Khutbah Jumaat 28 Jun 2013

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana telah memanjangkan umur kita sampai ke bulan Syaaban dan insyallah dalam dua minggu lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan al Mubarak. Bulan Ramdhan bukan sahaja berkat kerana kita diwajibkan berpuasa pada bulan itu dengan amal ibadat solat terawih dan bertadarus tetapi bulan itu berkat kerana pada bulan itulah Al Quran diturunkan.

Para ulamak bersepakat mengatakan Al Quran diturunkan pada Bulan Ramadhan berdasarkan firman Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat 185:

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٨٥)

Yang bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

Ramadhan            Kita umat Islam sepatutnya sangat bersyukur kerana Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah menurunkan Quran kepada kita.  Al Quran yang menjadi penutup dan pelengkap kepada siri kitab-kitab yang diturunkan kepada manusia, menjadi perlembagaan yang lengkap untuk memandu hidup manusia menjalani hidup di dunia dan di akhirat. Walau pun manusia dikurniakan akal yang panjang untuk memikirkan cara hidup di dunia dengan lebih baik dari semasa ke semasa tetapi akal manusia tidak dapat memikirkan perkara-perkara ghaib yang tidak dapat dihidu oleh pancaindera manusia.

Manusia boleh memikir bagaimana untuk membina rumah yang selesa, menyediakan makanan yang lazat, mereka pakaian yang cantik, dan membuat kenderaan yang canggih, tetapi manusia tidak dapat memikirkan perkara yang ghaib saperti bagaiamana kehidupan selepas mati, tentang kewujudan makhluk yang tidak nampak saperti malaikat, jin, dan iblis, lebih-lebih lagi memikir  mengenai kewujudan Allah pencipta alam ini. Hal-hal yang saperti ini cuma dapat di ketahui dengan Allah sendiri memberitahu manusia mengenainya.  Allah yang maha tinggi martabatnya dibandingkan dengan manusia, tidak mahu memberitahu manusia secara terus atau secara langsung, tetapi melalui Maliakat Jibrail yang disampaikan melalui rasul-rasul semenjak Nabi Adam hingga Nabi Muhamad s.a.w. Ini kerana manusia yang fizikalnya yang amat lemah tidak berupaya melihat Allah secara langsung.  Nabi Musa telah cuba meminta melihat Allah tetapi baginda pingsan sebelum dapat melihat zat Allah.

Di permulaaan Al Quran ayat ke 2 hingga 4  Surah Al Baqarah Allah telah memberitahu manusia bahawa satu daripada fungsi Al Quran itu ialah untuk menerangkan perkara-perkara yang ghaib dengan fimanNya:

ذَٲلِكَ ٱلۡڪِتَـٰبُ لَا رَيۡبَ‌ۛ فِيهِ‌ۛ هُدً۬ى لِّلۡمُتَّقِينَ (٢) ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ وَيُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَمِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ يُنفِقُونَ (٣) وَٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ وَمَآ أُنزِلَ مِن قَبۡلِكَ وَبِٱلۡأَخِرَةِ هُمۡ يُوقِنُونَ (٤)

Yang bermaksud:  Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya. Ia pula menjadi pertunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga kepada orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat.

Tanpa wahyu Allah akal manusia tidak dapat mengetahui tentang perkara ghaib saperti kiamat, kehidupan selepas mati, neraka , syurga, malaikat, jin, syaitan, iblis apatah lagi mengenal  pencipta alam ini.  Secara fitrahnya manusia memang ingin mencari kuasa yang maha kuat yang mencipta dan mengawal alam semaesta ini.  Tanpa wahyu akal manusia akan menerawang mencari kuasa itu, yang dipanggil Tuhan mengikut pengalaman masing-masing. Yang tinggal ditepi pantai akan memikirkan lautlah yang mengawal alam ini.  Yang tinggal ditepi gunung menganggap gununglah tuhan mereka.  Oleh itu manusia menyembah api, menyembah laut, gunung, matahari, memuja sungai, pokok, bahkan memuja nenek moyang sendiri.

Untuk memandu manusia mencari Tuhan yang hakiki,  Allah menurunkan kitab-kitabnya dari semasa ke semasa hingga akhirnya diturunkan Al Quran.  Dari segi akidah umat Islam disuruh mempercayai semua kandungan Al Quran.  Kita lihat dalam ayat kedua Surah Al Baqarah di atas Allah menyebutkan Al Quran itu ‘tidak ada keraguan padanya’.  Para ulamak sepakat menetapkan:  jika kita meragui walau satu kalimah sahaja daripada Al Quran kita boleh jatuh menjadi kufur.  Kita mesti menerima semua yang diwahyukan di dalam Al Quran itu sebagai kebenarah hakiki.  Kita tidak boleh ragu-ragu walau satu ayat pun  isi kandungan Al Quran itu.

