KHUTBAH JUMAAT 31 Disember 2010.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Hari ini ialah 31 Disember 2010 – Hari terakhir kita menyedut udara tahun 2010 Masehi. Bila kita bangun pagi besok kita akan melihat matahari tahun 2011 memancarkan cahayanya ke seluruh alam. Kita juga baru 25 hari menyambut Tahun Hijrah 1432. Bulan Disember tahun ini amat istimewa kerana dalam satu bulan kita menyambut dua tahun baharu iaitu: awal tahun Hijrah dan awal tahun Masehi.
Bagi badan-badan koperat, pada awal tahun ini adalah masa untuk mereka membuat penilaian dan merancang progaram-program yang akan dijalankan pada tahun hadapan supaya dapat meningkatkan penghasilan masing-masing. Bagitu juga bagi institusi kerajaan dan badan-badan NGO – inilah masa mereka membuat post mortem dan menyediakan garis-garis panduan baru, KPI baru bagi memperbaiki prestasi institusi masing-masing . Biasalah, bagi semua institusi mengakaji dan menyemak semula matalamat, sasaran, visi dan misi masing-masing, supaya boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa. Jika ini tidak dibuat badan-badan dan institusi-institisi itu akan ketinggalan zaman dan prestasinya akan menurun dan akhirnya akan pupus dan reput dimamah zaman.
Sidang hadirin yang dikasihi Allah sakalian,
Pada awal tahun bagini, bukan sahaja organisasi – tetapi kita sebagai individu juga perlu membuat penilaian dan muhasabah diri – untuk melihat adakah amalan dan pencapaian kita setahun yang lepas atau beberapa tahun yang lepas menunjukkan tanda-tanda menuju ke arah kebaikan atau menuju ke arah keburukan. Kita harus menilai semula: adakah prestasi atau ketaqwaan kita sebagai hamba Allah, sebagai bapa atau ibu, sebagai ahli keluarga, sebagai anggota masyarakat, sebagai ahli kariah, sebagai ahli koperat, sebagai kaki tangan kerajaan atau apa-apa sahaja peranan kita sebagai khalifah Allah di bumi ini, telah menunjukkan geraf yang menaik atau menurun atau mendatar sahaja. Jika menaik apakah langkah yang patut diambil bagi menambahbaik lagi ketaqwaan kita. Jika nampak mendatar atau ada tanda-tanda menurun apa pula penawar yang perlu dicari untuk membaikinya.
Apabila kita membuat penilaian: kita biasanya membuat ukuran mengikut ukuran norma atau kebiasaan masyarakat. Ukuran masyarakat biasanya dengan angka-angka dan penampilan yang boleh dilihat dengan mata kasar. Biasanya masyarakat mengukur prestasi manusia dengan melihat adakah pendapata dan hartanya bertambah banyak, gajinya bertambah besar, pangkatnya semakin tinggi, bintangnya semakin banyak dan perutnya semakin buncit. Kita selalu menilai bahawa orang yang graf dan prestasinya dalam ukuran kekayaan tersebut sebagai orang yang bertambah darjatnya, bertambah nikmatnya dan bertambah bahagianya. Oleh itu dalam merancang program masa hadapan, kita selalu merancang bagaimana untuk menambah harta dan asset kita daripada ribuan menjadi jutaan . Merancang untuk menambah pangkat dari nombor dua puluhan kepada lima puluhan. Menambahkan bintang dari PJK, AMP, AMN, kepada Dato’, Dato’ Seri dan Tan Sri. Menukarkan kereta dari Proton ke Mercedez, Porche dan Lambourgene. Membesarkan rumah dari dua bilik kepada lima atau sepuluh bilik. Menambahkan isteri dari satu ke empat. Sebenarnya semua itu tidak salah jika penambahan itu dibuat mengikut jalan dan sumber yang diredhai Allah. Allah s.w.t. pun menyuruh manusia menyebut dan mensyukuri nikmatnya saperti firmannya dalam surah Adhuha ayat 11
$¨ وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ
Yang bermaksud: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan atau engkau zahirkan sebagai bersyukur kepadaNya.
