Ucapan Pengerusi JK Kariah Dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke 17 MSYRS

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd. Mokhtar bin Saidin selaku Pengacara Majlis dan Setia- usaha AJK Kariah Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia.

Tuan Hj. Mohamad Mokhtar Bin Saidin (Setiausaha JK Kariah MSYRS merangkap Juruacara Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-17 MSYRS)
Tuan Haji Mohamad Alwi Bin Taib (Pengerusi JK Kariah MSYRS, Ipoh) sedang berucap dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-17 (05.05.2011) - Khamis malam Jumaat

Yang Berbahagia, Dato Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan, Orang Besar Jajahan Kinta, tetamu kehormat kita pada malam ini,

Y. Bhg. Dato' Seri Dr. Abdullah Fadzil Che Wan (OBJ. Kinta) menjadi Tetamu Kehormat dan Perasmi Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-17 MSYRS, Ipoh (2011)

Yang Berbahagia Dato’ Haji Zubairi bin Tajuddin, OBJ Kampar,

Tuan Haji Ahmad Radzi bin Haji Ibrahim, Timbalan Pengerusi Masjid Sultan Yussuf,

Ahli-Ahli Jawatankuasa Kariah dan Jawatankuasa  Biro-Biro   Masjid   Sultan Yussuf,

Dato’-Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan Ahli Jemaah dan Ahli Kariah Masjid Sultan Yussuf yang di rahmati Allah sakalian,

Bersyukurlah kita ke hadrat Allah  s.w.t.  yang  telah  mengizinkan  kita – pada malam ini – untuk berkumpul di Dewan Masjid ini dengan tujuan menjalankan tugas dua tahun sekali, mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-17  (2011) Masjid ini.

Pertamanya   saya   ingin   mengucapkan   setinggi  terima kasih kepada  tetamu yang kita raikan  pada   malam  ini  iaitu Yang  Berhagia  Dato’ Seri Dr.  Abdullah  Fadzil bin Che Wan, Orang  Besar Jajahan Kinta, yang telah  sudi  menerima jemputan kita  untuk merasamikan Mesyuarat Agung pada malam ini.  Tidak syak lagi  kehadiran Yang  Berbahagia  Dato’  Seri, telah  menyerikan  dan memberi  makna yang besar kepada  kita  pada  malam  ini.    Seingat saya  ini  adalah  kali  kedua Dato’ Seri merasmikan Masyuarat Agung Masjid kita.   Kepada saya – secara   peribadi –  kehadiran   Dato’   Seri   pada   malam  ini  mengingatkan  kembali  kisah-kisah lama  kami –  kenangan manis masa muda-muda waktu rambut dan misai masih hitam dahulu.

Dato’ Dato’, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan sakalian,

Sebahagian daripada Jemaah yang menghadiri Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Ke-17 MSYRS, Ipoh (2011)
Jemaah wanita juga turut hadir

Bagi   kami   yang   telah   sampai  ke  umur enam  puluhan  dan tujuh puluhan;  kami dapat menyorot   perkembangan   masjid   ini   sejak  mula ditubuhkan.  Masjid   Rapat  Setia, yang kemudiannya dinamakan Masjid Sultan Yusuf Rapat Setia ini, telah dimulakan pada tahun 1973.  Saya  sangat ingat tarikh tersebut  kerana pada  bulan Mac  tahun 1973  itulah saya berpindah  tinggal Rapat Setia ini. Saya tidak mengatakan masjid  ini didirikan pada tahun itu kerana  bangunan  asal  Masjid  ini telah  pun  didirikn  pada  tahun 1964 oleh  Koperasi Perumahan  Orang  Melayu  Kinta  Bhd.  sebangai  sebuah   Surau. Koperasi   pada  masa  itu  tidak  menjangka  jemaah surau akan bertambah ramai  dan akan bertukar  menjadi  Masjid  kemudiannya. Oleh  itu mereka  cuma  menyediakan  dua lot  tanah  seluas  setengah  ekar sahaja yang  dijangka  sudah mencukupi  untuk  mendirikan  surau.

