KHUTBAH JUMAAT 19 JUN 2015 = 02 RMADAN 1436 Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian, Marilah kita merafakkan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t. yang telah memanjangkan umur kita hingga kita telah sampai ke Bulan Ramadhan yang kita tunggu-tunggu semenjak bulan Rejab lagi. Ramai di antara kita yang berdoa “Allahum ma bariklana fi Rejab wa Syaaban wa ba lighna Ramadhan” ‘Ya Allah berkatkanlah bagi kami bagi bulan Rejab dan Syaaban dan samapailah kamai kepada Bulan Ramadhan’. Hari ini telah masuk hari kedua kita berpuasa. Ramdhan adalah bulan yang amat istimewa kepada kita kaum muslimin berbanding dengan bulan-bulan yang lain. kerana Bulan Ramadhan ini sahaja yang namanya disebut di dalam Al Quran saperti firman Allah di dalam Surah Al Baqarah ayat 185:
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ
yang bermaksud: Bulan Ramadan inilah yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk-pertunjuk itu dan (menerangkan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kamu mendapat kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. Dalam ayat di atas Allah menyebutkan dengan jelas nama bulan Ramdhan itu di dalam Al Quran sedangkan nama bulan-bulan lain tidak pernah disebut di dalam kitab yang mulia itu. Dan bagi memuliakan bulan ini Allah telah mewajibkan kepada manusia supaya berpuasa sepanjang bulan Ramadhan kecuali bagi yang sakit dan yang bermusafir. Sabenarnya umat Islam pada zaman Nabi Muhamad s.a.w. itu memang menungggu-nunggu perintah mengerjakan puasa ini, supaya berlainan dengan puasa orang Yahudi. Sebelum ayat ini diturunkan Nabi Muhamad s.a.w. dan para sahabatnya memang telah berpuasa tetapi pada waktu lain. Dikatakan puasa yang dilakukan sebelum ayat ini diturunkan ialah pada hari Asura iaitu 10 Muharam. Orang Yahudi juga dikatakan berpuasa pada hari yang sama. Oleh itu umat Islam sangat berharap-harap akan mendapat perintah dari Allah supaya puasa orang Islam berlainan daripada puasa orang Yahudi. Dengan turunnya ayat memerintahkan berpuasa pada Bulan Ramadhan ini, sangatlah menggembirakan umat Islam. Mereka menyambutnya dengan penuh kesyukuran saperti bulan jatuh ke riba. Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian, Saperti yang disebutkan di dalam ayat di atas, puasa ini telah diwajibkan kepada umat-umat dahullu sebelum umat Nab Muhamad s.a.w. Umat Nabi Nuh, Nabi Ibrahim dan Nabi Musa juga berpuasa dengan syariat masing-masing. Mengapakah manusia diwajibkan oleh Allah berpuasa zaman berzaman ? Puasa berasal dari Bahasa Arab ‘saama’ ‘yasumu’ ‘sauman’ yang bermakna menahan diri khasnya dariapada makan. Orang yang berpuas disebut ‘saaim’. Dalam hukum fekah orang yang berpuasa tidak boleh memasukkan apa-apa benda baik pepejal atau cairan ke dalam mana-mana rongga badan termasuk ke mulut, ke hidung, ke mata, ke telinga hatta ke kemaluan sekalipun. Oleh itu suntikan ubat tidak dianggap memasukkan sesuatu ke dalam rongga dan tidak membatalkan puasa. Sabenarnya falsafah puasa itu ialah menahan diri daripada membuat sesuatu yang mendatangkan kenikmatan. Makan dan minum memang sesuatu yang nikmat. Mengadakan hubungan seks juga sesuatu yang amat nikmat. Dalam bulan puasa, Allah memerintahkan manusia menahan diri daripada menikmati nikmat-nikmat ini iaitu nikmat makan dan nikmat sex pada waktu siang. Maknanya Allah menghendaki manusia keluar dari kebiasaan dan membuat sesuatu yang luar biasa. Bahasa modennya: membuat sesuatu diluar kotak. Mengapakah setelah Allah menyediakan nikmat-nikmat itu, Allah menyekat pula manusia daripada menikmatinya? Apakah Allah senghaja hendak mendera manusia ? Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian , Manusia ini diciptakan Allah dengan bentuk dan peralatan yang sangat unik. Binatang diciptakan dengan diberikan nafsu tetapi tidak diberi akal. Oleh itu Allah tidak melarang binatang membuat apa sahaja termasuk melakukan hubungan sex dengan ibu sendiri. Malaikat diciptakan dengan diberi akal tetapi tidak diberi nafsu. Mereka tidak ada jantina lelaki atau perempuan. Oleh itu malaikat tidak pernah melakukan dosa sadikit pun. Mereka sentiasa taat sepanjang masa walau pun diperintah sujud beribu-ribu tahun. Tetapi manusia dan jin diciptakan dengan dibekalkan akal dan nafsu. Akal manusia saperti akal malaikat