Khutbah Jumaat 30 Dis 2011

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,

            Hari ini ialah 30 Disember dan menjadi hari Jumaat yang terakhir dalam tahun 2011.  Lusa kita akan melangkah masuk ke tahun 2012.  Banyak peramal mengatakan tahun 2012 ini akan menjadi tahun yang amat penting kerana beberapa peristiwa yang diramalkan berlaku. Kepada ahli politik di Malaysia, mereka sangat yakin yang Pilihan Raya  Umum ke 13 akan berlaku pada awal tahun 2012 – memandangkan persiapan yang rancak dibuat oleh parti kerajaan dan parti pembangkang. Pilihanraya ini pula dikatakan akan menentukan hala tuju negara masa akan datang.

Di peringkat Antarabangsa pula  ahli ekonomi memandang tahun 2012 dengan pandangan suram kerana ekonomi Eropah dan juga Amerika yang amat tidak stabil.  Krisis Ekonomi Greek, Portugal dan Spanyol yang tidak dapat mengawal kewangan negara mereka  menghantui negara-negara Eropah. Negara kita juga mungkin akan merasa tempiasnya walau pun kewangan kita stabil,  kerana negara-negara Eropah dan Amerika adalah rakan dagang negara kita.

            Bagi kita yang ada di dalam Masjid ini – yang lebih tertumpu kepada amalan kepada Allah – ada ramalan yang agak melucukan akan berlaku dalam tahun 2012.  Ramai cendiakawan di Barat yang meramalkan kiamat akan berlaku pada tahun 2012.  Tarikhnya pun diberikan iaitu pada 12 atau 21 Disember 2012 iaitu setahun lagi dari sekarang. Tentu ramai para Jemaah yang telah mendengar ramalan ini.  Bagi yang tidak bagitu jelas mengenai perkara ini, mimbar ini cuba menerangkan dengan cara yang dijangka mudah difahami bagaimana ramalan itu dibuat.. 

            Ramalan ini adalah berdasarkan kepada kalendar kuam Maya yang mempunyai tamaddun yang agak tinggi juga di Amerika Tengah. Kaum ini dikenal juga dengan bangsa Aztec. Merekalah yang meramalkan Qiamat akan berlaku pada 12 atau 21 Disember 2012. Setelah dikaji oleh orang Barat, ramai pula yang percaya kepada ramalan ini. Mengikut Kalendar kaum Maya  jumlah hari dalam setahun ialah 365 hari – sama saperti Tahun Masehi juga.  Hari yang 365 itu dibahagi kepada 18 bulan. Tetapi setiap bulanhanya mempunyai 20 hari.  Jadi jumlah hari setahun ialah 18 x20 menjadi 360 hari.  Untuk mencukupkan 365 hari ditambah lagi 5 hari tanpa bulan. Kemudian baru dimulakan tahun baru yang berikutnya.  Tahun pertama kaum Maya ini bermula pada tahun 3114 Sebelum Masehi iaitu kira-kira 5,000 tahun dahulu iaitu hampir sama dengan mulanya Tamaddun Mesir. Jumlah 5,000 tahun itu dibahagikan kepada 13 Baktun.  Panjang setiap Baktun  itu 394 tahun.  5000 dibahagi dengan 394 menjdi 13 Baktun. Sekarang adalah Baktun ke 13 atau Baktun terakhir dalam kalender kaum Maya atau Bangsa Aztec ini.  Baktun terakhir ini akan tamat pada akhir tahun 2012.  Oleh kerana Baktun Pertama bermula pada 11 Ogos 3114 Sebelum Masehi maka akhir Baktun ke 13 ialah pada 12 Disember 2012.  Oleh kerana Baktun ke 13 itu telah tamat maka diramalkanlah dunia ini akan kiamat pada 12 atau 21 Disember 2012.  Itulah perkiraan yang dibuat oleh golongan ini.  Sebenarnya sebuah filem berjudul 2012 telah dibuat menggambarkan kejadian yang akan berlaku pada 21 Disember 2012 ini.  Bagitulah kesimpulan mereka apabila semua pendapat dibuat berdasarkan pemikiran akal semata-mata.  Sebenarnya penganut Kristian dan Yahudi yang percaya sadikit sebanyak kepada Kitab mereka pun tidak percaya kepada ramalan ini.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Bagi kita umat Islam persolan Kiamat ini tidaklah rumit.  Persolan kiamat ini kita sandarkan kepada Al Quran dan Hadis.  Semua umat Islam percaya qiamat memang akan berlaku bila-bila masa sahaja.  Cuma masa yang sebenar akan berlaku qiamat adalah menjadi rahsia Allah s.w.t.  Nabi Muhamad s.a.w. sendiri tidak mengetahui bilakah akan berlaku qiamat.  Bahkan para malaikat termasuk Jibrail sendiri tidak mengetahui bilakah akan berlaku kiamat.  Malaikat Israfil yang akan meniupkan “sur” atau trompet yang akan memulakanqkiamat itu pun tidak tahu bila trompet itu akan ditiup.  Beliau pun menunggu masa dengan trompet ditangan untuk meniupkan trompetnya bila di arahkan oleh Allah s.w.t.

