KHUTBAH JUMAAT 25 SEPTEMBER 2015

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Hari ini kita sedang berada di awal bulan Zulhijjah iatu 4 Zulhijjah 1436.  Lagi 6 hari, insyallaha kita akan menyambut Hari Raya Idil Adha atau Hari Raya Qurban atau dipanggil juga Hari Raya Haji.  Di Malaysia kita menyebut hari Raya Qurban kerana ketika merayakan Hari Raya Aidil Adha kita biasanya melakukan amalam Qurban dengan menyembelih lembu atau kambing. Kita juga menyebut Hari Raya Haji kerana pada masa itu umat Islam sedang mengerjakan Haji. Dalam bahasa Arab sebenarnya tidak ada istilah ‘Adil Qurban’ atau “Idil Haj”.  Yang ada cuma istilah ‘Adil Adha’ sahaja. Adha ialah binatang yang akan disembelih untuk dibuat qurban.    Dalam Bahasa Malaysia istilah ‘Adha’ dengan makna menyembelih qurban agak kurang dikenali. Sabenarnya istilah-istilah ini tidaklah perlu dipersoalkankan kerana tidak ada yang mengelirukan. Bahkan semuanya berada di dalam persepektif yang betul.

Yang penting, kita perlu menghayati Hari Raya Qurban atau Aidil Adha ini dengan cara yang tepat mengikut aqaid dan muqasid syariah. ‘Aqaid’ bermakna kaedah dan ‘maqasid’ bermakna matlamat atau tujuan.  Bermakna: kita seharusnya menjalani proses Hari Raya Qurban ini mengikut kaedah dan matalamat yang digariskan oleh syariat Islam saperti yang diajarkan oleh Nabi Muhamad s.a.w., sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis sahih. Kita tidak harus lari dari garis yang telah ditetapkan oleh baginda Rasullah s.a.w.

Di antara amalan yang dituntut bersangkutan dengan Aidil Adha ini ialah pertama: berpuasa pada hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah, yang pada tahun ini jatuh pada hari Rabu, 23 September 2015. Ada juga hadis yang menggalakkan kita berpuasa dari 1 zulhijjah hingga 9 Zulhijjah. Kedua: kita disunatkan bertakbir mulai malam Hari Arafah hingga akhir hari Tasyriq iaitu dari 9 hingga 13 Zulhijjah. Ketiga: pada Hari ke 10 Zulhijjah  kita disunat-muakadkan bersolat sunat Aidil Adha secara berjemaah dan berkhutbah. Keempat: umat Islam disunatkan pula menyembelih binatang Qurban atau atau binatang adha  pada hari Nahar iaitu pada hari Raya Pertama hingga akhir hari Tasyriq. Bagitulah amalan Hari Raya Aidl Adha di Malaysia kita ini yang kita sambut tahun demi tahun.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Di Makatul Makaramah suasana Hari Raya agak berbeza.  Hari Raya Aidil Adha bagitu meriah sakali.  Pada 9 zulhijjah hampir seluruh penghuni Kota Makah turun ke Padang Arafah berwukuf dengan pakaian yang seragam bukan sahaja dari segi fesyen tetapi juga pada warnanya.  Seluruh pada Arafah kelihatan saperti sebuah lautan yang berwarna putih dengan hampir 2 juta uamt Islam yang berhimpun dengan pakaian ihram. Ini bukan perhimpunan baju puteh kerana yang lelaki tidak memakai baju pun.  Pada 10 Zulhijjah pula penghuni Arafah berpindah dari Arafah ke Muzdalifah kemudian terus ke Mina. Oleh kerana jalan sangat sesak, ada yang cuma dapat sampai ke Mina pada tengah hari 10 Zulhijjah dan ada yang tidak sempat bersolat sunat Hari Raya Adil Adha. Maknanya solat sunat Hari Raya Adha itu buka acara yang sangat penting. Sepanjang Hari Tsyriq pula jemaah haji sibuk berulang alik dari khemah ke Jumrah untuk melontar.  Yang melakukan qurban pun tidak ada kesempatan untuk melihat binatang qurban mereka di sembelih. Sudah tentulah tidak ada kueh raya dan lemang di Mekah dan Mina.