Jika kita membaca Al Quran dari awal hingga akhir kita akan dapati banyak cerita yang tidak dapat dijangkau oleh fikiran manusia yang digolongkan sebagai perkara yang ghaib.  Banyak perkara yang disebutkan di dalam al Quran yang tidak dapat digarap oleh akal manusia dan tidak dapat dibuktikan dengan cara saintifik.  Misalnya bagaimana hendak dibuktikan dengan sintifik kewujudan alam barzakh, hari pembalasan,  timbangan atau mizan, syurga, neraka, malaikat, bidadari dan sebagainya yang disebut di dalam Al Quran?

Selain daripada itu di dalam Al Quran terdapat fakta yang susah diterima oleh hukum adat manusia.  Di dalam Al Quran terdapat cerita burung hud-hud dan semut boleh bercakap dengan Nabi Sulaiman.  Terdapat cerita manusia boleh membawa takhta puteri Baklis di Yaman ke istana Nabi Sulaiaman di Plestine dalan sekelip mata. Terdapat pula cerita bagaimana Allah menjadikan Adam daripada tanah dan ditiupkan roh menjadi manusia.  Adam tinggal di dalam jannah kemudian diturunkan ke dunia untuk melahirkan kita semua. Terdapat juga cerita Nabi Muhamad diisrakkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dalam satu malan.

Semua cerita-cerita ini memang susah untuk diterima oleh akal dan  hukum adat kita.  Tetapi apabila Allah menceritakan tentang kekausaanNya menjadikan alam ini dariapada kekosongan hingga wujud alam dengan galaksi-galaksi yang maha luas ini maka kita akan mula berfikir apakah susah bagi Allah hendak  menjadikan semua itu.  Allah telah memberi pertunjuk kepada manusia bahawa Ia Maha Agung dan Maha Pencipta.  Oleh itu Allah boleh melakukan segala-galanya.  Allah boleh menciptakan bukan sahaja makhluk yang boleh dilihat oleh mata saperti bukit dan gunung, laut dan sungai, manusia dan binatang tetapi juga menjadikan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh manusia saperti malaikat dan jin.

Allah juga mampu menjadikan makhluk yang tidak ghaib tetapi tidak boleh dilihat  saperti angin, udara, arus letrik, cahaya X atau X-Ray, cahaya ultra violet, magnet dan sebagainya yang tidak dapat dilihat tetapi kewujudannya boleh dibuktikan secara saintifik. Setengah daripada cerita ajaib di dalam Al Quran telah dapat dibuktikan secara saintifik.  Misalnya cerita Nabi Nuh membina kapal dan berlaku taufan besar. Kajian saintifik telah dapat menentukan lokasi kapal dan kawasan yang diliputi oleh taufan tersebut.  Cerita tentang penciptaan manusia di dalam rahim wanita telah dapat di sahkan kebenaranya oleh pakar perbidanan.  Cerita Firaun yang tenggelam di Laut Merah telah dapat dikesan lokasinya oleh ahli Sejarah moden.  Bagitu juga cerita Kaum Add telah dapat dikesan lokasinya oleh ahli arkeology di Yaman.

Sudang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Mimbar ini menerangkan perkara ini untuk menunjukkan bahawa perkara ghaib yang disebutkan di dalam Al Quran yang berkaitan dengan alam nyata memang boleh dibuktikan secara penyelidikan saintifik.  Dan telah dapat dibuktikan tidak ada satu pun fakta yang disebutkan di dalam Al Quran itu bercanggah dengan kajian saintifik.  Walau bagaimana pun hal-hal yang tidak wujud di muka bumi ini saperti alam Barzakh, syurga,  neraka, bidadari, roh  dan malaikat memang tidak dapat dicakup oleh fikiran manusia memanglah tidak dapat dibuktikan secara penyelidikan saintifik.  Adalah sia-sia bagi kita  membuat penyelidikan tentang perkara yang tidak akan di singkap oleh Allah semasa manusia ini hidup di dunia.  Ambil sahaja contoh roh.  Manusia merasa mereka saperti boleh tahu mengenai roh.  Kerana manusia waktu hidup ada roh tetapi bila mati rohnya hilang.  Para sahabat juga pernah bertanya Nabi Muhamad s.a.w. mengenai roh dengan harapan Nabi akan menjawab.  Tetapi Allah melarang Nabi daripada menjawab persolan roh ini saperti firmanya dalam Surah Al Isark ayat 85

šوَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلرُّوحِ‌ۖ قُلِ ٱلرُّوحُ مِنۡ أَمۡرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّنَ ٱلۡعِلۡمِ إِلَّا قَلِيلاً۬

Yang bermaksud:  dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.

