PROGRAM BACAAN YASIN & TAHLIL

Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia, Jalan Raja Musa Mahadi, 31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan


PROGRAM “MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL MALAM JUMAAT”



1) Objektif Program Bacaan Yasin & Tahlil:


Program   ini   bertujuan  untuk   memberi  peluang  kepad  para jemaah

MSYRS  mengadakan  Bacaan Yasin  dan  Tahlil  di  masjid  bagi  maksud

tertentu seperti menghadiahkan pahala bacaan tersebut   kepada  arwah

keluarga, untuk  mendoakan  seseorang  yang sakit mohon disembuhkan

oleh Allah SWT atau peserta  memohon agar dimakbulkan  Allah sesuatu

hajat. Program   ini  dianjurkan  oleh   JK.  Kariah  Masjid  Sultan  Yussuf,

(Rapat Setia MSYRS),  Jalan Raja  Musa Mahadi, 31350 Ipoh,  Perak Darul

Ridzuan.

Tuan Haji Mohamad Alwi Bin Taib (Pengerusi JK Kariah MSYRS, Ipoh)

2) Program ini diadakan pada hari, masa dan tempat seperti berikut:

Hari     :    Hari Khamis (Malam Jumaat)   –  Sekiranya pada malam itu

tiada Pengajian Agama ( Sila rujuk  :    Jadual  Kuliah Agama Bulanan)

Masa    :    Selepas Solat Maghrib

Tempat:  Masjid Sultan Yussuf, Rapat Setia,  31350 Ipoh, Perak D. R.

3) Penyertaan Dalam Program Bacaan Yasin & Tahlil:

Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli jemaah dan keluarga /

kenalan yang berhajat

4) Borang Permohonan penyertaan Bacaan Yasin Dan Tahlil:

Para jemaah yang ingin menyertai Program  ini hendaklah mengisi dan

menghantar Borang  Permohonan kepada pihak  penganjur atau boleh

juga menghantar surat dengan menyatakan:  a) Nama Peserta, Alamat

dan No. Telefon, b) Tarikh bila Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil  tersebut

hendak diadakan serta   c)    Tujuan bacaan Yasin  dan Tahli   tersebut –

contoh:  untuk  dihadiahkan  kepada  arwah Almarhum  / Almarhumah,

untuk  seseorang pesakit atau untuk sesuatu hajat yang lain.

5) Bila Borang Permohonan Penyertaan perlu disampaikan? :

Borang  Permohonan perlu diterima oleh pihak penganjur pada atau

sebelum  hari   SELASA minggu  majlis  tersebut  diadakan  ( 3  hari

sebelumnya).

Catatan:

Peserta  yang   menyertai   program   ini  biasanya  akan  menderma

RM  100.00    bagi   tujuan  perbelanjaan   jamuan  selepas  Program

” Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil “. Peserta  lazimnya  akan  mengizin-

kan wang  lebihan perbelanjaan jamuan berkenaan  untuk membayar

bil  elektrik dan air Masjid Sultan Yussuf,  Rapat Setia,  Ipoh (MSYRS)

.

6) Borang Permohonan penyertaan hendaklah disampaikan kepada :

a) Tuan Haji Yeop Mohd Said B. Abdul Muttalib,

Setiausaha  JK.  Kariah  MSYRS, Ipoh

Jalan Raja Musa Mahadi,31350 Ipoh, Perak Darul Ridzuan).

No.  Telefon : 019 – 4729007

Tuan Hj. Yeop Mohd Said B. Abd Muttali

 

 

LAMPIRAN:

Gambar Di Sekitar Majlis Bacaan Yasin & Tahlil MSYRS Ipoh pada 07.10.2010 :

Tuan Haji Mohamad Alwi Bin Taib (Pengerusi JK Kariah MSYRS merangkap Imam Bertugas) sedang bersiap sedia untuk memulakan Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil serta Doa Selamat( 07.10.2010 – Khamis malam Jumaat)

Para jemaah bersedia untuk mendengar taklimat daripada Tuan Imam Bertugas sebelum memulakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil (07.10.2010)

Kelihatan sebahagian daripada para jemaah sedang mendengar dengan teliti taklimat yang disampaikan oleh Tuan Imam Bertugas sebelum Bacaan Yasin dan Tahlil dimulakan (07.10.2010 – Khamis malam Jumaat)

Jemaah membaca Yasin secara beramai-ramai di bawah pimpinan Tuan Imam Bertugas (07.10.2010 – Khamis malam Jumaat)

Lagi gambar para jemaah sedang membaca Yasin (07.10.2010 – Khamis malam Jumaat)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*