KHUTBAH JUMAAT 18 NOV 2011

KHUTBAH JUMAAT 18 NOV 2011 = 22 ZULHIJJAH 1432 

 Saya berpesan kepada diri saya dan kepada tuan-tuan sakalain: marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa.  Ingatlah hanya orang-orang yang bertaqwa sahajalah yang akan mendapat kemenangan di alam akhirat.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Hari ini adalah 18 Zulhijjah 1432. Dua minggu lagi kita akan meninggalkan tahun Hijrah 1432 dan melangkah masuk ke Tahun Hijrah 1433.  Dalam tahun Hijrah 1432 ini kita menyaksikan bebarapa peristiwa yang mencabar keimanan kita.  Di negara-negara Islam Timur Tengah sebuah demi sebuah negara Islam menjadi huru hara.  Pemimpin-peminpin Negara Islam ditumbangkan satu persatu.  Dimulai dengan Zainal Abidin di Tunisia diikuti oleh Hosni Mubarak di Mesir, kemudian disusul pula oleh Muammar Ghaddafi di Libya.  Nampaknya  Basar Al Asad di Syria dan Abdullah Salleh di Yamen sedang menunggu giliran.

 Apakah peristiwa ini hanya secara kebetulan berlaku dalam tahun Hijrah 1432 ?  Tidak dapat dinafikan memang ada pemimpin negara-negara itu telah  melakukan kezaliman dalam beberapa cara sehingga menjadikan rakyat mereka gelisah dan memberontak. Tetapi mengapa semuanya berlaku dalam tahun Hjirah 1432 dan berturut-turut pula, sedangkan senario politik di tiap-tiap negara itu berlainan?  Bukankah ini berlaku secara dirancang dengan halus oleh sesuatu tangan ghaib. Kita telah menyaksikan tangan ghaib ini secara kekarasan memainkan peranan menjatuhkan Saddam Hussain di Iraq dan menjatuhkan Taliban di Afghanistan.  Memanglah secara ‘iktikad kita percaya semua yang berlaku di dunia ini adalah dengan kudrat dan iradat Allah – kuasa dan kehendak Allah – belaka saperti firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 26

3:26 

Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapay yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adany segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

 Tetapi dalam keadaan biasa Allah melakukan sesuatu mengikut fitrah dan sunatullah.  Semua kejadian berlaku diadakan sebabnya oleh Allah s.w.t.  Kenyang disebabkan  makan, mati disebabkan  sakit tidur disebabkab mengantuk dan sebagainya. Sangat sadikit kejadian yang berlaku tanpa adanya sebab saperti lahirnya Nabi Isa tanpa sebab adanya bapa dan terciptanya Adam tanpa sebab adanya  ibu dan bapa.  Yang lain-lain semuanya bersebab.   Jadi memang boleh kita simpulkan apa yang berlaku di negara-negara  Arab itu bukan saperti penciptaan Isa dan Adam. Memang ada tangan yang merancangnya secara halus dan teratur.  Kita semua tahu yang merancangnya ialah kuasa-kuasa Barat yang ingin menguasai sumber minyak dan mempertahankan negara Yahudi.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Jika kita renungkan, keghiarahan kuasa Barat  khasnya Amerika Syarikat, untuk menguasai negara-negara yang tidak sebulu dengan mereka, bukan sahaja oleh sebab-sebab ekononi tetapi juga oleh sebab keinginan menguasai dunia saperti orang-orang Eropah menguasai dan menjajah negara Asia dan Afrika dahulu.  Dalam kurun-kurun itu negara Eropah khasnya  Britain telah dapat menguasai hampir separuh dunia dengan menggunakan berbagai-bagai taktik kotor.  Di antaranya palah dasar divide and rule – pecah dan perintah. Dan kita di Tanah Melayu pun merasainya.  Mereka juga menggunakan candu untuk melemahkan rakyat China dan menguasai negara itu. Selain daripada itu mereka juga mengambil kesempatan melemahkan agama Islam dan menyebarkan agama Kristian.

