KHUTBAH JUMAAT 21 OGOS 2015.
Saya berpesan kepada diri saya dan kepada tuan-tuan sakalian: marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Ingatlah hanya orang-orang yang bertaqwa sahaja yang akan mendapat kemenangan di alam akhirat.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Hari ini 21 Ogos 2015. Lagi 10 hari, iaitu pada 31 Ogos, kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58. Marilah kita bersyukur kerana Allah telah melepaskan negara kita dariapada belenggu penjajahan menjadi sebuah negara merdeka dan aman makmur. Bulan Ogos juga adalah bulan kedukaan bagi sejarah negara kita kerana pada 24 Ogos 1511 Kerajaan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara, dan telah menjadi sebuah empayar yang digeruni oleh kawan dan lawan selama 100 tahun, telah ditumbangkan oleh Kuasa Barat pertama, iaitu Bangsa Portugis. Tarikh gelap 24 Ogos 1511 itu, jatuh pada hari Khamis 20 Jamadil Awal tahun 917 Hijrah
Sejarah telah mencatatkan: pada 24 Ogos tahun 1511 itu, Alfonso de Albuquerque dengan melancarkan serangan selama 14 hari sahaja, telah dapat menaklukkan Melaka. Kejatuhan Melaka menjadi satu titk hitam yang amat malang bagi bangsa Melayu, kerana tarikh itulah bermulanya penjajahan kuasa Barat ke atas bangsa Malayu selama 446 tahun, hinggalah kita dapat mencapai kemerdekaan semula pada 31 Ogos 1957. Tarikh 31 Ogos 1957 itu jatuh pada Hari Sabtu bersamaan 5 hb. Safar 1377 Hijrah.
Sidang Jumaat yang di kasihai Allah sakalian,
Sebagai seorang Islam kita harus menerima bahawa dijajah dan dimerdekakan, bangun dan jatuh sesuatu bangsa adah ketentuan Allah s.w.t., pencipta langit dan bumi ini saperti firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 26
قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلۡمُلۡكِ تُؤۡتِى ٱلۡمُلۡكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلۡمُلۡكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُۖ بِيَدِكَ ٱلۡخَيۡرُۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ۬ (٢٦)
Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan, kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan, dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan, sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina, sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Bermakna Allah telah mentakdirkan bangsa Melayu bangkit maju selama 100 tahun, dan jatuh dijajah selama 400 tahun pula, kemudian bangun semula selama 58 tahun ini.
Walau bagaimana pun Al Quran sendiri menceritakan, bahawa apabila Allah akan menjatuhkan sesuatu kaum atau kerajaan itu, ada maka ia akan mempunyai sebab musabab. Di dalam Al Quran dipaparkan bagaimana berlakunya kemusnahan kepada kaum Add, kaun Tsamud, kaum Firaun dan lain-lain saperti yang dirakamkan Allah di dalam Surah Al Fajr ayat 6 hingga 14.
أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِعَادٍ (٦) إِرَمَ ذَاتِ ٱلۡعِمَادِ (٧) ٱلَّتِى لَمۡ يُخۡلَقۡ مِثۡلُهَا فِى ٱلۡبِلَـٰدِ (٨) وَثَمُودَ ٱلَّذِينَ جَابُواْ ٱلصَّخۡرَ بِٱلۡوَادِ (٩) وَفِرۡعَوۡنَ ذِى ٱلۡأَوۡتَادِ (١٠) ٱلَّذِينَ طَغَوۡاْ فِى ٱلۡبِلَـٰدِ (١١) فَأَكۡثَرُواْ فِيہَا ٱلۡفَسَادَ (١٢) فَصَبَّ عَلَيۡهِمۡ رَبُّكَ سَوۡطَ عَذَابٍ (١٣) إِنَّ رَبَّكَ لَبِٱلۡمِرۡصَادِ (١٤)
Tidakkah engkau perhatikan (wahai Muhamad), bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka). Iaitu penduduk “Iram”, yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, yang belum pernah diciptakan sepertinya, di segala negeri (pada zamannya)? Dan (terhadap) kaum Thamud, yang memahat batu-batu besar di lembah (untuk tempat kediaman). Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang kukuh? (Semuanya itu adalah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). Lalu mereka melakukan dengan banyaknya, kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. Dengan yang demikian, Tuhanmu menimpakakan ke atas mereka berbagai azab. Sesungguhnya Tuha
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah sakalian,
Sejarah kaum Add, Thamud, dan Firuan ini terus berulang juga kepada kerajaan Islam Usmaniyah di Damsyik, Kerajaan Abasiah di Baghdad dan Kerajaan Turki di Istanbul termasuk kerajaan Melayu di Melaka. Dalam Sejarah Melaka, para Sejarawan atau ahli Sejarah menceritakan, bahawa kejatuhan Kerajaan Melaka, yang pernah menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu, dan sebahagian besar Sumatra, adalah di sebabkan oleh pembesar-pembesarnya hidup dalam kemewahan, dan berlaku kezaliman dalam pemerintahan, dan pengkhianatan rakyatnya sendiri kepada negara.