Yang menjadi masalah ialah apabila segala nikmat itu di dapati dengan jalan yang tidak diluluskan oleh syarak. Masalah – jika segala asset dan pangkat darjat itu didapati dengan cara penipuan, penyelewengan, rasuah atau ugutan. Masalah – jika didapati dengan cara tamak dan haloba hingga hilang pertimbangan bagi mendapatkan nikmat itu. Kes N. Patmanaban yang membunuh Al Marhumah Dato’ Sosilawati Lawiya dan dua orang rakannya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat dahulu adalah manipestasi perancangan sifat tamak haloba yang melampau. Patmanaban adalah seorang peguam dan seorang jutawan. Hampir semua nikmat dunia ini telah dinikmatinya. Tetapi kerana tamak untuk menambah asset kepada beberapa juta lagi, ia sanggup membunuh dengan cara yang amat kejam dan diluar batas kemanusiaan. Ini semua kerana ia menyangka ia boleh menutup semua kekejamannya dengan wang ringgit dan dan boleh mengugut semua orang dengan kekayaannya. Setelah meringkok di dalam lokap baharulah ia sedar bahawa ia adalah makhluk kerdil yang diciptakan Allah dari setitik air yang hina saperti firman Allah di dalam Surah As Sajdah ayat 8
ثُمَّ جَعَلَ نَسۡلَهُ ۥ مِن سُلَـٰلَةٍ۬ مِّن مَّآءٍ۬ مَّهِينٍ۬
¢&ä!$¨B &ûüÎg¨B
Yang bermaksud: kemudian Dia menjadikan dia dari saripati tanah dan air yang hina. Sekarang baru ia sedar bahawa kekayaan dan kuasanya boleh hilang dalam sekelip mata.
Banyak lagi kes-kes lain yang mengesahkan bagaimana manusia lupa daratan, menjadi tamak dan menjadi kejam apabila dikurniakan Allah dengan kenikmatan, kekayaan, kekuatan dan kekuasaan. Kisah Mona Fandi yang membunuh dan memotong mayat menjadi 18 kerat – kisah Botak Chin yang merompak dan membunuh untuk mendapat wang adalah contoh-contoh klisik yang terbayang-bayang di mata kita. Di zaman lampau kita dipaparkan di dalam Al Quran dengan kisah Firaun, Namrud, Qarun dan kaum Nabi Lut yang dibinasakan kerana lupa daratan setelah mendapat nikmat dari Allah.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Setelah melihat bagaimana manusia-manusia keturunan Adam ini hilang arah dan menjadi zalim kerana nikmat Allah, marilah kita bermuhasabah diri kita pada awal tahun Hijrah dan Tahun Masehi ini. Kita harus bertanya semula kepada diri kita: “Kemanakah perjalanan hidup kita akan sampai akhirnya ? Jawapan mudahnya kita akan bersara dan mati. Banyak orang menyangka ia terpaksa mengumpulkan harta yang banyak supaya apabila ia bersara dan sudah tua ia akan hidup senang dan mati dengan aman. Benarkah bagitu ? Hakikatnya: kita semua yang ada di dalam masjid ini sebenarnya tidak akan mati selama-lamanya. Apabila malikalmaut mengambil nyawa kita, kita akan memulakan hidup baru di tiga alam lagi. Alam Barzakh, Alam Mahsyar dan Alam Syuga atau Neraka. Maklumat yang kita dapati dari Al Quran dan Al Hadis ialah bahawa kehidupan di tiga alam ini amat dahsyat, mengerikan dan menggerunkan jika kita tidak membuat persediaan yang secukupnya. Sebaliknya kita akan mendapat kenikmatan yang tidak pernah dibayangkan oleh fikiran jika ada persediaan yang baik.
Mati itu cuma beberapa jam sahaja. Masanya antara nyawa kita dicabut hingga kita ditanam di dalam kubur. Selepas itu kita akan hidup semula dalam alam lain selama-lamanya. Ini hakikat yang selalu dilupakan apabila kita membuat perancangan awal tahun. Kita selalu membuat perancangan hingga kita mati sahaja. Kita tidak memasukkan perancangan atau planning selepas mati. Yang perlu kita fikirkan ialah keperluan hidup kita selepas mati tidak sama dengan keperluan kita semasa di atas dunia ini. Di dunia ini kita perlukan wang, makanan, pakaian, perumahan, kenderaan, kad kredit, kuasa, pingat dan bintang.