            Dalam kurun ke 20 dan 21 ini negara Barat telah menggunakan cara yang sama untuk menguasai negara Asia, Afrika dan Amerika Latin.  Mereka tidak menggunakan candu tetapi menggunakan dadah untuk melemahkan penduduk dunia. Dalam zaman ledakan teknologi ini mereka menggunakan cara yang lebih canggih lagi.  Mereka menggunakan media elektronik – saluran TV, internet, laman web, facebook, dan twitter untuk mempengaruhi minda dan melemahkan kekuatan iman, mental, moral dan kesetiaan warga dunia kepada negara mereka.

            Untuk melemahkan  kesetiaan kepada negara  dan meruntuhkan kerajaan yang tidak sebulu dengan mereka, mereka mempromosikan doktrin ‘hak asasi manusia’  atau fundamental right secara melampau.  Meraka melaungkan bahawa setiap manusia mesti mendapat kebebasan mutlak dan tidak boleh disekat apa juga kemahuannya.  Mereka mendendangkan lagu bahawa kebebasan adalah hak asasi manusia.  Hak asasi pula di difinisikan, ditafsirkan, dan dihuraikan oleh ahli falsafah mereka yang sebahagian besarnya adalah golongan athes yang menganggap agama sebagai candu dan akal manusia adalah yang paling agung untuk memandu hidup manusia.

Sidang jemaah yang di Rahmati Allah sakalian,

            Oleh kerana konsep hak asasi didifinisikan oleh akal manusia yang berbagai-bagai latar belakang  maka tafsiran hak asasi manusia itu menerawang luas  hingga tidak dapat dikawal lagi. Pada asalnya hak asasi manusia cuma hak  bersuara, hak mendapatkan rezeki, hak mendapat keadilan yang asas sahaja.  Tatapi dengan fikiran manusia yang tidak terkawal apa yang dikatakan hak asasi telah ditafsirkan secara melampau.

            Di peringkat Dunia dalam  Covention on Civil and Political Rights  to equal protection under the law:  Hak Asasi  manusia di kategorikan kepada 10 perkara:

  1. Hak yang sama dibawah Undang-Undang (Right to equal protectin under the law)
  2. Hak berfikir (Right to freedom of thought)
  3. Hak bersuara  (Right to freedom of speech)
  4. Hak Bergerak dalam negeri (Right to freedom of movement within the country)[
  5. Hak Mengundi (Right to vote in general election)
  6. Hak kepada anak (Right to direct a child’s upbringing)
  7. Hak persendirian (Right to privacy)
  8. Hak Berkahwin (Right to marry)
  9. Hak Memiliki Harta (Right to property)
  10. Hak mengikat kontrek (Right to freedom of contract)

Hak-hak di atas sebenarnya tidak ada  masaalah, tetapi apabila hak itu dituntut hingga melampau  tanpa had maka timbullah masalah.  Misalnya hak untuk berkahwin memanglah baik jika yang akan dikahwini itu mengikut kebiasaan lelaki berkahwin dengan wanita tak kira hitam puteh atau kuning. Tetapi apabila manusia menuntut supaya dibenarkan lelaki berkahwin dengan lelaki dan perempuan berkahwin dengan perempuan maka itu adalah tindakan yang melampau, yang melanggar batasan, yang melawan tabii dan menentang sunah Allah.  Dunia akan menjadi tunggang terbalik dan lintang pukang. Oleh itu hak-hak asasi ini dalam apa bentuk pun mestilah ada batasan.  Siapakah yang boleh menentukan batasan ini ?   Sudah tentu yang boleh menentukannya bukan manusia kerana akal manusia mengikut nafsunya.  Penentu itu ialah Allah yang menciptakan manusia dan Amat Mengetahui dan Amat Bijaksana menentukan apa yang baik dan apa yang buruk kepada manusia.

Allah telah mengajar manusia apa hak-hak setiap manusia supaya manusia boleh hidup aman dan bahagia di dunia dan di akhirat.  Allah menurunkan Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran menentukan batas-batas yang boleh dilakukan oleh manusia dan apa yang tidak boleh di lakukan oleh manusia.  Kita dapati dalam semua agama samawi, hubungan sesama jenis diharamkan.  Di dalam Quran, dan Bible memang terdapat cerita mengenai kaum Lut yang ditenggelamkan di Laut Mati di Jordan. Secara nyata Allah meninggalkan  bekas-bekas  bagaimana penduduk Pompei di Greek menjadi hangus kerana melakukan homesexual.

