Khutbah Jumaat 04 DIS 2009

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Pada hari Jumaat yang mulia ini kita telah berada di akhir  tahun  Masehi 2009. Tiga minggu lagi kita akan meninggalkan tahun 2009 dan menyambut tahun 2010.  Sedar atau tidak sedar umur kita telah bertambah setahun lagi.  Jarak kita dengan rumah telah bertambah jauh setahun dan jarak kita dengan kubur bertambah dekat setahun.   Oleh itu sebelum kita melangkah ke tahun 2010 marilah kita bertafakurdan  bermuhasabah diri kita masing-masing tentang hidup kita ini. Dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi.

Kita semua telah maklum bahawa  manusia ini  telah diciptakan Allah  daripada setitis air yang hina yang jika terkena kepada baju akan kita basuh hingga bersih. Manusia diciptakan dengan pecantuman satu sel benih lelaki dan dengan satu cel benih perempuan di dalam rahim wanita.  Sel yang bercantum ini bekembang biak hingga menjadi berjuta-juta sel dan membentuk tulang, daging, kepala, kaki, tangan dan organ-organ di dalam tubuh manusia.

Allah mengingatkan manusia tentang penciptaan manusia ini dalam Surah Al Mukminun ayat 12 hingga 16:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن سُلَالَةٍ مِّن طِينٍ

ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَّكِينٍ

ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Maksudnya:  Demi sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; kemudian Kami jadikan “pati” itu air benih yang disimpan pada tempat yang kukuh;  Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi se ketul darah beku. Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa keping tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maha suci Allah Pencipta yang paling baik.

Proses pertumbuhan ini berlaku di dalam pemeliharaan Allah,  hinggalah manusia di lahirkan dari perut ibu ke alam dunia ini untuk memikul tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Allah telah mengaturkan  bahawa aktiviti hidup manusia di alam dunia  -yang tidak sampai 100 tahun-  inilah yang  akan menentukan rupa bentuk kehidupan manusia berjuta-juta tahun seterusnya.  Jika semasa hidup di dunia ini manusia dapat menjalankan tanggung jawabnya dengan baik sebagai hamba Allah dengan  penuh taqwa, makan hidup setrusnya akan mendapat kenikmatan yang sejati dan abadi.  Sebaliknya jika manusia gagal menjalankan tanggung jawabnya di dunia ini sebagai hamba Allah  maka kehidupan selepas matinya akan penuh dengan azab sengsara.

Semua kita, orang yang beriman percaya:  bahawa akibat daripada segala tindak tanduk kita di dunia ini akan mula di rasa sebaik sahaja kita di masukkan ke kubur. Mati sebenarnya hanya  beberap jam sahaja.  Alam pertama yang akan kita lalui selepas mati ialah alam barzakh atau alam kubur.  Banyak hadis sahih yang mengesahkan bahawa sebaik sahaja orang yang menghantar kita balik dari kubur,  kita akan sedar semula  dan bebarapa jenis azab permulaan akan di rasai di alam barzakh ini sehinggalah berlaku kiamat.  Selepas kiamat terjadi,  kita akan berpindah pula ke alam mahsyar atau  alam pengadilan. Di sana akan  disediakan   oleh Allah s.w.t. sebuah mahkamah keadilan agung yang maha besar, maha lama perbucaraannya, maha telus dan maha adil. Hakimnya ialah Allah s.w.t. sendiri. Keputusannya muktamad dan tidak boleh dirayu kemahkamah yang lebih tinggi.  Di mahkamah ini semua makhluk baik manusia binatang atau jin akan mendapat pengadilan yang seadil-adilnya. Tidak ada suatu pun yang akan dapat disorok di mahkamah itu. Semua rahsia akan terbongkar dan semua keraguan akan terserlah.  Manusia tidak dapat berdalih lagi walau pun ia seorang peguam yang paling bijak di dunia ini saperti yang diceritakan di dalam Surah Yasiin ayat 65

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Pada  hari ini Kami tutup mulut mereka, dan akan bercakap tangan mereka kepada kami, dan kaki mereka menjadi saksi terhadap apa yang mereka lakukan dahulu.

Ini membuktikan bahawa kita tidak boleh berselindung lagi.  Besar kemungkinan video semua perlakuan kita akan ditayangkan semula termasuk close-upnya sekali.  Gambar kaki dan tangan ketika melakukan sesuatu akan dapat dilihat dengan jelas seolah-olah tangan dan kaki itu bercakap sendiri. Jadi mana ada jalan untuk menafikan segala yang kita lakukan.

Kehebatan mahkamah agung itu di gambarkan oleh Allah di dalam surah An Naba’ ayat 38 dan 39

يَوْمَ يَقُومُ الرُّوحُ وَالْمَلَائِكَةُ صَفًّا ۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنْ أَذِنَ لَهُ الرَّحْمَٰنُ وَقَالَ صَوَابًا

ذَٰلِكَ الْيَوْمُ الْحَقُّ ۖ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ مَآبًا

yang bermaksud:  Pada hari itu (yakni Hari Pengadilan) roh-roh (manusia dan jin) dan para malaikat berdiri bersaf-saf (yakni berbaris-baris lurus) mereka tidak berani berkata apa-apa kecuali siapa yang diberi keizinan oleh Tuhan yang Maha Pemurah dan mereka cuma mengucapkan perkataan yang benar sahaja.  Itulah hari yang pasti akan terjadi. Maka barangsiapa yang di kehendaki maka ia akan menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.

Ternyata dalam ayat tersebut tiada siapa yang boleh berbohong dan berdusta lagi   Manusia, jin dan malaikat bagitu takut dan gerun  sekali. Bayangkan di hadapan berbillion-billion makluk manusia, jin dan malaikat semua rahsia kita ditelanjangi satu persatu. Bagi yang berdosa mungkin semua air kencing di dalam perutnya akan meluncur keluar ketakutan. Tiada siapa yang berani bercakap walau pun sepatah tanpa kebenaran Allah.  Semuanya akan dihukum dengan se adil-adilnya.  Yang terzalim akan mendapat pampasan yang seadil-adilnya daripada yang menzaliminya.  Setiap kesalahan atau dosa akan di kira walau sekecil mana sekali pun saperti yang termaktub didalam surah Az Zazilah ayat  6, 7 dan 8

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِّيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dengan bermacam-macam keadaan supaya diperlihatkan kepada mereka balasan pekerjaan mereka.  Barang siapa membuat kebaikan walau sebesar zarah atau atom pun necaya akan di lihatnnya.  Dan barangsiapa membuat kejahatan walau sebesar zarrah pun akan dilihatnya juga.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Setelah fakta-fakta kes di bentangkan dengan meneliti semua amalan, pekerjaan, ibadat, akhlak, niat-niat di dalam hati,  kita semasa hidup yang kurang dari 100 tahun ini maka Allah akan menjatuhkan hukuman dengan seadil-adilnya dengan timbangan atau mizan.  Bagaimana rupa mizan itu ?  Adakah ia saperti timbangan kilo atau pun unit digital saperti meter ditempat kita membeli minyak  tidak perlulah kita persoalkan kerana teknologi Allah berjuta-juta kali lebih canggih daripada teknologi kita. Yang pasti ialah dalam timbangan itu kita akan melihat manakah yang lebih berat.  Amalan kebaikan atau amalan kejahatan.  Allah memberi gambaran yang mudah di fahami oleh manusia dalam surah Al Qariah ayat  6 hingga 11

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