Dikatakan: Bendahara Seri Maharaja mempunyai beratus-ratus bahara atau berpikul-pikul emas. Bagitu juga saudagar India, Raja Mudiliar dan Laksamana Khoja Hasan, mempunyai berpuluh-puluh bahara emas. Masing-masing menunjukkan kekayaan dan kemegahan. Dalam perebutan harta itu beberapa pengkhianatan telah berlaku. Rasuah juga bermaharaja lela. Kitol telah dirasuah oleh Raja Mudaliar untuk menyembahkan kepada Sultan Mahmdd Shah, bahawa Bendahara Seri Maharaja akan menderhaka kepada Raja.
Sultan Mahmud pula tanpa pemeriksaan yang teliti, telah membunuh Bedahara Seri Maharaja dengan seluruh keluarganya. Ada yang mengatakan Sultan Mahmus Shah berdendam dengan Bendahara Seri Maharaja, kerana tidak menyerahkan Tun Fatimah kepada Sultan. Kesimpulanya: kemewahan, keangkuhan, hasad dengki, dendam kesumat dan rasuah telah menguasai kerajaan Melaka di akhir hayatnya. Akibatnya 8,000 tentera Alfonso, dengan hanya 18 buah kapal, telah dapat menumbangkan Kerajaan Melaka, walau pun mempunyai angkatan laut yang sangat kuat. Angkatan laut Melaka pernah mengalahkan angkatan laut Siam yang menyerang Melaka, yang di ketuai oleh Awi Dicu sebelum itu.
Dengan itu bermulalah sejarah malang Bangsa Melayu diperhambakan oleh penjajah silih berganti dari Portugis ke Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggertis semula selama 446 tahun, hinggalah kita dapat mencapai kemerdekaan semula 58 tahun yang lalu.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Bagi sebahagian daripada kita yang berumur di bawah 60 tahun, mungkin tidak merasa dan membayangkan bagaimana hidup di bawah penjajahan. Bagi yang tidak pernah hidup di zaman penjajahan baik penjajahan British atau penjajahan Jepun, mereka tidak dapat mengalami dan merasai bagaimana perit dan hinanya hidup sebagai bangsa yang dijajah dan diperhambakan. Tambahan pula di dunia sekarang ini hampir sudah tidak ada lagi negara yang benar-benar belum merdeka. Oleh itu ada yang menyangka hidup di zaman merdeka atau hidup di zaman penjajah sama sahaja.
