Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Alhamdulillah telah 9 hari kita menyambut tahun Hijrah 1434. Hijrah adalah satu peristiwa besar dalam sejarah perkembangan Islam. Selepas Hijrahlah baru Islam dapat mengem,bangkan sayapnya ke seluruh dunia. Selepas Hijrah juga Islam dimusuhi oleh puak-puak Arab Quraisy dan Kerajaan Rome dan Farsi. Dalam pertembungan ini peperangan tidak dapat dielakkan. Justeru, dalam sejarah kebangkitan Islam sejak dari mula lagi peperangan adalah menjadi satu ciri dalam perkembangan Islam.
Semasa hayat baginda Nabi Muhammad s.a.w. telah melalui 28 peperangan kecil dan besar yang diketuainya sendiri dan 54 peperangan yang dikepalai oleh para sahabat baginda. Peperangan adalah satu jihad dan menjadi ujian kepada kekuatan iman sesaorang muslim baik semasa hayat Nabi s.a.w. atau selepas kemangkatan baginda. Di antara peperangan yang sangat bersejarah di dalam Islam ialah peperangan Badar.
Peperangan Badar menjadi ujian kepada umat Islam yang baru hendak bertapak di bumi Madinah atau Yathrib. Dalam peperangan yang berlaku dalam 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah itu, 300 tentera Islam yang sangat daif dari segi persiapan fizikalnya menghadapi satu ketumbukan tentera musyrikin seramai 1000 orang. Bukan sahaja mempunyai kekuatan 3 kali ganda tetapi mempunyai kelengkapan ketenteraan yang bagitu baik pada masa itu. Walau pun bagitu dengan berbekalkan iman yang kukuh tentera Islam telah mendapat kemenangan yang cemerlang sehingga dapat memukul mundur musuh yang bagitu kuat. Walau pun 14 orang kaum muslimin syahid di pertempuran itu tetapi mereka dapat membunuh 70 orang tentera musyrikin dan menawan lagi 70 orang lagi. Pertempuran medan perang Badar ini dianggap oleh para ahli sejarah sebagai satu peperangan yang amat penting dan paling berjaya dalam sejarah kebangkitan Islam.
Yang amat menariknya ialah setelah selesai sahaja peperangan itu Nabi Muhammad s.a.w. telah mengumpulkan para sahabatnya dan berucap “Sesungguhnya kita telah selesai menjalani satu peperangan yang kecil dan selepas ini kita akan menghadapi peperangan yang lebih besar” Ucapan ini telah memeranjatkan para sahabat baginda. Mereka lantas bertanya “Apakah peperangan yang lebih besar itu ya Rasullah?’ Nabi s.a.w. menjawab “Peperangan yang lebih besar itu ialah peperangan melawan hawa nafsu.”
Sidang Jumaat yanag di rahmati Allah sakalian,
Adakah Nabi Muhammad s.a.w. bergurau dengan jawapannya itu ? Nabi Muhamad sudah terkenal sebagai orang yang tidak pernah bercakap main-main, atau bergurau apatah lagi berdusta. Tidak mungkin baginda Rasullallah s.a.w. bergurau dalam memberikan jawapan dalam suasana peperangan yang amat serius itu. Cuba kita renungkan: benarkah peperangan melawan hawa nafsu ini lebih hebat dan sengit daripada peperangan Badar. Dalam sesuatu peperangan baik zaman dahulu atau zaman moden sekarang kita akan dikira berjaya jika kita dapat mengalahkan musuh dan kita dapat tegak berdiri memegang bendera kemenangan. Samalah juga dalam peperangan melawan hawa nafsu. Jika kita dapat mengalahkan hawa nafsu yakni tidak mengikut kehendak hawa nafsu maka barulah kita dikatakan mendapat kemenangan. Jika kita mengikut kehendak hawa nafsu maka kita akan dikira kalah dalam peperangan itu. Banyak sekali ayat Quran yang mengaitkan orang-orang yang beriman dan berjaya melawan hawa nafsu sebagai orang-orang yang mendapat kemenangan. Misalnya dalam surah al Baqarah ayat 4 dan 5 : Allah berfirman:
Yang bermaksud: Dan orang–orang yang beriman dengan kitab yang diturunkan kepada engkau ( hai Muhamad) dan beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelum engkau sedang mereka itu yakin akan adanya hari kiamat, maka mereka itulah mendapat pertunjuk dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.
