Khutbah Jumaat 13 Sept.2013

Bersyukurlah kita kehadrat Allah s.w.t. kerana dalam bulan ini kita sedang merayakan beberapa hari yang sangat penting dalam hidup kita.  Sebulan yang lepas kita menyambut Hari Raya Idil Fitri dengan penuh kegumbiraan. Dua minggu yang lalu kita telah menyambut Hari kemerdekaan Negara kita dengan bagitu meriah.  Tiga hari lagi, iaitu pada Isnin, 16 September kita akan merayakan satu lagi hari yang amat bersejarah bagi Negara kita iaitu Hari Penubuhan Negara Malaysia.

            Kita di Malaysia Barat mungkin tidak bagitu teruja dengan Sambutan Hari Malaysia ini, kerana kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957.  Tetapi bagi rakyat Malaysia di Sabah dan Serawak Hari Malaysia ini amat bermakna bagi mereka, kerana pada 16 September 1963 barulah  mereka mengecap nikmat kemedekaan dari Penjajahan British. Kita jangan lupa dengan penubuhan Malaysia maka Singapura juga telah menumpang menikmati kemerdekaan, walau pun kemudiannya mereka berpisah dari Malaysia.  Mereka di Singapura harus ingat jika tidak menyertai Malaysia mungkin mereka belum boleh mendapat kemerdekaan.

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

            Satu perkara yang kadang-kadang kita lupa, ialah penubuhan Malaysia ialah sebahagian daripada sejarah penubuhan tamaddun dunia.  Semua tamaddun dunia bermula dengan sebuah penempatan kecil kemudian berkembang menjadi tamaddun besar.  Tamaddun Rom bermula dengan perkampungan kecil di sekitar Bandar Rom pada 300 SM, telah berkembang menjadi sebuah empire yang meliputi semua tanah di keliling Laut Mediteranean hingga ke England pada kurun ke 4 Masehi. Kemudian menguncup dan langsung terhapus dari peta dunia dalam tahun 1453 apabila Constantinople di takluk oleh Muhamad Al Fatih.

Bagitu juga Tamaddun Farsi yang bermula dengan wilayah kecil di Sungai Tigris telah menjadi tamaddun besar menguasai seluruh wilayah Iran dan Iraq hingga ke Utara India, kemudian jatuh tersungkur di tangan Khalid Ibnul Walid pada tahun 31 Hijrah. Kita melihat tamaddun awal saperti Tamadun Firaun di Mesir, tamadun kaum Add di Yaman, tamadun kaum Namrod di Mesopotamia, Tamadun Mohenjo Daro di lembah Indus semuanya berkembang dari sebuah perkampungan yang kecil  menjadi besar kemudian mengucup dan tumbang dengan berbagai-bagai cara dan berbagai-bagai sebab.  Selalunya ahli sejarah memberi sebab kejatuhan tamadun-tamadun itu kerana kezaliman pemimpin Negara berkenaan.  Di dalam Al Quran Allah memberitahu sebab-sebab kejatuhan itu, kerana umat-umat itu ingkar kepada perintah Tuhan yang menghantar rasul-rasul untuk mengajak mereka menyembah dan taat keypad perintah  Allah saperti firman Allah dalam Surah Yunus ayat 13 dan 14.

 أَهۡلَكۡنَا
ٱلۡقُرُونَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَمَّا ظَلَمُواْ‌ۙ وَجَآءَتۡہُمۡ رُسُلُهُم
بِٱلۡبَيِّنَـٰتِ وَمَا كَانُواْ لِيُؤۡمِنُواْ‌ۚ كَذَٲلِكَ نَجۡزِى ٱلۡقَوۡمَ
ٱلۡمُجۡرِمِينَ (١٣) ثُمَّ جَعَلۡنَـٰكُمۡ خَلَـٰٓٮِٕفَ فِى ٱلۡأَرۡضِ
مِنۢ بَعۡدِهِمۡ لِنَنظُرَ كَيۡفَ تَعۡمَلُونَ (١٤)

yang  bermaksud: Demi sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu daripada kamu semasa mereka berlaku zalim pada hal telah datang kepada mereka rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan kesalahan. Kemudian Kami jadikan kamu khalifah-khalifah di bumi menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan.