Untuk perbandingan bagaimana peritnya hidup dibawah penjajahan: mari kita melihat bagaimana kehidupan penduduk di Selatan Thailand. Wilayah Selatan Thailand iaitu Pattani, Yala, Narathiwat, Satun dan Songkhla adalah negara yang merdeka, pada zaman kerajaan Melaka dahulu. Negara yang lebih dikenal sebagai Kerajaan Pattani Darusalam, adalah negara berdaulat yang kekuasannya meliputi seluruh selatan Siam termasuk Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Kerajaan Patani itu bernaung di bawah Kerajaan Melaka pada zaman kegemilangan kerajaan Melaka. Apabila kerajaan Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, negara Patani masih sebuah negara merdeka. Bahkan perkembangan Islam bertukar dari Melaka ke Patani. Ulama besar saperti Shekh Daud Al Patani, pengarang kitab Mutlain Badrin, Shekh Arshad Al Banjari pengarang kitab Sabilal Muhtadin belajar dengan guru-guru di Patani. Tetapi pada tahun 1785 Raja Cholalongkorn atau Rama I telah dapat menaklukkan Pattani dan menjadikan Kelantan dan Terngganu jajahan takluknya. Tahun 1861 Negeri Perlis dan Kedah telah menaklukkan Kedah dan Sultan Kedah terpaksa lari berlindung di Melaka.
Apabila Inggeris membuat perjanjian Burney dengan Siam pada tahun 1909, Patani dan lain-lain Wilayah Selatan Siam diserahkan kepada Siam tetapi nasib baik Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu diserahkan kepada Inggeris. Dengan itu Wilayah Selatan Siam masih menjadi jajahan takluk Siam hingga sekarang. Sudah 228 tahun.
Kita lihat kehidupan penduduk Selatan Siam amat menyediahkan. Mereka adalah keturunan Melayu. Mereka terpaksa menggunakan nama Siam di samping nama Melayu. Walau pun agama Islam boleh diajar dalam Bahasa Melayu tetapi pelajaran lain mesti menggunakan Bahasa Siam. Kita lihat Siti Aishah keturunan Mahsur,i yang tinggal di Phuket pun tidak pandai berbahasa Melayu. Kehidupan mereka kita tahu sangat dhaif. Infrastruktur di Selatan Thailand sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan Kedah, Kelantan dan Terengganu. Kuasa Sultan Patani dihapuskan sama sekali untuk orang Melayu Siam bergantung.
Kaedaan rumah penduduk di Selatan Thai hampir sama dengan rumah kita waktu baru merdeka 58 tahun yang lalu. Walau pun masjid berfungsi tetapi sentiasa dikawal. Kita selalu membaca bagaimana tentera Thai akan mengambil tindakan jika ada orang Melayu Thai yang bercakap banyak khasnya mengenai kemerdekaan. Jika ada yang berani memburukkan kerajaan Thai alamatlah akan disumbatkan ke penjara.
Sidang Jumaat yang dihormati Allah sakalian.
Keadaan kita sebelum merdeka lebih kurang saperti penduduk Selatan Thai itu. Waktu kita merdeka dalam tahun 1957 dahulu kebanyakan anak Melayu cuma dapat bersekolah rendah sahaja yang dipanggil sekolah Melayu. Sekolah Melayu memang amat menyedihkan. Bangunan sekolah paling baik beratap zink. Sekolah dipendalaman masih beratap daun nipah. Masuk sekolah darjah 1 duduk bersila di atas lantai, menulis di papan batu. Darjah dua baru boleh menggunakan buku dan pensel dan duduk atas bangku berkongsi dua orang. Lepas sekolah rendah, yang bernasib baik dapatlah menjadi guru atau menjadi askar atau posmen. Jangan haraplah untuk menjadi pegawai. Tidak ada sebuah pun Sekolah Menengah Melayu pada masa itu.
Yang bernasib baik mungkin boleh masuk ke sekolah Inggeris dan meneruskan pelajaran ke Sekolah Menengah. Universiti yang ada cuma di Singapura yang cuma boleh dimasuki oleh anak orang besar-besar sahaja. Pegawai Daerah, Ketua Jabatan semuanya orang Inggeris. Doktor, jurutera, kebanyakanya bangsa China dan India. Hingga tahun 1969 pelajar Universiti Malaya dan , Kolej Teknikal di Jalan Gurney 70% bangsa China dan India. Melayu Cuma 30%. Selepas 13 Mei, barulah keadaan bertukar dan kemasukan ke Universiti Malaya 70% Melayu dan 30% bangsa lain. Selepas itu barulah Maktab Mara, Universiti Kebangsaan, Uiversiti Sains di Penang ditubuhkan dan barulah lahir muka-muka profesional Melayu saperti cendawan tumbuh diseluruh Malaysia. Tidak dapat dinafikan peristiwa 13 Mei adalh titik tolak kebangkitan pelajaran dan ekonomi orang Melayu.
