KHUTBAH JUMAAT 10 FEB. 2012

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
Hari ini ialah hari ke 17 daripada bulan Rabiul Awal. Seluruh negara kita sedang sibuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul sejak 12 Rabiul Awal yang lepas. Berbagai-bagai program diadakan. Daripada perarakan dan membaca selawat, hinggalah kepada bacaan berzanji dan marhaban dan ceramah-ceramah maulid yang diadakan di masjid-masjid dan di surau-surau. Jamuan-jamuan kesyukuran yang berat dan yang ringan juga, mewarnai majlis-majlis sambutan Maulidur Rasul sebagai tanda kesyukuran umat Islam kerana kelahiran seorang Nabi penyelamat alam, saperti firman Allah dalam surah Al Ambiya’ ayat 107.

وَمَآ أَرۡسَلۡنَـٰكَ إِلَّا رَحۡمَةً۬ لِّلۡعَـٰلَمِينَ
Dan tidaklah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.
Satelah bertahun-tahun kita menyambut maulidr rasul dan membaca ayat ini, pernahkah kita terfikir: bagaimanakah perutusan Nabi Muhamad ini memberi rahmat kepada seluruh alam ? Para ulama telah mengupas perkara ini dari berbagai-bagai aspek.  Ada yang memandang kelahiran Nabi Muhamad s.a.w. bukan sahaja memberi rahmat kepada manusia tetapi juga kepada makhluk lain, termasuk binatang, tumbuh-tumbuhan, sungai, laut dan gunung-ganang. Semuanya ada alasan-alasan yang lojik belaka . Hujah-hujah mereka disokong pula dengan nas-nas yang qati’ . Kita pun telah menerimanya sebagai satu hakikat tanpa ragu-ragu.
Pada hari ini, mimbar ini ingin membawa para jemaah memikirkan perkara ‘Rahmat bagi sakalian alam ini’ dari sudut atau perspektif yang agak berlainan. Cuba kita menjawab soalan-soalan ini. Apa akan terjadi, jika Nabi Muhamad tidak dilahirkan pada tahun 571 Masihi itu ? Apa yang akan terjadi kepada kepercayaan manusia di dunia ini, jika Nabi Muhamad s.a.w. tidak diutuskan ? Apa yang akan terjadi kepada tamaddun manusia jika Nabi Muhamad tidak dihantar ke dunia ini pada kurun ke enam itu? Apa yang akan jadi kepada kita di dalam masjid ini, jika Nabi Muhamad s.a.w. tidak dilahirkan ? Mimbar ini percaya, jika soalan-soalan ini dapat diberi jawapan dalam kerangka pemikiran yang wajar dan penuh kesedaran, maka kesyukuran kita kepada Allah yang telah mengutuskan Nabi Muhamad s.a.w. kepada umat manusia ini akan lebih mendalam.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Untuk menjawab soalan-soalan ini, kita terpaksa menselusuri terowong sejarah untuk meninjau bagaimana keadaan dunia pada masa Nabi Muhamad s.a.w. dilahirkan pada tahun 571 atau kurun ke 6 masehi itu dari segi tamaddun, struktur masyarakat dan kepaercayaan manusia seluruhnya. Mengikut catatan sejarah: dalam kurun ke enam Masihi itu memang telah wujud tamaddun yang tinggi di dunia ini disamping telah hilang beberapa tamaddun purba . Tamaddun yang menonjol pada kurun itu ialah Tamadun Rom, Tamaddun Farsi, Tamaddun China dan India. Di Amerika Tengah telah wujud Tamadun Aztek dan Maya. Tamaddun-tamadun ini memang tinggi dari segi kebendaan tetapi kucar kacir dari segi moral. Dari segi kepercayaan pada masa itu: Agama Nasrani telah tersebar keseluruh Eropah. Ugama Hindu dan Budha telah tersebar luas dari India ke Tenggara Asia hingga ke China, Korea dan Jepun.
Agama Yahudi yang dibawa oleh Nabi Musa kepada Bani Israil telah diselewengkan oleh pendita-pendita Yahudi walau pun cuba diperbetulkan oleh Nabi Daud, Nabi Sulaiman hinggalah kepada Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa alaihimussalatu wasallam. Kitab Taurat yang diberi kepada Nabi Musa a.s. dan Kitab Zabur yang diberi kepada Nabi Daud a.s. telah dipinda dan diubah oeh pendita-pendita mereka untuk menyesuaikan dengan kehendak hawa nafsu mereka. Apabila Nabi Isa a.s. membawa kitab Injil kepada orang-orang Yahudi Bani Israil pada kurun pertama Masehi, untuk membetulkan akidah mereka, Bani Israil menolak seruan Nabi Isa dan kitab Inji, bahkan mereka telah cuba membunuh Nabi Isa.
