KHUTBAH JUMAAT 7 NOVEMBER 2014

KHUTBAH JUMAAT 07 NOVEMBER 2014 = 14 MUHARRAM 1436

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Hari ini ialah 14 Muharram 1436.  Ini bermakna telah setengah bulan kita melangkah masuk ke Tahun Hijrah 1436.  Sedar atau tidak apabila kita telah masuk ke tahun baharu, umur kita telah bertambah tua setahun.  Perjalanan kita ke negeri akhirat telah bertambah dekat setahun lagi.  Kita pun tidak tahu  berapa tahun lagi baki umur yang tinggal di hadapan kita. Menyedari dan menginsafi hal ini, eloklah pada awal tahun Hijrah ini, kita bertafakur dan bermuhasabah semula diri kita masing-masing – dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi selepas ini-  kerana sebagai manusia kita selalu lupa arah tuju hidup kita kerana dibuai oleh hidup yang selesa.

Sudah sering diperkatakan, bahawa asal usul kita ini daripada datuk kita Adam a.s. dan nenek kita Hawa.  Adam dan Hawa yang asalnya bermustautin di syurga  dihantar ke dunia ini – termasuk kita – untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.  Menjadi khalifah bermaksud menjdi wakil Allah bagi mentadbirkan muka bumi ini  saperti firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 30:

øŒÎ)ur tA$s% š•/u‘ Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9 ’ÎoTÎ) ×@Ïã%y` ’Îû ÇÚö‘F{$# Zpxÿ‹Î=yz (

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”.

Khalifah perkataan Arab yang aslnya “khalafa”  yang bermakna “pengganti’ atau “wakil”.  Ini bermakna Allah melantik atau mentauliahkan manusia menajdi wakil Allah untuk mentadbir muka bumi ini.  Apakah Allah tidak mampu mentadbir bumi ini sendiri ?  Memanglah Allah yang Maha Berkuasa mencipta alam ini mampu mentadbir bumi yang diciptakaNya sendiri.  Allah yang menjdikan langit dan bumi, matahari dan bulan, sungai dan laut,  bintang dan tumbuh-tumbuhan untuk keperluan manusia, mustahil tidak mampu mentadbirkannya bumi yang diciptakanya sendiri.  Allah mempunyai pegawai –pegawai yang terdiri daripada para  malaikat yang tidak terbilang ramainya untuk  di arahkan mentadbir alam ini, mengikut kehendak Allah di sepanjang masa.

Pegawai-Pegawai Tadbir Allah ini sangat mahir dan profesional. Mereka  tidak pernah melakukan kesilapan  sadikit pun dalam menjalankan arahan dan SOP atau ‘Satandard Operation Porsidure’ yang telah ditetapkan oleh Allah. Prestasi mereka sentiasa cemerlang. Oleh itu kita tidak nampak ada planet yang berlanggar.  Matahari dan bulan tidak pernah tergelicir dari orbitnya. Lembu-lembu terus meragut rumput di padang dan burung-burung terus terbang melayang di udara.  Ini semua kerja malaikat Allah.

 

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Untuk mentadbirkan urusan seharian muka bumi ini supaya berjalan lancar, Allah berkehendakkan satu makhluk pintar yang lain untuk mentadbirkanya.  Allah telah memaklumkan kepada  Malaikat, bahawa makluk itu ialah ‘manusia’ yang di mulai dengan Adam.  Pada mulanya Malaikat pun ragu-ragu apakah manusia mampu menguruskan alam ini.  Mereka cuba memperotes dengan sambungan ayat di atas:

ø(#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkŽÏù `tB ߉šøÿム$pkŽÏù à7Ïÿó¡o„ur uä!$tBÏe$!$# ß`øtwUur ßxÎm7|¡çR x8ωôJpt¿2 â¨Ïd‰s)çRur y7s9 ( tA$s% þ’ÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB Ÿw tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ

Malaikat  bertanya “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”. Keraguan Malaikat terjawab apabila Allah meminta Adam membacakan nama-nama baru ciptaan manusia yang tidak diketahui oleh Malaikat.