sentiasa mengajak manusia membuat kebaikan. Yang menjadi masalah sepanjang zaman ialah nafsu manusia yang sentiasa mengajak membuat kejahatan. Nafsu manusia sama saperti nafsu haiwan. Ia suka kepada semua perkara yang menyerononkan. Dalam bahas Arab nafsu disebut ‘hawa’. Dalam istilah ilmu psikologi dan sosiolagi nafsu hampir sama dengan ‘instinct atau naluri’. Biasa juga disebut ‘sifat semula jadi’. Nafsu suka kepada nikmat makan, minum, sex, keseronokan, kemewahan, harta benda, wang ringgit, istana yang besar, kebun yang luas, kenderaan yang mewah dan segala benda yang menyeronokkan. Untuk mendapatkan kemewahan ini manusia akan menggunakan seluruh kekautan kudratnya samada secara halal atau haram untuk mendapatkan keseronokan itu. Ada ulama yang mengibaratkan menjaga nafsu sama saperti menjaga kuda liar. Kuda liar amat susah ditundukkan. Ia akan berlari, meronta dan menendang sesuka hati dan merosakkan apa sahaja di hadapannya. Jika kita berjaya menjinakkan kuda liar itu, kita boleh menggunakannya untuk kebaikan kita. Kita boleh menunggangnya untuk berjalan-jalan. Boleh juga digunakan untuk memerangi musuh. Boleh digunakan untuk bersukan dan sebagainya. Bahkan ia boleh menjadi kawan yang baik dan setia. Bagitulah juga nafsu. Ia amat sukar dikawal dan sentiasa mengajak kita ke jalan kebinasaan. Jika kita dapat mengawal nafsu, kita boleh menggunakan nafsu untuk menuju kepada kebaikan. Nafsu sex jika disalurkan dengan betul melalui nikah yang sah boleh menghasilkan zuriat yang boleh menolong kita ke jalan syurga. Tetapi sebaliknya jika dilepasken ke rumah pelacuran atau meliwat, maka ia akan menerjunkan kita ke neraka jahanam. Bagitulah juga dengan nafsu makan, berseronok, mencari harta akan membawa kebahgian jika didapatkan dengan halal dan dibelanjakan pula kepada jalan kebajikan. Tetapi sebaliknya jika didapatkan dengan cara haram dan digunakan untuk kemaksiatan maka ia boleh menghumbankan kita ke neraka jahanam juga. Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian, Bukanlah senang untuk menjinakkan kuda liar ini. Ia perlukan latihan dan teknik yang tertentu. KIta perlu mendapat latihan dari jurulatih profesional. Untuk menjinakkan kuda liar bernama nafsu ini Allah sendri menjadi jurulatih kita. Siapakah yang lebih baik dari Allah itu mendidik manusia yang diciptaknya sendiri? Teknik atau modus operandai menjinakkan nafsu ini diajarkan dengan satu latihan. Allah mewajibkan manusia setahun sekali berpuasa selama sebulan sebagai latihan. Jika mau tuisyen yang lebih baik, boleh berpuasa sunat Isnin dan Khamis atau tiga hari sebulan sepanjang tahun supaya kuda nafsu ini menjadi lebih jinak. Dengan berpuasa kita terpaksa menahan diri dari makan dan minum. Pada peringkat awal dan jika tidak diusahakan dengan penuh kekuatan, memang agak susah untuk berpuasa. Orang dewasa yang baru masuk Islam memang merasa amat perit untuk berpuasa. Ada yang tiba-tiba diserang penyakit gestriktis bila berpausa. Hendak sampai waktu berbuka terpaksa mencari aktiviti yang boleh melalaikan. Tetapi setelah berpuasa bertahun-tahun, puasa sudah menjadi perkara biasa dan tidak memeritkan sama sekali. Bagi kita yang telah biasa berpuasa sejak kecil; puasa bukan perkara yang menyusahkan bahkan ia menjadi satu kenikmatan yang amat ditungggu-tunggukan. Ramai di antara kita tidak merasa puas dengan berpausa bulan Ramahdan bahkan menambahkan dengan puasa-puasa sunat. Tetapi bagi yang tidak dilatih oleh ibubapa berpuas dari kecil, ada yang merasa puasa amat menyusahkan. Oeh itu kita tidak hairan jika ada kedai makan yang pintu hadapan ditutup tetapi pintu belakang dibuka waktu siang untuk yang senghaja untuk ponteng berpuasa. Jika kita renungkan: hasil daripada latihan berpuasa ini, kita bukan sahaja dilatih untuk menahan nafsu makan dan minum sahaja. Kita dilatih untuk mengawal nafsu sex juga. Kita diberi kelonggaran tidak boleh melakukan hubungan sexual waktu siang. Tatapi waktu malam tidak pula dilarang saprti firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 187
: أُحِلَّ لَڪُمۡ لَيۡلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآٮِٕكُمۡۚ هُنَّ لِبَاسٌ۬ لَّكُمۡ وَأَنتُمۡ لِبَاسٌ۬ لَّهُنَّۗ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّڪُمۡ كُنتُمۡ تَخۡتَانُونَ أَنفُسَڪُمۡ فَتَابَ عَلَيۡكُمۡ وَعَفَا عَنكُمۡۖ فَٱلۡـَٔـٰنَ بَـٰشِرُوهُنَّ وَٱبۡتَغُواْ مَا ڪَتَبَ ٱللَّهُ لَكُمۡۚ وَكُلُواْ وَٱشۡرَبُواْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلۡخَيۡطُ ٱلۡأَبۡيَضُ مِنَ ٱلۡخَيۡطِ ٱلۡأَسۡوَدِ مِنَ ٱلۡفَجۡرِۖ ثُمَّ أَتِمُّواْ ٱلصِّيَامَ إِلَى ٱلَّيۡلِ
