Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Marilah kita bersyukur kepada Allah s.w.t., kerana kita dapat bersama-sama berkumpul di dalam Masjid ini untuk menunaikan solat Jumaat. Kita dapat berhimpun di sini kerana kita di lahirkan sebagai orang Islam dan diciptakan oleh Allah s.w.t. sebagai manusia. Jika kita diciptakan sebagai makhluk yang lain mungkin kita sedang meragut rumput di padang atau sedang berenang di laut atau sedang terbang di udara. Allah Maha Berkuasa memasukkan roh kita ke dalam jasad mana-mana makhluk yang dikehendakinya. Manusia adalah makhluk yang paling baik, paling cantik dan paling sempurna diciptakan oleh Allah di muka bumi ini, saperti firman Allah di dalam Surah Attin ayat 4:
لَقَدۡ خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَـٰنَ فِىٓ أَحۡسَنِ تَقۡوِيمٍ۬
yang bermaksud: sesungguhnya Kami, yakni Allah telah menciptakan manusia dalam bentuk yang paling baik.
Bentuk fizikal manusia memang bagitu cantik: tidak terlalu besar saperti gajah hingga susah untuk bergerak, dan tidak pula terlalu kecil saperti ayam hingga susah untuk mempertahankan diri. Manusia berjalan di atas dua kaki, dan mempunyai mata, telinga, mulut yang sangat seimbang. Rupa paras manusia adalah yang paling cantik di antara semua makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini. Secantik-cantik kucing pun tidak sama dengan seburuk-buruk manusia. Dikatakan jin yang diciptakan Allah hampir sama saperti manusia, mempunyai rupa yang hodoh kerana mempunyai tanduk, telinga dan mata yang tidak seimbang. Di samping itu, manusia dan jin dibekalkan dengan akal dan nafsu untuk membiak dan mengendalikan hidup mereka di dunia ini. Makhluk-makhluk lain yang diciptakan Allah juga, dibekalkan dengan nafsu dan akal ini, tetapi tidak kedua-keduanya sekali.
Malaikat diberikan akal tetapi tidak diberikan nafsu. Oleh itu mereka tidak pernah melakukan kejahatan. Mereka tidak berminat untuk beristeri, membiak dan beranak pinak. Binatang pula diberikan nafsu tetapi tidak diberikan akal. Oleh itu mereka melakukan apa sahaja mengikut naluri dan nafsunya. Mereka makan apa sahaja dan memuaskan syahwatnya dengan siapa sahaja termasuk dengan anak, ibu atau bapanya untuk membiak. Tetapi manusia dan jin diberikan kedua-duanya – nafsu dan akal. Nafsu manusia sama saperti nafsu binatang, yang ingin makan apa sahaja, dan ingin memuaskan nafsu syahwat dengan sesaiapa sahaja, yang melintas dihadapannya. Tetapi manusia tidak mengikut nafsunya semata-mata, kerana gerak laku manusia dikawal oleh akalnya, dan dengan panduan Allah melalui wahyu, yang diturunkan kepada Rasul-Rasulnya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
Manusia bukan sahaja diciptakan dalam bentuk yang sebaik-baiknya, tetapi dimuliakan daripada makhluk-makhluk yang lain di alam ini, baik yang bernyawa atau yang tidak bernyawa, saperti firmannya dalam Surah Al Israk ayat 70 :
* وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِىٓ ءَادَمَ وَحَمَلۡنَـٰهُمۡ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ وَرَزَقۡنَـٰهُم مِّنَ ٱلطَّيِّبَـٰتِ وَفَضَّلۡنَـٰهُمۡ عَلَىٰ ڪَثِيرٍ۬ مِّمَّنۡ خَلَقۡنَا تَفۡضِيلاً۬
Demi sesungguhnya, Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah berikan mereka, berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka, dari benda-benda yang baik-baik, serta Kami telah lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna, di atas kebanyakan makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
Dalam ayat ini, Allah dengan jelas menegaskan: bahawa bukan sahaja manusia diberi makanan yang baik, dengan berbagai-bagai adunan masakan dan hidangan, tetapi juga diberi berbagai-bagai kenderaan di darat dan dilaut. Bahkan manusia moden, telah juga mempunyai kenderaan di udara – di habitat malaikat. Binatang, walau pun telah diciptakan beratus ribu tahun dahulu daripada manusia, tetapi makanannya tidak pernah berubah dan tidak pernah mempunyai kenderaan. Walau pun kuda pernah naik keretapi dan lori, tetapi kederaan itu ciptaan manusia bukan ciptaan kuda.
