KHUTBAH JUMAAT 7 FEB. 2014

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Marilah kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t., kerana kita dapat berada di rumah Allah, pada hari Jumaat yang mulia ini. Kita dapat berada di dalam rumah Allah ini pertama kerana kerana kita orang Islam. Jika tidak, kita mungkin akan beribadat di gereja atau di tok kong, di kuil atau di gurdawara. Bersyukurlah kita kerana kita dilahirkan sebagai anak orang Islam, dan kita tidak payah tercari-cari untuk mendapat pertunjuk bagi mengesakan Allah. Kita juga telah mendapat hidayah dari Allah untuk datang ke masjid.
Kedua kita berada di sini: kerana kita dilahirkan sebagai manusia. Lahir dari perut seorang manusia. Cuba bayangkan jika kita dilahirkan dari perut se ekor kambing, lembu, burung ataui ikan. Kita tidak mungkin akan berada di sini, dengan pakain yang cantik, rumah yang indah tersergam, dan alat kelengkapan yang canggih. Mungkin masa ini kita sedang memburu mangsa di hutan atau terbang melayang di angkasa mencari makanan, atau bernang mencari rezeki di laut atau di sungai.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sakalian,
Sebagai makhluk Allah bernama manusia, kita memang berlainan daripada semua makhluk yang lain. Mengikut kajian Sains: bumi ini telah diciptakan Allah kira-kira 50 billion tahun dahulu. Kemudian Allah menciptakan tumbuh-tumbuhan kira-kira 20 billion tahun dahulu. Binatang-binatang laut diciptakan kira-kira 5 billon tahun dahulu. Kemudian Allah menciptakan dinasur kira-kira 125 juta tahun dahulu. Selepas itu baru binatang moden sekarang diciptakan berkeliaran di muka bumi ini. Masa itu manusia belum ada.
Selain daripada makhluk yang nampak dilihat dengan mata, Allah mencipta juga makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata oleh manusia atau makhluk ghaib, iaitu malaikat dan jin. Malaikat dijadikan daripada cahaya atau nur dan jin dijadikan daripada api. Allah menceritakan hal ini di dalam Surah Al Al Hijr ayat 26 dan 27
       •  •      
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari lumpur hitam. Dan Kami telah mencipta jin sebelum (diciptakan Adam) dari api yang sangat panas.
Dalam ayat di atas Allah menceritakan bahawa jin diciptakan sebelum ciptaan manusia dari api. Dalam ayat lain Allah menceritakan bahawa malaikat diciptakan dari nur. Persoalannya bilakah malaikat dan jin diciptakan ? Tidak ada siap yang yang mengetahuinya kecuali Allah tetapi dalam ayat di atas Allah menyatakan jin di jadikan sebelum diciptakan Adam. Malaikat pula lebih rumit untuk difikirkan bila mereka di cipitakan. Jika kita mengambil kira bahawa malaikat ini adalah hamba suruhan Allah yang menjalankan tugas dengan taat setia menjaga makhluk-makhluk yang lain, kita boleh sahaja mengatakan malaikat diciptakan selepas Allah menciptakan planet-planet atau galaksi-galaksi yang ada di angkasa untuk menjaga ciptaan Allah itu. Walau bagaimana pun kita tidak payahlah menyusahkan kepala mencari bila malaikat dan jin diciptakan.
Yang penting kita ingin tahu ialah, bilakah kita manusia ini mula diciptakan ? Ahli Sains yang atheis saperti Darwin telah membuat teori bahawa manusia ini terjadi dari evolusi alam daripada tumbuh-tumbuhan, menjadi binatang kemudian menjadi manusia. Bagi kita orang Islam sangat mudah memahami kejadian manusia kerana Allah telah menerangkan dengan jelas bahawa manusia dijadikan daripada tanah atau pati tanah saperti yang disebutkan dalam ayat 26 Surah Al Hijr di atas.
Fakta yang sah ialah manusia ini adalah makhluk yang paling akhir diciptakan. Mungkin tidak ada lagi spises yang lain diciptakan selepas manusia. Manusia bukan sahaja yang paling akhir diciptakan tetapi diberi tanggung jawab yang sangat besar untuk mentadbir alam. Manusia ini paling istimewa daripada makhluk-makhluk yang lain. Bagitu pentingnya manusia, hingga bila Allah hendak mencipta manusia, Allah mengishtiharkan kepada para malaikat yang sudah wujud di alam ini bahawa Dia yakni Allah) akan menciptakan manusia sedangkan penciptaan makhluk lain tidak diisytiharkan, saperti firmannya dalam Surah Al Baqarah ayat 30:

وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ إِنِّى جَاعِلٌ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةً۬‌ۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيہَا مَن يُفۡسِدُ فِيہَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ َكَ‌ۖ قَالَ إِنِّىٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٣٠)

    
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
Bagi memuaskan hati malaikat Allah telah mengajar Adam nama-nama benda yang akan diciptakan Allah yang belum pernah dilihat oleh Malaikat dengan firmanya dalam ayat ke 31 dan 32:

