KHUTBAH JUMAAT 06 OGOS 2010 = 26 SYAABAN 1431
Pada Hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan bersungguh-sungguh menjalankan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya. Sesungguhnya orang yang bertaqa sahajalah yang akan mendapat kemenangan dinegeri akhirat.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Bersyukurlah kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana kita telah dipanjangkan umur dan telah sampai ke akhir bulan Syaaban. Insyaalah, jika kiraan ahli falak tidak silap, kita akan mula berpuasa pada Hari Rabu 11 Ogos 2010 iaitu lima hari lagi. Kita sedar, selepas kita selesai berpuasa pada bulan Ramadan tahun lepas, kita pun tidak pasti adakah kita dapat menyambut puasa pada tahun 1431 ini.
Dalam 12 bulan yang lepas macam-macam peristiwa telah terjadi. Samada kita sedar atau tidak, Malaikat Izrail atau Malaikal Maut sentiasa mengikut langkah kita semakin dekat. Ramai kawan-kawan dan sudara mara kita, yang telah dijemput oleh Malaikat Izrail dalam setahun yang lepas dengan perintah Alla. Ada yang dijemput melalui sakit jatung, strok, sakit buah pinggang, kanser, denggi, HIV, H1N1 dan bermacam-macam penyakit yang diciptakan Allah, sama ada yang tradisi atau yang moden. Tidak kurang juga yang dijemout dengan penyakit yang di reka oleh manusia sendiri saperti terbunuh dalam kemalangan jalan raya, terbunuh semasa merempit, mati kerana dadah, terkena kejutan elektrik semasa mencuri dawai elektrik, termasuk yang tertembak semasa lari dikejar polis. Kita yang telah selamat ini patutlah bersyukur kerana belum sampai lagi perjanjian kita dengan Allah. Tetapi kita jangan lupa Malaikat Izrail ini sentiasa mengikut di belakang kita dengan tidak alpa sesaat pun. Apabila beliau mendapat signal dari Allah, ia tidak akan bertangguh sekelip mata pun saperti firman Allah di dalam surah Al A’raf ayat 34:
فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةً۬ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ (٣٤)
yang bermaksud: maka apabila datang tempoh atau ajal mereka maka tidak dapat mereka ditangguhkan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula didahulukan sesaat jua.
Oleh itu bersyukurlah kita kerana dapat kita berpuasa sekali lagi pada tahun ini dengan izin Allah yang nyawa kita di dalam genggamannya. Kesyukuran kita sepatutnya bukan di gambarkan dengan ucapan lidah semata-mata, tetapi mestilah disusuli dengan tekad, usaha, perbuatan dan amalan. Oleh itu Bulan Ramadan yang akan kita tempuh ini mestilah disambut dengan penuh semangat, keazaman dan iltizam atau komitmen yang jitu untuk beribadat sebanyak-banyaknya, kerana di dalam Bulan Ramdhan ini terdapat banyak sewkali keberkatan, ganjaran dan pahala yang dijanjikan oleh Allah berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Allah telah menyediakan berbagai-bagai pakej amalan yang boleh direbut oleh umat Islam yang tidak terdapat di dalam bulan-bulan yang lain.
Kita semua sudah maklum bahawa dalam bulan Ramdhan ini kita disyariatkan untuk mengerjaka satu solat yang tidak terdapat dalam bulan lain iaitu solat terawih. Justeru, jika kita tidak dapat berterawih secukupnya dalam bulan Ramadhan ini, kita terpaksa menunggu tahun hadapan baru dapat berterawih semula. Allah pula senghaja memberi pilihan kepada kita untuk bersolat terawih samaada 8 rakaat saperti yang dilakukan oleh Nabi Muhamad s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. atau 20 rakaat saperti yang dilakukan oleh Saidina Umar dan sahabat-sahabat yang mengikutinya. Tidak seharusnya kita bertegang leher berhujah: manakah yang betul 8 atau 20. Kedua-duanya betul, dan ada nas yang sahih belaka. Bahkan ada para sahabat yang bersolat hingga 30 rakaat dan ada yang tidak tidur sepanjang malam untuk bersolat. Yang tidak betulnya ialah langsung tidak bersolat terawih. Yang baiknya bersolatlah seberapa banyak yang mampu. Ingatlah Allah Maha Mengatahui kemampuan sebenar kita. Kita boleh berdalih dengan manusia sekarang tetapi tidak boleh berdalih dengan Allah di akhirat nanti.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,
Satu lagi ibadat yang sering kita lakukan di Bulan Ramdhan ini ialah membaca Al Quran atau bertadarus samada di Masjid atau di rumah. Bertadarus di Masjid akan mendapat ganjaran yang lebih besar kerana selain daripada mendapat pahala membaca Al Quran kita juga akan diberi ganjaran kerana menghidup atau mengimarahkan masjid. Nabi Muhamad s.a.w. sendiri bertadarus Al Quran dengan Jibrail pada sepanjang Bulan Ramdhan. Mengapa keutamaan bertadarus ini di letakkan di dalam Bulan Ramdhan ? Ini kerana didalam Bulan Ramdhan inilah Al Quran diturunkan saperti firman Allah di dalam surah Al Baqarah ayat 185
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ
ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ
Yang bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya di turunkan Al-Quran yang menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang batil. Jumhur ulamak bersetuju bahawa Quran itu mula diturunkan pada 17 Ramadhan di gua Hirak, semasa Baginda Rasullah berumur 40 tahun.
