Khutbah Jumaat 15 Julai 2011

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita telah berada dipertengahan Bulan Syaaban. Bulan Syaaban ini menjadi istimewa kerana ia diapit oleh bulan Rejab dan bulan Ramadan. Bulan Rejab bagitu penting kerana di dalamnya terdapat peristiwa Israk dan Mikraj yang membawa Nabi Muhamad s.a.w.  mengembara ke langit untuk menerima Solat lima waktu iaitu Rukun Islam kedua.  Manakala di Bulan Ramadhan yang akan  kita sambut dua minggu lagi pula, dihiasi dengan Rukun Islam ketiga iaitu kewajipan berpuasa.   Bulan Ramadan juga diberkati dengan turunnya permulaan Al Quran  saperti firman Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat 185.

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ

 

Pada bukan Ramdhan diturunkan Al Quran yang menjadi pertunjuk bagi sakalian manusia, dan menjadi tanda-tanda yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang batil. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu.

            Ayat ini amat jelas membuktikan secara qat’i bahawa Al Quran itu diturunkan pada bulan Ramdhan dan pada bulan itu juga diwajibkan berpuasa bagi umat Islam.  Kebenaran ini disokong pula dengan ayat pertama dari Surah Al Qadr:

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ

ø9$# ÇÊÈ 

yang bermaksud: sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Qadr.  Para ulama telah sepakat mengatakan bahawa malam Qadr atau Lailatul Qadr itu memang jatuh pada salah satu daripada malam bulan Ramadhan.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,  

            Al Quran adalah salah satu daripada kitab yang diturunkan ole Allas s.w.t. kepada Rasul-rasul pilihanNya untuk menjadi pertunjuk kepada umat manusia. Kita semua maklum: selain daripada Al Quran Allah telah menurunkan Zabur kepada Nabi Daud, Taurat kepada Nabi Musa dan Injil kepada Nabi Isa. Tetapi semua kitab-kitab lain telah  hilang keaslian dan kemurniannya.  Kitab Bible misalnya telah diubah berpuluh-puluh kali dan terdapat berpuluh-puluh versi dan beratus-ratus  percanggahan. Bahagian awal Bible yang dipanggil Old Tastement yang dikatakan disalin dari Taurat Nabi Musa telah jauh daripada Kitab Talmud yang dipunyai oleh orang-orang Yahudi.  Bahagian kedua Bible atau New Tastement sama sekali bukan versi kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa.  Bahgaian ini cuma rencana-rencana atau teks yang di tulis oleh pengikut-pengikut Nabi Isa yang telah menyeleweng dari ajaran Nabi Isa yang sebenar. Taraf New Tastement itu paling tinggi pun cuma saperti hadis-hadis dhaif di dalam Islam dan ia bukan ayat-ayat dari Allah s.w.t. saperti dakwaah paderi-paderi Kristian,  kerana kesasihan cerita-cerita didalam New Tastement itu sentiasa sahaja dipertikaikan dari abd ke abad oleh ulama mereka sendiri.

            Situasi ini berlainan sekali dengan Al Quran.  Kita tahu Al Quran yang ada di tangan kita sekarang sama dengan Al Quran yang ada di mana-mana tempat juga di dunia ini.  Kandungan Al Quran itu asli dan murni seratus peratus.  Kandungan Al Quran dengan versi yang sama itu di hafal oleh berpuluh-puluh  ribu-ribu orang di seluruh dunia.  Jika satu huruf atau satu baris sahaja cuba diselewengkan oleh sesiapa maka penghafal Al Quran di seluruh dunia akan bangun menentangnya. Oleh itu kita semua amat yakin bahawa Al Quran itu  tidak boleh di selewengkan hingga ke hari Kiamat,  kerana Allah s.w.t. sendiri telah memberi jaminan untuk memelihara kesucian dan kemurnian Al Quran itu, saperti firmannya dalam Surah Al Hijr ayat 9

إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُ ۥ لَحَـٰفِظُونَ

 

yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. Oleh itu walaupun berbagai-bagai cubaan dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk menyelewengkan kandungan Al Quran tetapi tidak pernah berjaya dan tidak akan berjaya selama-lamanya.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Bagaimanakah  Allah menyelamatkan Al Quran ini dari penyelewengan selepas 1400 tahun ia diturunkan ? Untuk memahaminya, kita harus melihat sejarah atau sirah penulisan, pembukuan atau pengkitaban Al Quran.  Nabi Muhamad s.a.w. dengan ayat Ql Quran dan hidayah dari Allah mengetahui penyelewengan kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al Quran.  Oleh itu baginda telah mengambil beberapa langkah supaya Al Quran tidak jadi saperti kitab-kitab yang terdahulu. 