Pada tahun ini, suasana sambutan Hari Raya Adil Adha di Makatul Makaramah agak berbeza. Iklim Aidil Adha tahun ini agak suram kerana dengan tidak disangka-sangka Allah s.w.t. yang Maha Berkuasa telah mentaqdirkan berlaku kemalangan yang amat mengejutkan umat Islam di seluruh dunia.  Tiba-tiba sahaja kren yang setinggi hampir 100 meter di Masjidil Haram tumbang menimpa bahagian tengah ‘mas’a’ atau tempat saei hingga sampai ke tempat be tawaf atau ‘mathaf’. Maklumat yang kita dapat ialah kejadian itu berlaku kerana terjadi hujan lebat, ribut pasir  dan petir yang menyambar kren hingga kren yang besar dan tinggi itu menyembah bumi.

Setakat ini angka yang dikeluarkan oleh Kerajaan Saudi Arabia ialah 111 orang terkorban dan 238 orang yang luka parah dan luka ringan. Kemalangan ini turut melibatkan 5 orang jemaah Haji Malaysia yang mati syahid dan 12 orang luka.  Kita semua mengucapkan takziah kepada para waris dan kelurga ahli jemaah yang telah di timpa musibah ini. Inna lillah hi wainna ilai hi rajiun.  Di samping merasa sedih di atas pemergian mereka yang dijemput Allah ke pangkuanNya, keluarga yang terlibat patut juga bersyukur dan redha kerana pemergian mereka, walau pun menyedihkan, tetapi amat berkat kerana mati pada Hari Jumaat, di dalam Masjidi Haram pula dan dalam keadaan bersedia untuk berukuf. Disembahyangkan olej jutaan pengunjung Masjidil Haram.  Tanda-tanda zahir menunjukkan mereka adalah ahli syurga. Subhanallah.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Musibah yang  berlaku di Makatul Mukaramah  pada 11 September 2015 ini menimbulkan berbagai-bagai tanggapan kepada umat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia.  Bagi kita umat Islam, kita percaya dan beriman bahawa kejadian ini adalah satu perkara yang telah ditakdirkan oleh Allah s.w.t., Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Bijaksana.  Akal kita manusia tidak dapat menjangkau memikirkan mengapakah Allah menjadikan kejadian saperti ini.  Mengapa berlaku kepada orang yang hendak mengerjakan haji?  Patut dingat bahawa ini bukan kali pertama musibah yang menimpa umat Islam yang sedang mengerjakan ibadat haji.  Tahun 1990:  1,429 jemaah haji mati di Terowong Muaasim. Tahun 1994 : 270 jemaah mati semasa melontar jumrah. Tahun 1997: 340 orang mati dalam kejadian kebakaran khemah haji di Mina.  Tahun 1998: 180 jemaah haji mati terjatuh dari jejambat di Mekah. Tahun 2006: 350 orang mati semasa melontar jumrah.

Ada yang cuba menggunakan logik akal dan bertanya:  mengapa Allah tidak melindungi orang-orang yang mengerjakan haji ini dari musibah yang dahsyat itu ? Bagi orang kafir, ada yang menganggap Tuhan orang Islam tidak dapat menyelamatkan orang Islam dari bencana alam ini.  Bagi yang berniat jahat saperti Alvin Tan, rakyat Malaysia yang lari keluar negeri, dengan kurang ajar memuatkan ke dalam media sosial bahawa Tuhan telah tertidur dan tidak dapat mencegah kejadian itu berlaku. Kenyataan jahat orang kafir ini patut dikutuk oleh semua umat Islam.

Bagi kita umat Islam khasnya yang berfaham ahli sunah waljamaah, kita beriktikad bahawa Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana melakukan apa yang dikehendakinya.  Kita jangan sekali-kali membuat anggapan yang meragukan tentang kebijaksanaan Allah melakukan apa yang dikehendakinya hingga boleh menjerumuskan kita kepada kesyirikan kepada sifat ‘Alim dan Hakim atau sifat Kebijaksanaan Allah dan Kealiman Allah. Ingatlah apa sahaja yang berlaku di atas muka bumi ini semuanya dalam perancangan Allah yang akal dan khayalan manusia tidak berupaya untuk menjangkau mencari rasionalnya saperti firman Allah dalam SurahAh Hadid ayat 22-23