Justeru,    apabila    penduduk     Rapat    Setia    ini   bertambah  ramai  serta  memerlukan sebuah masjid sendiri. maka surau yang asalnya beralamat di Jalan Madrasah ini ditukar menjadi Masjid pada  tahun 1973. Dengan itu timbullah  masalah  membesarkan  bangunan Masjid  ini  bagi menampung  jemaah yang kian bertambah  ramai  kerana  tanahnya  sangat  sempit.  Untuk makluman  jemaah yang baru di  Masjid ini – tempat  kita bermesyuarat ini asalnya    belum   ada    dahulu.  Surau   yang   asal   ialah  di  belakang  dinding gelunsur  di belakang  sana.  Tingkat atas  sahaja tingkat bawah tak ada.  Bila Surau ini dijadikan  Masjid barulah   derma   dipungut   untuk   menambahkan   bahagian   yang lapan segi di hadapan Masjid   ini.  Selepas  itu  barulah  ditambah  bahagian  yang   kita  duduk  sekarang tingkat bawah dan tingkat atas.  Kemudian barulah di dirikan Balai lentang  dan Bangunan Pejabat dan  rumah  Siak di kiri  kanan Masjid  sekarang.

Allahyarham Dato' Hj. Ahmad Damanhuri Bin Hj. Abd Wahab (Mantan Pengerusi JK MSYRS Yang Pertama)
Ahli Jawatankuasa dan Pegawai MSYRS bergambar di hadapan bangunan masjid dalam tahun 1980
Bangunan MSYRS Ipoh sekarang

Oleh kerana tidak boleh lagi Masjid ini di perbesarkan kerana sudah kehabisan tanah maka yang boleh dibuat ialah menghiaskan masjidini   dengan   kosmetik.  Dalam 5   tahun   yang akhir   ini   bangunan   Masjid   ini   telah   dipasang    tile / mosaik  di   hampir   keseluruhan dindingnya.  Silingnya    telah   diganti  dengan  plaster  siling   seluruhnya    dan  alat  hawa dingin     juga    telah    dipasang  hampir  di semua   tempat  berjumlah   32 unit.     Sehingga akhir Mesyuarat   Agung   yang  lalu,   iaitu  dalam tahun 2008 hingga 2009 lebih setengah juta   Ringgit   telah  di belanjakan untuk mengubahsai masjid ini, dengan derma dariapada tuan-tuan  semua dan  juga bantuan dari Kerajaan Negeri.  Dalam dua tahun yang akhir ini iaitu tahun 2009 hingga 2010 kita telah membelanjakan sebanyak  RM 513,000.00 untuk menaik   taraf   masjid  ini.  Ini  termasuklah harga membeli  sekeping tanah dengan rumah sekali   bersebelahan   masjid  ini  dengan   harga  sebanyak  RM 200,000.00.

Rumah Penginapan (Homestay) MSYRS, Ipoh.
Ruang tamu yang terdapat di Rumah Penginapan MSYRS, Ipoh.

Ternyata  pemebelian rumah  ini  tidaklah  rugi  kerana  ia  telah  dijadikan Rumah  Penginapan ala ‘Homestay’ dan  telah menghasilkan  pendapatan  sebanyak  RM6,593.00  iaitu  purata  RM 578.00 sebulan. Selaian dariapada itu ia telah dapat digunakan  sebagai tempat menyembelih  kurban  dan tempat penginapan tetamu-tetamu masjid. Masjid juga mempunyai harta  dua buah kedai  di Jalan Raja Musa Mahadi. Selain daripada itu Masjid ini juga amat bertuah kerana seorang dermawati dari Taiping telah mewakafkan sebuah rumah di Jalan Usaha kepada  Masjid ini dan  sedang diusahakan untuk  dibaik  pulih  bagi  dimunafaatkan  oleh  Masjid  ini.  Penyelenggaran  harta-harta  Masjid ini dibuat oleh Biro Pengurusan Harta Masjid yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Yeop Mohd. Said bin Abdul Muttalib.

Tuan Hj. Yeop Mohd Said Bin Abdul Muttalib
Bangunan Rumah Wakaf Kedua MSYRS, Ipoh yang terletak di Jalan Usaha, Rapat Setia.

Untuk makluman juga, di tempat tandas masjid sekarang ini dahulunya ialah tapak Sekolah agama Rakyat masjid ini.  Tetapi sekolah ini telah berpindah ke Jalan Usaha dan akhirnya berpindah pula menetap di  Jalan Semangat 1 satelah Masjid berjaya membeli tanah untuk tapak sekolah tersebut.  Sekolah ini telah maju, dengan bangunan-bangunan yang baru, dan mempunyai murid seramai 200 orang, dengan guru seramai 5 orang, di bawas kelolaan  Biro Sekolah Agama Rakyat, yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Mohd. Junid bin Mohd. Nasir.