Orang Arab semasa Nabi dibangkitkan menjadi rasul,  kebanyakannya adalah buta huruf – termasuklah baginda Rasullalah sendiri. Butu huruf atau “ummi” pada masa itu bukanlah sesuatu yang boleh menjatuhkan darjat sesaorang. Oleh itu apabila baginda menerima wahyu daripada Jibril baginda menggalakkan para sahabat menghafal ayat-ayat yang diturunkan.  Oleh itu terdapat beratus-ratus para sahabat Radiyallahu ‘Anhum yang menghafal Al Quran.  Mungkin  menghafal Al Quran pada masa itu tidak bagitu susah kerana ayat-ayat Quran itu diturunkan sadikit demi sadikit dan para sahabat menunggu-nunggu turunnya ayatayat  yang baru.  Lagi pun bagi orang yang buta huruf ini kekuatan menghafal mereka lebih kuat daripada kita yang boleh membaca. 

            Baginda Rasullullah s.a.w. sedar kemungkinan berlaku kelupaan dan percanggahan tentang hafalan akan berlaku. Oleh itu baginda mengarahkan supaya ayat-ayat Al Quran yang diturunkan itu ditulis pada alat-alat  tulis pada masa itu.  Alat-alat itu termasuklah kulit binatang, batu yang nipis, pelepah kurma,  dan tulang binatang. Jurutulis baginda termasuklah Zaid bin Thabit, Ali bin Abi Talib dan Muawiyah bin Abi Suffin.  Ayat-ayat yang ditulis itu  disusun mengikut arahan baginda sendiri saperti yang disampaikan oleh Jibril.  Pada masa baginda wafat kandungan Al Quran telah terselamat oleh tiga pihak.  Pertama di dalam dada beratus-ratus penghafal Al Quran.  Kedua di naskhah-naskhah yang ditulis untuk Nabi Muhamad s.a.w. Ketiga naskhah-naskhah yang ditulis untuk kegunaan sendiri oleh para sahabat yang pandai menulis.  Selain daripada itu Jibril pula mengulang bertadarus dengan baginda Rasulullah pada setiap bulan Ramdhan. Hadis yang sahih mengatakan pada tahun kewafatan baginda Jibril bertadarus sebanyak dua kali dengan baginda s.a.w. untuk mempastikan tidak ada ayat yang tercicir atau tersalah.

            Apabila baginda wafat Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah. Sejarah mecatatkan berlaku penentangan terhadap Abu Bakar.  Ramai yang murtad dan tidak mahu membayar zakat.  Abu Bakar dengan tegas memerangi mereka.  Dalam peperangan ini terutama dalam peperangan Yamamah ramai penghafal Quran yang terkorban – dicatatkan lebih 70 orang penghafal Al Quran yang terkurban dalam perang itu sahaja.  Keadaan ini menimbulkan kerisauan para sahabat terutama Saidina Umar AlKhatab.  Saidina Umar berjumpa Saidina Abu Bakar dan mengusulkan supaya Al Quran ditulis semula dengan lengkap dalam satu naskhah untuk menyelamatkannya daripada  penyelewengan.  Pada mulanya Abu Bakar tidak bersetuju kerana Nabi Muhamad s.a.w. tidak pernah mengarahkan berbuat bagitu.  Tetapi akhirnya Saidina Abu Bakar meneriman usul Saidina Umar itu satelah melihat semakin ramai penghafal Al Quran yang meninggal.

            Khalifah Saidina Abu Bakar telah mengarahkan Zaid bin Thabit, salah seorang penulis ayat Quran Rasulullah untuk mengumpulkan semua alat-alat yang bertulis  ayat-ayat Quran dalam satu naskhah yang lengkap.  Pada mulanya Zaid pun agak keberatan melakukannya hingga beliau  berkata kepada Khalifah Abu Bakar “Demi Allah,  jika engkau mengarahkan aku untuk memindahkan sebuah bukit maka ia akan lebih ringan daripada mengumpulkan Al Quran.”  Walau bagaimana pun akhirnya dengan penuh teliti dan tanggungjawab  Zaid bin Thabit berjaya menulis semula semua kandungan Al Quran yang berselerak itu dalam lembaran-lembaran, mengikut saperti yang diajarkan oleh Rasulullah. Lembaran naskhah itu  diserahkan kepada  Khalifah Abu Bakar.  Apabila Saidina Abu Bakar wafat naskhah itu disimpan oleh Saidina Umar dan Apabila Saidina Umar wafat naskhah asal itu disimpan oleh anaknya Saiditana Hafsah yang juga balu baginda Rasulullah s.a.w.