Dalam Sejarah Islam juga, kita melihat ciri-ciri yang sama berlaku.  Tamaddun Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhamad s.a.w. di perkampungan Yathrib telah berkembang menjadi kota Madinah dan kerajaan Islam berkembang ke seluruh semenjanjung Arab. Selepas 50 tahun kewafatan Nabi Muhamad s.a.w. kerajaan Islam telah berkembang menjadi tamaddun besar hingga dapat menaklukkan kerajaan Farsi dan Rom.  Semasa Kerajaan Bani Umaiyah, Tamaddun Islam telah menguasai laut Mediteranian yang di kuasai oleh Rom dahulu.  Kemudian Kerajaan Bani Umayah dijatuhkan oleh Kerajaan Bani Abasiah.  Kerajaan Bani Abasiah di jatuhkan pula oleh Bangsa Tartar yang tidak bertamadun pun. Bagitu juga kerajaan Islam di Andalusia yang bagitu gemilang tamadunnya dijatuhkan oleh kerajaan Kristian di Eropah dengan sangat tragis sekali.  Benarlah firman Allah didalam surah Al A’raf ayat 34:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ۬‌ۖ فَإِذَا جَآءَ أَجَلُهُمۡ
لَا يَسۡتَأۡخِرُونَ سَاعَةً۬‌ۖ وَلَا يَسۡتَقۡدِمُونَ

 Yang bermaksud: dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaat pun, dan tidak dapat pula mereka dicepatkan.

 

Sidang Jumaat yang drahmati Allah sakalian,

Kita lihat di sekeliling negara kita juga, berlaku hal yang sama.  Di Nusantara kita lihat kerajaan Seri Wijaya yang bermula di Palembang di Sumatra telah dapat meluaskan tamaddunya dalam kurun ke 6 hingga kurun ke 11 dan dapat menguasai seluruh Sumatra, Jawa, Borneo dan Tanah Melayu.  Selepas kejatuhan kerajaan Seriwijaya tumbuh pula kerajaan Melayu Islam di Melaka dari tahun 1400 hingga 1500. Kerajaan Melaka yang bermula dengan perkampungan kecil di Melaka telah berkembang hingga dapat menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu, dan menguasi sebahagian Sumatra dan selatan Thailand.   Allah telah menetapkan ajal Kerajaan Melaka hanya selama 100 tahun dan tersungkur kepada kuasa Portugis di Eropah pada tahun 1511.

 

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalain,

Allah telah menggantikan Melaka dengan Kerajaan Malaysia selepas 400 tahun dijajah oleh kuasa Eropah.  Walau pun Malaysia tidak berkembang ke Barat hingga ke Sumatra tetapi Allah telah memberikan kepada Malaysia Sabah dan Serawak yang hampir sama luas dengan Sumatra.  Inilah signifikannya penubuhan Malaysia pada 16 September tahun 1963.  Kita jangan menyangka penubuhan Malaysia berjalan bagitu mudah  bahkan la melalui ranjau  sama juga saperti penubuhan kerajaan Melayu Melaka. Waktu Kerajaan Melaka ditubuhkan pada tahun 1409,  Melaka diancam oleh Kerajaan Siam yang ingin meluaskan kekuasaannya ke selatan Thailand  dan ingin mengambil semula petani dari kerajaan Melaka.

Dengan kegigihan Sultan-sultan Melaka, Melaka telah dapat di perluaskan hingga ke Kampar, Rokan, Haru, Pasai, Inderagiri dan Riau di Sumatra, termasuk hingga ke Patani di Selatan Thai. Untuk melindungi diri dari gangguan Siam,  Sultan Melaka terpaksa berbaik-baik dengan Kerajaan China yang sebahagian kecil rakyatnya beragama Islam.  Ini terbukti dengan lawatan Laksamana Cheng Ho ke Melaka yang dikatakan beragama Islam.

Waktu penubuhan Malaysia dalam tahun 1963 juga, kita juga menghadapi cubaan kerana ditentang oleh Filipina dan Indonesia.  Kita jangan lupa Presiden Sukarna telah melancarkan konfrantasi kepada Malaysia.  Komando Indonesia telah mendarat di Pontian dalam tahun 1963. Filipina pula telah menuntut Sabah.  Hingga baru-baru ini bahang-bahang tuntutan itu masih terasa di Ladad Datu. Brunei yang mulanya ingin bersama Malaysia telah menarik diri.  Maknanya Penubuhan Kerajaan Malaysia ini bukanlah didapati  dengan dulang emas saperti anggapan setengah-setengah orang. Ia didapati dengan keringat dan perahan otak yang gigih walau pun tidak bermandi darah.

 

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Mimbar ini memaparkan sejarah ringkas penubuhan, perkembangan dan kejatuhan kerajaan dan tamadun dunia ini, ialah bagi menunjukkan bahawa tamadun manusia itu tumbuh bukan dengan tidak senghaja.  Tamadun dan kemajuan sesuatu bangsa adalah hasil usaha pemimpin-pemimpin negara yang gigih membangunkan tamadun dan memelihara tamadun yang telah di dirikan. Sejarah menunjukkan tamaddun sesuatu bangsa akan jatuh apabila negara diketuai oleh pemerintah yang cuai menjaga keperluan rakyat, hidup berpoya-poya dengan kemewahan dan zalim dalam pemerintahan.