Tuan Hj. Mohd Junid Bin Mohd Nasir

Bangunan Sekolah Agama Rakyat MSYRS, Ipoh
Murid-murid perempuan SAR MSYRS, Ipoh sedang menyampaikan persembahan nasyid dalam Majlis Ikhtifal Sekolah

Dato’-Dato’ , tuan-tuan dan puan-puan,

Masjid ini bukan sahaja memikirkan masalah orang yang hidup tetapi juga masalah tempat bersemadi apabila kita  mengadap Ilahi.  Justeru, Masjid mempunyai Tanah perkuburan sendiri seluas 19 ekar yang diselenggarakan oleh Biro Tanah Perkuburan.  Biro ini telah menyelenggarkan 91 jenazah dalam tahun 2009 dan 2010.  Jumlah yang telah disemadikan di tanah perkuburan ini sejak dari mula digunakan pada tahun 1994 ialah  sebanyak 459 orang iaitu 402 jenazah dewasa dan 57 jenazah kanak-kanak. Biro Tanah Perkuburan ini, yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd. Mokhtar bin Saidin, walau pun menghadapai berbagai-bagai kesukaran tetapi Tanah Perkuburan ini telah diatur dan diselenggarkan dengan baik hingga mendapat Hadiah Tanah Perkuburan terbaik di Daerah Kinta.

Tuan Hj. Mohamad Mokhtar Bin Saidin

Tanah Perkuburan Islam MSYRS, Ipoh

Untuk menguruskan pengkebumian jenazah, Biro Kebajikan, yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Amran bin Hussain dan dibantu oleh Tuan Haji Adnan bersedia, samada siang atau malam untuk menguruskan pengekebumian jenazah. Biro ini mempunyai penggalli kubur dan pemandi mayat lelaki dan wanita yang boleh dipanggil bila-bila masa sahaja. Biasanya jenazah dapat dikebumikan empat jam sahaja selepas kematian dilaporkan ke Masjid. Kecekapan Biro ini memang patut dipuji.

Tuan Hj. Amran Bin Husain
Kereta jenazah milik MSYRS

Masjid bukanlah hanya sebuah bangunan yang kaku.  Ia mestilah di imarahkan atau dihidupkan. Jika tidak ia umpama sebuah badan tanpa roh.  Alhamdulillah hampir setiap waktu bersolat,  jemaah yang hadir hampir seratus orang.  Pada malam Jumaat apabila majlis tahlil dan bacaan Yasin diadakan hampir 200 jemaah muslimin dan muslimat yang hadir. Derma yang di dapati pada tiap-tiap malam Jumaat antara RM500.00 hingga RM1,300.00 seminggu digunakan untuk mengadakan jamuan  dan sebahgian daripada kutipan itu telah dapat menanggung bayaran  bil eletrik dan air masjid ini.  Pujian patut diberi kepada Setia Usaha Masjid ini  yang  dapat menguruskan jamuan pada tiap-tiap malam Jumaat dengan menu yang berlaianan dan berbagai-bagai jenis.

Majlis Bacaan Yasin & Tahlil diadakan pada setiap hari Khamis malam Jumaat (selepas solat Fardu Maghrib)

Untuk amalan bersolat masjid ini kita mempunyai 5 orang imam – dua daripadanya hafiz – dan 6 orang muazin serta  2 orang siak.   Masjid  juga mengadakan  kuliah-kulian Maghrib oleh guru-guru yang bertauliah sebanyak 12 kali sebulan.  Disamping itu mulai  tahun ini kita telah mengadakan tayangan video yang bercorak agama  5 atau 6 kali sebulan.  Pada setiap Solat Subuh kita juga mengadakan tazkirah yang disampaikan oleh imam-imam bertugas selama 15 hungga 20 minit. Selain daripada itu Masjid juga diserikan dengan sambutan  hari-hari kebesaran Islam pada peristiwa-peristiwa Maulidur Rasul, Maal Hijrah, dan Israk / Mikraj.  Dalam bulan Puasa pula pada setiap petang, kita dapat mengadakan Jamuan berbuka puasa dengan kehadiran kira-kira 150 orang setiap petang, dan diikuti dengan solat Terawih yang di imamkan oleh imam-imam hafiz yang diimport dari Maahad Tahfuz. Kebanyakan  aktiviti ini dikelolakan oleh Biro Pegawai Masjid yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Radzi bin Haji Ibrahim.