            Pada masa Saidina Othman bin Affan menjadi Khalifah negara Uslam telah berkembang hingga ke Syam,Irak, Farsi, India dan Afrika.  Pemeluk Islam yang baru dan amat ramai  ini telah mendapat naskhah Al Quran yang ditulis oleh para sahabat. Maka berlakulah kecelaruan dalam membaca Al Quran.  Perkara ini telah dapat dikesan oleh seorang sahabat bernama Khuzaifah bin Yaman ketika beliau mengukuti akspedisi menaklukkan Armenia dan Azarbaijan. Beliau medapati banyak perselisihan tentang bacaan Al Quran. Justeru beliau membuat laporan kepada Khalifah Osman. Untuk mengatasi masalah ini Saidina Othman telah meminta naskhah Al Quran yang dikumpulkan oleh Zaid bin Thabit di zaman Saidina Abu Bakar yang tersimpan di rumah Hafsah supaya dibuat beberapa salianan.

            Khalifah  Othman Al Affan telah meminta Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Said bin Asy dan Abd. Rahman bin Harith untuk menulis lima salinan dari salinan yang asal daripada Saiditana Hafsah tersebut.  Sailinan ini dinamakan Mashaf Osmani.  Empat daripadanya di hantar ke Mekah, Syria, Basrah dan Kufah. Yang kelima ditinggalkan bersama Saidina Othman di Madinah. Naskhah-naskhah yang lain diperintahkan oleh Khalifah supaya dibakar.  Fakta ini perlu untuk menyanggah pendapat yang mengatakan bahawa Al Quran cuma dikumpul dan ditulis semula pada masa Saidina Othman.  Fakta yang sebenarnya ialah Saidina Othman cuma menyalinnya sahaja daripada naskhah yang kumpulkan pada masa Saidina Abu Bakar menjadi Khalifah. Fakta-fakta inilah yang mesti diketahui oleh semua umat Islam untuk menangkis hujah-hujah yang mengatakan Al Quran itu sama sahaja dengan kitab-kitab agama lain mempunyai banyak kesilapan. 

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Al Quran ini sabenarnya adalah mukjizat Nabi Muhamad yang boleh dilihat hingga sekarang.  Keajaiban Al Quran telah banyak diperbincangkana dalam berbagai-bagi forum.  Al Quranlah satu-satunya kitab yang faktanya tidak pernah bercanggah dengan Sains moden. Fakta sains,  fizik, kimia, perubatan, geografi, sejarah, astronomi, metametik dan lain-lainnya. Hingga hari ini makin banyak penemuan-penemuan baru yang disebutkan di dalam Quran 1400 tahun dahulu telah dapat di rungkaikan. Malangnya banyak penemuan-penemuan itu ditemui oleh orang bukan Islam kerana orang-orang Islam telah malas mengkaji kandungan Al Quran.

            Oleh itu sempena menyambut Bulan Ramdhan yang mulia ini marilah kita mendekati Kitab yang diturunkan oleh Allah untuk memberi pertunjuk kepada semua manusia ini. Jika kita lihat bagaimana situasi semasa dato’ kita Adam dan nenek kita Hawa dihalau dari syurga dahulu kita boleh mengerti pertingnya Al Quran dalam kehidupan manusia.  Adam mengadu kepada Allah bagaimana ia boleh hidup di dunia baru kelak tanpa bantuan dari Allah.  Allah menjawab dengan firmannya dalam surah Al Baqarah ayat 38

قُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ مِنۡہَا جَمِيعً۬ا‌ۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ

 öNèd tbqçRt“øts†    

Yang bermaksud: Kami berfirman kepada Adam : “Turunlah kamu semuanya dari syurga itu, kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.

Ayat ini dengan tegas mengatakan di dunia ini manusia mesti mengikut pertunjuk yang diberikan Allah melalui Kitab-kitab yang disampaikan oleh Jibril kepada rasul-rasulnya –jika tidak mereka akan tersesat.  Oleh kerana pertunjuk yang diberikan kepada rasul-rasul lain semuanya telah tercemar maka manusia tidak ada pilihan lain kecuali mengikut pertunjuk Al Quran.  Malang sekali manusia hari ini tidak mengikut pertunjuk Allah dari Al Quran.  Manusia lebih selesa mengikut pertunjuk Aristotle, Socrates, Max Wever, Karl Marx, Adam Smith dan Barack Obama.  Oleh itu manusia meraba-raba saperti berjalan di dalam gelap.  Ada lampu suluh yang amat terang iaitu Al Quran yang diberi Allah tetapi tidak mau dipetik suisnya dan digunakan untuk menyuluh jalan.  Lampu yang terang disimpan didalam almari berkunci.  Manusia tidak mau belajar menggunakan lampu yang diberi Allah.  Mereka menangkap kelip-kelip yang dipelihara oleh manusia untuk menyuluh jalan.  Akhirnya mereka tidak sampai ke destinasi yang dituju tetapi tersungkur masuk ke longkang di tepi jalan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*