!$tB z>$|¹r& `ÏB 7pt6ŠÅÁ•B ’Îû ÇÚö‘F{$# Ÿwur þ’Îû öNä3Å¡àÿRr& žwÎ) ’Îû 5=»tGÅ2 `ÏiB È@ö6s% br& !$ydr&uŽö9¯R 4 ¨bÎ) šÏ9ºsŒ ’n?tã «!$# ׎Å¡o„ ÇËËÈ   ŸxøŠs3Ïj9 (#öqy™ù’s? 4’n?tã $tB öNä3s?$sù Ÿwur (#qãmtøÿs? !$yJÎ/ öNà69s?#uä 3 ª!$#ur Ÿw =Ïtä† ¨@ä. 5A$tFøƒèC A‘qã‚sù ÇËÌÈ

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Bagi yang menyangka Allah lalai atau lupa mengawasi makluknya Allah menegaskan di dalam Surah Al An’am ayat 59:

¼çny‰YÏãur ßxÏ?$xÿtB É=ø‹tóø9$# Ÿw !$ygßJn=÷ètƒ žwÎ) uqèd 4 ÞOn=÷ètƒur $tB †Îû ÎhŽy9ø9$# ̍óst7ø9$#ur 4 $tBur äÝà)ó¡n@ `ÏB >ps%u‘ur žwÎ) $ygßJn=÷ètƒ Ÿwur 7p¬6ym ’Îû ÏM»yJè=àß ÇÚö‘F{$# Ÿwur 5=ôÛu‘ Ÿwur C§Î/$tƒ žwÎ) ’Îû 5=»tGÏ. &ûüÎ7•B

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuiNya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia (Allah) mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan dia (Allah) mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

Ayat ini dengan jelas menerangkan Allah mengetahui setiap daun dan biji benih yang jatuh ke bumi walau pun di dalam gelap.  Ini pula kren yang bagitu besar. Mana mungkin Allah lupa mengawalnya. Memang Allah telah merancangkanya untuk berlaku. Yang kita tidak tahu mengapa Allah melakukan bagitu.  Cuma Allah sahaja yang mengetahui sebab musababnya. Janganlah kita cuba menyoal keputusan Allah.  Kita memang tidak dapat memikirkan dengan akal yeng amat terhad tentang segala perbuatan Allah yang Maha Esa.

Dapatkah kita memikirkan mengapa Allah mentaqdirkan supaya anak-anak Nabi Muhamad s.a.w., Rasul yang amat dikasihiNya semuanya meninggal dunia sebelum baginda wafat, kecuali Saiditina Fatimah?  Bolehkah kita berkata: Mengapa Allah menyusahkan Nabi Muhamad selama 13 tahun di Madinah sebelum berjaya mengembangkan agama Islam di Madinah ?  Mengapa Allah menyusahkan Nabi untuk berhijrah ke Madinah hingga hampir-hampir dibunuh, sedangkan Allah boleh menganggkat Nabi naik ke langit dengan mudah? Mengapah Nabi menyuruh sahabat-sahabatnya berpindah ke Habsyah yang missinya hampir gagal ? Kenapa tidak Allah wahyukan kepada Nabi Muhamad supaya terus berpindah ke Madinah ?  Mengapa Nabi hampir gagal dalam Perang Uhud sedangkan dengan mudah Allah memenangkan baginda  di dalam Perang Badar? Mengapa Umat Islam hampir kalah dalam Salib hinggalah Salehuddin Al Ayubi dapat mengusai Baitul Maqdis semula ? Mengapa Kerajaan Usmaniah yang mempunyai Muhamad Al Fatih hingga dapat menaklukkan Constantinole pada tahun 1453 akhirnya terhapus ditangan Mustafa Kamal Attaturk? Banyak perkara yang akal kita memikirkanya tidak ligik berlaku.

Semua soalan-soalan ini tidak dapat dijawab oleh akal manusia.  Jika ada pun jawapannya tidak tepat dan berubah-ubah mengikut zaman. Samalah saperti waktu penjajah dahulu  sejarah mengatakan Dato’ Bahaman, Mat Kilau dan Dato’ Maharaja Lela sebagai pemberontok.  Sekarang kita mengganggap mereka pejuang bangsa yang patut dihormati.  Lihat, dalam masa 50 tahun fakta yang diciptakan oleh manusia telah berubah.  Tetapi fakta yang sebutkan di dalam Al Quran tidak akan berubah selama-lamanya.