Tuan Hj. Ahmad Radzi Bin Hj. Ibrahim
Tuan Hj. Mohamad Alwi Bin Taib (Pengerusi JK Kariah MSYRS) dan Tuan Hj Ahmad Radzi Bin Hj Ibrahim (Timbalan Pengerusi merangkap Pengerusi Biro Pegawai Masjid) sedang menyampaikan taklimat kepada 2 orang imam hafiz sempena Ramadan 1431 H / 2010

Masjid ini tidak juga melupakan anak-anak ahli Kariah.  Untuk ini: Biro Pendidikan dan Dakwah telah yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Salleh bin Abd. Karim mengambil initiatif mengadakan pertandingan syarahan, kuiz, azan, dan nasyid untuk anak-anak di Sekolah Rendah dan Menengah.  Pada tahun ini, Biro ini  telah berjaya mengumpulkan 150 orang murid-murid Sekolah Rendah di sekitar masjid ini ke dalam satu Kursus Tahsin untuk memperbaiki wuduk dan solat.  Usaha ini di harap dapat mendekatkan anak-anak kepada Masjid disamping dapat memperbaiki amalan solat anak-anak.  Dalam misi berdakwah, Biro ini telah dapat mengendalikan  kelas Bahasa Arab dengan pelajarnya hampir 100 orang sejak 3 tahun yang lepas.  Kumpulan pelajar yang pertama yang kebanyakannya berumur 60-an hingga 70an, bukan sahaja telah dapat mengenal’ fiil madhi dan fiil mudhariq’ tetapi telah boleh sadikit-sadikit membaca kitab Arab yang tidak berbaris.   Disamping itu Biro ini juga mempunyai pasukan Marhaban dan berzanji yang selalu menyerikan majlis akikah apabila dijemput.

Tuan Hj. Salleh Bin Hj. Abdul Karim
Tuan Haji Salleh Bin Abdul Karim (Pengerusi Biro Pendidikan Dan Dakwah MSYRS, Ipoh) sedang mengawasi anak-anak yang mengikuti Kursus Tahsin Wuduk & Solat yang diadakan pada 16.5.2011 (Sabtu) di Dewan Solat Utama MSYRS.
Kumpulan Marhaban & Berzanji sedang menyampaikan Selawat dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul MSYRS 1432 H (pada 19.02.2011)

Masjid ini tidak juga melupakan para belia yang menghadapi berbagai dugaan emosi.  Biro Belia dan  Beliawanis  yang  dipengerusikan oleh  Dr. Haji  Mohd. Fadhil  bin Nuruddin dan Dr.  Hajah  Tun  Kamsiah binti  Haji  Fatullah   telah  dapat  mengumpulkan belia-belia dan beliawanis    setempat    dalam   beberapa   program.  Di  antaranya ialah  program 3R atau Remaja Rai  Ramadan dan program  ‘Anda Bijak Jauhi Zina’  yang   dihadiri   oleh  lebih  50 0rang  belia  dan beliawanis. Selain  daripada itu untuk untuk memenuhi naluri belia yang suka   bersukan,  Biro ini  telah  mengadakan  Sukan  Tahunan  iaitu bola sepak, bola jaring dan   futsal    sejak   dua   tahun   yang  lepas  yang   disertai  oleh  lebih 100 orang belia dan beliawanis  tempatan.

Dr. Hj. Muhd Fadhil Bin Nuruddin
Puan Hjh Dr. Tun Khamsiah Bt. Mohd Fathullah
Seorang daripada fasilitator sedang menyampaikan input dalam Program Anda Bijak Jauhi Zina yang diadakan di MSYRS pada 05.03.2011

Penduduk  Rapat  Setia  ini  memang  terkenal dengan  sifat pemurah  dan tidak melupakan fakir miskin.  Setiap tahun Masjid ini  menjalankan amalan  Kurban.  Pada tahun 2009 , 10  ekor lembu yang berharga RM19,000.00  telah  dikurbankan  manakala pada  tahun 2011 ini pula,  11 ekor lembu yang berharga  RM23,650.00   telah  dikurbankan dan dagingnya telah diagihlan kepada penduduk tempatan dan fakir miskin.  Penyembelihan lembu  telah dijalankan  di  Rumah  wakaf  Masjid  yang   dikelolakan   oleh   Biro  Amalan  Kurban  yang dipengerusikan  oleh  Tuan  Haji  Zainal  Abidin  bin  Abdul  Manaf.