Di alam selepas kita mati kerperluannya lain. Di sana wang dan kad kredit tidak di perlukan kerana mesen ATM pun tidak ada di akhirat. Kita perlukan pahala bukan Ringgit Malaysia. Kad Kredit kita ialah Kad Ketaqwaan. Yang perlu disediakan ialah pahala solat, puasa, zakat, haji, sedekah jariah, infak kepada orang miskin, perkhidmatan kepada masyarakat yang ikhlas dan sifat-sifat yang Mahmudah. Kita perlukan bintang dan pingat muttaqin, siddiqqin, muhsinin, mukhlisin, sobirin, tauwabin yang boleh dicari di dalam Al Quran.
Semua ini di ringkaskan sebagai pahala. Pahala itulah wang iaitu ala pertukaran untuk membeli nikmat di akhirat. Rekod pahala dan dosa kita di hantar oleh Malaikat Raqid dan ‘Atid ke langit tanpa menghantar bank statement kepada kita. Jika banyak pahala senanglah hidup kita. Jika yang dibawa ialah dosa pelanggaran perintah Allah: meragut, Mazmumah maka hidup kita selepas mati pasti akan menghadapi kesengsaraan dan azab yang amat dahsyat yang tidak dapat dibayangkan.
Bandingan yang amat mudah mungkin saperti perlawanan bola sepak Piala Suzuki dua malam yang lepas. Kita menang kerana mempunyai modal 3-0 dalam perlawanan Pertama di Kuala Lumpur. Jadi walau pun kalah di Jakarta 2-1 kita masih boleh mendapat kemenangan 4-2 dan menerima piala kemenangan. Bagitu jugalah perjalanan hidup kita. Perlawanan pertama itu adalah hidup kita semasa muda. Jika waktu muda kita menjadi orang yang bertaqwa dan banyak amalan kebajikan mudahlah persiapan hidup kita waktu tua atau perlawanan kedua. Sebab pahala atau gol waktu kita muda boleh menampung kecuaian kita waktu tua. Sebaliknya jika kita kalah 3-0 atau 10-0 dalam perlawanan pertama kerana banyak membuat maksiat teruklah kita mengumpulkan goalatau pahala dalam perlawanan kedua. Besar kemungkinan kita tidak berjaya mencari banyak goal untuk menutup kekalahan waktu pertama sapertitang berlaku kepada Indonesia. Apatah lagi jika perlawanan kedua pun kita mengumpulkan gol kekalahan yang makin banyak. Baiklah keluar padang.
Yang lebih susah lagi: dalam perlawanan hidup ini refrinya ialah Maliakat Izrail atau nama glamournya malaikalmaut. Ia diberi kuasa oleh Allah boleh meniup wisil penamat bila-bila masa sahaja. Apahal jika ia meniup wisel penamat dalam separuh mata pertama dan kita telah kena 5 – 6 goal. Confirmlah kita akan kalah. Yang kalah ini kena masuk ke lubang goal neraka. Cuma satu kemudahan yang diberi oleh Allah iaitu kita boleh bertaubat bila bila-bila masa sahaja. Tuhan akan mengampunkan dosa kita jika kita bertaubat nasuha. Taubat ini mungkin sama saperti kita mendapat tendangan penalti – boleh mendapat gol percuma tetapi kenalah tendang gol hingga masuk – jangan main-main. Maksudnya tauabat itu mestilah taubat nasuha – bukan taubat ayam makan padi. Lepas di halau datang lagi.
Sudang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Pada awal tahun baru ini marilah kita sama-sama bermuhasabah diri kita masing-masing. Cuba tanya diri kita dengan jujur dan jawab dengan jujur. Jika kita mati hari ini, rasa-rasanya adakah kita akan masuk ke neraka atau ke syurga? Kalau kita rasa insyallah dengan amalan saya yang ada, saya akan masuk ke syurga – alhamdulillah. Teruskan amalan kita dan tambah mana yang perlu. Tetapi jika kita merasa 50% atau 20% sahaja kemungkinan kita akan masuk ke syurga dan 80% atau 50% kita akan masuk ke neraka, kita tidak boleh releks lagi. Sebab malaikalmaut tidak pernah releks. Izrail sentiasa mengintai kita di celah-celah urat jantung, di tayar motosikal mat rempet, di dalam Bas ekspress, di lebuh raya, di bawah gunung berapi – bahkan dimana-mana sahaja. Oleh itu langkah segera mesti diambil tanpa berlengah-lengah lagi.