Ganjaran membaca ayat-ayat Al ini amat besar sekali. Nabi Muhamad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah yakni Al Quran, maka akan di catat baginya satu hasanah iaitu kebanjikan atau pahala. Dan setiap hasanah itu akan digandakan menjadi 10 seumpamanya. Aku tidak mengatakan ‘alih-lam-mim’ itu satu huruf tetapi ‘alif’ itu satu huruf, ‘lam’ satu huruf dan ‘mim’ satu huruf.
Bagitu pemurahnya Allah memberi ganjaran kepada umat Islam yang membaca Al Quran. Cuba kita membuat kira-kira secara kasar lebih kurang bagini: di dalam Al Quran Mashaf Usmani terdapat 604 muka surat. Setiap muka surat terdapat 15 baris. Setiap baris terdapat purata lebih kurang 35 huruf. Secara metamatik: jumlah huruf dalam Quran lebih kurang 604 x 15 x 35 berjumlah 320,000 huruf. Jika satu huruf mendapat ganjaran 10 kebanjikan. Ini bermakna setiap kali kita khatam membaca seluruh Al Quran dengan betul, kita akan mendapat 3.2 juta hasanah atau pahala. Kalau kita menilai satu hasanah satu ringgit sahaja, bermakna kita mendapat 3.2 juta ringgit setiap kali kita mengkhatamkan Quran. Ini bermakna kita menjadi jutawan akhirat setiap kali mengkhatamkan Quran dengan betul.
Jika dicampurkan dengan pahala puasa, sunat terawih, sunat iktikaf, zakat fitrah, sedekah jariah dan lain-lain kebajikan maka kita sebenarnya telah menjadi bilioniawan di akhirat. Kita lebih kaya daripada Ananda Krishnan atau Bill Gate. Jika kita mengkaji kenikmatan hidup di syurga yang di gambarkan di dalam Quran dan hadis-hadis sahih, memang penghuni syurga itu semuanya jutawan dan bilionawan belaka. Bayangkan mahligainya daripada emas dan perak, perabutnya daripada intan permata dan tanah sungainya daripada kasturi. Mana ada manusia di dunia ini boleh mempunyai aset semahal itu.
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah sakalian,
Mengapakah Allah memberi bagitu banyak ganjaran kepada orang yang membaca dan memahami isi Al Quran ? Al Quran adalah kitab yang terakhir diberikan kepada manusia melalui lidah Nabi Muhamad s.a.w. Al Quran sahajalah satu-satunya kitab agama yang kandungannya masih bersih, murni dan asli – yang tidak ditokok tambah sadikit pun walau pun telah berumur 1400 tahun. Semua kitab-kitab agama lain termasuk Taurat dan Injil telah hilang keasliannya dengan tokok tambah oleh tangan manusia. Kitab injil yang di turunkan kepada Nabi Isa misalnya telah pun rosak tidak sampai 500 tahun.
Selain daripada itu Al Quran juga adalah kitab yang sangat indah susunan ayat-ayatnya, cantik corak nahu atau sarafnya, dan sangat tinggi nilai sasteranya atau balaghahnya. Jika ada manusia yang cuba mengubah satu perkataan atau satu barisnya pun , ayat-ayat Quran itu akan menjadi sumbang. Kita dapati pula didamla Al Quran itu banyak perkataan dan ayat-ayat yang di ulang beberapa kali tetapi isinya tetap mengkagumkan.Misalnya dalam Surah Ar Rahman ayat
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Vdiulang sebanyak 31 kali tetapi kita tidak pernah jemu membacanya.