Tuan Hj. Zainal Abidin Bin Abdul Manaf
Sebahagian daripada petugas Majlis Kurban MSYRS 2010 / 1431 H
Daging kurban 2010 MSYRS telah siap untuk diagih-agihkan

Menyelenggarakan masjid supaya sentiasa bersih dan selesa  memang amat meletihkan.  Setaip masa ada sahaja kerosakan berlaku.  Untuk menangani keperluan ini masjid telah menubuhkan  Biro Penyelenggaraan Masjid  yang  sakan-akan  JKR  di Jabatan kerajaan,  yang di pengerusikan oleh Tuan Haji Wan Ahmad bin Wan Ismail yang tugasnya saperti Pengarah JKR.  Alhamdulillah dengan usaha  beliau yang  gigih kerosakan yang  berlaku dapat ditangani  dalam masa  yang agak  segera.  Biro  ini  telah  juga dapat  mengadakan gotong  royung membersihkan masjid yang juga dapat  mengiratkan  kerjasama  antara

ahli Kariah.

Tuan Hj. Wan Ahmad Bin Wan Ismail
Program Gotong Royong membersihkan MSYRS 2010 sedang berlangsung

Aktiviti masjid ini amat perlu disebarkan kepada ahli- ahli kariah dari semasa ke semasa kepada semua ahli kariah.  Teknik penyampaian maklumat ini agak sukar kerana tidak semua ahli kariah selalu datang ke masjid.  Alhamdulillah masjid ini mempunyai Biro Penyebaran Maklumat yang efisien yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Rozali bin Suradi.  Biro ini telah dapat menyampaikan maklumat mengenai kegiatan masjid saperti sambutan Hari Perayaan, ceranah-ceramah khas  dan lain-lain kepada  semua ahli  kariah dengan berbagai-bagai teknik penyampaian.  Biro ini juga telah dapat mewujukan web site atau laman sesawang yang memberi maklumat secara maya kepada masyarakat segala kegiatan masjid ini sepanjang tahun.  Lama sesawang ini boleh dilayari di masjidsultanyussuf.com.


Tuan Hj. Rozali Bin Hj. Suradi


Dato’ Dato’, tuan-tuan dan puan-puan,

Tidak dapat dinafikan wanita memainkan peranan penting dalamkehidupan masyarakat kita.  Di Msjid ini penglibatan wanita di selenggarakan oleh Biro Wanita yang dipengerusikan oleh Puan Hajah Zaharah binti Suhaimi.  Banyak aktiviti yang dijalankan di masjid ini dibantu dengan gigih  oleh Biro Wanita.  Dengan initiatif Biro Wanita ini Masjid telah dapat menjemput Ustazah Asni Abu Mansur penceramah wanita yang btidak asing lagi, untuk memberi ceramah Maulidur Rasul pada tahun ini.  Biro Wanita ini juga menguruskan kelas pengajian wanita sebanyak lebih sepuluh kali seminggu selepas solat Asar.  Biro Wanita ini juga telah mengadakan kursus kesihatan dan pengurusan jenazah.   Ahli-ahlinya telah ada yang dapat menguruskan mandi jenazah wanita apabila ada kematian.  Sedangkan kaum lelaki walau pun ada yang telah belajar memandikan mayat tetapi hingga hari ini  tidak ada yang berani hendak memperaktikkannya.  Biro ini juga selalu mengadakan majlis berzanji dan marhaban dan menziarahi rakan-rakan yang telah uzur.

Puan Hjh. Zahara Bt. Suhaimi
Ustazah Asni Abu Mansor sedang menyampaikan ceramah Maal Hijrah yang diadakan di MSYRS pada 30.12.2010.

Saperti institusi yang lain, Masjid ini juga menghadapi masalah keselamatan saperti kecurian kenderaan, kecurian  dan vandalism yang merosakkan harta  benda masjid.  Untuk menangani masaalah ini Biro Keselamatan telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Tuan Haji Adnan bin Mod. Yussuf.  Walau bagaimana  pun masalah ini amat sukar  di atasi.  Tuan-tuan boleh melihat senarai  kecurian yang berlaku saperi didalam buku laporan ms28 dan 29.

