikeluarga terdekat. Bermakna 900,000 orang yang berendam air mata menangisi pemergian orang yang di kasihi.  Perangkaan menunjukkan ramai yang terkorban itu, adalah anak-anak muda yang berpotensi besar dapat memberi sumbangan kepada Negara. Dari segi tenaga kerja kita telah kehilangan sumber manusia yang tidak berbaloi.

Dari segi ekonomi: Statistik tahun 2010 menunjukkan 414,421 kemalangan jalan raya telah berlaku di Malaysia.  Jika dianggarkan setiap kemalangan, memerlukan  RM5,000.00  untuk memabiki kenderaan yang terlibat,  bermakna kerugian kerana kemalangan jalan raya adalah sebanyak 2 billion ringgit dalam tahun 2010 sahaja.  Jumlah ini cukup untuk membina 40 buah sekolah menengah yang berharga 40 juta ringgit sebuah.

Statistik tahun 2005  menunjukkan jumlah yang tercedera, dalam kemalngan jalan raya paling tinggi dalam 15 tahun,  ialah seramai 54,091 orang.  Cuba kita bayangkan jika kos untuk merawat pesakit-pesakit ini purata sebanyak RM5,000 seorang ,   maka kos perubatan untuk pesakit jalan raya dalam tahun itu sahaja akan berjumlah  100 juta ringgit.  Jumlah ini cukup untuk membina sebuah politeknik yang baru.

Mimber ini membentangkan angka-angka ini,  untuk menginsafkan kita semua, bahawa kemalangan jalan raya yang dianggar tertinggi di Asia ini,  bukan sahaja mengorbankan nyawa dengan linangan air mata, tetapi juga mengorbankan sumber ekonomi, yang boleh digunakan untuk pembangunan Negara.

Untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya ini, pihak kerajaan telah mencuba mencari berbagai-bagai cara untuk menanganinya.  Jalan raya telah cuba di banyakkan dan diperpanjangkan. Dalam tahun 1995 jalan raya di negara ini adalah sepanjang 62,000 kilometer.  Dalam tahun 2010 iaitu selepas 15 tahun, panjang jalan raya telah bertambah menjadi 111,000 kilometer – hampir sekali ganda.   Dalam musim-musim perayaan – hari raya,  Tahun baru China dan Deepavali,  berbagai-bagai operasi telah dibuat.  Operasi sikap telah dicuba beberapa tahun. Tahun ini diubah nama menjadi Operasi Selamat.  Tetapi hasilnya tidak selamat juga.  Ada yang menyalahkan polis kerana kegagalan itu.  Patutkah kita menyalahkan polis dalam hal ini.?..  Perdana Menteri sendiri semalam telah melauhkan rasa kecewa dengan sikap pemandu kita yang tidak perihatin dengan pemanduan dijalan raya. Memang tidak dapat dinafikan sikap pemandu Malaysia memang tidak bagitu rasional.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,

Sekarang mari kita renungkan masaalah kemalangan jalan raya ini dari sudut ugama – ugama Islam.  Dari segi akidah, kita terpaksa menerima  bahawa setiap kemalangan jalan raya yang berlaku adalah takdir Allah,  yang telah tertulis di luh Mahfuz. Keluarga yang menerima musibah, yang ahli keluarga mereka terlibat dalam kemalangan jalanraya, hendaklah bersabar menerima  ketentuan Allah.

Walau bagaimana pun kita tidak boleh menyerahkan semuanya kepada takdir, hingga kita tidak perlu mencari jalan bagi mengurangkan gejala ini. Jika kita melampau bergantung kepada takdir,  kita akan menjadi saperti I’ktikad puak Jabariah, yang menggambarkan makhluk Allah ini saperti kapas yang berterbangan,  dan menerima sahaja nasib yang ditentukan Allah dan tidak boleh beriktiar apa-apa.  Akhirnya mereka akan menyalahkan Allah, kerana mentakdir keluarga mereka yang terkena musibah, dan orang lain tidak kena.  Kita pun tidak boleh mengatakan, kita boleh mengatasi semua masalah dengan usahadan ikhtiar kita, saperti iktikad puah Qadariah.  Kita hendaklah beriktikad dengan iktikad Ahli Sunah waljamaah yang kita mesti berikhtiar mengatasi masaal jalan raya ini,  kemudian baru berserah kepada Allah. Allah berfirman di dalam Surah Ar Ra’d ayat 39:

يَمۡحُواْ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثۡبِتُ‌ۖ وَعِندَهُ ۥۤ أُمُّ ٱلۡڪِتَـٰبِ

Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya,- (yang tertulis di luhmahfuz) dan ia juga boleh menetapkan (atau tidak mengubah) apa jua yang dikehendakiNya. dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu Segala suratan” yakni luh mahfuz.