Untuk mengekal bentuk yang baik dan mulia diseluruh alam, Allah telah mengaturkan hidup manusia, dengan mengenakan batasan-batasan yang tertentu, supaya manusia kekal menjadi makhluk yang baik fizikalnya dan mulia sifatnya. Allah tidak membenarkan manusia, mengikut semua kehendak nafsunya tanpa batas, kerana ini akan merosakkan bentuk fizikal dan DNA manusia yang murni, dan boleh merosakkan sifat kemanusiaan manusia. Untuk mengekalkan bentuk yang baik, manusia tidak dibenarkan membuat hubungan jantina tanpa had. Manusia tidak dibenarkan membuat hubungan jantina dengan ibu bapa, dengan anak-cucu dan adik beradik saperi yang dilakukan oleh haiwan. Bahkan manusia disyari’atkan supaya diikat dengan pernikahan, bagi menjaga jalur zuriatnya.
Untuk memuliakan manusia, supaya berbeza dengan haiwan, Allah mengajar manusia memakai pakaian dan menutup fizikalnya, yang di istilahkan sebagai menutup aurat. Manusia tidak dibenarkan tidak berpakaian, saperti makhluk yang berekor. Sebab itu manusia diciptakan tidak berekor untuk menutup kemaluannya saperti haiwan. Kemaluannya ditutup dengan pakaian. Pakaian manusia pula bukan asal pakai sahaja, tetapi digariskan pula batas-batasnya – bahagian mana yang patut ditutup dan bahagian mana pula yang boleh didedahkan – supaya manusia terpelihara sebagai makhluk yang dimuliakan. Jika tidak, mereka akan menjadi sama saperti makhluk yang berekor.
Apabila mati, manusia dimuliakan dengan menempatkan mereka di dalam syurga, iaitu tempat asal habitat manusia. Datuk dan nenak manusia, asalnya memang tinggal di dalam syurga, tetapi sebab ninda kita Adam dan Hawa tergoda dengan hasutan syaitan, maka akhirnya Adam dan Hawa terhalau dari syurga. Tetapi jangan bimbang, manusia boleh balik semula ke syurga saperti janji Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 38
قُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ مِنۡہَا جَمِيعً۬اۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ
Kami (yakni Allah berfirman) “Keluarlah kamu semuanya dari syurga itu (yakni pergi ke Bumi). Kemudian jika datang kepada kamu pertunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada kamu), maka sesiapa yang mengikuti pertunjukKu itu, nescaya tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita”.
Ayat ini amat jelas menyatakan, bahawa manusia akan di masukkan semula ke dalam syurga, dengan syarat mereka mengikut pertunjuk Allah, yang diberikan di dalam kitab-kitab, yang diturunkan kepada rasul-rasulnya, yang diutuskan kepada manusia dari semasa ke semasa. Wahyu atau pertunjuk terakhir, yang diturunkan kepada manusia ialah Al Quran, melalui Nabi Muhmad s.a.w. Wahyu tidak perlu diturunkan lagi selepas Nabi Muhamad s.a.w. kerana Al Quran telah lengkap dan dibukukan dengan baik oleh Saidina Osman ibn Affan, r.a Khalifah Nabi yang ke tiga. Pada zaman kita Al Quran boleh didapati dengan mudah di mana-mana sahaja. Akses kepada Quran, tidak menjadi masalah langsung pada zaman kita ini. Ini berlainan dengan umat-umat yang dahulu, kerana memang amat susuh bagi mereka untuk mendapatkan naskhah Taurat Nabi Musa, Zabur Nabi Daud dan Injil Nabi Isa yang asli pada zaman mereka.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Dengan segala kemudahan, yang diberikan Allah kepada manusia, untuk mendapat pertunjuk atau akses kepada Al Quran, maka Allah s.w.t. tidak boleh memaafkan manusia, yang tidak mau mengikut pertunjuk Allah, dari kitabNya yang akhir ini. Manusia memang sangat degil, dan sentiasa melawan perintah Allah. Apa yang dilarang oleh Allah di dalam kitabnya, itulah yang sangat diminati oleh manusia. Apa yang disuruh oleh Allah, itulah yang sangat malas manusia melakukannya. Allah melarang manusia meminum arak, berzina,memakan riba, menipu, hasad dengki, khianat dan lain-lain sifat mazmumah. Iitulah kerja yang sangat disukai oleh kebanyakan manusia melakukanya. Allah menyuruh manusia bersolat, berpuasa, berzakat, menutup aurat, bersedekah, berbaik-baik sesama mausia dan lain-lain sifat mahmudah. Maka itulah pula kerja yang sangat tidak disukai oleh manusia dan amat susah melakukanya
Kebnyakan manusia seolah-olah tidak mau kembali semula, ke tempat asal mereka di syurga. Manusia seolah-olah ingin pergi ke tempat lain. Tempat lain itu cuma satu sahaja iaitu ke neraka. Oleh kerana manusia suka kembali ke neraka, maka Allah menyediakan tempat untuk mereka di sana, saperti firman Allah di dalam Surah Al A’raf ayat 179