Sejarah menyaksikan pada waktu awal penubuhan sesebuah kerajaan dan tamaddun pemerintahnya sangat gigih membangunkan negara dengan penuh disiplin.  Apabila negara telah mewah pemerintah yang berikutnya mula hidup berpoya-poya dan mengabaikan negara.  Ketika itulah negara mula goyang dan akhirnya akan jatuh kepada kuasa lain yang lebih berdisiplin. Di samping itu rakyat yang tidak mempunyai kesetiaan kepada negara turut memainkan peranan meruntuhkan sesebuah negara dan tamaddun.

Kita lihat pembesar kerajaan Abasiah ada yang belot dan membawa orang Tartar menaklukkan  kerajaan Abasiah. Di Andalusia – Sepanyol – ada pembesar yang bersekongkol dengan kerajaan Kristian di Eropah dan menolong menghancurkan kerajaan Islam di Sepanyol. Di Melaka kita melihat Kitol dan Raja Mudaliar telah memfitnah Bendahara Seri Maharaja sehingga Bendahara dibunuh dengan anak cucunya sekali hingga menyebabkan pertahanan Melaka menjadi lemah. Di katakan ada rakyat asing di Melaka yang membocorkan rahsia pertahanan Melaka kepada Portugis.

Negara kita baru merdeka 56 tahun dan Malaysia ditubuhkan baru 50 tahun. Ini baru separuh ajal kerajaan Melaka.  Kita harus berbangga kerana negara kita walau pun baru berumur 50 tahun tetapi telah dihormati oleh banyak negara di dunia. Rakyat Malaysia telah bertebaran berniaga diseluruh dunia.  Ahli perniagaan Malaysia telah membuka perniagaan di Dubai, di Iran, di London, di Afrika selatan dan rakyat Malaysia dihormati di Tanah suci Mekah dan Madinah.  Kita jangan lupa waktu kita baru merdeka dahulu, apabila orang Malaysia sampai ke London ada orang Inggeris yang bertanya “adakah orang Malaysia masih tinggal di atas pokok ?” .  Sekarang orang yang bertanya itu telah memandu kereta Proton buatan Malaysia di kota London.

Kita harus ingat umur atau ajal kerajaan Malaysia ini akan mengikut sejarah Melaka.  Jika Melaka boleh hidup selama 100 tahun kita tidak pasti adakah Malaysia boleh hidup selama itu.  Beberapa bunga yang sama saperti kedaan Melaka di zaman permulaan kejatuhannya sudah mula berkembang.  Corak hidup bermewah-mewah dan mementingkan hiburan telah berkembang pesat. Pemimpin yang gigih berjuang untuk mempertahankan negara semakin berkurang ditenggelami oleh pimimpin yang memperjuangkan kepentingan diri.    Generasi muda yang berakhlak mulia dan gigih berjuang untuk agama dan bangsa  saperti Saidina Ali, Muaz bin Jabal, Ammar bin Yasir amat jarang dapat dilihat.  Yang banyak dilihat anak muda yang tidak mempunyai tujuan hidup yang mantap.

Kita lihat juga di sekeliling kita amalan-amalan yang dimurkai Allah kepada umat lampau saperti penipuan dalam timbangan dan perniagaan, perjudian,rasuah, perzinahan, kezaliman, telah berlaku dihadapan mata kita tanpa berselidung lagi.  Amalan-amalan inilah yang menyebabkan kemurkaan Allah keypad umat dahulu dan akhirnya Allah boleh menghapuskan umat ini dan menggantikan dengan umat yang lain.

Adakah tamaddun yang telah kita bina selama 50 tahun ini boleh bertahan lagi 50 tahun saperti tamadun Melaka atau bertahan saperti tamadun Abasiah selama700 tahun bergantung keppada apa yang kita amalkan sekarang.

 

KHUTBAH KEDUA

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

            Marilah kita berdoa kepada Allah s.w.t. semuga negara yang telah kita bina selama 56 tahun ini akan panjang umurnya dan anak-anak cucu kita dapat hidup merdeka dan aman makmur.  Ingatlah, bukanlah mustahil negara kita akan mengulang semula sejarah kejatuhan Melaka pada tahun 1511 dalam umur 100 tahun sahaja.  Janganlah kita biarkan pokok kemerdekaan yang telah kita pelihara dengan subur dihinggapi oleh ulat-ulat yang akan meracuni pohon kemerdekaan kita dan akhirnya akan mati saperti tamaddun-tamadun yang lain dengan cepat. Jika dapat biarlah ia hidup hingga 200 atau 700 tahun saperti karajaan Islam di Anadalusia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*