Banyak lagi ayat-ayat lain yang mengaitkan orang-orang yang berjaya mengikut perintah Allah dan melawan hawa nafsu sebagai orang yang mendapat kemenangan. Yang tidak mengikut perintah Allah sebagai orang yang kalah atau orang yang rugi. Di dalam azan juga kita diseru untuk mengerjakan sembahyang kemudian diajak menuju kemenangan. Haiya alassolah kemudian Hai ya alalfalah. Yang menggambarkan kalau kita berjaya untuk bersolat bererti kita akan mendapat kemenangan. Yang menjadi masaalahnya ialah medan pertempuran hawa nafsu itu walau bagaimana hebat sekali pun ia berlaku di dalam hati atau fikiran kita. Tidak ada siapa yang nampak pertempuran itu berlaku kecuali kita sendiri yang dapat merasakanya. Peperangan berlaku antara hawa nafsu dan syaitan di satu pihak dan akal dan iman di suatu pihak yang lain.
Apabila kita bersua dengan sesuatu masaalah maka medan pertempuran itu pun bermula tanpa perisytiharan. Sebagai contoh: katakanlah waktu kita hendak berjalan datang ke masjid tadi kita berjumpa wang seratus ringgit di tepi jalan. Nafsu kita serta merta mengajak supaya kita ambil sahaja wang itu untuk kita gunakan. Pada masa itu juga akal akan membantah menahan nafsu supaya jangan mengambil wang itu kerana wang itu bukan kepunyaan kita. Iman pula menghujah “Jika diambil saya akan berdosa dan akan disiksa oleh Allah di dalam neraka” . Nafsu pula akan menghujah “ Nuraka itu lambat lagi. Ambil dahulu kemudian boleh bertaubat”
Kadang-kadang dalam kedaan kita berhujah di antara nafsu dengan akal ini syaitan pula tumpang semangkok. Syaitan boleh menjadi peguam nafsu dengan membisikkan “Dimana hendak mencari tuan kepada wang ini ? Mungkin tuannya sudah sampai ke Kuala Lumpur. Amabil sahajalah. Bukan ada siapa yang tahu.” Mungkin ilmu kita boleh menjadi peguam bela kepada iman dengan mengatakan “Kalau tidak dapat mencari tuannya amabil wang itu serahkan kepada pengerusi masjid atau polis supaya dicuba cari tuannya atau dimasukan saja ke dalam tabung masjid”
Pertempuran di antara hawa nafsu dibantu oleh syaitan melawan iman yang dibantu oleh akal dan ilmu ini akan berjalan hebat di dalam gelanggang fikiran atau minda kita sehingga salah satu pihak akan kalah. Jika hawa nafsu yang menang maka wang itu akan diambil dan digunakan dan dosa dan maksiat pun berlakulah. Jika iman dan akal yang menang maka wang itu mungkin diambil dan diserakan kepada pihak yang berwajib.
Dalam peperangan senjata mungkin kita boleh mendapat arahan bagaimana kita akan melancarkan serangan. Tetapi dalam peperangan dengan hawa nafsu ini kita bertempur seorang diri. Kalah atau menangnya, kita saja yang tahu bersama Allah dan malaikat Raqid dan Atid. Tetapi rekod pertempuran itu disimpan dengan baik oleh kedua Malikat di kiri kanan kita. Sekarang mari kita bermuhasabah rekod-rekod peperangan kita dengan hawa nafsu dalam sehari berapa kali kita mendapat kemenangan dan berapa kali kita tersungkur kalah di medan peperangan hawa nafsu ini.