            Allah senghaja merahsiakan tarikh kiamat itu daripada semua makhluknya saperti firmanya dalam Surah Taha ayat 15:

إِنَّ ٱلسَّاعَةَ ءَاتِيَةٌ أَكَادُ أُخۡفِيہَا لِتُجۡزَىٰ كُلُّ نَفۡسِۭ بِمَا تَسۡعَىٰ

¨Yang bermaksud “Sesungguhnya hari qiamat itu tetap akan datang – yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya – supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan.

Jadi jelaslah Allah tidak memberitahu sesiapa pun tarikh kiamat itu. 

            Sebenarnya keinginan mengetahui bilakah qiamat ini berlaku, telah timbul sejak zaman Nabi Muhamad s.a.w lagi.  Kaum Quraish dan orang-orang Yahudi juga telah menguji Nabi Muhamad s.a.w. tentang hari qiamat ini saperti firman Allah dalam Surah Al A’raf ayat 187

يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلسَّاعَةِ أَيَّانَ مُرۡسَٮٰهَا‌ۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ رَبِّى‌ۖ لَا يُجَلِّيہَا لِوَقۡتِہَآ إِلَّا هُوَ‌ۚ ثَقُلَتۡ فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ لَا تَأۡتِيكُمۡ إِلَّا بَغۡتَةً۬‌ۗ يَسۡـَٔلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِىٌّ عَنۡہَا‌ۖ قُلۡ إِنَّمَا عِلۡمُهَا عِندَ ٱللَّهِ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ

Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) tentang hari qiamat: “Bilakah masa datangnya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia. (Huru-hara) hari qiamat itu amatlah berat (dan menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut”. Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya. katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

Dalam ayat di atas jelas sekali Allah memang tidak mahu memberitahu sesiapa pun tarikh kiamat itu.

Ia akan melakukanya dengan mengejut. Oleh itu kita umat Islam janganlah menyakitkan kepala untuk mencari bilakah tarikh Hari Qiamat itu.  Mungkin kita yang hidup sekarang tidak akan berjumpa dengan Hari Qiamat itu memandangkan tanda-tanda Hari Qiamat saperti yang disebut di dalam hadis sahih belum lagi habis keluar semuanya.   Yang penting kita fikirkan ialah bagimana kita menghadapi hari-hari selepas hari Kiamat itu.  Dalam banyak hadis sahih dikatakan Malaikat Israfil akan meniupkan “sur” atau trompetnya dua kali.  Tiupan kali kali pertama akan memulakan kiamat dan semua makhluk akan dimatikan termasuk malaikat dan jin. 

Yang penting ialah apabila Israfil meniup “sur” atau trompetnya kali kedua.  Pada masa itulah semua makhluk yang mati akan dihidupkan semula. Pada mas itulah hidup yang sebenarnya akan berlaku.  Selepas itu semua makhluk tidak akan mati-mati lagi.  Hidup selepas itu bukan seratus tahun  tetapi berjuta-juta tahun. Jika dalam hidup kita di dunia selama tidak sampai seratus tahun ini kita menjadi orang yang beriman dan beramal saleh maka hidup kita yang berjuta-juta tahun itu akan menjadi bahagia saperti seorang jutawan atau bilionawan. Jika sebaliknya kita akan dikurung dan dibakar didalam penjara neraka selamat beribu-ribu atau berjuta-juta tahun selepas qiamat.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Di dalam Al Quran dan dalam banyak hadis yang sahih kebangkitan kita selepas kiamat itu amat menggerunkan kepada orang-orang yang banyak melakukan dosa dan maksiat.  Bagi orang yang banyak maksiatnya apabila dihidupkan semula cuma mukanya sahaja yang dapat dikenal- badanya akan berubah dalam bentuk lain termasuk saperti bentuk binatang.  Semuanya akan menuju ke padang Mahsyar yang tidak diketahui berapa jauhnya. Ada yang dihidupkan  semula dalam keadaan buta meraba-raba. Ada yang tidak mempunyai kaki – menginsut-nginsut  di atas punggungnya. Ada yang tidak mempunyai kaki dan tangan – bergolek-golek saperti ulat yang besar.  Cuacanya amat panas yang digambarkan seolah-olah matahari itu sejengkal dari kepala. 