 

Malaikat cuma boleh menjalankan tugas apa yang termaktub di dalam SOP Allah sahaja.  SOP itu semunnya termaktub di Luh Mahfuz.  Malaikat membaca dan menjalankan semua  arahan yang  tertulis di Luh Mahfuz.  Mereka tidak mempunyai keupayaan budibicara untuk mengubahsuai apa yang telah tertulis kecuali Allah menghendakinya.  Untuk mentadbirkan muka bumi ini Allah berkendakkan makhluk yang lebih kreatif dan inovatif supaya alam ini akan bertambah cantik dan bertambah makmur.  Oleh itu Allah memilih manusia dengan mengurniakan akal dan intelectual yang tinggi untuk menjadi khalifah mentabbirkan bumi ini.  Allah membayangkan jika arahan ini diberikan kepada gunung sekali pun nescaya gunung itu akan menggeletar ketakutan saperti firmannya di dalam Surah Al Hasyar  ayat 21

öqs9 $uZø9t“Rr& #x‹»yd tb#uäöà)ø9$# 4’n?tã 9@t6y_ ¼çmtF÷ƒr&t©9 $Yèϱ»yz %YæÏd‰|ÁtF•B ô`ÏiB ÏpuŠô±yz «!$# 4 šù=Ï?ur ã@»sVøBF{$# $pkæ5ΎôØtR Ĩ$¨Z=Ï9 óOßg¯=yès9 šcr㍩3xÿtGtƒ ÇËÊÈ

Jika sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu tunduk  serta pecah berkucai  kerana takut kepada Allah. Ingatlah, perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

 

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Kedudukan manusia sebagai khalifah lebih kurang sama dengan kedudukan gabenor kepada President, sebagai wazir atau Perdana Menteri kepada Raja, sebagai Pegawai Daerah kepada Menteri Besar, sebagai Pengurus kepada syarikat.   Semua jawatan ini adalah amanah yang diberikan oleh Presiden, Raja, Kerajaan, Syarikat untuk menguruskan institusi yang mererka miliki.  Pemilik sebenar  institusi itu ialah Raja atau  kerajaan atau syarikat atau pemegang saham.

Justeru, jangan sekali-kali Pegawai Daerah mengatakan daerah itu haknya, Pengurus Syarikat menyangka syarikat itu hak  mutlaknya kerana Raja atau pemilik syarikat itu boleh melucutkan jawannya bila-bila sahaja yang di kehendakinya. Ia hendaklah sentiasa sedar bahawa ia hanya ditugaskan menjaga sesebuah institusi, dan ia mesti menguruskan institusi yang diamanahkan, mengikut kehendak pemilik sebenar institusi itu, sama ada kerajaan atau  syarikat.  Raja menurunkan kuasa kepadnya sekejab sahaja dan di boleh ditarik balik bila sahaja dikehendaki.

Gambaran di atas adalah gambaran kedudukan kita sebagai khalifah Allah di bumi ini.  Kita cuma diamanahkan  oleh Allah untuk menjaga harta dan semua asset Allah . Manusia di suruh supaya menjaga manusia, binatang, tumbuha-tumbuhan, daratan dan lautan.  Sampai masanya semua harta milik Allah itu akan di ambil atau di sita  semula.  Untuk menyenangkan manusia menguruskan bumi ini,  Allah memberi kuasa dan harta  kepada kita.  Dengan kuasa kita boleh mengarahkan orang lain menjalankan kehendak Allah.  Dengan harta memudahkan kita menguruskan bami ini mengikut yang dikehendaki Allah.  Malangnya kita menyangka semua kuasa dan harta itu hak mutlak kita. Kita terlupa bahawa  sebagai Pengurus harta Allah ini   kita akan diodit oleh Allah  bagaimana kita menguruskan harta Allah itu.  Kita terpaksa membentangkan semua akaun yang kita uruskan.  Mau tak mau kita terpaksa menajadi akauntant bertauliah dihadapan Allah di hari  Mahsyar kelak.  Makin banyak asset yang kita uruskan makin panjanglah akaun yng akan kita bentangkan kelak.