Dan Ia (yakni Allah) telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian dihadirkan (benda-benda itu) dihadapan malaikat lalu Ia berfirman kepada malaikat: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha suci Engkau (Ya Allah)! kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau

 وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَہُمۡ عَلَى ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةِ فَقَالَ أَنۢبِـُٔونِى بِأَسۡمَآءِ هَـٰٓؤُلَآءِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٣١) قَالُواْ سُبۡحَـٰنَكَ لَا عِلۡمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمۡتَنَآ‌ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡعَلِيمُ ٱلۡحَكِيمُ

jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
Daripada ayat di atas kita ketahui bahawa manusia mempunyai kelebihan daripada malaikat kerana diberi ilmu oleh Allah. Manusia diberi kelebihan boleh belajar ilmu pengetahuan dan menggunakan ilmu untuk membaiki taraf hidupnya. Jin dan malaikat tidak diberi kebolehan ini. Itulah sebabnya, walau pun jin diciptakan beratus ribu-ribu tahun dahulu dariapada manusia, mereka tidak berupaya mendirikan rumah. Mereka masih tinggal di gua-gua, dilaut, disungai dan gunung ganang dan masih makan tulang yang tidak dimasak.
Kesimpulan daripada ayat-ayat di atas ialah bahawa kita manusia adalah makluk yang paling akhir diciptakan tetapi paling pintar. Bilakan Adam dihantar ke dunia ini ? Ada beberapa keterangan di dalam Old Tastement Bible dan beberapa hadis yang sahih dan hadis dhaif mengenainya. Ada sebuah buku yang ditulis oleh seorang Pengarang Arab bernama Sami bin Abdullah Al Maghluts yang membuat kajian mengenai sejarah rasul-rasul bertajuk “Atlas Sejarah Para Nabi dan Rasul” dikeluarkan dalam tahun 2007, yang memberi perincian tarikh-tarikh kelahiran dan kewafatan para Rasul dengan terperinci dari Adam hingga Muahamad s.a.w. Mengikut Sami Abdullah: Nabi Adam hidup selama 930 tahun iatu dari tahun 5,872 S.M hingga 4,942 S.M. Jika tarikh ini boleh diterima bermakna Adam turunkan ke dunia pada tahun 5,872 S.M. iatu kira-kira 7,886 tahun dahulu. Atau boleh dibulatkan menjadi 8,000 tahun.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Walau pun manusia baru sahaja diciptakan tetapi oleh kerana manusia mempunyai kebolehan belajar dan boleh menggunakan ilmu dengan cepat, maka dalam masa 8,000 tahun sahaja manusia sudah jauh lebih maju daripada makhluk-makhluk yang lain termasuk binatang, jin dan malaikat. Bila datuk kita Adam dan nenek kita Hawa turun ke dunia, mereka tidak mempunyai pakaian pun. Pakaian mereka dilucutkan sebaik sahaja mereka memakan buah yang dilarang di syurga. Mereka berdua terpaksa mencari daun atau kulit kayu untuk menutup kemaluan. Nasib baik dikatakan Adam jatuh di India Hawa jatuh di Jeddah. Jadi tidak timbul masalah malu, hinggalah mereka bertemu di Makah. Mereka mungkin makan buah-buah sahaja dan tidur di dalam gua pada mulanya kerana belum pandai membuat rumah dan memasak. Di syurga semuanya tersedia.
Pada mulanya manusia memang tidak berilmu. Kita lihat bila Habil membunuh Qabil ia tidak tahu bagaimana untuk menyeleggarakan mayat Qabil. Quran menceritakan Habil belajar mengkebumikan mayat dariapada burung gagak. Kita lihat anak-anak Adam ini tidak mengetahui perkara-perkara asas pun. Tetapi dengan pimpinan Allah manusia bagitu cepat belajar. Sejarah menunjukkan pada zaman kaum ‘Add iaitu kaum Nabi Hud yang tinggal di Semenanjung Arab di sekitar tahun 2500 S.M., mereka telah dapat membina empangan dan bangunan yang tinggi. Kaum Thamud iaitu kaum Nabi Saleh telah dapat memahat gunung untuk membuat tempat kediaman dan kaum Firaun telah dapat memibina pyramid yang gagah di sekitar tahun 1500 S.M. Ini bermakna selepas kira-kira 5,000 tahun manusia yang asalnya tidak tahu apa-apa telah dapat menguasi ilmu arkitek yang tinggi.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,
Sejarah menunjukkan selepas Quran diturunkan dan Islam telah menguasai politik dunia dalam kurun ke 6 hingga ke 12 Ilmu pengetahuan telah berkembang bagitu pesat hingga hari ini. Kreativiti manusia telah dapat meneroka ilmu astronomi, perubatan, pertanian, senibina, hingga dapat membina tamadun yang sangat hebat. Apa yang diciptakan oleh manusia hari ini mungkin mengherankan jin dan malaikat. Kalau malaikat boleh terbang dengan sayapnya manusia juga boleh terbang dengan pesawat terbang. Alat kominikasi manusia moden ini mungkin membingungkan jin dan malaikat. Sekarang manusia bukan sahaja boleh terbang di angkasa dan berjalan di laut tetapi dapat memandang dan bercakap dengan kawannya yang jauh beribu-ribu batu.
Malangnya manusia ini terlebih keretaif. Khayalan manusia telah meliwati garis yang ditentukan oleh Allah. Dalam keghairahan mencari kepuasan untuk menguasai alam ini manusia telah kehilangan arah. Mereka telah lupa kepada Tuhan pencipta mereka. Dikatakan pada zaman Nabi Nuh manusia telah mula menyembah berhala. Orang Majusi telah menyembah api. Orang Hindu, Greek dan Rom memuja dewa-dewa. Orang Jepun meyembah matahari, orang China menyembah datuk nenek, dan yang lain-lain menyembah pokok, gunung, sungai, laut. Orang Yahudi memberi anak pula kepada Tuhan. Hari ini ada pula yang mengaku menjadi Tuhan.
Dalam kehidupan bermasyarakat pun manusia sangat kreatif. Untuk mendapat anak manusia tidak mau kahwin lagi. Cukup dengan tinggal sahaja sebumbung. Lebih teruk ada yang mengatakan kahwin tidak semestinya lelaki dengan perempuan. Apa salah kahwin sejenis. Dalam berpakain pun manusia sangat kreatif. Kitab yang diturunkan oleh Allah, Taurat, Injil, Zabur dan Quran menyuruh manusia menutup aurat tetapi manusia berfikir apa perlu aurat ditutup. Nabi Adam pun tidak menutup aurat masa turun ke dunia. Oleh itu manusia mula melondehkan pakaian sadikit demi sadikit hingga seram mata kita memandangnya. Dalam mengumpul harta manusia pula, ilmu manusia tidak mengira lagi cara mendapatkanya. Dalam mencari kekuasaan manusia sanggup berbunuh-bunuhan saperti yang di risaukan oleh malaikat dalam ayat di atas.
Apa yang mimbar ini cuba sampaikan ialah manusia memang cepat belajar ilmu pengetahuan tetapi ilmu manusia mesti berpandu kepada kitab yang diturunkan oleh Allah dari zaman Nabi Musa hingga Nabi Muhamad. Manusia tidak boleh meneroka mencari ilmu mengikut fikiran semata-mata baik dalam aspek akidah mau pun dalam aspek membina tamadun. Tambahan ilmu pengetahuan dunia mesti di ikuti dengan pemahaman Al Quran dan Hadis. Cediakawan Islam di zaman kegemilangan Islam dahulu kebanyakannya mengahafal Al Quran dan hadis. Sebelum belajar ilmu lain mereka menghafal Al Quran. Barangkali sudah sampai masanya kita menetapkan untuk lulus SPM mesti menghafal Juzuk Amma. Untuk menjdapat Ijazah Pertama mesti menghafal 3 juzuk Al Quran. Ijazah Kedua 5 juzuk dan ijazah PhD. 15 juzuk. Walau pun Nampak idea ini macam gila tetapi Nabi Muhamad pun dikatakan gila bila baginda menyampaikan Al Quran.