Medan perang pertama dan paling sengit bermula selepas tengah malam hingga ke pagi. Selepas tengah malam kita dituntut sangat-sangat supaya bangun sembahyang sunat tahajjud. Mengikut ulamak fekah tahajud ini sunat muakad. Yakni sunat yang sangat dituntut. Allah memberi peluang untuk bertahajud dan seterusnya berwitir daripada tengah malam hingga masuk waktu subuh. Cuba kita agak-agak: berapa peratus daripada umat Islam di Malaysia yang seramai hampir 17 juta ini yang bangun bersembahyang tahujud dan witir. 80%. 50%, 20%, 10%, 5% , 1% atau setengah %.
Kalau kita katakan amat susah hendak bangun waktu itu mengapa jika anak kecil atau cucu kecil menangis kita boleh pula bangun. Kadang-kadang kita terbangun untuk masuk ke tandas tetapi tidur balik tanpa bertahajud. Bagitu juga dalam bulan puasa kita boleh bangun untuk makan sahur. Mengapa tidak kita terus bangun saperti makan sahur di bulan puasa untuk bertahajjud dalam bulan-bulan lain? Tidakkah ini menunjukkan bangun sembahyang tahajjud lebih berat daripada perang Badar. Maknnya jika kita tidak bangun bertahajjud bermakna kita telah tersungkur kalah dalam medan perang pertama.
Selepas itu kita akan mendengar laungan azan berkumandang di dalan dakapan kesejukan pagi yang hening. Laungan yang mengajak kita ke masjid atau ke surau dan
mengingatkan kita bahawa bersolat itu lebih baik daripada tidur. Besarnya fadilat sembahyang berjumaah subuh ini tiada siapa pun yang tidak mengetahuinya kerana selalu kita mnyaksikan di kaca TV hadis Nabi s.a.w. yang berbunyi:
Walau pun ramai orang yang mengetahui kelebihan ini tetapi cuba kita kira pula berapa peratus pula daripada orang-orang Islam yang bangun mengambil wuduk dan berjalan ke masjid atau ke surau. Kalau ada 50% barangkali sudah dianggap sangat baik.Mungkin 10% sahaja. Jika kita tidak datang ke masjid sekali lagi kita tersungkur kalah di medan perang kedua. Kalau tidak ke masjid pun tetapi bangun sembahyang subuh sebelum naik matahari bolehlah tahan. Tatapi kalau tidur terus sehingga naik matahari, kita bukan sahaja kalah perang tetapi menyerah diri kepada musuh yakni kepada hawa nafsu dan iblis, untuk mengikut mereka masuk ke dalam neraka.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Setelah hari siang, yang masih bekerja akan bersiap untuk bekerja. Waktu pejabat pukul 8.00 pagi. Hawa nafsu kita selalu sahaja mengajak kita supaya pergi lambat ke pejabat. Lebih teruk lagi jika meminta pula kawan punch kita di pejabat. Kita datang lewat. Atau pun punch kad awal tetapi berborak-borak pula di kantin pejabat hingga pukul 8.30 atau pukul 9.00 baru mula membuka fail. Kalau menjadi guru pula masuk ke kelas lewat 10 minit atau 15 minit. Walau pun akal dan iman kita tidak bersetuju berbuat bagitu tetapi selalu sahaja kita mengikut hawa nafsu dan kalah lagi di medan perang ketiga. Cubalah kira: kalau sehari kita mencuri masa setengah jam yang sama dengan 1/16 daripada masa bertugas dalam sahari. Bukankah dalam satu bulan kita telah mencuri 2 hari. Dalam masa 15 bulan kita telah mencuri masa satu bulan. Sepatutnya kita tidak boleh menerima gaji satu bulan dalam tiap-tiap 15 bulan. Apakah kita tidak sedar bahawa ini semua, sedang ia di rekod dalam komputer malaikat di kiri kanan kita. Meninggalkan kerja ini dan melawan hawa nafsu memang lebih hebat daripada perang Badar.