Walau bagaimana pun mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan alam akhirat Allah menceritakan dengan agak terperinci mengenainya supaya manusia mendapat gambaran dengan agak terang apa yang akan dihadapan manusia selepas mati.  Misalnya tentang hari kiamat, Hari Mahsyar, syurga, neraka, diberi gambaran yang agak terperinci. Misalnya banyak ayat-ayat Al Quran menceritakan dengan agak terperinci mengenai kedahsyatan Neraka dan kenikmatan syurga.

Misalnya mengenai kedahsyatan neraka neraka Allah menerangkan dalam surah At Tahrim ayat 6

   يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Dala surah Al Humazah ayat 4-9 Allah menceritakan bagaimana orang yang berdisa dicampakkan ke dalam neraka:

ž  كَلَّا‌ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلۡحُطَمَةِ (٤) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا ٱلۡحُطَمَةُ (٥) نَارُ ٱللَّهِ ٱلۡمُوقَدَةُ (٦) ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلۡأَفۡـِٔدَةِ (٧) إِنَّہَا عَلَيۡہِم مُّؤۡصَدَةٌ۬ (٨) فِى عَمَدٍ۬ مُّمَدَّدَةِۭ (٩

Yang bermaksud: Tidak! Sesungguhnya Dia akan dicampakkan ke Dalam “Al-Hutamah”. Dan Adakah engkau mengetahui apakah dia “Al-Hutamah” itu?  (Al-Hutamah) ialah api neraka Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya).  Yang naik menjulang ke hati.   Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.  (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang. Bayangkan betapa dahsyatnya.

Mengenai makanan dan minuman ahli neraka Allah menerangkan di dalam Surah Assfat ayat 63 – 68.

  إِنَّا جَعَلۡنَـٰهَا فِتۡنَةً۬ لِّلظَّـٰلِمِينَ (٦٣) إِنَّهَا شَجَرَةٌ۬ تَخۡرُجُ فِىٓ أَصۡلِ ٱلۡجَحِيمِ (٦٤) طَلۡعُهَا كَأَنَّهُ ۥ رُءُوسُ ٱلشَّيَـٰطِينِ (٦٥) فَإِنَّہُمۡ لَأَكِلُونَ مِنۡہَا فَمَالِـُٔونَ مِنۡہَا ٱلۡبُطُونَ (٦٦) ثُمَّ إِنَّ لَهُمۡ عَلَيۡہَا لَشَوۡبً۬ا مِّنۡ حَمِيمٍ۬ (٦٧) ثُمَّ إِنَّ مَرۡجِعَهُمۡ لَإِلَى ٱلۡجَحِيمِ

Yang bermaksud: Manakah yang lebih baik, limpah kurniaan Yang termaklum itu atau pokok zaqqum?  Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim.  Sebenarnya ia sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang; Buahnya seolah-olah kepala Syaitan-syaitan.  Maka sudah tentu mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka memenuhi perut darinya. Kemudian, sesungguhnya mereka akan beroleh lagi – selain itu- satu minuman campuran dari air panas yang menggelegak.  Sanggupkah kita makan buah zaqum itu dan meminum ayer yang menggelegak.

Bagaimanakah rupa api neraka itu? Allah menggambarkan dala Surah Az Zumar ayat 16

  لَهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ ظُلَلٌ۬ مِّنَ ٱلنَّارِ وَمِن تَحۡتِہِمۡ ظُلَلٌ۬‌ۚ ذَٲلِكَ يُخَوِّفُ ٱللَّهُ بِهِۦ عِبَادَهُ ۥ‌ۚ يَـٰعِبَادِ فَٱتَّقُونِ

Bagi mereka (yang kafir) disediakan lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka, dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; Dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: “Oleh itu, bertaqwalah kepadaKu Wahai hamba-hambaKu!”

Penghuni neraka itu tidak mati walau bagaimana dahsyatnya azab yang diterima sap[erti firman Allah dalam surah An Nisak ayat 56:

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا سَوۡفَ نُصۡلِيہِمۡ نَارً۬ا كُلَّمَا نَضِجَتۡ جُلُودُهُم بَدَّلۡنَـٰهُمۡ جُلُودًا غَيۡرَهَا لِيَذُوقُواْ ٱلۡعَذَابَ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمً۬ا (٥٦)

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Demikianlah setengah daripada gambaran neraka yang diceritakan didalam Al Quran. Untuk mendapat gambaran lain patutlah kita bermutlaah tafsir-tafsir Al Quran supya kita bersedia untuk menhadapai alam ghaib yang dipaparkan didalam Al Quran.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*