Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
Hari ini telah tujuh hari kita berpuasa. Jika kita perhatikan di sekeliling kita, ada kawan-kawan yang sama-sama berpuasa dengan kita pada tahun lepas, sudah tidak ada lagi bersama kita pada hari ini, kerana telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Justeru, marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t., kerana telah memanjangkan umur kita, dan dapat kita menyambut Bulan Ramadham yang amat berkat ini, sekali lagi pada tahun ini.
Keberkatan dan keindahan bulan Ramadhan ini ibarat sebuah taman yang diserikan 30 pohon puasa, diindahkan dengan bunga-bunga solat Terawih, dihiasi dengan irama Tadarus Al Quran, diterangi dengan lampu-lampu Iktikaf dalam Masjid dan disinari oleh cahaya Lailatul Qadar. Oleh itu marilah kita sama-sama menikmati anugerah Allah yang tidak pernah diberikan di dalam bulan-bulan yang lain ini, dengan bersungguh-sungguh dan beristiqamah.
Disamping ibadah-ibadah ini, yang jarang kita mengingatinya ialah pada bulan Ramadhan inilah, Al Quran yang memberi pertunjuk kepada sakalian alam diturunkan oleh Allah saperti firmanNya dalam Surah Al Baqarah ayat 185:
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ
ang bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan, yang menjelaskan pertunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kamu mendapat kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.
Ayat ini menjadi dalil bagi mengesahkan, bahawa Al Quran itu diturunkan di dalam Bulan Ramadan. Cuma yang menjadi khilaf ulamak, adakah seluruh Al Quran itu diturunka ke langit dunia kita ini pada bulan itu, atau wahyu yang pertama sahaja diturunkan pada Bulan Ramadan. Kedua-dua pendapat ini boleh diterima dan tidak boleh mencacatkan kesucian Al Quran itu. Oleh kerana minggu lepas mimbar ini telah membincangkan keberkatan ibadah di dalam Bulan Ramadan, maka pada hari Jumaat ini mari pula kita muzakarahkan, tentang penurunan Al Quran ini. Sebagaimana yang kita semua maklum, Al Quran adalah kitab terakhir yang diturunkan kepada manusia di dunia ini melalui Nabi Muhamad s.a.w.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
Di planet bumi kita ini, terdapat berjuta-juta jenis makhluk yang diciptakan Allah. Ada beribu-ribu jenis tumbuh-tumbuhan, beribu-ribu jenis binatang darat, beribu-ribu jenis ikan di lautan, dan beribu-ribu jenis burung yang terbang di udara termasuk berjuta-juta jin dan malaikat dilangit. Daripada berjuta-juta makhluk Allah itu cuma kepada manusia sahaja diberikan Al Quran, dan disuruh berkongsi dengan makhluk jenis jin. Bagitu istimewanya manusia disisi Allah.
Makhluk yang lain, walau pun telah diciptakan berjuta-juta tahun dahulu daripada manusia, namun tidak ada satu pun makhluk yang diberikan kitab. Mengikut anggaran sebahagian ulamak, Nabi Adam diturunkan menghuni dunia ini disekitar 10,000 tahun sahaja dari zaman kita ini, sedangkan dinasour telah wujud berjuta-juta tahun dahulu. Tubuh badan manusia ini bukan sebesar mana sangat, dibandingkan dengan gajah, ikan paus dan dinasour. Kepada makhluk terakhir inilah diberikan kitab-kitab termasuk Al Quran. Mungkin kerana manusia ini diberikan akal untuk memahami kitab-kitab Allah termasuk Al Quran.