Cuba bayangkan betapa dahsyatnya tempat tinggal kita jika destinasi kita ke neraka. Hadis Nabi s.a.w mengatakan orang yang paling rengan diseksa dalam neraka ialah bapa saudara baginda iaitu Abu Talib. Abu Talib itu paling baik dan menyayangi dan pembela Nabi s.a.w. semasa hidupnya tetapi matinya tidak Islam. Hukumannya: ia dipakaikan dengan kasut dari api neraka yang bila dipakai menggelegak otaknya. Cuba bayangkan apa hukuman yang akan diterima oleh penipu, perompak, penzina, peminuk arak, penjudi, ah long, penderhaka kepada ibu bapa, melawan Allah dengan meninggalkan solat, puasa, zakat dan sebagainya.
Gambaran siksaan neraka yang diberikan di dalam Al Quran sungguh dahsyat dan mengerikan. Orang yang berdosa dan tidak bertaubat akan di bakar di dalam api hingga hangus kulItnya. Kemudian kulit itu akan tumbuh semula dan dibakar semula. Bagitulah beribu-ribu tahun. Mereka merasa lapar dan dahaga yang amat sangat tetapi makanannya adalah buah zaqum yang keras dan berduri yang akan merobek rengkongnya apabila dimakan. Minumannya pula adal air yang mendidih dan air nanah ahli neraka. Harta orang yang tidak membayar zakat akan dijadikan strika panas yang akan digosok di belakangnya hingga berasap kulitnya. Ahli neraka juga akan di rantai dari besi yang merah bernyala.
Disamping itu bermacam-macam binatang neraka akan menyiksanya beribu-ribu tahun. Cuba bayangkan: berbaloikah kita bergembira sekejap di dunia ini dengan berpoya-poya dengan kenikmatan dunia yang amat terhad kemudian kita menderita beribu-ribu tahun di akhirat. Dan ingatlah siksa ini akan bermula sebaik sahaja kita masuk ke alam berzakh atau beberapa jam selepas kita menghembuskan nafas yang akhir.
KHUTBAH KEDUA
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Serelah kita melangkah ke tahun 2011 dan tahun Hijrah 1432 marilah kita cuba menghisab diri kita masing-masing. Marilah kita mengambil kertas dan pena untuk merangka rancangan kita pada tahun hadapan. Mula-mula tuliskan apakah vision atau matalamat hidup kita selepas mati. Sudah tentu kita akan menulis saya mesti masuk ke syurga. Adakah ada antara kita yang berani mengataka: tak apala – masuk neraka pun tak apalah. Kalau semua orang masuk syurga siapa nak masuk neraka. Setelah kita menentukan objektif kita cuba tuliskan bagaimana mancari jalan ke syurga. Sebenarnya tidak susah sangat. Imam Ghazali memberi 10 jalan ke syurga dan mengelakkan 10 jalan ke neraka. Jalan ke syurga ialah mengamalkan 10 sifat mahmudah dan mengelakkan 10 sifat mazmumah. Hayatilah sifat-sifat ini yang boleh didapati dalam kitab-kitab tasauf.
Kita tidak harus menunggu tahun 2012 atau tahun 2020 baru hendak mengambil tindakan kerana malaikalmaut sentiasa mengendap dibelakang kita dengan senarai nyawa yang akan dicabutnya setiap hari. Jika nama kita sudah naik dalam senarai, dia tidak akan menunggu walau se saat pun sebab dia adalah pegawai Allah yang sangat kuat disiplinnya. Jika kita jutawan dan menyerahkan semua harta kita di dunia ini pun untuk meraswah malaikal maut, ia tidak akan lari dari tugasnya mencabut nyawa kita. Tidak kira tua, muda, kanak-kanak, bayi atu OKU.