Kalau kita sedar dengan yakin masalah  yang akan kita hadapi kelak dihadapan Tuhan , nescaya  kita akan meminta supaya aset yang diberikan untuk kita menjaganya  janganlah banyak sangat, supaya kita jangan lama dan susah sangat hendak membentangkan akaun kita di hadapan Allah kelak.  Tetapi sebab manusia tidak sedar dan tidak yakin tentang pembentangan akaun dihadapan Allah ini,  maka manusia  akan berusaha meminta kepada Allah supaya asset yang kita jaga ditambah  seberapa banyak yang dapat, dan manusia sangat gumbira apabila semakin banyak harta atau asset yang dimilikinya untuk dijaga.

Manusia akan berusha menambahkan harta: tanah, ladang, lombong, syarikat, saham dan berlumba-lumba untuk menjadi manusia terkaya di dunia. Hingga mereka lupa bahawa sebahgian harta itu mesti diagihkan juga kepada beberapa pihak yang lain yang telah diarahkan oleh Allah.  Apabila menjadi kaya manusia akan meminta supaya kekayaan nya akan bertambah dan biasanya dia akan menjadi semakin kedekut.  Betullah jika manusia itu diberi sebuah lembah emas nescaya ia akan meminta beberapa lembah emas lagi.

Di dunia sekarang  ini manusia paling kaya ialah Bill Gate, pemilik Microsoft yang mempunyai harta US76 billion atau 288 billion ringgit.  Budget Kerjaan Malaysia tahun 2015 cuma 274 billion ringgit sahaja.  Orang yang ke 10 paling kaya di dunia ialah Jim Walton yang mempunyai harta US34 billion.   Kalau dicampur semua harta 10 orang terkaya ini jumlahnya akan menjadi US506 bilion atau atau hampir 2 trillion ringgit.  Cukup untuk menanggung semua orang fakir miskin didunia.  Setiap orang daripada mereka berusaha gigih menambahkan kekayaan dari setahun ke setahun.  Cuba bayangkan berapa panjang laporan kewangan yang akan dibentangkan oleh Bill Gate di hadapan Allah kelak.

 

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah sakalian,

Bila fakta-fakta ini dipaparkan, mimbar ini tidak sekali-kali bermaksud supaya kita semua berhenti mencari harta di dunia ini.  Islam tidak melarang manusia mencari harta sebanyak mana yang termampu oleh tenaga yang diberikan Allah kepada kita aslkan sumber dan penggunaanya mestilah betul. Dari mana harta itu didapat dan kemana harta itu digunakan. Ramai para sahabat Nabi adalah jutawan.  Nama-nama saperti Abd. Rahman bi Auf, Osman bin Affan, Umar Ibni Khattab, Abu Bakar As Sidiq adalah para sahabat Nabi s.a.w. yang jutawan.  Tetapi apabila baginda Nabi s.a.w. meminta derma untuk peperangan Tabuk,  Osman memberi seribu ekor unta,Umar memberi saparuh hartanya dan Abu Bakar memberi semua hartnya.  Sahabat-sahabat yang lain juga membuat perkara yang sama.  Mereka tahu bahawa semua harta itu dipinjam dan diamanahkan oleh Allah kepada mereka.  Oleh itu mereka tidak berfikir untuk mawariskan harta mereka kepada anak cucu.  Justeru, jika  Allah meminta mereka mengembalikan harta yang mereka pegang sebagai amanah, kepada pemiliknya  yang sebanar.