Ayat ini dengan jelas menunjukkan bahawa jika Allah menghendaki Dia boleh mengubah sesuatu yang telah tertulis diluh mahfuz itu, mengikut budi bicaran Allah Yang Maha Bijaksana.  Ulamak Ilmu Akidah membahagikan qadh’ atau takdir Allah kepada dua iaitu ‘Qada’ Mubram’ iatu qhada’ yang tidak akan diubah oleh Allah saperti menetapkan Abu Lahab akan masuk ke Neraka apbila turun ayat tabatyada abi lahab.  Satu lagi ‘qada’ mu’alaq’  iaitu qadha’ yang boleh diubah oleh Allah, mengikut iradahNya saprti memanjangkan umur orang yang dikehendakinya.

Oleh itu dalam hal kemalangan jalanraya ini, boleh dimasukkan ke dalam ‘qadak mualaq.’  Maknanya  ada ruang untuk kita berikhtiar dan  memohon kepada Allah, supaya mengubah ketetapannya yang telah tertulis di Luh Mahfuz.  Di tempat lain Alah telah mengaskan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu yang mesti mengubah nasibnya sendiri.   Oleh itu ada ruang untuk kita berikhtiar untuk memohon kepada Allah supaya mengubah ketetapannya dalam hal kemalangan jalan raya ini.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Saperti yang diluahkan oleh Perdana Menteri semalam, sebahagian besar kemalangan jalan raya adalah kerana kecuaian pemandu. Sekarang cuba kita lihat, adakah ruang untuk membentuk sikap pemandu kita.  Jika pemandu kita seorang Islam ia saharusnya memandu sebagi seorang Islam.  Sebagai seorang Islam  kita seharusnya serpanjang masa bertaqwa kepada Allah, termasuk sewaktu memandu kereta.  Oleh itu kita boleh berkempen supaya “Memandu  Dengan Taqwa” atau kempen MDT.  Orang  yang bertaqwa akan sentiasa patuh kepada perintah Allah, mengerjakan apa yang disuruh, dan menjauhkan diri daripada apa yang di larang. Ia juga harus juga bersifat ihsan atau hidup dengan beraklak dan beradap.  Kita sebenarnya tidak menjadi pemandu bertaqwa. Kita tidak sedar bahawa semasa memandu kita banyak melanggar perintah Allah, dan menjadi orang yang tidak bertaqwa.

Allah telah memerintahka supaya kita mentaati perintah Allah, dan metaati perintah Rasul dan ulul amri yakni  orang yang memerintah. Ati’un llah ha wati ‘urrasul waulil amri minkum.  Kewajipan metaati perintah ulil amri, sama saperti keawjipan mentaati Allah dan RasulNya selagi perintah ulil amri atau kerajaan tidak bercanggah dengan perintah Allah.  Dalam hal memandu dijalan raya ini ulil amri yaani kerajaan telah membuat beberapa peraturan untuk keselamatan bukan sahaja kepada pemandu, tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain.

Ulil Amri telah menetapkan, bahawa kelajuan memandu di lebuh raya, jangan lebih daripada 110 km sejam, dan dijalan lain 90 kolometer sejam. Jika kita memandu lebih daripada 110 km sejam, bermakna kita telah melanggar perintah yang ditetapkan oleh ulil amri.  Ini bermakna kita telah melanggar perintah Allah.  Kita tidak sedar bahawa kita sedang melakukan dosa, setiap kali kita menekan pedal minyak dan kereta kita meluncur lebih dariapa 110 km.  Jika kita mati ketika kita memandu lebih dariapada had laju, kita boleh dikira mati di dalam kedaan pasik atau sebagai seorang mujrimin, iaitu orang melakukan dosa.