Tuan Hj. Adnan Bin Mohd Yusoff

Untuk menyelenggarakan kewangan Masjid, Biro Kewangan telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Tuan Haji Abdul Latif bin Saidin.  Bukanlah  mudah untuk menyimpan dan menyelenggarakan akaun yang yang ada kalanya mencecah RM200,000.00 setahun.  Biro ini agak lega sejak dua tahun yang akhir ini, kerana kutipan derma Hari Jumaat sangat memuaskan iaitu berjumlah antara RM5,000.00 hingga RM9,000.00 sebulan.  Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli jemaah yang telah menunjukkan sokongan yang kuat kepada Masjid ini dengan derma-derma tersebut.

Tuan Hj. Abdul Latif Bin Hj. Saidin
AJK Biro Kewangan sedang mengira wang kutipan Derma Hari Jumaat

Sebagai Pengerusi AJK Kariah masjid ini, saya secara terbuka ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua Pengerusi Biro dan Ahli-ahli Jawatankuasa Biro yang telah memberi sumbangan tenaga dan fikiran yang sangat berharga kepada Masjid dan kepada ahli kariah dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran kecuali keredhaan Allah.

AJK Kariah MSYRS sedang mengadakan mesyuarat di Bilik Perpustakaan pada 19.07.2010

Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan sakalain,

Dalam mesyuarat Agung tahun lepas beberapa isu telah dibangkitkan.  Allah Yarham Tuan Haji Zainun – mudah mudahan Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya – telah meminta supaya Masjid ini memohon kepada Bank Rakyat mengimfakkan sebuah kereta jenazah lepada masjid kerana kereta jenazah yang ada sudah uzur.  Pihak Masjid telah mengambil tindakan dan mengikut sumber yang boleh dipercayai permohonan ini telah diluluskan,  cuma menanti giliran sahaja kerana quenya agak panjang.

Allahyarham Tuan Hj. Mohd Zainun Bin Abu Bakar

Mengenai cadangan Tuan Hai Daud Zakaria supaya Mesyuarat Agung ini dibuat waktu siang,  AJK berpendapat masa siang akan mengambil masa ahli jemaah yang berharga dan mungkin kedatangan akan merosot.  Oleh itu kita mengekalkan waktu ini untuk menjalankan mesyuarat.  Tidak apalah kita berjaga sadikit dua tahun sekali.

Tuan Hj Daud Bin Zakaria

Mengenai tuduhan ada lelaki yang naik ke asrama waktu tengah malam: Jawatankuasa Masjid telah menyiasat dan di dapati tuduhan itu tidak benar.  Walau bagaimana pun memang  ada penghuni asrama yang berbual dengan lelaki sebelum naik ke asrama. Mereka telah dinasihatkan dan keadaan itu tidak berlaku lagi.

Dato’-Dato’, tuan-tuan dan puan-puan sakalian,

Bagi pihak AJK Kariah masjid ini saya ingin mggucapkan terima kasih kepada Dato’-Datok. Datin-Datin dan tuan-tuan dan puan-puan yang telah hadir pada malam ini untuk menjayakan Mesyuarat Agung kali ke 17  ini.  Bagitu juga kepada sokongan yang padu kepada kami untuk mentadbirkan masjid ini.  Kami sangat bersyukur kerana setiap kali rayuan derma diumumkan sambutan yang diberikan amat menggalakkan.  Apabila kita mengumumkan hendak membeli tanah disebelah masjid ini, dalam masa dua bulan derma sebanyak RM200,000.00 telah didapati.

Saya juga ingin memohon ampun dan maaf jika terdapat apa-apa kekurangan dalam majlis ini atau pun tutur bahasa saya yang tidak sedap didengar.  Bagitu juga jika terdapat kesilapan kami Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid ini dalam menjalankan tugas kami yang diamanahkan oleh Jabatan Agama Islam Perak.

Akhirnya saya sekali lagi mengucapkan  terima kasih kepada Dato Seri Dr. Abdullah Fadzil yang pernah menjadi Timbalan Menteri untuk hadir dan marasmikan Mesyuarat Agung kami yang kecil ini.   Kami memang tertunggu-tunggu untuk mendengar kata-kata nasihat dari Dato’ Seri sebagai penaung kepada Masjid-Masjid di Daerah Kinta ini.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah.  Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Print Friendly, PDF & Email

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*