Sebenarnya memiliki harta yang banyak tidak ada apa-apa kesalahan di sisi syariat Islam.  Bahkan Islam menggalakkan umat Islam menjadi kaya untuk menjaga kekauatan Islam.  Mana mungkin persiapan peperangan Tabuk yang berlaku beratus  batu jauhnya dari Madinah  boleh beroperasi jika para sahabat nabi papa kedana belaka. Tatapi para sahabat yang kaya mendapat harta dengan bersih.  Dengan perniagaan dan perladangan yang dihalalkan oleh Allah. Dan mereka pun tidak berlumba-lumba untuk bermegah menjadi orang yang paling kaya di Madinah.  Mereka semuanya membayar zakat dan membuat timbangan yang betul dalam perniagaan.  Perniagaan mereka tidak mengamalkan riba.  Mereka tidak merebut tender dengan rasuah.  Mereka tidak membuka kasino dan Rumah Judi haram. Mereka tidak menyeludup dadah dan petrol sidsidi. Oleh kerana perniagaan mereka bersih maka mereka adalah di antara yang manusia dijamin oleh Rasullullah masuk ke syurga tanpa hisab.

Hakikatnya, kita sebagai manusia sebenarnya tidak memiliki apa-apa.  Harta dan asset,  tanah dan  ladang, saham dan sukuk, wang dan akaun bank, rumah dan gedung perniagaan, kereta dan lori,  kapal laut dan pesawat terbang,  semuanya hak milik  Allah belaka.  Nama kita di dalam geran tanah itu diberi oleh kerajaan sahaja.  Dulu semua hak milik tanah dipegang oleh Raja.  Kemudian baru diberi hak milik kepada kita selepas kita mengamalkan sistem Toren dari Australia.  Raja pun bukan pemilik tanah sebenar kerana bumi ini milik  Allah.  Semuanya apabila kita mati akan ditinggalkan.  Yang mengikut kita tiga helai kain puteh sahaja.

Hakikatnya, harta yang akan kita bawa ke alam satu lagi iaitu Negara bernama Negara Akhirat ialah mana-mana harta yang telah kita infakkan ke jalan Allah.  Zakat Fitrah, sedekah jariah, amal ibadah, pertolongan kepada makhluk-makluk lain disekeliling  kita, pengajaran dan nasihat yang kita berikan dengan ikhlas.  Semua yang kita infakkan insyallah akan masuk ke dalam akaun bank kita di Negara Akirat. Kita akan diberikan kad kredit untuk digunakan dimana-mana ATM di Negara akhirat kelak. Kita harus ingat, hidup kita di akhirat memang sangat lama.  Bukan seratus tahun tetapi seribu, sejuta tahun,  bahkan selama-lamanya.  Oleh itu akaun kita mesti cukup besar,  mesti lebih besar lagi daripada akaun Bill Gate.  Kita mesti ada cukup kredit dalam akaun kita supaya kad  kita tidak kantoi bila dicucuk dimana-mana ATM di negara akhirat kelak.  Kalau akaun kita negatif kita akan di hantar ke daerah lain pula di akhirat iaitu daerah  bernama “neraka” yang tidak ada ATM tetapi penuh dengan siksaan  yang mengerikan.   Na’uzubillah hi min zalik.

 

 

 

 

 

خطبة كدوا

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah sakalian,

Sempena Sambutan Muharam ini marilah kita menginsafi hakikat hidup ini.  Janganlah kita dibuai mimpi mengatakan bahawa tujuan hidup ini ialah untuk mencari kekayaan sebanyak-banyaknya, mencari pangkat setingginya, mendapat kuasa sebesar-besarnya, mendapat bintang sebanyak-banyaknya dan  mendapat wanita secantik-cantiknya.  Kita menggunakan seluruh kekuatan tenaga, seluruh akal budi, seluruh intelektual kita untuk mendapat khayalan yang tidak akan dapat dipuaskan semuanya.

Kita harus perpada-pada.  Jangan rakus mendapat harta  dan kuasa hingga membujur lalu melintang patah, kerana yang patah sudah tidak berguna lagi.  Percayalah kita tidak dapat memanjat hingga ke langit walau bagaimana panjang sayap yang kita ada.  Hidup harus perpada-pada ibarat padi makin tua makin merunduk jangan jadi saperti lalang makin tuan makin mendongak.  Ingatlah kata Pendita Zaaba: Halia ini tanam-tanaman. Ke barat juga akan tumbunya.  Dunia ini pinjam-pinjaman, akhirat juga akan sungguhnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

*