Waktu awal kemerdekaan kebanyakan orang Melayu tinggal di rumah kayu di kampung tanpa bekalan air dan letrik. Jauhlah untuk menyebut peti sejuk dan TV. Kebanyakan mengayuh basikal Herculis atau paling baik Raleigh ke pekan atau ke sekolah. Guru Besar adalah juga satu dua yang ada kereta Morris Minor atau Ford. Guru lain, polis, kerani semua kayuh basikal ke sekolah dan ke pejabat.
Cuba perhatikan sekarang. Bila hari Raya halaman rumah ibu bapa tidak muat, dipenuhi oleh 5/6 buah kereta. Lebuh raya empat lorong jam berjam-jam kerana terlalu banyak kereta beranika jenis, kerana anak orang Melayu hendak balik ke kampung. Cucu-cucu orang Melayu sibuk bermain game dengan smart phon dan tablet. Duit raya seringgit tidak bagitu dipandang jika tidak hijau atau merah. Rumah orang Melayu baik dikampung atau di bandar tersergam saperti rumah manager estat orang Inggeris sebelum merdeka.
Memang ada sadikit lagi orang Melayu yang miskin tetapi biasanya anak mereka hidup senang belaka, kerana telah mendapat biasiswa belajar di Universiti. Yang membiarkan ibu bapa menderita itu bukanlah salah ibu mengandung tetapi salah peminta badan.
Mimbar ini menyebutkan semua ini supaya kita bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang telah diberi Allah kepada kita. Janganlah kita menjadi hamba yang kufur nikmat. Ingatlah amaran Allah dalam surah Ibrahim ayat 7.
øوَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬ (٧)
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
KHUTBAH KEDUA.
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Dalam bulan Ogos, ketika kita mengenang tarikh kejatuhan Melaka pada 24 Ogos 1511 dan kemeriahan menyambut tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 marilah kita bersyukur kepada Allah kerana melepaskan kita dari belenggu penjajahan. Marilah kita pertahankan kemerdekaan ini dengan sepenuh kekuatan saperti kekuatan bapa-bapa kita menutut kemerdekaan dahulu. Jangan sekali-kali kita menyangka bahawa segala kemewahan yang kita nikmati ni akan kekal selama-lamanya. Orang lain sedang mengintai peluang untuk menjatuhkan kita jika kita lalai dan alpa.
Sekarang kita telah melihat ada tanda-tanda kita telah lalai dibuai oleh kemewahan dan kemegahan. Bayangan Laksamana Khoja Hasan, Raja Mudaliar dan Kitol telah menyelinap di belakang tabir kemerdekaan kita. Kita harus mengenal dengan mata hati mana kawan dan yang mana kawan. Yang mana kaca, yang mana maknikam. Walau pun selimut boleh memanaskan badan mungkin ada musuh di dalam selimut. Periksalah kain yang berlipat di dalam alamari, mungkin ada gunting dalam lipatan. Periksalah reban ayam kita, kalau-kalau ada musang memakai bulu ayam. Kita patut menawasi pagar di sawah, kerana ditakuti harapkan pagar, pagar pula yang meragut padi.
Dalam membuat sesuatu tindakan kita haruslah bijaksana. Janganlah kerana terjumpa seekor pijat sebuah kelambu hendak dibakar nanti sebuah rumah terkena denggi. Jika dalam pelayaran janganlah kerana marahkan nakhoda kapal dibocorkan nanti sebuah kapal akan tenggelam.
Jangai tamak saperti lebai malang berkayuh ke hulu kenduri habis berkayuh kehilir khenduri dah langsai. Jangan bersabung saperti Pak Kaduk. Riuh bersorak kerana disangka ayamnya menang tetapi rupanya kampung tergadai. Jika kampung kita tergadai kali ini mungkin menunggu 400 tahun lagi untuk ditebus semula.