Daripada mula membuka fail di pejabat hingga waktu makan tengahhari bermacam-macam pertarungan lagi yang kita hadapi. Ini medan perang yang lebih hebat lagi. Kadang-kadang fail tidak bergerak kalau fail tidak dilapik dengan kertas-kertas merah. Ada kala pula fail yang boleh diselesaikan dalam setengah jam senghaja dibiarkan hingga empat lima hari baru dapat diselesaikan kerana kita sibuk berbincang tentang pasaran saham atau pertelagahan politik. Iman dan akal kita memang tidak bersetuju dengan kerja-kerja saperti ini tetapi kita selalu kalah pula kepada hawa nafsu. Tersungkur lagi kita dimedang perang tengah hari.
Ini adalah amalan-amalan kita yang di dalam Islam dipanggil muamalat. Sebanarnya terlalu banyak yang dilakukan oleh orang-orang Islam yang kalah dalam pertarungan dengan hawa nafsu di bidang muamalat ini. Berbagai-bagai penyelewengan kita baca, kita dengar dan kita lihat di media massa. Seolah-olah manusia ini, tidak kurang juga orang Islam, bergelempangan jatuh tersungkur di dalam perjuangan melawan hawa nafsu ini. Dalam dunia moden ini manusia yang jujur sudah tidak mempunyai tempat lagi untuk mempercayai manusia lain.
Kita menyaksikan ada peguam menipu wang yang diamanahkan oleh anak guamnya. Akauntan menipu akaun yang diamanahkan oleh syarikat kepadanya. Pengarah-pengarah syarikat yang menyelewengkan wang syarikat kepada akaunnya sendiri. Bos-Boss yang mengambil kesempatan ke atas setia usahanya. Sehingga ada doktor yang mengambil kesempatan ke atas pesakitnya. Bahkan hampir-hampir tidak masuk akal apabila kita membaca ada bapa pun sudah mengambi kesempatan, bukan sahaja kepada anak tiri tetapi kepada anak kandungnya sendiri. Nauzullah hi mi zalik. Inilah medan pertempuran hawa nafsu yang disebutkan oleh nabi kita Muhammad s.a.w. lebih hebat daripada perang Badar.
KHUBAH KEDUA
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Sempena kita menyambut tahun Hijrah 1434 ini marilah kita cuba menghisab diri kita masing-masing. Marilah kita mengambil kertas dan pena untuk merangka apakah rancangan kita pada tahun hadapan supaya kita tidak kalah di medan pertempuran dengan hawa nafsu. Mula-mula tuliskan apakah vision atau matalamat hidup kita selepas mati. Sudah tentu kita akan menulis saya mesti masuk ke syurga. Saya tak sanggup masuk ke neraka. Adakah ada antara kita yang berani mengatakan masuk neraka pun tak apalah lepas itu boleh masuk syurga. Setelah kita menentukan matalamat kita cuba tuliskan bagaimana mancari jalan ke syurga.
Jalan ke syurga ialah berjihad melawan nafsu. Nafsu yang dibimbing oleh syaitan akan mengajak kita melakukan kerja-kerja yang bertentangan dengan perintah Allah. Berjihadlah melawan ajakan syaitan hingga kita menang dalam perang melawan hawa nafsu saperti pejuang-pejuang Islam di Perang Badar. Peperangan ini berlaku setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun hingga kita di panggil oleh Allah s.w.t. kembali membawa amalan kita kepadanya. Jika kita menang dalam kebanyakan peperangan dengan hawa nafsu ini berbahagialah kita. Jika kita kalah dalam kebanyakan peperangan alamat buruklah padahnya jika kita tidak sempat bertaubat.