Al Quran sebenarnya bukanlah kitab yang baharu. Ia adalah rentetan dari wahyu Allah, yang diturunkan kepada kepada beberapa Nabi, yang diutuskan Allah kepada anak cucu Adam. Kita semua tahu, sebelum Kitab Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhamad s.a.w., Allah telah menurunkan Taurat kepada Nabi Musa, Zabur kepada Nabi Daud dan Injil kepada Nabi Isa alaimusaltu wasalam. Bukan sahaja kitab-kitab ini diturunkan, tetapi Allah telah juga menurunkan risalah kecil atau suhuf kepada beberapa Rasul lain. Para ulamak telah sepakat mengatakan, jumlah suhuf itu ialah 110 buah; iaitu 10 suhuf kepada Nabi Adam, 50 suhuf kepada Nabi Sheth, 10 suhuf kepada Nabi Ibrahim, 30 suhuf kepada Nabi Idris dan 10 suhuf kepada Nabi Musa sebelum Taurat. Semua isi-isi penting di dalam kitab sebelumnya terkadung di dalam Al Quran saperti firman Allah didalam surah Ali ‘Imran ayat ke 3
نَزَّلَ عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ وَأَنزَلَ ٱلتَّوۡرَٮٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ
yang bermaksud: Dia (yakni Allah) telah menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Dia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
Semua kitab-kitab dan suhuf yang lain, diturunkan kepada Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhamad, untuk sesuatu kaum Nabi yang berkenaan sahaja. Tetapi Al Quran diturunkan untuk seluruh alam. Misalnya Taurat cuma untuk Bani Isaril sahaja. Bahkan kitab Zabur dan Injil juga diturunkan untuk Bani Isarail atau Umat Yahudi. Nabi Isa tidak pernah menyuruh pengikut-pengikunya, mengajarkan Injil kepada orang bukan Bani Israil. Dalam Bible Kitab Matius ayat 10:2 Jesus mengatakan kepada 12 pengikutnya “Janganlah kamu pergi ke negeri orang kafir dan jangan kamu masuk negeri orang Sumeria, melainkan pergilah kamu kepada segala biri-biri kaum Israil yang sesat. Maka sambil kamu berjalan itu khabarkanlah bahawa kerajaan syurga itu sudah dekat” Sangat jelas Bible yang ada sekarang juga mengaku, bahawa Nabi Isa tidak pernah menyuruh pengikutnya menyebarkan Injil dan agama Nasara kepada penduduk dunia lain daripada Bangsa Yahudi.
Dalam sejarah perkembangan agama Kristian, ajaran Nabi Isa mula disebarkan ke luar Palestian apabila Paul atau Paulus, seorang warga negara Rome memeluk agama Kristian dan berjaya menyebarkan agama Kristian ke jajahan takluk empayar Rome. Agama Kristian berkembang pesat apabila Maharaja Konstantin memeluk agama Kristian dan menjadikan Christianity sebagai agama rasmi Kerajaan Rom. Penyebar-penyebar agama Kristian telah mencampur adukkan theologi atau kepercayaan agama orang Greek dan Rome dengan ajaran Taurat dan Injil untuk menarik pehatian orang Rom. Orang Greek dan Rom memang percaya kepada banyak dewa-dewa atau tuhan. Konsep trinity atau tiga tuhan di dalam satu, yang dianut oleh orang Kristian adalah berasal dari konsep kepercayaan Greek dan Rom.
Mengikut kepercayaan orang Rome, Dewa agung mereka ialah Zues atau Jupiter. Jupiter mempunyai 12 orang keluarga untuk memerintah. Akhirnya mereka mencabut undi, dan tiga orang dewa sahaja yang dipilih untuk memerintah, iaitu Jupiter menjadi pemerintah agung menguasai langit hujan dan petir. Neptune memerintah laut, dan Pluto memerintah daratan. Konsep inilah yang meresap masuk ke dalam agama Kristian hingga tuhan menjadi tiga. Pertama Tuhan bapa yang dalam Injil terjemahan Indonesia disebut Allah. Kedua tuhan anak iaitu Jesus atau Nabi Isa, dan Ketiga Ruhul Kudus, yang boleh menjelema kepada rasul-rasul mereka saperti Saint Mark, Saint John, Saint Peter dan lain-lain.
Orang-orang Yahudi juga telah mensyirikkan Allah, dengan mengatakan Uzair adalah anak Tuhan, saperti firman Allah di dalam Surah Attaubah ayat 30
وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ عُزَيۡرٌ ٱبۡنُ ٱللَّهِ وَقَالَتِ ٱلنَّصَـٰرَى ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ ٱللَّهِۖ ذَٲلِكَ قَوۡلُهُم بِأَفۡوَٲهِهِمۡۖ يُضَـٰهِـُٔونَ قَوۡلَ ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ مِن قَبۡلُۚ قَـٰتَلَهُمُ ٱللَّهُۚ أَنَّىٰ يُؤۡفَڪُونَ
yang bermaksud: orang-orang Yahudi berkata: “Uzair ialah anak Allah” dan orang-orang Nasrani berkata: “Al-Masih ialah anak Allah”. Demikianlah perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (Iaitu) mereka mengikut perkataan orang-orang kafir dahulu; Allah membinasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran?. Dalam ayat di atas Allah menceritakan kepada Nabi Muhamad, kesyirikan yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani.