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ ڪَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٌ۬ لَّا يَفۡقَهُونَ بِہَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٌ۬ لَّا يُبۡصِرُونَ بِہَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٌ۬ لَّا يَسۡمَعُونَ بِہَآۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡغَـٰفِلُونَ
Yang bermaksud: Demi sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam itu, banyak daripada jin dan manusia, iaitu mereka yang mempunyai hati, (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata, (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti kebesaran Allah) dan yang mempunyai telinga, (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Dalam ayat di atas, Allah menampakkan kemarahNya kepada kedegilan manusia, dengan menyamakan manusia yang degil itu dengan binatang ternak, kerana telah diberikan hati, mata dan telinga, tetapi tidak mau menggunakan pancaindera itu, untuk mengikut perintah Allah yang menciptakan mereka. Allah menempelak manusia ini lebih teruk daripada binatang ternak. Memang benar, binatang memuaskan nafsu mengikut naluri biasa. Yang jantan melepaskan nafsu sex kepada yang betina sahaja, tetapi manusia melebihi binatang, apabila melakukan sex lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan iaitu Gay dan Lesbian. Bahkan lebih teruk lagi manusia zaman ini melakukan BT – Bisexual dan Trasgender . Iaitu melakukan sex dengan lelaki dan perempuan kedua-duanya sekali. Manusia zaman ini memperomosikan LGBT. Cuba perhatikan: pernahkah kita melihat binatang ternak melakukan saperti ini. Pernahkan kita lihat kambing jantan memanjat kambing betina kemudian panjat pula kambing jantan. Pernahkah kita lihat ayam betina menenggek ayam betina. Ini bermakna manusia sesat empat kali ganda daripada binatang. Benarlah Allah mengatakan أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَٱلۡأَنۡعَـٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ Mereka itu saperti binatang ternak bahkan lebih sesat lagi.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Cuba kita melihat kesesatan manusia, tentang perintah Allah menutup aurat untuk membezakan manusia dengan binaang. Manusia disuruh menutup tubuhnya, sebab manusia tidak ada ekor untuk menutup kemaluannya. Bila Allah menarik semua pakaian Adam di dalam syurga, Adam mencari daun syurga untuk menutup auratnya. Bila Adam dihantar ke Bumi, Adam dan anak cucunya sudah pandai membuat pakaian. Sampai ke zaman Nabi Muhamad s.a.w. kain atau fabrik untuk membuat pakaian sudah terlau banyak- tidak menjadi masalah lagi membuat pakaian untuk menutup aurat. Justru, Allah menggariskan bahawa manusia perempuan mesti menutup seluruh badan kecuali tangan dan muka. Yang lelaki mesti menutup sekurang-kurang antara pusat dan lutut. Apalah susah sangat untuk mengikut arahan Allah ini? Kecuali kerana degil. Yang mengarahnya bukan polis tetapi Allah.
Pada zaman Nabi Muhamad s.a.w. perintah ini diikut sepenuhnya. Tetapi setelah Nabi Muhamad s.a.w. lama meninggalkan umatnya, maka umatnya mula melanggar perintah in sadikit demi sadikiti. Yang wanita mula-mula mendedahkan rambut, kemudian membuka betis, kemudian menjual lengan dan ketiak, kemudian mempamirkan perut dan belakang. Zaman sekarang bahagian yang dibuka lebih banyak daripada yang ditutup. Zaman P. Ramli dahulu kalau pakai kain belah betis sudah dikatakan selangkah halal- selangkah haram. Tetapi sekarang yang dipamirkan bukan sahaja betis tetapi sudah sampai ke pangkal paha. Bahagian atas bukan sahaja rambut dan tengkok yang didedahkan tetapi sudah sampai ke separuh bukit boleh ditonton di mana-mana. Yang berenang dan bermain volley ball pantai, yang ditutup hanya 10 atau 15% sahaja. Lagi 85% free shaw. Jika trend ini beterusan mungkin yang 10% itu pun akan didedahkan juga. Di negara Barat masa ini pun telah ada lelaki dan perempuan yang bertelanjang bulat ditepi pantai dan orang yang memandang cuma mengangkat bahu dan tersenyum simpul sahaja. Bukankah makhluk saperti ini patut diberikan ekor sahaja.
Pakaian ini memang ada kaitan dengan maksiat yang lain. Yang jadi GRO, penagih dadah, pengunjung kelab malam, yang meloncat-locat di atas pentas, kita lihat kebanyakannya berpakaian tidak senonoh. Yang bersopan santun kelakuannya memang pakaiannya pun lebih menutup aurat. Jadi hubungan pakaian dengan maksiat memanh sangat rapat. Oleh itu sudah sampai masanya kita kembali mengikut garis panduan yang diberi oleh Allah di dalam Kitabnya dan kepada sunah rasulNya jika kita tidak mau dilebalkan sebagai binatang ternak dan di campakkan ke neraka.