KHUTBAH KEDUA
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Pada hari Jumaat yang mulia ini marilah kita bermuhasabah bagaimana seharusnya kita mencari ilmu pengetahuan dan memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak kita. Hari ini kita manusia dibuka oleh Allah untuk mendapat ilmu pengetahuan yang sangat tinggi dalam berbaga-bagai bidang. Tetapi ilmu yang kita cari atau berikan kepada anak-anak kita haruslah mempunyai matalamat yang benar. Matalamat yang benar tidak lain ialah untuk mencapai kebahgiaan di dunia dan di akhirat. Antara dunia dan akhirat akhiratlah yang kekal.
Berusahalah mencari ilmu pengetahuan dan berfikirlah hingga ke angkasa tetapi kita jangan hanyut dalam lautan ilmu pengetahuan hingga hingga kita hilang pedoman. Pedoman atau GPS dalam kehidupan ini ialah Al Quran dan Hadis. Mempunyai ijazah pertama, kedua dan ketiga tidak akan bermakna jika ilmu yang kita dapat hanya membahagiakan kita di dunia sahaja kerana hidup di dunia ini sangat singkat. Tidak salah kita mengumpulkan harta sebesar gunung, mendapat pangkat setinggi langit dan mendapat pingat dan bintang sepanjang lebuh raya, tetapi apalah gunanya semua itu, jika selepas mati kita akan di humban ke dalam neraka. Allah memberi jalan untuk kita memilih jalan ke syurga atau ke neraka. Jangan tersalah memilih simpang yang betul untuk sampai ke destinasi hidup yang kekal abadi. Fikir, fikirkanlah

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*