Dibenua Asia orang-orang Majusi di Farsi telah mengambil api sebagai Tuhan. Orang-orang Hindu pula mempunyai beratus-ratus dewa sebagai tuhan dan membawa agama Hindu dan Budha hingga ke negara kita. Di China agama memuja roh datuk nenek sebagai tuhan. Orang-orang Asli di Asia, Australia dan Amerika mengambil matahari, bulan, bintang, laut, sungai dan pokok menjadi tuhan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
Dalam keadaan manusia di dunia telah menjadi sesat dan kehilangan panduan yang sebenar itulah, dalam tahun 571 Masehi Allah mengutuskan Nabi Muhamad s.a.w. untuk membawa Al Quran. Misi al Quran bukan sahaja kepada Bangsa Arab, tetapi untuk seluruh umat manusia. Al Quran diterapkan oleh baginda s.a.w. dengan kental, kepada para sahabat baginda. Selama 13 tahun di Mekah baginda menekankan keesaan Tuhan dan membersihkan kesyirikan manakala di Madinah baginda menerapkan hal-hal muamalat. Para sahabat baginda pula bagitu gigih menjalankan tugas mengajarkan al Quran ini ke seluruh pelusuk dunia. Sejarah mencatatkan Nabi muhamad tidak sempat menyebarkan Quran keseluruh dunia kerana baginda wafat agak muda, di usia 63 tahun Hijriah.
Tugas mendakwah telah dipikul oleh para sahabat dengan penuh amanah, gigih dan semangat jihad yang kental. Hasilnya dalam masa 100 tahun sahaja ajaran Al Quran telah dapat disebarkan hingga ke Rome, Farsi, Afrika, Sepanyol di Eropah dan ke India. Akhirnya ajaran Al Ouran telah sampai ke Negara kita.
Kita telah menerima Al Quran yang masih murni. Quran yang sama saperti yang dikumpulkan oleh Saidina Abu Bakar dan disalin semula dengan perintah Saidina Othman dengan Rasm Othmani. Setelah 1400 tahun Al Quran masih asli dan tidak pernah bertambah atau berkurang walau satu ayat pun. Kita lihat Kitab-kitab lain sudah tidak ada lagi yang aslinya. Kitab Taurat, yang dikatakan sebahagian daripada Old Tastement dalam Bible, mempunyai berbagai-bagai versi. Kitab Injil yang dikatakan New Tastment dalam Bible lagi banyak versinya. Mungkin Allah yang maha bijaksana melakukan bagitu supaya manusia akhir zaman sedar, bahawa tidak ada lagi wahyu yang sebenar selain daripada Al Quran dan manusia tidak ada pilihan kecuali mengikut ajaran Al Quran.
Sepatutnya semua manusia di dunia ini mempunyai hanya satu agama. Agama Islam telah dikembangkan keseluruh dunia oleh para mubaligh Islam sejak dahulu hingga sekarang. Tetapi kita lihat cuma segelintir sahaja umat manusia yang mengikut ajaran Al Quran. KIta umat Melayu di Malaysia patut sangat bersyukur, kerana Islam telah sampai ke tanah air kita sejak Tahun Masehi 1400 lagi. Yang menjadi masalahnya bukan kerana umat Islam tidak mahu mengikut al Quran, tetapi ramai umat Islam diseluruh dunia, termasuk kita di Malaysia tidak dapat memahami kandungan Al Quran kerana Al Quran itu dalam Bahasa Arab.
Ramai yang selalu membaca Al Quran tetapi tidak memahami isi Al Quran itu sendiri. Oleh itu apabila manusia menghadapi masaalah dalam kehidupan mereka tidak dapat merujuk kepada Al Quran. Akhirnya mereka merujuk kepada kitab-kitab yang ditulis oleh manusia yang berpandu kepada akal semata-mata. Akibatnya timbullah teori manusia berasal dari beruk. Dunia ini adalah nature yang terjadi sendiri. Riba sama saperti keuntungan perniagaan. Manusia mesti mendapat kebebasan menjalankan apa-apa juga tindakan tanpa boleh disekat hingga boleh berkahwin sejenis. Perlahan-lahan teori ini diterima oleh orang Islam kerana orang Islam meninggalkan Al Quran dan sunah.
assalamualaikum, khutbah ini telah saya panjangkan ke blog saya dengan link ke laman web ini, terima kasih kepada Tuan Hj. Mohamad Alwi B. Taib (Pengerusi JK. Kariah MSYRS)kerana kebenaran lisan tempoh hari…semoga hasil usaha kerja ikhlas kita semua dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada semua. Amin ya rabbalalamin.