Pengikut Nabi Isa juga telah menyelewengkan kitab Injil hingga menaikkan taraf Nabi Isa dan Mariam menjadi Tuhan – mereka berfalsafah tentang kewujudan Tuhan tiga didalam satu atau Ttriniti. Orang Yahudi pula menaikkan Uzair menjadi anak Tuhan. Orang Farsi yang berugama Majusi menjadikan api sebagai sembahan. Ugama Hindu pula percaya kepada beratus-ratus dewa dan tuhan. Ugama Budha pula menjadikan Gautama Budha sebagai tuhan dan memuja patung-patung. Orang China pula meyembah patung-patung datuk nenak mereka sebagai Tuhan. Di Tanah Arab, agama yang Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim telah diresapi dengan penyembahan berhala Hubal, Latta, Uzza, Manat dan lain-lain. Di Asia Tenggara Agama Hindu dan Budha menjadi anutan penduduknya termasuk penduduk Semnanjung Tanah Melayu. Candi Borobodor di Jawa dan Angkor Watt di Thailand menjadi saksi kepada kesesatan itu. Di Amerika tengah orang Maya juga menyembah berhala. Maknanya sudah tidak ada satu pun kepercayaan kepada kesaan Allah di dunia ini pada masa Nabi Muhamad dilahirkan.
Dalam kurun itu juga dari segi struktur masyarakat pula, pemerintah banyak melakukan kezaliman. Perhambaan berleluasa. Wanita dianggap sebagai barang perdagangan yang boleh dijual beli dan sebagai hamba sex. Perniagaan dipenuhi dengan penipuan timbangan dan sukatan dan diselimuti dengan amalan riba. Jenayah, pembunuhan dan penderaan boleh berlaku dimana-mana tanpa pembelaan. Setengah-setengan suku bangsa Arab, bangga membunuh anak perempuan hidup-hidup kerana dianggap anak-anak itu akan memalukan keluarga.
Bagitulah senario dunia dalam abad ke enam ketika Nabi Muhamad s.a.w. dilahirkan pada tahun 571 Masehi itu. Dari segi hubungan manusia dengan Tuhan: sudah tidak ada lagi satu pun akidah yang murni yang menyembah Tuhan yang esa. Semua agama yang ada kalau pun tidak kufur sepenuhnya telah mensyirikkan Allah. Dari segi hubungan manusia dengan manusia sistem moral dan akhlak telah runtuh sepenuhnya. Manusia kadang-kadang bertindak lebih teruk dari binatang . Perzinahan hingga kepada peliwatan, perjudian dan minum arak membiak dalam masyarakat hingga Allah menggambarkan manusia pada masaa itu lebih teruk daripada binatang dan akan disumbatkan ke dalam neraka sapert firmannya dalam Surah Al A’raf ayat 179
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ‌ۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk mengisi neraka jahanam itu banyak dari jin dan manusia yang mereka mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya, dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi daripada binatang. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Dalam suasana dunia yang sapert itulah junjungan kita Nabi Muhamad s.a.w. dilahirkan di Tanah Arab, yang tidak pernah mempunyai sebuah kerajaan yang besar dan bertamaddun tinggi. Tugas yang dipikulkan ke atas pundak Nabi Muhamad s.a.w. memang sangat besar dan sangat berat. Jika Nabi Musa, Nabi Daud, Nabi Sulaiaman dan Nabi Isa diutuskan untuk membetulkan akidah Bani Israil sahaja, tetapi Nabi Muhamad di utuskan bukan sahaja untuk membetulkan akidah Bangsa Arab tetapi membetulkan akidah seluruh umat manusia di dunia.
Memang sangat berat tugas yang dipikul oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Daud dan Nabi Sulaiman mungkin agak mudah menjalankan tugas itu kerana mereka dilahirkan menjadi Raja. Tetapi Nabi Muhamad s.a.w. dilahirkan bukan sebagi raja tetapi sebagai anak yatim piatu tanpa harta dan pangkat. Yang ada cuma dibekalkan dengan sifat benar, amanah dan bijaksana.
Kita lihat dalam sirah hidup baginda, walau pun pada 13 tahun pertama semasa baginda di Makah, baginda tidak bagitu berjaya mengajak penduduk Makah menganut agama Islam tetapi selepas 10 tahun di Madinah baginda telah dapat menarik semua Mayarakat Arab di Semenanjung Arab kepada agama Islam atau dengan kata lain telah dapat membetulkan akidah umat manusia di seluruh semenanjung Arab yang seluas lebih 3 juta km persegi itu dalam masa 10 tahun. Ini memang satu kejayaan yang di kagumi oleh para ahli sejarah.