             Dalam sebuah hadis yang diriwayat oleh Tirmizi Nabi Muhamad s.a.w. bersabda:

ú¡ò³ AôÌóÃBò· Bò¿ òDòÀô£ òCòË ,û¡ò³ AÌóÃBò· Bò¿ òªòÌôUòC øÒò¿BòÎø´ô»A òÂôÌò@Í Bõzô@ÍòC ópBúÄ»Aójòr@ôZò@Í

û¡ò³ AÌóÃBò· Bò¿ òKòvôÃòCòË ,ú¡ò³ AÌóÃBò· Bò¿ ÔñjôaòCòË

yang bermaksud: Rasullallah s.a.w. telah bersabda : Manusia akan dikumpulkan pada hari qiamat dalam keadaan lapar yang belum pernah mereka rasai. Dalam keadaan dahaga yang belum pernah mereka rasai, dalam keadaan telanjang yang belum pernah mereka alami, dan dalam kedaan sengsara yang belum pernah mereka rasai.

            Setelah semua manusia dikumpulkan di Mahsyar, manusia akan di adili dalam satu mahkamah yang maha besar dalam sejarah manusia.  Bayangkan setiap manusia akan dibicarakan di mahkamah itu di hadapan beribu-ribu bilion manusia sejak Nabi Adam hingga Qiamat.  Semua video perbuatan manusia akan ditayangkan semula dihadapan berbillion  manusia sebagai saksi dan Allah sendiri sebagai Hakim Agung.    Kehebatan mahsyar itu digambarkan oleh Allah dalam ayat 37 dan 38 Surah An Naba’

رَّبِّ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَہُمَا ٱلرَّحۡمَـٰنِ‌ۖ لَا يَمۡلِكُونَ مِنۡهُ خِطَابً۬ا (٣٧) يَوۡمَ يَقُومُ ٱلرُّوحُ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ صَفًّ۬ا‌ۖ لَّا يَتَكَلَّمُونَ إِلَّا مَنۡ أَذِنَ لَهُ ٱلرَّحۡمَـٰنُ وَقَالَ صَوَابً۬ا  

Yang bermaksud: Tuhan Yang mentadbirkan langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya,  tidak ada sesiapapun diberi Kuasa berkata-kata dengannya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu. Pada masa itu Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan). Tidak ada yang berani berkata-kata atau (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia Cuma bercakap benar.

            Setelah perbicaraan selesai maka keputusan perbicaraan akan dikeluarkan saperti firman Allah dalam Surah al Qariah ayat 6 hingga 9

فَأَمَّا مَن ثَقُلَتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٦) فَهُوَ فِى عِيشَةٍ۬ رَّاضِيَةٍ۬ (٧) وَأَمَّا مَنۡ خَفَّتۡ مَوَٲزِينُهُ ۥ (٨) فَأُمُّهُ ۥ هَاوِيَةٌ۬ (٩)    

 Maka adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, –  maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, –  maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah” Dan tahukah engkau  apad dia “Haawiyah” itu?  (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar.

            Di dalam neraka berbagai-bagai azab yang amat mengerikan pula akan dirasai. Di situlah orang-orang kafir dan orang berdosa  akan tinggal beribu-ribu atau berjuta-juta tahun. Bagi orang-orang yang beriman mereka akan di masukkan ke  syurga dan hidup senang enang yang melebihi taraf seorang jutawan dan billionawan didunia ini. Di sanalah tempat tinggal manusia yang sebenar dan kekal abadi.  Selama hidup di dunia tidak sampai 100 tahun ini, manusia boleh menempah tempat mana yang ia mahu tinggal. Tidak ada paksaan untuk memilih. Kaunter pilihan sentiasa dibuka selama lebih seratus tahun. Buatlah pilihan yang tepat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*