yang berkasud: Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari kamu puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). Umat dahulu ada yang ditegah melakukan hubungan sex siang atau pun malam. Dalam Bulan Ramdhan Allah melatih juga manusia dalam hubungan sesama manusia lain juga dengan berpuasa. Dalam berpuasa Allah melarang melakukan kerja-kerja maksiat yang boleh mengurangkan pahala berpuasa. Kita dilarang mengumpat dan bergosip. Satu aktiviti yang sangat diminati oleh manusia. Jadi jika setiap tahun kita berpuasa dari mengumpat selama sebulan, kesannya akan dapat juga dirasakan setelah bertahun-tahun kita berpuasa. Kecualilah orang yang hatinya memang keras saperti batu. Dalam bulan Ramadhan ini juga kita digalakkan bersedekah, menolong orang yang memerlukan. Dalam Bulan Ramdhan juga diwajibkan membayar zakat fitrah untuk menolong anggota masyarakat yang memerlukan bantuan. Selain daripada itu dijanjikan ganjaran yang sangat besar bagi orang yeng menyediakan makanan bagi orang berbuka puasa. Oleh itu kita lihat orang berlumba-lumba mengadakan jamuan morei dan berderma dalam bulan Ramdhan. Sifat ingin mengimfakkan harta untuk kebajikan masyarakan ini akan terus mekar subur hingga keluar bulan Ramdhan. Lihatlah bagaiman bijaksanya Allah mentarbiahkan manusia yang beriman dalam menjalinkan hubungan sesama manusia. Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian, Dalam Bulan Ramdhan juga disunatkan kita menambahkan ibadah solat dengan solat terawih. Jika biasanya diwajibkan solat dua, tiga atau empat rakaat makan bulan Ramadhan dianjurkan bersolat lapan atau dua puluh rakaat. Bagi yang telah terlatih dengan melawan nafsu dengan berpuasa, ibadah ini tidak menjadi masalah. Bahkan ada yang bersolat lebih dariapada dua puluh rakaat. Liat atau tidak kita menunaikan solat terawih ini adalah pancaran sejauh mana kesan tarbiah puasa menahan diri yang diwajibkan Allah kepada kita. Satu ibadah yang kurang mendapat perhatian yang di syariatkan dalam bulan Ramadhan ialah beriktikaf di dalam Masjid pada sepuluh yang alkhir bulan Ramadhan. Allah menyentuh perkara ini di dalam sambungan Surah Al Baqarah ayat 187 yang berbunyi:
وَلَا تُبَـٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمۡ عَـٰكِفُونَ فِى ٱلۡمَسَـٰجِدِۗ تِلۡكَ حُدُودُ ٱللَّهِ فَلَا تَقۡرَبُوهَاۗ كَذَٲلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ ءَايَـٰتِهِۦ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ
Dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa. Dalam ayat di atas Allah menganjurkan manusia supaya beriktifaf di dalam masjid dan jangan melakukan hubungan jantina semasa beriktikaf. Saidatina Aisyah radiallah hu’anha ada menyebutkan bahawa baginda Rasulullah saw beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Rammadhan setiap tahun hingga baginda wafat. Oleh itu jika kita sudah membuat semua ibadah yang lain cubalah pula kita melakukan iktifaf di dalam Masjid seberapa lama yang termampu.
KHUTBAH KEDUA.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian, Marilah kita menggunakan keistimewaan Bulan Ramadhan ini untuk menambahkan bekalan kita untuk menemui Allah di alam akhirat kelak. Ibaratkanlah masuk ke Bulan Ramadhan ini saperti masuk ke sebuah taman atau kebun yang subur menghijau dan berbuah lebat. Marilah kita memetik buah-buah terawih yang masak menguning untuk hidangan yang sedap di akhirat. Petiklah bunga-bunga tadarus dan tadabur Al Quran untuk digubah menjadi jambangan bunga yang indah di mahligai syurga. Tangkaplah ikan-ikan zikirullah untuk dimasak dengan ubi-ubi sedekah jariah supaya menjadi juadah yang lazat ditepi sungai syurga. Tangkaplah ikan-ikan iktikaf di dalam kesejukan sungai malam untuk menjadi gulai yang menyelerakan di Padang Mahsyar. Ceduklah air zakat dan fitrah dari sungai harta untuk menjadi minuman yang menyegarkan ketika dahaga di tepi Mizan. Kutplah mutiara-mutiara tasbih, takbir dan tahmid untuk untuk menghiaskan kubur di alam barzakh . Muga-muga puasa kita tahun ini lebih baik daripada puasa kita tahun-tahun sebelumnya.