Kawasan Kemalangan Ingatlah walau pun kita ditangkap oleh polis perangkap laju, tetapi kita juga berdosa kepada Allah. Selepas membayar denda kita mesti bertaubat kepada Allah.  Jika kita tidak ditangkap, sebab tidak ada polis semasa kita memandu melebihi had laju, bukan bermakna kita tidak berdosa.  Ini samalah dengan seorang pencuri atau perompak, yang merompak tetapi tidak dapat ditangkap.  Kita jangan menyangka pencuri itu,  akan terlepas dari pendakwaan Allah di akhirat. Serupa juga dengan pemandu yang melanggar had laju.  Walau pun tidak ada perangkap laju, kita jangan menyangka Allah tidak akan merekod mendakwa kita di akhirat kerana melanggar perintah ulil amri.

Jika kita mengingat semua dosa-dosa ini, kita tidak akan memandu melebihi had laju, melanggar lampu merah, memotong dijalan dua garisandan  memasuki lorong dibahu jalan. Jika kita melakukan semua ini kita tidak boleh mengaku kita seorang yang bertaqwa.  Faktor-faktur ini dianggap menjadi sebab-sebab bagi kemalangan jalan raya. Jika kita memandu dengan bertaqwa maka kerajaan tidak perlu lagi mengadakan polis trafik, kerana orang yang betaqwa cukup dengan Allah memerhatikan kita semasa memandu. Jika ini berlaku insyallah jumlah kematian dijalan raya dapat dikurangkan.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalain,

Seorang yang bertaqwa ia bukan sahaja mesti patuh kepada perintah Allah, dan menjauhi larangan Allah, tetapi harus mempunyai ihsan atau beradap atau berakhlak. Di antara aklak Islam ia harus bersifat tawadu’ dan merendah diri, dan tidak harus bersifat sombong, bongkak  dan mementingkan diri. Dalam memandu sifat inilah yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya.  Ada pemandu yang tidak boleh dipotong oleh kereta lain, apatah lagi jika yang memotong itu, kereta yang lebih kecil daripada keretanya. Sifat sombong dan takaburnya akan melonjak, apabila dikipas oleh syaiatan.  Ia akan mengejar kereta yang memotongnya, tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

Seorang yang melanggar lampu merah ternyata  seorang yang tidak amanah.  Ia tidak takut kepada Tuhan, tetapi takut kepada polis trafik.  Akidahnya boleh terjejas jika ia meletakkan polis trafik lebih ditakuti dariapada Allah.  Bagitulah juga jika ia memperlahankan kereta ketika ada perangkap laju, dan memecut sebaik sahaja lepas perangkap laju.  Apakah ia menyangka setelah lepas perangkap laju polis, ia boleh terlepas daripada perangkap laju Allah ?

Cubalah renung-renungkan.

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Selepas menyambut Hari Raya ini, ramai di antara kita akan balik semula ke tempat kerja masing-masing ke ibu negara dan ke bandar-bandar besar lain.  Cuba renungkan saranan mimbar ini.  Jadilah pemandu yang bertaqwa.  Semuga perjalanan  kita akan selamat sampai ke destinasi masing-masing.  Janganlah kita jadikan jalan raya kita saperti seekor naga yang menelan 6,000 orang setiap tahun atau 20 orang setiap hari.  Janganlah dibiarkan ibu bapa dan orang tersayang mengalirkan air mata duka nestapa,  apabila mendapat berita kemalangan jalan raya menimpa anak cucunya. Nyawa dan kesihatan kita adalah kurniaan Allah yang wajib dipelihara.

Ingatlah kita sebenarnya melakukan dosa, jika kita melanggar apa-apa sahaja peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Walau pun ini boleh dianggap sebagai dosa kecil, tetapi banyak ulamak yang membuat kesimpulan, jika dosa kecil dibuat berulang-ulang kali ia boleh menjadi dosa besar, dan perlu bertaubat.  Kita tidak boleh berhenti buat dosa apabila nampak polis trafik, kemudian terus melakukan dosa semula apabila polis tinggal dibelakang kerana Allah lebih berkuasa daripada polis.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*