Dipandang sepintas lalu nampak saperti Nabi Muhamad s.a.w. cuma dapat membetulkan akidah Bangsa Arab sahaja kerana selepas menaklukkan Mekah dan sekitarnya dan menyatukan seluruh semenanjung Arab baginda pun wafat pada 12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah bersmaan 8 Jun 632 Masehi. Tetapi kita harus ingat perutusan yang dibawa baginda melalui pendidikan kepada para sahabat baginda yang setia, telah dapat membawa ajaran Islam hingga ke seluruh dunia. Bayangkan tidak samapai 80 tahun selepas kewafatan baginda agama Islam telah dapat disebarkan hingga ke Eropah apabila Tariq bin Ziad menaklukkan Sepanyol pada tahun 711 Masehi. Kerajaan Rome Timur dan Kerajaan Farsi yang amat gagah pada masa itu telah dapat di tawan dan penduduknya di Islamkan. Perluasan jajahan takluk Kerajaan Islam kesebelah timur telah sampai ke India.
Kita lihat dengan semangat dakwah dan jihad yang diperturunkan oleh Nabi Muhamad s.aw. kepada para sahabat baginda dengan bagitu kental telah berjaya membawa obor Islam ke seluruh dunia termasuk ke Negeri China dan tanahair kita di nusantara. Catatan sejarah terbaru menunjukkan: agama Islam telah sampai ke negara kita seawal tahun 1200 Masehi. Kita sangat bersyukur kerana dengan kelahiran baginda dan kegigihan para pendakwah, kita semua telah diberi pertunjuk dan telah dilahirkan sebagai umat Islam. Bayangkan jika Nabi Muhamad tidak lahir dan para pendakwah tidak bersungguh-sunggh menyebarkan agama Islam ke negara kita. Mungkin kita sekarang tidak berada di dalam masjid ini tetapi akan berada di dalam kuil Hindu atau Kuil Budha.
Kita patut bersyukur kerana para sahabat baginda dan para pendakwah kemudian adalah terdiri dari orang-orang yang amanah dan tidak menyelewengkan ajaran baginda saperti yang dilakukan oleh para pendita Yahudi dan Nasrani. Kita juga bersyukur kerana Allah telah memelihara kandungan Al Quran sehingga tidak ada sesiapa boleh menyelewengkanya walau pun satu ayat saperti yang berlaku kepada kitab Zabur, Taurat dan Injil. Kitab Injil misalnya telah diselewengkan tidak sampai setengah abad selepas Nabi Isa.
Dengan perkembangan Sains dan teknologi sekarang ajaran Islam telah sampai ke seluruh pelusuk dunia atau ke seluruh alam. Al Quran yang mengandungi pertujuk dari Allah telah diterjemahkan kedalam hampir semua bahasa dalam dunia. Quran juga boleh dibaca dalam internet.Oleh itu tidak ada seorang pun penduduk dunia yang boleh mendakwa mereka tidak pernah mendengar tentang Islam di hari Mahsyar kelak. Dari segi perkembangan minda, kitab-kitab hasil ciptaan cendiakawan Islam, dalam zaman kecemerlangan tamaddun Islam, dalam bidang sains, metamatik, fizik, kimia, perubatan,astronomi, falsafah dan berbagai-bagai lagi telah diterjemahkan ke dalam semua bahasa-bahasa besar di dunia. Bahkan dunia tidak boleh menafikan, bahawa hasil kemajuan Sains dan teknologi yang dinikmati oleh dunia sekarang, adalah hasil penerokaan ahli-ahli sains Islam, yang mendapat dorongan dari ajaran baginda Rasullalah s.a.w. dan pertunjul dari Al Quran. Ahli-ahli sains Barat cuma meneruskan usaha cendiakawan Islam setelah umat Islam meninggalkan usaha menyelidik ilmu pengetahuan. Siapa yang boleh menafikan bahawa dalam kurun ke 10 hingga 14 Masehi beribu-ribu orang Eropah datang berbondong-bondong menuntut ilmu pengetahuan dari sarjana-sarjana Islam di Baghdad, Dansyik dan Cordoba di Sepanyol.
Faata-fakta ini mengukuhkan betapa benarnya firman Allah yang mengatakan “Tidak aku utuskan engkau ya Muhamad malainkan untuk memberi rahmat kepada sakalian alam” Dengan kata lain jika Nabi Muhamad tidak diutuskan, seluruh dunia tidak akan mengenal tuhan yang sebenarnya. Semuanya manusia akan menjadi syirik dan ilmu pengetahuan tidak akan berkembang saperti sekarang. Mimbar ini menjangka huraian yang diberikan dapat menjawab soalan-solan yang diutarakan di awal khutbah ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*