Kita dapati juga Al Quran penuh dengan keajaiban. Contonya ia mempunyai Surah-Surah yang di mulai dengan huruf saperti ‘Alif,lam, mim; ya siin dan lain-lain yang hingga hari ini pun tidak ada siapa yang tahu apa makna sebenarnya. Memang Al Quran ini mukjizat kepada Nabi Muhamad dan tiada siapa yang boleh menirunya sampai bila-bila pun saperti cabaran yang dibuat oleh Allah dalan Surah Al Baqarah ayat 23 dan 24
وَإِن ڪُنتُمۡ فِى رَيۡبٍ۬ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٍ۬ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٢٣) فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَـٰفِرِينَ وَإِن ڪُنتُمۡ فِى رَيۡبٍ۬ مِّمَّا نَزَّلۡنَا عَلَىٰ عَبۡدِنَا فَأۡتُواْ بِسُورَةٍ۬ مِّن مِّثۡلِهِۦ وَٱدۡعُواْ شُهَدَآءَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٢٣) فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَـٰفِرِينَ
yang bermaksud: Jika kamu menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (yaani Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah kamu buatkan atau datangkanlah satu surah sahaja yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. Maka jika kamu tidak mampu membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan mampu membuatnya maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya daripada manusia dan batu-batu (berhala), yang disediakan untuk orang-orang kafir.
Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalaian,
Keagungan Al Quran bukan sahaja tergambar kepada keindahan bahasanya tetapi juga kepada kecantikan pengucapan dan penyampaiannya. Al Quran dapat dibaca dengan berbagai-bagai slang atau qiraat atau luhjah yang diperturunkan oleh ulama-ulama Al Quran. Qiraat ini tidak boleh direka-reka. Kita tidak boleh membaca Al Quran mengiku Qiariat atau slang orang Melayu, orang Parit atau orang Kelantan. Ulamak Al Quran mensenaraikan 14 Qiraat yang masyhur yang boleh dibacakan Al Quran walau pun terdapat berpuluh-pulah Qiraat yang lain. Qiraat-qiraat ini di perturunkan oleh ulamak Al Quran saperti Nafiq bin Nukman, ‘Asim bin Abu Nujud, Abdullah bin Amir, Abu Ma’bad bin Abdullah dan lain-lain.
Keindahan Al Quran bukan sahaja terletak kepada qariatnya sahaja tetepi kecantikannya dapat dinikmati di dalam lagu-lagu atau taranum penyampaian Al Quran itu sendiri. Ayat-ayat Al Quran tidak boleh dibaca dengan sebarang lagu saperti lagu Seri Mersing atau lagu keroncong apatah lagi dengan lagu boria atau lagu rap. Al Quran cuma boleh dilafazkan dengan lagu atau taranum yang diperakukan oleh ulamak-ulamak Al Quran. Saperti yang kita maklum taranum Al Quran yang masyhur ialah tarnum bayati, rash, syikah, nahawand, jiharkah dan beberapa lagu lain pecahan daripada lagu-lagu tersebut. Adalah haram jika kita dengan senghaja melagukan Quran dengan lagu dangdut atau lagu rock misalnya.
Keajaiban Al Quran dapat pula di lihat dari ketepatan kandungannya. Ramai penganut agama lain yang memeluk Islam kerana kagum dengan ketepatan fakta yang terdapat didalam Al Quran. Bagitu banyak fakta-fakta Sains yang diketahui hanya dalam abad ke 20 dan 21 ini telah disebutkan di dalam Al Quran 1400 tahun dahulu. Fakta mengenai ilmu astronomi, biologi geografi, perubatan yang ditemui dalam kajian sains sekarang telah pun disebutkan di dalam Al Quran ketika dunia masih dalam buta ilmu sains.
Pakar metamatik juga telah menjumpai banyak fakta yang ajaib didalam Al Quran. Misalnya didapati perkataan ‘yaum’ atau ‘hari’ terdapat sebanyak 365 kali iaitu sama dengan jumlah hari dalam setahun. Didapati pula perkataan ‘ayyam’ dan ‘yaumin’ iaitu jamak atau plural kepada hari atau yaum sebanyak 30 kali iaitu sama banyak dengan jumlah hari dalam sebulan. Pakar-pakar matematik mengaku fakta ini bukan satu ‘kebetulan’ tetapi telah disusun oleh yang Maha Bijaksana’. Banyak lagi kejaiaban yang terdapat didalam Al Quran yang telah dapat dibungkar oleh para cendiakawan Islam dan bukan Islam.
Memandangkan bagitu tingginya kedudukan Al Quran itu, maka alangkah rugi jika kita umat Islam yang diberikan Al Quran tidak menghargai Al Quran itu dengan membaca dan menyelidiki kandungannya yang amat tinggi nilainya untuk menjadi panduan dalam kehidupan kita sehari-hari dan menjadi penyuluh ke jalan akhirat. Lebih daripada itu Al Quranlah satu-satunya mukjizat Nabi Muhamad s.a.w. yang masih tinggal yang dapat kita lihat dan rasai pada hari ini. Kita tidak akan dapat merasanya sebagai mjizat kecuali dengan menghayatinya dengan sepenuh hati nurani yang bersih dan penuh keyakinan.