Tatapi manusia tidak mau mendengar arahan Allah.  Mereka masih mahu mengikut perangai kaum Nabi Lut.  Di bebarapa Negara Eropah, ada kerajaan yang meluluskan undang-undang membenarkan perkahwinan sejenis. Mereka benar-benar mau melawan perintah Allah.

Di negara kita Malaysia, perangai umat Nabi Lut ini telah pun bermula.  Laporan media cetak dan elektronik telah memaparkan perlakuan tidak senonoh ini dilakukan secara  gelap.   Banyak tangkapan telah dibuat melibatkan pelacuran sejenis ini.    Yang lebih menyedihkan perlakuan ini bukan melibatkan orang kafir yang tidak mempercayai Al Quran sahaja  tetapi juga melibatkan orang Islam yang tahu bahawa Al Quran mengharamkan liwat. Cuma yang belum ada di Malysia ialah tuntutan supaya diwujudkan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan sejenis.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan seorang Padri Kristian di Amerika yang akan berkahwin dengan kekasihnya seorang lelaki. Dan  yang lebih kurang ajarnya ialah sambutan perkahwinannya dirancang akan diadakan disebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur – ibu negara sebuah negara yang meletakkan ugama islam sebagai agama Rasmi dalam perlembagaannya. Selepas itu berlaku pula satu peristiwa yang lebih mencabar kesabaran umat Islam di Malaysia apabila satu kumpulan rakyat Malysia mengadakan seminar mengenai kebebasan sexual di Genting Haighland.  Tambah kurang ajar lagi apabila di namakan “Program Sexuality Merdeka 2011”  Bukankah Merdeka itu seruan keramat rakyat Melaysia untuk melepaskan diri dari penjajahan ? Mengapa pula dikaitkan dengan perlakuan liwat ini ?

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Sebagai umat Islam kita seharusnya ingat bahawa Allah s.w.t. tidak pernah memberi kebebasan dan hak mutlak kepada manusia.  Sejak kejadian Adam lagi Allah tidak memberi kebebasan 100 peratus kepada Adam.  Allah membenarkan Adam membuat apa sahaja dan memakan apa sahaja tetapi Allah menhhadkan kegiatan dengan melarang Adam dan Hawa daripada mendekati satu pohon di dalam syurga saperti firmannya dalam surah Al Baqarah ayat 35.

 2:35

Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, tetapi  janganlah kamu hampiri pokok ini; (maka jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim”.

            Sebenarnya pohon itu tidak ada apa-apa bahayanya.  Cuma Allah hendak menguji Adam samada sanggup atau tidak menurut perintah Allah.  Sebagaimana kita maklum, akhirnya Adam dan Hawa terpedaya dengan hasutan syaitan  hingga mereka dihantar ke plenet dunia ini.  Bagitulah juga sekatan Allah yang lain-lain kepada kita, semuanya untuk kebaikan kita dan untuk menguji keimanan kita.  Allah membenarkan kita makan dan minum yang baik-baik dan melarang kita memakan yang tidak baik. Membenarkan kita mencari harta yang halal tetapi melarang mencari harta yang tidk halal. Membenarkan kita menikmati kepuasan sex dengan isteri bukan dengan kaum sejenis.  Berkahwin dengan sesiapa sahaja kecuali dengan orang yang diharamkan berkahwin.

            Jika kita mengikut arahan Allah ini kita akan menjadi makhluk yang sangat mulia bahkan lebih mulia daripada malaikat saperti firman Allah dalam surah Attin ayat 4 dan 5

95:4

95:5

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian.  Kemudian  Kami kembalikan dia kepada peringkat yang serendah-rendahnya.

            Jika direnungkan manusia yang melakukan kerja kaum lut ini lebih rendah lagi daripada kambing  atau lembu. Mengapa tidak ? Kerana walau pun kambing atau lembu mengawan dengan anak atau ibunya kerana tiada larangan Allah kepada mereka tetapi kambing jantan dan lembu jantan tidak pernah mengawan dengan kambing dan lembu jantan sejenisnya. Cuba fikirkan siapa yang lebih teruk ?  Kambing atau manusia ?

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*