Justru, janganlah kita memandai-mandai mencubai mempertikaikan taqdir dan perbuatan Allah.  Kita tidak akan berjaya memikirkanya hinggalah Allah membentangkan fakta yang sebenar pada Mahsyar kelak.  Janganlah kita cuba memikirkan mengapa Allah menjadikan Adam di syurga kemudian keluar pula ke bumi dan menjadikan kita semua.  Jangan cuba memikirkan mengapa Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dibunuh.  Dalam surah Al Kahfi Allah menceritakan bagaimana Nabi Musa yang merasa sangat bijak akhirnya kalah dalam pertandingan akal dengan Nabi Khidir. Semua itu diceritakan Allah di dalam Al Quran dan kita mesti menerimanya secara mutlak dan jangan menyakitkan kepala memikirkan mengapa dan bagaimana sesuatu takdir itu berlaku.  Allah memberi jawapan yang mudah difahami bagaimana Allah melakukan sesuatu perkara dalam Surah Yasiin yang selalu kita baca:

!$yJ¯RÎ) ÿ¼çnãøBr& !#sŒÎ) yŠ#u‘r& $º«ø‹x© br& tAqà)tƒ ¼çms9 `ä. ãbqä3uŠsù

Sesungguhnya pekerjaan Allah, apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada benda itu: ” Jadilah engkau! “. maka ia terus menjadi.

Allah tidak perlu kepada papan keknci dan tetikus pun untuk menciptakan dan menghapuskan sesuatu.  Allah tidak perlu menekan apa-apa butang pun untuk membuat dan menghapuskan sesuatu.  Ia cukup dengan mengatakan “Jadi” maka jadilah ia.  Jika hendak delete bagitu juga.  Allah mengataka “jadi” maka hapuslah makhluk yang diciptakan walau pun kren yang bagitu besar.  Cuma dalam keadaan biasa atau fitrah Allah, Allah menjadikan sesuatu itu dengan sebab musabab.  Kita lapar sebaab tidak makan. Sakit jantung sebab banyak kolestrol. Kren tumbang sebab kena ribut dan kena petir. Apakah kalau tidak ada ribut dan petir kren itu tidak boleh dijatuhkan oleh Allah.  Maha suci Allah yang Maha Berkuasa menjadikan seluruh alam ini, tidak dapat melakukan apa yang dikehendakiNya.

Mudah-mudahan kita terjauh daripada kesyirikan kepada Allah.

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Dalam suasana menyambut Hari Raya aidil Adha pada tahun ini yang diselubungi dengan kesedihan trajidi kren tumbang di Masjidil haram dan pesekitaran alam yang penuh jerubu ini marilah kita memperkukuhkan keyakinan kita kepada Kekuasaan Allah.  Sebagai umat Islam kita sepatutnya bermuhaabah diri kenapa Allah menimpakan sesuatu musibah kepada umat Islam.  Mungkin juga Allah mentakdirkan kejadian saperti untuk mengingatkan umat Islam yang ramai telah hanyut mengikut hawa nafsu.

Mungkin Allah hendak mengingatkan manusia bahawa manusia telah kembali mengamalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh umat-umat yang telah dimusnahkan oleh Allah saperti yang diceritakan di dalam Al Quran.  Umat Islam sekarang kembali melakukan penipuan dalam perniagaan saperti umat Nabi Syuib. Tidak mahu membayar zakat saperti Qarun.  Melakukan kezaliman sapertri Firaun.  Melakukan zina dan liwat saperti umat Nabi Lut.  Semua kedurjanaan ini dibiarkan berlelauasa oleh umat Islam.  Kerja menyuruh melakukan kerja kebanjikan dan mencegah kemungkaran – amar makruf, nahi mungkar- bukan lagi menjadi agenda umat Islam.

Umat Islam sudah menjadi nau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Tidak lagi menjadi aur dengan tebing yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Masing-masing tidak mau menjaga tepi kain orang lain walau pun  yang koyak itu   kain saudara sendiri. Bila kain orang Palestine koyak umat Arab memejamkan mata. Suara umat Islam berdegar-degar tatapi tahi sangkut di gelegar. Guruh pertir sabung menyabung akhirnya hujan tak jadi.

Kita berdoa semuga akan akan timbul di kalangan umat Islam umara saperti Umar ibni Khatab dan Umar bin Abd. Aziz.  Akan timbul pahlawan saperti Khalid ibni Walid, Salehuddin Al Ayubi dan Muhamad Al Fateh. akan timbul ulama saperti Imam Bukhari dan Imam Syafei. Akan timbul cendiakawan saprti Ibu Sina dan Al Khawarizmi.  Amin-amin ya rabul alamin.

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*